Friday, February 24, 2012

Kekecewaan

Tajuk di atas tidak merujuk kepada kekecewaan akibat abang Yusry sudah menikahi Lisa Surihani dan ada kebarangkalian juga mereka telah bersenggama malam tadi. Bangun pagi pukul 11. Qada' subuh. Lepas tu baru teringat kena mandi junub dahulu. Merenung air sejuk yang mengalir selama 5 minit. Lupa arah tujuan lalu buka laptop. Login Twitter. Nampak trending topic, Foo Fighters. Klik. Baca tweet. Kecewa. Sangat kecewa. Ayuh teruskan membaca.

Jika di rumah anda tiada Internet mahupun anda memang tidak mengambil tahu hal-hal keduniaan, konsert Foo Fighters di Singapura pada hari Jumaat, 2 Mac telah dibatalkan di atas faktor kesihatan anak tekak abang Dave. Kita ikuti kenyataan rasmi mereka:

"We deeply regret having to cancel. It wasn't an easy decision by any stretch but after carefully considering medical advice, we felt we had no choice. Dave's been told by more than one doctor that he has to take it easy on his voice. We hate to disappoint our fans in Singapore and hope you'll all understand and that we'll see you all in the not too distant future...."

Kecewanya. Pelbagai persediaan yang telah saya buat untuk pergi ke konsert tersebut. Tiket konsert dah beli lama dah. Lepas tu aku siap masuk kelas vokal semata-mata untuk sing along di konsert tersebut (ezajerit). Lirik lagu semua dah hafal dah walaupun doa qunut kadang-kadang tak lancar. Team Bangi pulak siap dah belikan tiket kapal terbang dengan luggage 20kg berserta insurans yang optional lagi. Itu tak masuk wang yang telah dibayar untuk penginapan selama 3 hari 2 malam di sebuah hotel yang paling murah tetapi masih lagi mahal jika ditukar nilai matawangnya.

Oh man. Perasaan kecewa ini bagaikan baru lepas ditinggalkan gadis tapi tak sempat nak ringan-ringan dengan gadis tersebut. Ingin saja aku mengalir air mazi di mata di sudut-sudut gelap meratapi kesedihan ini. Mana taknya kugiran Foo Fighters adalah kugiran antarabangsa yang paling aku gemar. Bukan selalu mereka datang ke Asia Tenggara ni.

Jika mahu dipandang dari sudut yang positif, saya dapat menghabiskan lebih banyak masa bersama-sama dengan da'killa dalam sesi bulan madu mini ini. Itulah kelebihan berkahwin, kau boleh mengadu dan mengada-ngada tentang pembatalan konsert tanpa diperlekehkan. Kata-kata semangat yang diberi juga memang berkesan. "Sabarlah sayang, Dave sakit sikit je. At least dia tak meninggal dunia...".

Pergi konsert hari Jumaat, hari sabtu pastilah mahu pergi ke Universal Studios. Siapa pernah pergi USS? Ada cadangan ride2 menarik yang harus kita beratur dahulu? Huiii berdasarkan kajian yang aku buat, Transformers The Ride dengan The Mummy tu mesti naik lapan kali. Battlestar Galactica tu maybe kena sumpit aku dulu sampai aku tak sedar diri barulah aku berani naik kot haha.

Now that hari Jumaat sudah free tiada aktiviti, apakah lokasi yang harus dikunjungi di Singapura? Tempat makan yang best ke tapi janganlah cadangkan aktiviti berdosa di Geylang. Kuciwa memang kuciwa tetapi hidup mesti diteruskan (ayat hati yang pilu). Baidewei siapa nak beli tiket konsert Foo Fighters? Aku jual murah je sekeping RM100 harga sebenar RM300 kau tahu oh em ji murahnyaaa! Cepat sementara stok masih ada.



