Tuesday, January 31, 2012

Peristiwa Ngeri 21 Januari

Hai apa khabar pembaca yang menyokong Menyu? Masih sakit pungkoq kah? Sudahlah, kita buang yang keruh ambil yang jernih. Kalian masih boleh menjuarai Europa League dan Mister Potato Cup kan? Merujuk kepada tajuk di atas, tarikh 21 Januari adalah tarikh yang bersejarah dalam hidup saya kerana itu merupakan tarikh saya bernikah sekaligus mendapat lesen untuk melakukan aksi yang berdosa jika dilakukan tanpa ikatan yang sah. Hari itu memang hari yang istimewa, namun begitu tarikh tersebut turut membawa memori ngeri yang akan diingati. Ayuh teruskan membaca.

Jumaat malam Sabtu tu aku dah rasa gelisah. Mundar mandir keluar masuk rumah pumping jogging setempat untuk mengurangkan perasaan gemuruh di dalam diri. Mana tak gemuruhnya esok dah nak jadi suami orang. Aku takut jenaka-jenaka yang aku selalu buat kat orang seperti tak lancar baca doa qunut ketika tok kadi tanya mahupun termention nama bekas teman wanita semasa bernikah berlaku kepada aku. Memang tak lena diulit mimpilah tidur aku pada malam itu.

Keesokan harinya, debaran semakin terasa. Kalau nak dibuat lagu, bunyinya macam lagu Haiza "Dag dig duggg (2 kali) di dalam daaaada jantung berdebar hati berbunga amboiiiii". Masa tu sudah pukul 8 pagi. Selepas mandi aku pun bersiap-siap la nak pergi cari sarapan pagi di Perlis. Ok, what's the worst thing that could happen on your nikah day? LOSING YOUR WALLET. Maknanya, hilang segala bentuk identifikasi diri. Kau punya kad pengenalan, kau punya lesen, kau punya kad bank, kau punya gambar aksi solo tidak berpakaian semua akan hilang. Hilang tu satu hal, tetapi hilang semasa hari pernikahan kau? Bagaimana jika tok kadi mintak IC nak tengok aku ni benar-benar hensem dan tulen seperti yang tertera di dalam kad pengenalan?

Tenang Faizal tenang. Di saat-saat kesusahan, siapakah orang pertama yang harus kau hubungi Faizal? Mama. Yes, mama kan ada. So aku pun bagitahulah mama dompet aku hilang. WORST DECISION EVER. Mama mula menampakkan riak wajah cemas di muka lalu terus menggeledah bilik tidur sambil mulutnya terkumat kamit disyaki bebelan terhadap aku. Apabila masih tak jumpa, mama semakin panik lalu meminta bantuan saudara mara dengan nada yang lebih nyaring. Memang Panic! At the Homestay la. Lepas tu masing-masing cuba menggunakan skil penyiasatan Detektif Muda Hajime Kindaichi soal siasat aku dengan soalan-soalan yang relevan seperti "Bila last nampak?" mahupun soalan tidak masuk akal seperti "12 darab 5 berapa?"

Ada juga yang mengesyaki itu sebenarnya adalah taktik aku untuk tidak mahu berkahwin saja hilangkan IC. What the whatt? Mama sudah terduduk bersandar di dinding sambil mengalir air mata. Yaa menangis mama kau tahu sebab risaukan anak dia tak dapat kahwin. Di saat-saat ini masalah besar pulak datang iaitu Team Bangi. Depa mana ada nak tolong cari lagi membahan aku adalah. Namun begitu kami menggembleng tenaga menggunakan skill KBKK, Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif seperti yang dipelajari di sekolah rendah. Berdasarkan penaakulan kami, ada 3 kesimpulan yang dibuat untuk menyelesaikan masalah ini:

1) Menyerah diri kepada bakal mertua dan membuat laporan polis

Daripada kita membuat masa mencari sesuatu yang tidak pasti, ada baiknya kita menjimatkan masa terus buat report polis. At least polis boleh sahkan yang IC kita hilang so kalau tok kadi minta IC kita bagi report polis terus.

2) Kahwin lari di Thailand

Alah dah alang-alang kat Perlis kan, kalau kau naik rollerblade pun 20 minit dah boleh sampai ke sempadan Thailand. Ikut stail Aidil Zafuan dan Rita Rudaini la. Diorang kahwin kat sempadan dulu sebab IC depa hilang jugak la kot.

3) Guna IC Shuhud Zakaria

Shuhud (Abe) dengan penuh kerelaan berkata, "Tak apa, IC saya ada saya boleh ganti ijai". Celaka kau Abe. Berani kau cuba merampas hari bahagia aku.

Obviously aku memilih penyelesaian nombor satu walaupun hakikatnya reputasi aku akan terjejas. Dengan langkah yang berat aku pergi menyerah diri di rumah Da' Killa sambil menjelaskan situasi tersebut kepada abah Da' Killa. Belum kahwin lagi dah buat perangai. Buruk gila first impression yang aku beri. Dahla selama ini aku memang tak pernah berbual mesra dengan keluarga Da' Killa sebab segalanya diuruskan dengan mama tup tup kena pergi balai polis bersama-sama pula. Ahh. Tiba-tiba telefon berdering, kedengaran seperti orang berpesta di latar belakang. Ahhh syukurlah dompet telah dijumpai. Dalam beg aku je rupanya aku je yang tak cari betul-betul. Cikai mak lampir memang aib lah peristiwa itu.

