Thursday, March 29, 2012

Seram: Episod Sebelas

Pernahkah terlintas di dalam minda anda; alam cakerawala ini luas tidak berpenghujung, maka tidak mustahil ada makhluk lain yang tinggal di luar bumi ini? Pada mulanya aku hanya bersifat skeptikal dengan teori 'we are not alone in this universe'. Namun begitu satu kejadian yang menakutkan telah mengubah persepsi aku tentang makhluk asing buat selama-lamanya.

Kisah ini berlaku pada minggu lalu, namun aku tiada keberanian ataupun kekuatan untuk menceritakannya kepada umum. Namun begitu aku mesti kuatkan semangat, bulatkan tekad demi kesejahteraan bersama. Aku memang suka menonton siri berunsurkan sains fiksyen. Siri sains fiksyen yang paling agung dalam sejarah televisyen sudah pasti the X-Files. Tema utama siri X-Files selain daripada fenomena di luar imaginasi adalah makhluk asing. Adik watak utama ejen FBI Fox Mulder kena culik, menjadikan beliau obses dengan alien, walaupun masyarakat sekeliling tidak mahu percaya dengan beliau. Apapun, nama pun sains fiksyen, oleh kerana tiada bukti yang kukuh, maka di sini kita boleh membuat kesimpulan yang makhluk asing itu adalah fictional semata-mata.

That's what I thought. Until last week. Hari itu aku tidak bekerja. Duduk rumah garu testis sendiri sahaja. Memandangkan tiada aktiviti menarik untuk dilakukan seorang diri yang tidak membabitkan dosa, aku pun membuat keputusan untuk menonton filem berunsurkan makhluk asing arahan M. Night Tamanshamelin, Signs. Cuaca ketika itu mendung, dengan hujan turun renyai-renyai. Scene-scene melibatkan makhluk asing di dalam filem itu ternyata menimbulkan sedikit rasa tidak selesa. Istilah takut mungkin lebih tepat.

GEDUNGGDUNGGG!!! Bunyi guruh berdentum di luar. Berderau darah aku. Lampu yang menyinari bilik terus terpadam. Perasaan panik dan cemas mula menguasai diri. Bertenang Faizal bertenang. Aku meraba-raba di dalam kegelapan mencari suis. Aku petik-petik suis lampu namun tidak membawa sebarang hasil. Ternyatalah aku harus pergi turun bawah untuk membuka suis utama. Hati aku semakin tak tenteram. Peluh dingin membasahi dahi aku. Aku mengambil wudhu', aku cuba untuk bertenang namun hatiku masih dag dig dug di dalam dada macam lagu Haiza. Semua kerana imej-imej makhluk asing yang mengerikan itu kini bermain-main di dalam minda. Kalau jumpa iblyss dan syaiton kita baca ayat hafazan PAFA, tetapi kalau jumpa Alien nak baca apa bagi mereka terbakar?

Aku memberanikan diri untuk turun ke bawah berbekalkan lampu daripada telefon bimbit. Suis utama terletak di dalam stor. Sambil menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan daripada album terbaru Maher Zain sebagai pendinding diri, aku pun membuka suis utama. Alhamdulillah syukur, lampu kembali menyala. Namun begitu aku tiba-tiba terdengar bunyi seperti sebuah mesin dihidupkan daripada bilik aku. Kapal angkasa kah? Mengarut Faizal, mengarut! Aku cuba menenangkan diri sendiri walaupun badan aku sudah mula terketar-ketar. Takut momok memang perkara biasa tetapi takutkan makhluk asing? Satu demi satu anak tangga aku daki. Aku cuba mengintai dari tangga, kelihatan seperti lampu berwarna biru menyinari bilik aku. Sumpah macam scene ketika makhluk asing datang hendak menculik manusia seperti yang selalu dipaparkan di kaca televisyen. Pada mulanya aku ingin sahaja keluar lari daripada rumah, namun begitu aku teringat yang Megatron berada di dalam bilik aku. Dayus gila kalau aku biarkan dia seorang di sana. Dengan lafaz akad nikah aku terus berlari masuk ke dalam bilik. Tiba-tiba.....

.....ALANGKAH TERKEJUTNYA AKU APABILA MELIHAT ADA MAKHLUK ANEH DI BILIK AKU! WAJAHNYA LONJONG DAN MATANYA BUJUR BERSINAR-SINAR KEBIRUAN.......ALIEN!!!!