Thursday, February 16, 2012

Mari Belajar Bahasa Utagha

Hai apa khabar pembaca? Hari ini genap 26 hari saya berkahwin. Tahukah anda saya berkahwin dengan orang Perlis? Semasa berada di Kangar, saya perlu beradaptasi menggunakan kata ganti diri seperti kami, ceq, hang, mahupun depa dalam komunikasi harian. Kalau setakat mendengar ahli keluarga da'killa bercakap dalam dialek utagha, aku boleh faham lagi. Tetapi bila bertemu dengan sanak-saudaranya di kampung, aku hanya mengangguk-angguk mendengar mereka berbicara sambil bergelak ketawa bila orang lain gelak ketawa. Sumpah aku tak faham sebab pekat nak arwah.

Lepas tu aku dinasihati agar tidak kembali berbual dalam dialek utagha juga kerana takut aku mengguris hati mereka sebab bila aku cakap utagha, da'killa cakap aku tiba-tiba jadi sengau macam orang Siam, dan sebab aku ada teori sendiri yang ternyata tidak benar mengubah bahasa KL menjadi bahasa utagha. Contohnya, huruf S akan bertukar menjadi H tetapi bila aku bunyikan ternyata menjadi salah seperti lepas jadi lepa-ihh dua belas jadi dua bela-ihh. Ezajerit gitu. Tapi family da'killa memang sportrim ah sebab bila cakap dengan aku depa cuba cakap KL, di samping mengajar aku istilah-istilah utagha, ataupun di Perlis khususnya yang digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Ayuh kita belajar bersama-sama.

1) Jadi

Maksud: cukup, enough

Contoh: Apabila mak mertua menuangkan nasi ke dalam pinggan anda dan anda tidak mahu menampakkan perangai sebenar anda yang suka mentekedarah, segera ungkapkan "Jadi, jadi".

2) Mengkala

Maksud: bila

Contoh: Apabila kumpulan Samsons melawat Perlis dalam konsert jelajah Utagha mereka tempoh hari, mereka menukar lirik lagu hit mereka Kenangan Terindah kepada "Mengkala yang tertulis untukku, adalah terbaik untukmu...."

3) Ghimbuk

Maksud: belasah

Contoh: "Song Pek, hang jangan nak dok buat taik kat sini, ceq ghimbuk kang!" jerit Syahdan Hati Waja kepada seteru persilatannya.

4) Kelepiaq

Maksud: gerak-gerak tangan macam merenjis tu. Sila rujuk video salah satu peserta American Idol kegemaran musim terbaru di bawah:



5) Ghembang

Maksud: tengah hari yang kemuncak?

Contoh: "Shuhud dulu sebenaqnya hensem, tapi selalu sangat dok pi main time ghembang tu yang jadi berkilat lagu tu," jelas jiran Shuhud kepada kami yang sering mempermainkan warna kulit beliau.

6) Cungit

Maksud: Terjungkit

Contoh: Rashidi bimbang dengan keadaan seluarnya yang tiba-tiba tercungit setelah melayari album gambar Daphne Iking di fanpage beliau.

7) Ketegaq

Maksud: Degil

Contoh: "Yang abang dok ketegaq sangat ni pasai apa??" marah Nurul Iza kepada suaminya Muaz yang malas tukaq gambar profile Fesbuk walaupun gambar profilenya itu menyakitkan hati dan dah 6 tahun tak tukaq.

8) Hora

Maksud: berfoya-foya, berjoli

Contoh: "Ayuh kita pi hora kat sempadan. Tengok takpa asaikan jangan zina" jelas Fandi yang cuba mengajak kami pergi menonton tiger show arbok di Bangkok.

9) Gedung

Maksud: hospital

Contoh: "Hoi ceq suruh hang hantaq ceq pi gedung yang hang bawak ceq pi The Store ni pasai apa?" marah Mak Ngah kepada menantu barunya yang berasal daripada Kolumpo itu.

Ok sampai di sini sahaja kelas belajar bahasa utagha nanti saya tanya lagi perkataan-perkataan yang sering digunakan di Perlis kat isteri. Jika anda ada istilah-istilah utagha yang unik untuk dikongsi bersama, sila letakkan di ruangan komen, berserta dengan contoh penggunaan ayatnya sekali agar kita semua boleh mendapat manfaat especially jika hendak berkahwin dengan orang utagha.