Petang itu, aku sekali lagi membuat mama menangis, tetapi sekurang-kurangnya air mata yang mengalir adalah air mata gembira :)



Friday, January 27, 2012

Surat Cabaran #4

Hai apa khabar pembaca? Sempena dengan perlawanan Liverpool menentang Manshitter United di Anfield dalam saingan Piala FA pada esok hari (Sabtu), macam biasalah saya secara rasminya ingin memulakan persengketaan dan mencetuskan provokasi dengan menghantar sepucuk surat cabaran penuh kebencian kepada penyokong-penyokong Manshitter United. Ingat, pihak yang kalah esok harus menerima cercaan dengan redha. Surat ini ditujukan khas kepada:

Andrew Chan Wai Jien, Syed Muhammad Muaz, Adam Phong Wei Hoong, Prabakharan Subramaniam, Mugunthan Nair Kesavan, Jayakumaran Thangiah, Sugaindra Kumar, Gurubalan Krishna, Shasikumar Munusamy, Irsyadudin Ismail, Ezry Yusry Yu, Norman KRU, Fakri, Zahrul Idzwan Zainal, Mohd Salahudin Idris, Tengku Amir Afendi, Mohd Azuddin, Mohd Nazri Fitri Nazlan, Abu Zar Sohadis, Hazim, Mohd Radzman, Zahrul Ramzan, Ali Akbar, Alie Suami Bc, Khairul Anam, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz Sabardin, Ahmad Shuhud Irfani Zakaria, Idlan Zakaria, Zahid Zakaria, Salamea Zakaria, Zakaria Stapa, Khairul Afandi Kasim, Nur Hisyam Suhaimi, Perdana Menteri, Mohd Imran Suria, Luqman Salehuddin, Zuhri Yusoff, Mohd Naufal, Safee Sali, serta anda yang membaca entri ini jika anda merupakan penyokong Manchester United.

Ayuh teruskan membaca surat benci ini.

Penyokong Liverpool,
Surau Al Kauthar Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
27 Januari 2012.

Menemui penyokong-penyokong kelab Black Metal sembah syaiton merah Manshitter United, semoga kalian semua mendapat hidayah dan kembali ke landasan yang benar dengan berhenti menyokong kelab durjana. Cuba tanya Ustaz Azhar Idrus ke apa hukumnya menyokong kelab bolasepak Red Devil, mesti Ustaz cakap haram. Semoga saat kalian akad nikah nanti tersebut nama gadis lain sekaligus meranapkan harapan anda untuk bersenggama secara halal dengan gadis tercinta.

Saudara,

Tampaknya kalian semua sedang bergembira, bersukaria serta bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan dengan melakukan solat sunat kesyukuran bersempena dengan ketiadaan Luis Suarez akibat digantung untuk pertembungan esok. Mana tak takutnya kalian dengan beliau, kalau kalian masih ingat, abang Suarez dengan dengan penuh ketenangan memperanjingkan Rafael, memperdayakan Carrick, melepasi arwah Wes Brown dan kemudiannya mengaibkan arwah Van der Sar pula meloloskan bola di celah kangkangnya sebelum disudahi dengan salam oleh abang Kuyt. Pada pandangan kami yang ternyata bias ini, pakcik Evra sebenarnya memutarbelitkan cerita memprovoke Suarez dengan memanggilnya arnab haram (disebut nakhorom) itu yang Suarez balas dengan kenyataan berbaur perkauman. Esok kau datang Anfield, memang sahlah 40,000 orang akan diban daripada datang ke stadium untuk 8 perlawanan kerana mereka akan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman juga. Ban aku sekali woi daripada tengok Astro sebab aku pun panggil kau ***** jugak.

Nampakya musim ini kalian masih tidak dapat untuk menghampiri kami di Eropah. Maklumlah diaibkan oleh Basel tempoh hari lepastu terus nak beli Shaqiri. Baik kau beli Sheqal je boleh tenangkan fikiran menyanyi sambil berzanji. Kejuaraan liga domestik pun macam tak larat nak kejar Man City. Carling Cup kami masuk final so bila kami kalahkan kalian esok, cup apa lagi yang tinggal untuk kalian menangi? Biar saya jawabkan, cup Mister Potato. Amacam lucu tak jenaka saya?

Ok sekarang masa untuk menghina pemain kelab saudara pula. Kita mula dari bawah. David de Gea nampaknya dah jadi the next Massimo Taibi...ke the next Sharbinee? Vidic mana lama tak nampak. Itulah akibatnya dulu-dulu bunuh kanak-kanak Bosnia sekarang dah terlantar kena busung sampai penghujung musim. Rio pulak kau ingat kau #retis sangat ke kat Twitter. Nama je orang putih tapi MUET dapat band 2 grammar tunggang langgang. Kenapa panggil si kuda padi tua Scholes datang bermain kembali? Terdesak sangat ke? Apasal tak panggil Gary Neville sekali? Eric Cantona? Eric Djemba-Djemba?

Huii tak habis lagi. Giggs ni tua kutuk tak sedar diri setubuhi bini abang sendiri. Belajar dari Shrek la tu curang dengan bini setubuhi nenek mana tah. Dan korang ni tak berhati perut langsung. Adeke bagi Chicharito jadi duta untuk Mister Potato tak ada sensitiviti langsung. Tak perasan ke Hernandez tu orang Mexico lepastu mentang-mentangla Mister Potato tu orang Mexico nak jugak suruh dia jadi duta. Itu dah kira rasis tu ban 8 match la woi. Lepastu tipu kanak-kanak obses yang mudah terpedaya dengan menampal gambar pemain di kad kredit lepastu bajet peminat setia semua benda depa nak swipe pakai kad kredit "Manchester United" mereka lalu hutang keliling pinggang. Memang durjana. Kami berharap Owen at least dapat tumpang naik bas ke Anfield kalau tak dapat duduk kat bench pun. Naniiiii bangla lain hari Sabtu cuti tapi Nani biasalah rajin nak kerja. Ramli mana Ramli?

