Monday, December 31, 2012

This Will Be The Last Post....

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Kalau korang perasan, dulu aku boleh kemaskini blog hampir setiap hari. Sekarang ni, nak update seminggu sekali pun susah. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Ni sejak dah kahwin, lepastu dah dapat anak, aku tak dapat lagi nak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap blog ini. Mungkin itu tandanya aku patut berhenti menulis? Maka, di sini aku ingin nyatakan yang ini mungkin merupakan entri terakhir aku untuk tahun ini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. Kalau semangat aku berjaya dipulihkan, aku mungkin akan kembali menulis pada tahun hadapan....

HOI HOI apasal korang nak meraung-raung hentak kaki pulak ni. Aku lempang kang biru. Esok kan dah tahun depan aku kembalilah menulis biasalah aku kan suka mencari publisiti murahan majalah Mangga. Dahla tiap-tiap tahun aku buat entri sebegini memang tak berguna betul. Ayuh kita baca teks ucapan akhir tahun aku (sila baca di bawah cahaya lilin untuk kesan yang lebih mendalam).

Kepada semua para pembaca tegar, stalker bersiri, bekas teman wanita tanpa mengira saiz buah dada, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kafir kepada anda semua. Bagaimana dengan azam tahun lama 2012? Mesti hangat-hangat tahi adam je kan. Azam tahun 2012 saya adalah nak kahwin akhirnya tercapai juga. Azam tahun 2013 saya adalah untuk berkahwin lagi sa..... PANGKUSDSUDSDSKHDJKSD (bunyi kena hempuk dengan keyboard).

Buat mereka yang menyambut tahun baru di luar rumah, saya harap anda akan menyambutnya dengan beretika. Yelah tahun baru mesti nak mabuk-mabuk ataupun melakukan persetubuhan haram mengikut gaya omputih kan. Eh janganlah tafsir secara literal sangat luar rumah bukan maksudnya di halaman takkan nak berzina di halaman kot.

Tahun baru kali ini sebenarnya lebih menyeronokkan, tetapi dalam masa yang sama menakutkan juga. Kat bilik sebelah, ada seorang makhluk yang baru muncul dalam hidup aku, yang langsung tidak akan bertoleransi bila tak dapat benda yang dimahukan. Setiap beberapa jam, ataupun beberapa minit, dia akan meraung menjerit-jerit meminta perhatian. Ada masanya, kau mungkin akan rasa hilang sabar dan ingin bertukar menjadi Incredible Hulk Zenit St Petersburg, namun begitu sebagai finalis tokoh bapa Maal Hijrah, segala kekusutan hati kau akan hilang apabila melihat wajah hasil persenggamaan suci kau sendiri. Haha aku pun taktau bagaimana nak jadi bapa yang baik so doakanlah kejayaan aku ya.

Oklah makhluk comel tadi sudah mula memanggil. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan selamat tahun BAHARU (mengikut tatabahasa sebenar haha) kepada anda yang membaca entri ini. Semoga panjang umur dan panjang organ reproduksi. HAPPY NEW YEAR! LIVERPOOL POWER!





7 comments:

Anonymous said...

HAHAHA..gedik la ijai ni..baru nak berbuih mulut akibat sawan melampau..nasib baik otak aku masih waras untuk ingat semula taktik2 basi kau meraih populariti tuu..
selamt taon baru jaii..semoga anak kau dapat menguasi ilmu2 tajwid lebih advance drpd bapak dia.. eh,anak kau dah 2 tahun kan skrg??(lawak tahun baru sampingan)

Nurul Ainaa said...

hahahaha ingtkan bebetul tadi. ek eleeeee.suspen je =D

enasong said...

errr...aku hampir2 merampuih2 bile bace ayat farewell ko tu...hahaha apepon all the best utk ijaicool & datillah

awin nurul said...

baru nak keluar air mata kesedihan...ceh, kena tipu lagi aku.Pos pasal anak pun takpe janji Ijalcool terus menulis... (sah dah ketagih)

tak pasal2 terkomen kerana entry ni..


pembaca diam yang tegar--awin nurul

Faizal Rosly said...

selamat tahun baru semua! tahun depan jika umur panjang insyaallah akan buat lagi

Anonymous said...

mula2 macam percaya sbb da jd bapa kan... huhu...
(anyway congratz.. semoga menjadi bapa dan suami mithali...)

tp bile baca keyword tahun hadapan, dah tau sgt dah... hihi...

crazy_labelle

Adishaza said...

Hahaha baca mmg sengal gilerrr

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...