Monday, February 13, 2012

Pernikahan

Hai apa khabar pembaca? Salah satu skil untuk mengemaskini blog tanpa sebarang usaha untuk memikirkan topik yang sesuai di samping mengarang ayat-ayat manis yang menarik perhatian pembaca adalah dengan menempel gambar-gambar saja. Dalam kata lain, mengemaskini blog dengan penuh kemalasan. Hari ini saya ingin buat entri bergambar tetapi saya bukan pemalas kerana saya ada buat intro yang panjang. Lagipun gambar-gambar yang saya ingin kongsikan ini adalah gambar di sekitar pernikahan seorang artis yang popular di Brunei. Bagi mereka yang ada membeli majalah Mangga keluaran Februari mahupun telah like fanpage artis ini di Fesbuk anda mungkin telah melihat gambar-gambar pernikahan beliau. Bagi yang belum, saya sebagai peminat fanatik ingin berkongsikan gambar yang diambil daripada jurugambar rasmi beliau di sini. Ayuh teruskan membaca (melihat gambar).

Ini adalah gambar-gambar yang diambil dari Fesbuk yang telah diresize, maka kualitinya mungkin tidak sehebat gambar asal.




Air mata kegembiraan kerana tidak perlu bernikah di sempadan kerana telah jumpa kad pengenalan. Kau nampak tak teknik rhyme di situ.



fesbuk: https://www.facebook.com/mangotouch
web: http://www.mangotouch.com
mail: admin@mangotouch.com

Gambar album separa penuh boleh ditonton di sini: https://www.facebook.com/#!/media/set/?set=a.10150545918638801.374755.69335483800&type=1



Jelitanya gadis di atas.....mesti suami dia pun kacak juga. Sayalah suaminya by the way.




Ini pula gambar-gambar yang diambil oleh Azri Abu dari Grayscalegraphic Photography yang membantu Mangotouch: https://www.facebook.com/?ref=tn_tnmn#!/media/set/?set=a.290792520974727.72908.147137908673523&type=1

Ok aksi meragukan terakhir sebelum punggung solid ini menjadi hak milik kekal seorang gadis bertuah. Emm you like that ummm yeahhhh babyy ummm (slap punggung).



Thursday, February 9, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia di IKEA

Hai apa khabar pembaca? Aktiviti yang sering dilakukan selepas beberapa hari berkahwin selain daripada persenggamaan halal antara suami dan isteri adalah pergi mencari perabot rumah. Jika ditanya di manakah lokasi kegemaran penduduk Lembah Kelang untuk membeli perabot, 80% daripadanya akan menjawab IKEA, dan selebihnya mungkin menjawab kedai perabot Ah Seng di Serdang. Ya, penduduk Malaysia amnya memang gemar pergi ke IKEA. Sikit-sikit nak pergi IKEA. Bila semua orang dah pergi ke IKEA, macam-macam tabiat mahmudah mahupun mazmumah yang kita boleh lihat. Ayuh kita kaji tabiat manusia di IKEA.

1) Kanak-kanak mencuri pensel / checklist / pita pengukur

Di pintu masuk IKEA mahupun di beberapa stesen tertentu, terdapat satu seksyen untuk para pengunjung merancang aktiviti membeli-belah mereka. Pihak IKEA telah menyediakan checklist untuk kemudahan pengguna agar dapat mengetick perabot apa yang mereka mahu, menggunakan pensel kayu yang telah diasah secara normal ataupun secara khat bagi mereka yang meminati seni khat. Turut disediakan adalah pita pengukur untuk mengukur ukurlilit perut kita yang boroi itu agar tidak tersalah membeli kerusi yang tidak mampu menanggung kelebaran punggung (pungkoq, kata orang utagha).