Ahh sudahlah. Sebelum saya mengakhiri surat benci saya ini, saya ingin menyampaikan sebuah pantun 4 kerat:

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Usah marah usah naik darah,
I tak hate uols, just Menyu saja.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya coretkan. Akhir kata, sambutlah carutan sayang daripada kami penyokong-penyokong tegar Liverpool.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
ijaicool
(Mohamad Faizal Rosly)




Thank You

Hai apa khabar pembaca? Semalam saya telah kembali ke Bandar Baru Bangi tercinta setelah hampir seminggu berada di Perlis. Balik rumah terus cek ada ke tidak PS3 takut dicuri. Lepas tu terus ambil adik beradik namblas ekor di asrama masing-masing menunjukkan kegarangan tidak mahu pulang mungkin kerana merajuk ditinggalkan selama 6 hari. Lepastu PC tak boleh buka pula ni yang nak marah ni. Tapi elok juga tak perlulah nak hapuskan bukti-bukti pornografi sebelum diketahui isteri. What the what? Gurau je sayang (just in case isteri baca). Lepas ni dah taknak bikin PC sendiri kita beli OEM teruih. Alienware bagaimana? Ok agak-agak macam dah beberapa baris intro perbualan ringan, bolehlah kita masuk ke tajuk asal entri. Ayuh teruskan membaca.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih buat ahli keluarga, terutamanya mama yang singlehandedly menguruskan perkahwinan saya. Mamalah perancang perkahwinan, mamalah sumber kewangan, mamalah pemberi nasihat keduniaan dan keakhiratan, pendek kata semua benda memang mama terlibat. Ini kerana saya anak tunggal maka semua benda kenalah mama yang buat ye tak. Walaupun terdapat insiden-insiden yang membuat mama mengalir air mata hihi (stories later!). Tidak lupa juga kepada ahli keluarga yang sanggup berkonvoi dari Bangi, Shah Alam, Kelang dan Ampang berjalan jauh sampai ke Perlis semata-mata untuk saya. Tapi kalian semua duduk di Perlis best apa. Dapat shopping di Padang Besaq, siap bercuti di Pulau Langkawi lagi.

Keluarga baru saya di sebelah isteri juga tidak dilupa. Buat *ehem, Mak dan Abah, terima kasih kerana menerima saya sebagai menantu walaupun tidak pernah mengenali saya dengan mendalam sebelum akad nikah. Kalau ditapis sebetul-betulnya perangai saya, or sekadar bagi baca blog saya sebelum kahwin mesti dah suruh da'killa mencari jejaka lain yang lebih mulia perangainya. Terima kasih juga buat pakcik makcik sepupu saudara baru kerana sedaya upaya mencuba untuk tidak membuat saya berasa janggal apabila bersama mereka, terutamanya ketika mereka semua berbahasa utagha dengan pekat. Bersabarlah tidak lama lagi saya akan boleh join berbual setelah mengikuti kursus sepanjang hayat bersama da'killa.

Buat Team Bangi, persahabatan kita memang hingga ke syurga. Nanti kalau kita semua masuk syurga kita duduk satu taman ok. Mana tak terharu tengok teman-teman baik kau berada di sisi kau di saat pernikahan dan persandingan, sanggup memandu berbelas-belas jam mengharungi kesesakan lalulintas sempena tahun baru Cina. Thank you Jamil dan Evi jangan lupa minta beg Marc and Jacobs di Singapura nanti. Terima kasih Shuhud kerana menjadi pengapit aku sebab kaulah orang yang paling kurang kehensemannya yang dijamin tidak memberi saingan kepada aku jika kau berdiri di sebelah aku ketika berkahwin tempoh hari. Terima kasih Ikram dan ehem ehem Aishah. Bagus gadis tu Ikram dia minat Liverpool dan boleh menyanyi hihi. Fandi dan Ida wahhh tinggi pengorbanan kau memandu doblas jam. Tidak lupa juga Zul dan Ayu. Dan rakan-rakan Bangi yang tidak dapat hadir kerana berada di luar negara tapi berjanji nak bagi hadiah mahal, mahupun yang pergi sepak batu sehingga luka. *Batuk*.


So ok, jumpa di kenduri belah saya pula. Jangan lupa datang dengan hadiah yang mahal ataupun beri sampul berisi wang yang setara dengan harga hadiah ok? Gambaq kahwin nanti tunggu gambaq rasmi dari jurugambaq dan juruvideo rasmi ok? Thanks again. I lap uols. Huarghhh mengantuk pula. Saya masuk bilik dulu ya. Teteteteteww teteteww teww tetetewww.

Friday, January 20, 2012

This Will Be The Last Post...

.....sebagai seorang jejaka kacak dan single. Entri seterusnya yang anda akan baca, saya masih lagi kacak cuma dah tak single lah kerana saya akan mendapat lesen untuk bersenggama tanpa rasa berdosa esok. Ya, esok. To tell you the truth, I am ready physically, but not emotionally. Tuhan saja yang tahu betapa gemuruhnya perasaan saya ketika ini. Nama je ijaicool tetapi hakikatnya saya sangat tidak kool dalam hal-hal sebegini. Ayuh teruskan membaca.