Namun begitu, kemudahan yang disediakan ini sering disalahgunakan oleh kanak-kanak dan para remaja tidak melebihi 15 tahun di mana mereka dengan tenang menggenggam gumpalan pensel dan dimasukkan ke dalam beg Ben 10 masing-masing. Pita pengukur pula dijadikan 'senjata' untuk berkelahi dengan adik-beradik yang lain ataupun digunakan sebagai tali untuk mengikat anjing (di rumah). Kita memang faham selaku kanak-kanak, tindakan ini adalah perkara biasa. Namun begitu apa yang menyedihkan adalah sikap para ibu bapa yang tidak mengawal tingkahlaku anak-anak mereka, sebaliknya menggalakkan lagi tabiat tersebut dengan menyuruh anak-anak mereka ambil apa yang mereka mahu tanpa sebarang kesedaran sivik.

2) Pasangan bercinta 500 Days of Summer


Adakah anda pernah menonton kisah cinta 500 Days of Summer lakonan Zooey Deschanel dan Joseph Gordon-Levitt? Jika belum, pergilah tonton kerana itu adalah filem yang hebat. Jika sudah, anda pasti ingat babak percintaan Tom dan Summer di IKEA. You know, baring-baring bersama di atas katil dan ringan-ringan sambil diperhatikan oleh keluarga Cina yang lain, main masak-masak di dapur mahupun menonton TV bersama imaginary child di ruang tamu. Kamon semasa zaman remaja di awal-awal percintaan tatkala segalanya indah mestilah terfikir untuk mendirikan rumahtangga bersama dan bila dah masuk ke IKEA dipengaruhi pulak dengan filem tu hah kita pun apa lagi tiba-tiba menjadi horny dan terus mahu hidup bersama. Tapi toksah kau nak seronok sangatla filem tu bukan jenis happy ending dan kau main-main kahwin di IKEA ini mungkin akan hanya tinggal memori pilu.


Ada juga ahli keluarga yang membuat IKEA seperti rumah sendiri. Last week aku pergi aku perasan ada sorang mamat tu sedang enak tidur di katil dua tingkat. Ada yang lagi kurang sopan depa pergi buat open house sempena Thaipusam terus kat situ punyalah kemut (kedekut, bukan aksi seksual tu). Eh.

3) Membeli barang yang tidak perlu

Anda duduk di rumah. Suddenly hausmet anda cakap, "Eh jom kita pergi IKEA nak?". Anda cakap ada nak berjimat nak simpan duit. Lepas tu hausmet anda jawab, "Ala takpe kita jalan-jalan tengok barang-barang je tak perlu beli apape". Kita duduk termenung lalu cakap, "BAIKLAH!". Lepastu anda pun pergilah ke IKEA nak Windows shopping (bukan Mac shopping tiba-tiba je aku kutuk Apple). Anda sangka anda boleh bertahan tanpa membeli apa-apa di IKEA? Anda memang seorang pendusta bakal kena kusta. Sampai saja di IKEA, mata anda akan menjadi rambang semua benda ada nak beli sebab anda rasa semua benda NAMPAK murah tetapi sebenarnya tidak.

Kalau tak dapat nak beli rak TV pun, at least kena beli hanger walaupun hanger dah berlambak-lambak di rumah. Eh sudip kat rumah elok lagi ke tak haa? Takpe beli jelah satu set walaupun kita tak pernah memasak di rumah. Bagaimana pula dengan jam dinding? Rasanya bateri dah habis so kenalah beli jam baru. Kau lihat di situ, pelbagai alasan kita cipta sendiri agar dapat memuaskan nafsu membeli-belah kita di IKEA. Hakikatnya semua benda kita tak perlu, dan kalau perlu pun tak perlu pun pergi sampai ke Bandar Utama nak pergi beli penyidai baju, kat Warta pun boleh beli. Tetapi branding 'IKEA' itu terlalu gah, dan kita ingin rasa takbur dan riak bila orang tanya, "Eh cantik kau punya alas kaki ni. Beli kat mana?" Kita dengan kembang hidung dan testis jawab, "Mestilah aku beli di IKEA hoccayyy"