Sekarang saya berada di Perlis. Kat homestay ni tiada wifi maka saya sedang terkial-kial menaip entri ini menggunakan telefon bimbit pintar. Banyak benda yang saya takut sebenarnya. Saya takut saya terkaku masa nikah esok kalau tok imam tanya soalan-soalan ekstrim seperti bagaimana nak buat solat jenazah ghaib atau cara-cara hendak menyembelih lembu korban. Walaupun saya ni bekas juara rancangan realiti Makmum Muda, saya masih berasa cemas berada di hadapan puluhan mata yang memandang. Puluhan apa ratusan mungkin, kerana upacara pernikahan saya akan disiarkan secara langsung di HyppTv channel 203.

I guess saat yang paling saya takutkan esok adalah saat saya memegang erat tangan bakal bapa mertua saya, dan melafazkan sebaris ayat yang akan mengubah hidup saya selama-lamanya. Bersediakah saya untuk memikul tanggungjawab maha besar sebagai seorang suami? Mampukan saya mendidik dan membimbing bakal isteri saya ke jalan yang benar dan lurus sedangkan saya sendiri mereng pemikirannya? Dapatkah saya terus bermain game tanpa kekangan dan tengok bola jika ada gadis yang akan tinggal bersama saya? Eh.

Then again, jika dilihat pada persepsi yang berbeza, I cannot wait to be a husband. The thought of waking up beside the one that you love...without make up and with the Sundel Bolong's hair, brings smile to my face. Saya tak sabar nak jerit, "Dindaaa kanda dah pulangggg!" setiap kali pulang dari kerja. Saya rasa seronok dapat tengok midnite movie dan lepastu keluarkan kad nikah kalau pihak JAIS menahan kami kerana berkelakuan mencurigakan. Besides, with you, I believe I am the funniest man in this world because you always flash that dazzling smiles and laugh at all my stupid jokes. With you, I can be....me.

Saya sedar ramai gadis-gadis dan sesetengah jejaka yang bakal patah hati dan mungkin bertindak liar dengan terjun dari KB Mall ataupun dari Yaohan bagi mereka yang tinggal di lembah Klang setelah membaca entri ini, namun kehidupan mesti diteruskan. Harapan saya, saya harap saya akan dapat terus menulis di laman blog ini kerana saya memang suka menulis, walaupun telah berkahwin, kerana priority telah berubah. Dahla kebelakangan ni dah jarang menulis entri baru.

Aaaanyway, saya ingin ucapkankan ratusan terima kasih kepada anda semua yang memberikan sokongan membabi buta kepada saya sepanjang saya berblog ini. I really do appreciate you guys reading and commenting, mostly stalking, regardless of what I write. This is not a goodbye, but it may be a while before I post another entry. Barbie apa tulis gaya beremosi ni. Wish me luck for tomorrow.

Tuesday, January 17, 2012

So Siapa Nak Jaga Megatron ni?

Ahh debaran sudah kian terasa. Aku yang mengaku kool ni sudah mula berasa resah dan gelisah. Jika rumah anda tiada Astro dan tidak menonton E! News, aku mungkin tidak aware yang saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa yang terdekat ni. Dah boleh kira dengan sebelah jari kaki dah. Secara jujurnya aku tak prepare lagi secara emosional. Fizikal Insyaallah dapat menggembirakan hati kedua-dua belah pihak. Namun begitu itu bukanlah fokus entri ini. Jika saya pergi ke Kangaq sehari dua nanti, siapakah yang mahu menjaga kucing kesayangan Megatron? Adakah anda mahu menerima tawaran ini?

Di sini saya ingin menerangkan beberapa sifat mahmudah dan mazmumah sebagai panduan buat anda yang ingin menjaga beliau.

1) Very playful

Kehidupan anda tidak akan tenang di dalam rumah, but in a good way kerana anda boleh melihat aksi-aksi yang hanya boleh ditonton dalam video kucing di Youtube seperti memecahkan pasu bunga mama yang mahal tapi tak kena marah, bermain Football Manager (cuba menangkap cursor mouse yang bergerak), naik turun tangga sampai letih terjelir lidah mahupun memanjat almari lepastu tak tahu nak turun.

2) Comel nak arwah

Kamon, siapa yang tak sayang Megatron? Lihat sajalah kompilasi aksi-aksi beliau di bawah ini.





3) Sudah disunat

Yaa Megatron sudah disunat kerana ingin menjadikan beliau sebagai haiwan peliharaan di dalam rumah di samping mengelakkan beliau daripada menyanyikan dan membuat aksi lagu Nirvana secara literal, Territorial Pissings. Tetapi dia masih juga kencing di atas katil mahupun longgokan baju mungkin sebagai tanda protes terhadap keputusan untuk menghilangkan kejantanannya.

So bagaimana? Mahu jaga beliau tak? Takkan nak pergi hantar ke Petknode nanti daripada kucing Persian jadi Sphynx pula. Makanan untuk Megatron tak perlu beri beli kami akan sediakan. Anda juga tak perlu membayar sewa meminjam Megatron yang selalunya kami cas RM 15 sehari. Haa untung kan? Jika anda sudah teruja dan tidak sabar untuk menghabiskan masa dengan Megatron, hanya satu saja syarat yang anda perlu penuhi; anda juga mesti menjaga Si Hitam, Persona Shareca, Chevy, Argay, No Tail, Persona Andika, Mum-Raa, Anak Mum-Raa, Kucing Siam 1, Kucing Siam 2, Kucing Siam 3, Soundwave, Si Oren dan Ibunya, serta si Kelabu dengan nilai kasih sayang yang sama yang anda berikan kepada Megatron. Bagaimana?