4) Tak beli apa-apa, sekadar mahu pergi makan

Sebenarnya, aku takdalah teruja sangat nak pergi ke IKEA pun. I guess semua lelaki pun begitu. Bukan apa, sebab orang terlalu ramai, especially di kala hujung minggu mahupun cuti umum. Ramai nak arwah macam ada ceramah Ustaz Azhar Idrus. Itu pun bukan sebab mereka datang nak beli almari baju, instead mereka datang nak makan di kafe IKEA. Ya, datang IKEA sekadar nak membaham. Membaham apa anda tanya? Sudah pastilah bebola daging yang menjadi kegilaan setiap penduduk di Selangor ni. Tak percaya? Jika anda ada Twitter, cuba scroll Timeline anda sekarang, mesti ada sorang dua tiba-tiba tweet dalam caps lock, MEATBALLS IKEA JOMMMM. Masih tak percaya? Bukak Fesbuk, pergi ke album gambar rakan-rakan anda secara rawak, mesti ada at least sekeping dua gambar mereka sedang menjilat bebola daging IKEA. Takpun baham karipap gergasi yang overrated di mana karipap auntie Maria area rumah aku lagi sedap. Memang obses kalian ni.

5) Noob IKEA


Aku bukannya selalu pergi IKEA so aku ni kira kategori noob la kalau pergi sana, sama seperti kalian juga toksah nak buat-buat macam IKEA tu rumah kedua anda. Kalau anda tengok orang yang shopping kat IKEA tu muka berlagak je itu tandanya dia konon-konon dah selalu pergi dah taula protokol dan etikanya. Kira macam douchebag IKEA la. Contohnya beg kaler kuning kat boleh bawak keluar. Lepas tu bila kita beratur kat kafe tak bawak troli, anda pasti akan mendengar soksek soksek kat belakang, "noob dia di nak junjung meatballs kat kepala ke apa". Lepastu kita tercari-cari di manakah pekerja di IKEA sebab kita nak beli katil. Sampai ke sudah tak jumpa dan tak tahu bagaimana nak memesan katil tersebut. Noob.

Begitulah antara tabiat-tabiat lazim manusia yang dapat saya perhatikan di IKEA. Kalian yang tiap-tiap minggu pergi IKEA ni bagaimana pula? Ada nampak tabiat unik untuk dikongsi? Ayuh kawan-kawan, MEATBALLSSSSSSSS.

Tuesday, February 7, 2012

Aktiviti Membuka Hadiah Perkahwinan

Selepas berkahwin, apakah aktiviti yang dinanti-nantikan oleh pasangan pengantin pada malam pertama? Jika anda menjawab aktiviti senggama secara halal antara suami dan isteri, anda hanya mendapat 15 daripada 20 markah. Ini kerana di zaman moden ini, suami akan disuruh pulang tanpa mengecapi kenikmatan persetubuhan dan tidur di rumah sendiri oleh makcik-makcik yang cemburu sudah lama tidak mendapat layanan mesra suami masing-masing. Jawapan yang sebenar adalah, membuka hadiah perkahwinan! Ayuh kita kaji hadiah-hadiah yang saya dapat di majlis perkahwinan saya tempoh hari.

Dalam jemputan perkahwinan tempoh hari, saya telah menyatakan yang saya tidak mahu hadiah rice cooker dan toaster, huiii akhirnya memang tak dapat satu pun. Pastu bila cek kat rumah aku memang tak ada toaster haa kan kau dah menyesal. Di Perlis, secara umumnya hadiah yang kami dapat adalah set cawan dan pinggan, yang rata-ratanya disyaki dibeli di Padang Besar kerana jenama yang diterima adalah Pie Rat instead of Pyrex. Ya, Pie Rat, aku tidak ezajerit di situ. Even bekas menteri besar Perlis, Shahidan Kasim pun turut menghantar hadiah ke rumah Da'Killa. Bukan satu, tetapi dua ok hadiah yang sama. Mungkin satu untuk aku satu untuk Da'Killa ataupun mungkin itu salah satu cara untuk memancing undi sempena pilihanraya.

Di Bangi pula, hadiah umum yang kami terima adalah album gambar. Album gambar yang paling istimewa datangnya daripada rakan-rakan Uniten iaitu Abu Zar, Hanis dan Nazri. Memang istimewa album ni sebab dalam album tu, mereka siap letak gambar aksi ghairah tiga serangkai lagi.