Friday, January 13, 2012

OHHH EMMMM JIIIII

Bangun pagi pukul 11. Qada' subuh. Mahu mandi. Merenung air sejuk yang mengalir selama 5 minit. Lupa arah tujuan lalu buka PC. Login Twitter. Nampak trending topic, Foo Fighters. Klik. Baca tweet. Hmm. Foo Fighters live in Singapura pada 2 Mac. Gosok mata. Cubit nipple sendiri. Memang sakit. Nikmat sikit-sikit. Baca kembali. Foo Fighters live in Singapura pada 2 Mac. SEGYFGKJDFKDJFGSYDSDBSKJFDKHFDHKFG KDYWEMNBDMNBFWKWKWKWKWSDSDSRTRTRT (sawan babi). Ayuh?

Dalam banyak-banyak kumpulan muzik di dunia ini, Foo Fighters rankingnya adalah nombor dua, di belakang Spice Girls. Kita boleh bersikap optimistik mengharapkan abang-abang Foos menambah Kuala Lumpur sebagai destinasi jelajah konsert mereka tetapi hakikatnya, Singapura adalah satu-satunya negara di Asia Tenggara yang akan mereka histeriakan untuk tahun ini. Memandangkan pergi balik kerja asyik pasang cakera padat Wasting Light balik rumah berangan-angan kita berada di konsert agung di Wembley, mungkin sudah tiba masanya untuk kita pergi menonton persembahan mereka secara langsung?


Siapa tak eksaited nak tengok abang Dave Grohl lincah ke sana ke mari mengusung gitar Gibson biru lautnya dengan transition vokal tenang kepada jeritan super. Siapa tak ghairah melihat abang Taylor tidak berbaju mengetuk drum bagaikan seorang ayah tiri memukul anaknya. Siapa tak rasa kagum melihat gorengan gitar abang Chris dengan solo-solo yang bermelodinya. Siapa tak teruja melihat abang Nate yang sentiasa tenang di wajah tetapi jari-jemari begitu lincah berlari-lari di bassnya. Last sekali, gadis dan jejaka metroseksual mana yang tidak cair melihat senyuman menawan abang Pat? Pasti inzal mendengar intro keramat Everlong. Pasti meneruskan inzal mendengar intro drum My Hero. Pasti mahu singalong part OOO OOOO OOO OOO OOO OOOO dalam lagu terunggul Best Of You.



Konsert akan diadakan pada 2/3/2012 di Padang, Singapura. Tetapi aku dah tua. Stamina pun kurang main futsal 15 minit pun dah berbuih mulut. Mampu ke berdiri selama 2 jam maybe lompat sikit-sikit akibat terdengar riff Stacked Actors dimainkan. Dahla aku ni boleh secara tiba-tiba diserang klaustraphobic. Haritu pergi konsert Paramore pun kena bersikap tenang duduk di belakang. Tiket semua free standing dengan harga SD138. Kalau tukar duit kita berapa ringgit tu? Furthermore, di saat itu aku sudah bergelar suami. Adakah bini akan merestui pergi ke konsert rok sebegini? Mungkin, kalau kita pergi Singapura untuk destinasi bulan madu sementara? Amacam (bakal) isteri tercinta? Hik hik hik.

Aaaaanyway, ada di antara kalian yang bercadang untuk pergi? Ayuhhhhh. Maklumat lanjut di sini

Tuesday, January 10, 2012

Persediaan Kecil Lelaki Sebelum Berkahwin

Hai apa khabar pembaca? Bagi mereka yang masih membeli majalah gosip murahan Mangga setiap bulan, anda mungkin telah membaca gosip liar tentang saya bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Bagi mengelakkan timbulnya spekulasi ataupun kekeliruan, di sini saya ingin membuat kenyataan rasmi di mana gosip itu sememangnya benar. Saya akan menamatkan zaman bujang dalam masa beberapa belas hari saja lagi. Berkenaan dengan persiapan perkahwinan, hampir semuanya diuruskan oleh mama kerana saya anak tunggal maka tugas saya adalah memberi wang sahaja. Namun begitu, sebagai seorang lelaki, ada beberapa persiapan yang harus kita lakukan untuk persediaan masa hadapan. Apa yang kita jarang tekankan adalah persediaan kecil yang dianggap remeh yang sering diabaikan oleh bakal pengantin. Ayuh kita kaji perkara-perkara kecil yang harus diberikan perhatian menjelang perkahwinan.

1) Menghafal doa qunut

What the what? Takkan dah nak kahwin masih tak hafal doa qunut? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh AJK Surau Al-Kauthar Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, melalui survey rawak yang dilakukan terhadap pengunjung pasar malam sebelah Petronas, hanya 2 daripada 10 orang pengunjung pasar malam tersebut dapat membaca doa qunut dengan lancar tanpa sebarang kesalahan yang nyata. Kita ni masa kecik-kecik dulu bukan setakat doa qunut, doa solat sunat gerhana bulan pun kita hafal. Tetapi dah dewasa ni, makin malas baca doa qunut terus buat sujud sahwi. Kadang-kadang tak solat subuh terus. Lama-lama langsung keliru qodoit dulu ke afait dulu ke.

Tetapi selepas bernikah kita mungkin akan bermalam beberapa hari di rumah mertua. Semasa di rumah mertua kita berkemungkinan besar perlu bersolat berjemaah bersama keluarga dan dipaksa menjadi imam. Kalau kat rumah sendiri kita mungkin akan solat subuh pukul 8 pagi, tetapi takkan nak buat perangai sedemikian di rumah mertua nanti. Nak tak nak kita harus bangun bagi, mandi wajib menggunakan air telaga yang sejuk nak arwah, kemudian bakal dihakimi oleh bapak mertua umpama proses pengadilan rancangan realiti Imam Muda. Lepas doa qunut kau jangan ingat kau boleh lepas. Bacaan lepas solat lagi kau kena master juga. Mana boleh main pass-pass suruh adik ipar kau baca kena silent treatment dari mertua nanti. Maka ayuhla kita sama-sama menghafal doa qunut.

2) Mengkaji soalan ramalan


Adalah menjadi lumrah tok imam akan bertanyakan tentang soalan-soalan keagamaan sebelum bernikah. So far di majlis pernikahan BFF yang aku hadiri, hanya Adam saja yang tok imam tanya soalan. Dia tanya rukun nikah ke apa ntah. Itu pun tanya senyap-senyap tak pakai maikrofon so kalau salah takdelah digelakkan secara berjemaah. Time Apai nikah, rasanya tak tanya apa-apa. Masa Fandi pula tok imam sekadar meminta tandatangan kat Fandi sebab ingat dia tu penyanyi Radja. Itu bukanlah satu pujian. Mungkin di zaman globalisasi dan modernisasi ni nikah di bandar tok imam dah malas nak bertanya. Mungkin sebab mereka ada job lain selepas nikahkan anda so tiada masa. Tetapi kalau anda nikah di kampung, anda mungkin akan berhadapan dengan tok imam yang ortodoks, yang jenis nak 'kenakan' kau especially jika kau orang bandar.

Sebab itulah kita harus bersedia dari segi mental untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Dulu time PMR asyik buat soalan ramalan so time nak nikah ni ada baiknya kita refresh kembali ilmu Penilaian Asas Fardhu Ain (PAFA) kita bagi mengelakkan diri daripada diaibkan di hadapan keluarga. Kalau soalan tajwid mungkin aku boleh jawab tetapi demi kesejahteraan bersama, bolehkah kalian berkongsi soalan-soalan ramalan yang mungkin ditanyakan berdasarkan pengalaman anda sendiri?

3) Berlatih lafaz akad

Poin yang ini memang penting kerana ini adalah satu-satunya proses yang memerlukan kesempurnaan kalau tidak memang tak kahwinla anda. Aku saban hari asyik mengungkapkan lafaz keramat akad sebagai persediaan di hari pernikahan nanti. Sebagaimana yang kita sedia maklum, di saat kita hendak bernikah itu, perasaan gemuruh, takut, cemas, menggelabah, gabra bakal muncul pada masa yang sama kerana masa itulah kita akan terfikir betapa besarnya tanggungjawab yang bakal kita pikul dengan hanya melafazkan sebaris ayat. Itulah sebabnya ramai orang yang kantol kita proses lafaz akad. Ada video youtube yang aku tonton, ada sorang mamat ni bila time dia kena sebut "Aku terima nikah bla bla bla...." dia pergi sebut "Saya setuju" pulak. Tampak seperti lucu tetapi perasaan dia ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu. Itu tak masuk kejituan lafaz itu sendiri. Ada yang kena sebut "Aku terima nikah" ada pula yang kena sebut "Aku terima nikah-NYA" kalau tak kena repeat balik. Ahh cemasnya. Kau tengok BFF aku Apai lepas akad je terus histeria sampai kena bawak pergi jumpa Harun Din untuk berubat.


Yang paling ditakuti oleh setiap bakal pengantin lelaki ketika proses akad nikah adalah tersebut nama gadis lain, especially nama bekas teman wanita. Mana kau nak letak muka time tu. Dengan beberapa puluh pasang mata yang memerhatikan, itu tak masuk rakaman video perkahwinan secara professional mahupun dalam format .3gp. Tau-tau lepas 30 minit dah ada orang upload di Youtube. Haa cemas ni cemas ni. Sekali lagi aku ingin meminta bantuan kalian, siapa tahu lafaz akad nikah di Perlis? Betul ke kena lafaz dalam dialek utagha? Mampuih ceq noo.

4) Mengawal nafsu buat seketika

Selesai bernikah, ahh rasa seperti momok cerita Shutter baru bangun daripada bahu kita. Lega sangat bukan? Apakah perkara pertama yang anda fikir sebaik saja selesai akad nikah? Yaaa sudah pasti senggama halal di antara suami dan isteri. Yelah kalau jenis yang mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna tak pernah berzina sebelum kahwin, mestilah eksaited nak rasa kenikmatan tanpa menggunakan genggaman sendiri. But wait! Situasi yang selalu kita hadapi adalah; hari pernikahan masih ramai saudara mara di rumah. Lepas tu ada pulak Mak Long ataupun Mak Andak yang cemburu yang sudah lama tidak mendapat layanan mesra suami suruh kita balik rumah tak bagi kita tidur di rumah mertua. Atas dasar hormat kita kenalah akur dengan kata-kata mereka. Lagipun bilik pengantin tidak kedap bunyi tak manisla kalau orang dengar dengusan kuda kita nanti.

Mengawal nafsu juga boleh diaplikasikan ketika kali pertama bersama dengan isteri. Takkan baru first time dah nak buat aksi-aksi luar biasa seperti yang kita selalu tonton di pornografi seperti advanced rear entry, tombstone piledriver apatah lagi menggunakan gajet-gajet misteri seperti cemeti mahupun uniform Air Asia. Mesti isteri kita culture shock nanti. So bersabarlah, saat indah kan menjelma jua.