Dahulu semasa aku praktikal, aku ada seorang kawan bernama Liana yang membantu aku untuk mengurat Da'Killa. Kalau kalian pernah dengar lagu 'Song For Datillah' ada satu bait lirik berbunyi, "Kuminta Liana tanya sudahkah ada teman, si Aishah tanya terus ku sungguh segan...." Haa so peranan Liana memang pentinglah dalam menemukan aku dengan Da'Killa ni. So aku perlulah highlight apa yang dia beri untuk perkahwinan aku. Huii bagus bagi aku surah Yasin barulah demon-demon macam Shuhud dan Fandi rasa tak selesa nak masuk ke bilik aku kelak.


Ada juga peminat-peminat fanatik yang datang menunjukkan kefanatikan mereka dengan menjerit histeria bila nampak nama aku di signboard nak masuk ke dewan seperti Nurul Huda Rahim dan Al-Kaput namun kedua-dua mereka disyaki tidak meninggalkan hadiah. Tapi kak Jana ada bagi aku jam di bawah.


Benda-benda praktikal lain yang saya dapat adalah set kutleri tahan karat, tuala mandi yang baru dicapai dari almari last-last minit sebab nak jugak bagi hadiah, cadar katil romantis (thanks Asiah), set cawan gaya Inggeris (thanks Seri & Norlina), rak bukan dari Ikea, termos nampak mahal serta beberapa biji buah mempelam. Eh. Namun begitu hadiah yang paling praktikal yang aku terima adalah daripada rakan-rakan sekerja aku sekarang iaitu Jean Khoo (disyaki tak hadir), Sugaindra Kumar (disyaki tak hadir), Joanne Lee, Nabila Che Ibrahim, Linda Lawrence, Syazwani (disyaki tak hadir), Visubalan (disyaki tak hadir) dan Dennis. Apa hadiahnya? Jeng jeng jengggg mesti lagi kool kalau dapat sekali set trilogi LOTR bukan hikhikhik.


Buat rakan-rakan lain yang hadir tetapi tidak membawa hadiah instead memberi angpow, saya ucapkan terima kasih juga walaupun mostly tak dapat kat saya. Buat rakan-rakan terdekat yang tak datang walaupun dah letak 'going' mahupun memohon kad ataupun buat-buat tak nampak invitation di Fesbuk, macam biasa putus kawan seminggu bermula daripada tarikh hari ini dan kebarangkalian tinggi untuk saya buat-buat taknak datang majlis perkahwinan kalian ataupun kenduri sunat anak pertama kalian nanti hihihi.

Apapun saya ucapkan terima kasihla kepada anda semua yang sudi hadir memeriahkan majlis kami pada hari Sabtu yang lepas tak kisahlah hadiah apa yang kalian beri ataupun tak beri kerana bak kata pepatah Inggeris, it's the thought that counts. Terima kasih di atas ucapan-ucapan tahniah secara langsung mahupun ayat-ayat congratulations yang ditulis di guest book ataupun di 'Wishing Tree' walaupun 70% daripadanya berbaur seksual dengan jenaka malam pertama yang klise. Hihi.



However, the best is yet to come kerana Team Bangi telah berjanji untuk menaja tiket penerbangan pergi balik untuk dua orang ke Singapura nanti berserta dengan penginapan untuk menonton Foo Fighters dan melawat Universal Studios nanti. Yayyyyyy. Thanks again everyone. Harap kalian semua kenyang makan dan sempat baham kudapan di candy bar sebab aku tak dapat rasa woi gula-gula dapat dan chocolate fountain tu. Semoga kalian juga turut merasai kegembiraan saya dan isteri di hari bahagia tersebut. Yang baik itu datangnya daripada Allah (dan mama), dan yang buruknya itu datang daripada catering tapi rasanya tak ada yang buruk kot sebab makanan ada lebih. Ok aku nak pergi kerja di hari Thaipusam ini. Gambar an video dperkahwinan rasmi akan dipost nanti. Kau boleh buat kerja cepat sikit tak Rahman Sharif dan Azam Rasid?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...