Begitulah antara persediaan-persediaan kecil yang kita harus fokuskan menjelang perkahwinan. Persediaan besar patutnya kalian sudah tahu daripada kursus perkahwinan yang kalian hadiri. Apa lagi yang aku harus prepare? Jika ingin dikira dengan hari, hanya tinggal 11 hari saja lagi untuk aku berfoya-foya sebagai jejaka idaman gadis-gadis. Alah tapi lepas kahwin pun kalian masih dambakan diri ini juga kan macam Aaron Aziz tu. Anyway, so far aku masih belum rasa menggelabah lagi. Is that a good thing or a bad thing? Bilakah waktunya aku harus mula menggelabah? Ahhh.

Wednesday, January 4, 2012

Video Pra Perkahwinan Yang Paling Unggul di Asia Tenggara

Ini bukan ezajerit, tetapi video pra perkahwinan di bawah ini memang benar-benar unggul. Sila tonton di dalam mod skrin penuh (ikon sebelah HD tu).

[Pre-Wedding] Ijai + Datillah | L.O.V.E from ARP Productions on Vimeo.


Berminat untuk mendapatkan video bertaraf antarabangsa seperti di atas? Ayuh teruskan membaca.

Jika anda tertanya-tanya siapakah juruvideo yang merakam, mengarah, serta mengedit video di atas, jawapannya adalah encik Azam Rasid daripada AzamRasid Pixtures. Tidak mahu kalah dengan tindakan Arjuna Angkasa daripada Mangotouch yang menaja pakej penggambaran untuk perkahwinan, Azam Rasid turut menawarkan kepakarannya merakam video untuk perkahwinan kami.

Azam merupakan seorang jurugambar perkahwinan yang sudah established, cuma baru-baru ini minatnya lebih cenderung untuk mengambil video perkahwinan. Jadi apa yang bagusnya Azam Rasid ni berbanding juruvideo perkahwinan yang lain? Well ini adalah ciri-ciri yang beliau sendiri nyatakan, bukan aku yang cakap ok:

- berketerampilan
- efisyen
- kreatif dan innovatif
- peramah
- user friendly
- nampak mahal dan berbaloi
- tak kejam
- bertanggungjawab
- team yang mesra alam
- happy go lucky
- comel
- hensem
- gajet yang berkualiti
- end product yang berkualiti iaitu cover dvd made in australia customade by hand
- teliti dlm membuat editing

Secara jujurnya, hampir semua ciri-ciri yang beliau nyatakan di atas adalah benar, kecuali part yang nampak sangat cuba menipu pengguna seperti hensem dan comel. Namun begitu biarlah aku menyatakan mengapa Azam Rasid adalah seorang videographer yang hebat berdasarkan pengalaman aku bekerja dengan beliau.

1) Dedikasi


Azam Rasid adalah seorang jurukamera / juruvideo sepenuh masa. Dedikasinya terhadap sesuatu projek memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tempoh untuk merakam, mengedit kemudian kembali merakam video di atas hanya mengambil masa satu minggu, dengan output yang kalian boleh lihat sendiri keohsemannya. Setiap temujanji mahupun sesi penggambaran digunakan secara optimum, tiada sesi buang masa ataupun bermalas-malasan.

2) He knows what he wants, but in the same time he satisfies your needs


Ayat di atas ni kalau dibaca banyak kali boleh dijadikan jenaka homoseksual. Bekerja dengan Azam Rasid adalah mudah dan tiada tekanan. Ini kerana Azam tahu apa yang dia mahu serta dia boleh visualize awal-awal output yang bakal dihasilkan, sekaligus memudahkan kami menerima arahannya ketika merakam video tersebut. Dalam masa yang sama, beliau menerima idea dan input daripada kami sendiri maka kami tidak akan rasa video kami hanyalah sejenis template yang orang dah selalu guna. Dalam kata lain, unik! Maka aku bebas menjadi diri sendiri membuat aksi-aksi di luar norma kebiasaan.

3) The quality

Cakap banyak pun tak guna. Aku memang sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja Azam Rasid dalam video di atas. Aku tanpa segan silu merekomen beliau untuk menjadi juruvideo perkahwinan anda.

So tunggu apa lagi? Tak semestinya gambar mahupun video kahwin saja, video hari jadi, video sedang sunat kampung mahupun video melahirkan anak, semua dia boleh buat. Kot. Kalau nak rakam aksi malam pertama dalam definisi tinggi, boleh cuba slow talk dengan dia di:

016-3379047 (Azam Rasid)
website: www.arpixtures.com or www.azamrasid.com
mail: ar.pixtures@gmail.com
portfolio: vimeo.com/arpixtures
fesbuk (videography): www.facebook.com/ar.productions.cinematography



Anyway, memang unggul bukan video di atas? Hikhikhik. Oh untuk maklumat kalian 22/1/2012 di Perlis, 4/2/2012 di Bangi :)

Tuesday, January 3, 2012

Sejarah Yang Penting Rupa

Hai apa khabar pembaca? Sempena tahun baru ini, ada baiknya kita membuat entri imbas kembali tentang sejarah Yang Penting Rupa. Jika anda pembaca veteran anda mungkin sudah tahu. Dari mana datangnya frasa Yang Penting Rupa? Mengapa blog aku ini dinamakan Yang Penting Rupa? Soalan-soalan ini sering ditanyakan oleh ratusan peminat fanatik imaginasi aku. Yang Penting Rupa ataupun abbreviasinya Y.P.R, mula digunakan aku secara meluas bermula dari zaman sekolah menengah. Semasa di sekolah menengah, badan aku memang super kerempeng seperti lempeng. Dulu-dulu aku siap makan Appeton Weight Gain mentah-mentah untuk menaikkan berat badan namun gagal (sekarang pulak dia nak berkesan). Situasi itu berlarutan sehingga ke matrikulasi dan universiti. Berat badan aku sering diperlekehkan oleh rakan sebaya. Mereka panggil aku Pelawak Tulang. Aku berasa murung dan suicidal. Namun satu hari ketika aku memandang cermin, aku tiba-tiba terperasan, Tuhan itu maha adil. Walaupun aku kurang di tubuh, namun Tuhan memberi aku kelebihan di wajah. Sejak hari itu, sesiapa yang memperlekehkan berat badan aku terus aku balas, "Hoi, tubuh badan tak penting, yang penting rupa"

Y.P.R merupakan suatu entiti yang signifiken dalam hidup aku. Ayuh teruskan membaca bagi melihat pengaruh Y.P.R dalam menempuh kehidupan di alam fana ini.

Yang Penting Rupa: Explorehunt

Kolej IT Uniten mengadakan pertandingan ala-ala The Amazing Race. Aku yang sememangnya meminati siri Amazing Race membentuk sebuah pasukan yang tabah dan gagah yang terdiri daripada aku, Tamir, Asiah (Asiah cirit birit so Jaja ganti), dan Aqilah Hasan. Menamakan pasukan kami sebagai Y.P.R, kami bermula garang dengan menyelesaikan masalah Sudoku setelah merasuah pensyarah kami T.J Iskandar untuk memberi jawapan. Namun begitu, semangat kerjasama kami tercabar apabila kami termiss satu clue akibat kelalaian Tamir menyebabkan kami gagal menghabiskan perlumbaan dengan sempurna. Masih ada harapan ketika itu untuk at least memenangi anugerah 'Kostum Berkumpulan Terbaik' namun kami tumpas dengan rival terdekat pimpinan Epul, The Hunters. Lame gila nama, The Hunters. Cis. Cis.


Dari kiri: Jaja, Lala, aku, Tamir. Lihatlah labuci Y.P.R yang dijahit khas oleh Tamir. Cantik bukan? Boleh pulak kami kalah dengan kumpulan The Hunters yang tahpape tu.


The Hunters yang belah kanan tu. Tengokla kostum mereka macam uniform al-Arqam je. Yang team kuning pun aku nak kutuk jugak korang ni nak pergi main bola baling ke haa haa lucunya aku.

Yang Penting Rupa: The Band

Uniten mengadakan pertandingan kugiran setiap tahun. Aku yang gilakan kepopularitian menghantar borang penyertaan tanpa berfikir panjang dan meletakkan Y.P.R sebagai nama band. Aku melantik diri sebagai vokalis disebabkan aku memiliki pakej lengkap wajah dan suara. Pada sesi ujibakat yang pertama, kami membawakan lagu Candy, Akan Ku Tunggu. Namun begitu berlaku sedikit salah faham di mana kaset miming aku tidak berfungsi menyebabkan kami gagal untuk ke pusingan akhir. Namun kami tidak berputus asa. Kami mencuba lagi pada tahun berikutnya setelah gigih berlatih. Hasilnya, lihatlah video klip ujibakat sinaran pasport kegemilangan kami ini membawa lagu Love Me Butch, Hollywood Holiday. Too bad ah kalau ofis korang block Youtube.



Terus bergelora nafsu para hakim ketika itu kekaguman. Akhirnya kami berjaya ke final dan kami membawa lagu Permysuri dendangan OAG dan Churaleya nyanyian The Pilgrims. Memang histeria gadis-gadis dan arbok-arbok ketika itu.

Masalah komitmen untuk bergraduasi awal dan tidak boleh keluar malam untuk berlatih serta masalah penyalahgunaan alkohol menyebabkan Y.P.R dibubarkan. Y.P.R masih ada dan akan meriliskan albumnya nanti. Tapi album gambar perkahwinan lah (jenaka sambilan).

Yang Penting Rupa: Skuad 'Terkam' Multimedia

Aku mengambil jurusan Grafik dan Multimedia, maka semasa kelas Multimedia System Design (M.S.D), kami disuruh membentuk sebuah kumpulan (tekalah apa nama kumpulan itu) dan kami ditugaskan untuk membuat sebuah produk multimedia. Y.P.R ketika itu terdiri daripada aku, Fandy, Azrel, Huda dan Ezu (pic below).


Kami mengerah otak untuk menghasilkan sebuah mockumentary tentang kehidupan kotaraya yang durjana. Hasilnya, terciptalah video bapuk yang diiktiraf boleh Persatuan Arbok Semalaysia (PAS). Tiada kaitan dengan parti politik itu.

Selain bapuk, kami juga turut mengadakan sketsa tentang Penjualan VCD haram, Mencuri Wang Ibu untuk Membeli Dadah, serta Perlumbaan Haram. Mungkin aku akan upload satu hari nanti korang dapat melihat lakonan kaku Azrel dan Fandy, improvisation spontan daripada Ezu serta Huda. Memang seronok dapat bekerja dengan korang. Terima kasih.

Yang Penting Rupa: The blog

You are reading it right now. Saya sedar kebelakangan ini kadar kekerapan memuat naik entri baru sudah semakin menurun. Oh percayalah saya ingin sentiasa mengemaskini blog ini kerana saya suka menulis (menaip), tetapi kadang-kadang idea yang muncul itu umpama cikai mak lampir. Kualiti lebih baik daripada kuantiti bukan? Alasan. Tak apa, azam tahun baru saya adalah untuk kembali aktif menulis sekerap yang boleh. Anyway, thank you for stalking me. I lap uols. Y.P.R rawks!!!! Rite? Rite?

ps: sumpah dulu aku kurus dan hensem. sekarang pun hensem jugak cuma tak sekurus dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...