.....rupa-rupanya itu PC Alienware X51 yang kool lagi bergaya dan berkuasa yang baru dibeli. Takburnya takburnya. Fuhhh bikin saspen saja. Amacam dalam skala 1 hingga 10, berapa tahap keseraman cerita aku ni? Kamon gadis-gadis boleh tayang beg tangan LV hasil daripada penjualang bengkung, kenapa kami para jejaka tak boleh tayang PC baru? Tetapi Tuhan kata tak baik takbur, maka dalam entri seterusnya saya akan membuat ulasan sifat mahmudah dan sifat mazmumah tentang produk di atas sebagai panduan mereka yang ingin membeli PC baru. Assalamualaikum.

Monday, March 26, 2012

March Movies!

Haiii bertemu lagi kita di dalam rancangan Reviu Filem Bersama Abang Jai. Rasanya sudah lama Abang Jai tidak membuat kemunculan dalam segmen ini. Maklumlah, semenjak berkahwin ni, kekerapan pergi menonton wayang sudah semakin menurun. Aktiviti menonton wayang Abang Jai digantikan dengan aktiviti membeli barang-barang dapur dan kelas-kelas ekonomi rumahtangga di hujung minggu. Rasa nak bagi tinju Ip Man tak membahasakan diri sebagai Abang Jai? Apapun, ayuh kita teruskan membaca ulasan separa professional yang Insyaallah bebas daripada spoiler ini.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

John Carter

Ulasan ringkas: Tahukah kalian sebenarnya Planet Marikh (Barsoom) itu berpenghuni? Namun begitu planet itu bakal dilanda malapetaka akibat peperangan saudara antara watak kaum jahat Zodanga menentang Helium. Tapi nampak macam Zodanga nak menang sebab mereka ada weapon of mass destruction mana aci. Kembali ke bumi kita diperkenalkan dengan watak utama John Carter ataupun nama timangan ringkasnya JC ataupun nama komersialnya dalam Nsync, JC Chasez. Diceritakan dalam bentuk flashback, John menceritakan tentang pengembaraannya ke Barsoom di mana dia tiba-tiba menjadi superman boleh lompat tinggi dan mempunyai kuasa penumbuk sehebat Chuck Norris. Biasalah sebagai watak utama mestilah dia tiba-tiba terlibat dengan peperangan antara Zodanga dan Helium bukan.

Bagi saya cerita ini biasa sahaja. Mungkin gempak grafiknya macam projek tahun akhir Ling Leong Wei budak coursemate aku dulu, dan kalau tengok guna spek mata tiga dimensi koko krunch mungkin lebih lawa. Tetapi dari segi jalan cerita mahupun perkembangan watak entah aku pun tak ingat sangat sebab tak memorable. Hikhikhik.

Ratings: $$ 1/2

The Hunger Games

Ulasan ringkas: Filem ini adalah adaptasi daripada tajuk novel yang sama. Dulu-dulu daerah-daerah kecil dan miskin pergi memberontak terhadap bandar kapitalis Capitol. Setelah Capitol menang pilihanraya berdarah, mereka mewujudkan satu rancangan realiti televisyen The Hunger Games ala-ala Survivor, di mana dua belas daerah rebel itu akan menghantar 2 orang wakil bagi menyertai pertandingan tersebut. Yang fakapnya, hanya boleh ada seorang pemenang kita kena tamatkan riwayat peserta lain. Pemenang rancangan itu akan mendapat kekayaan dan kerakyatan tetapi tujuan sebenar pertandingan itu diadakan adalah untuk menunjukkan kekuasaan Capitol di samping menjadi langkah pencegahan pemberontakan daerah miskin. Hendak dijadikan cerita adik Katniss, heroin cerita ini telah terpilih untuk menyertai The Hunger Games tapi Katniss sebagai seorang kakak telah membuat pengorbanan untuk menggantikan adiknya. Bersama beliau adalah Peeta, seorang budak lelaki yang tak sehensem mana tetapi berhati mulia. Katniss dan Peeta mendapat khidmat nasihat fesyen daripada Lenny Kravitz dan Mentor musim ke-6, Adam. Huii kenalah training ramai orang nak tengok ni takkan nak bagi orang kelar leher kau suka-suka kan. Let the Hunger Games begin!

Saya tidak pernah langsung membaca novel tersebut maka tiada perbandingan secara langsung yang boleh dilakukan. Tetapi tema filem ini memang 'gelap'. Yelah kau masuk pertandingan dengan kawan kau tetapi in the end kau tahu kau kena hantar dia ke alam barzakh. Itu pun kalau leher kau tidak dipatahkan oleh peserta lain. Lakonan Mistik Muda (X-Men First Class) Jennifer Lawrence memang meyakinkan. Kita tahu dia seorang kakak dan rakan yang protective, tetapi dia bukan seorang gadis yang lemah kerana tahu membuat keputusan yang sukar berdasarkan moral di dalam diri. Scene-scene di dalam hutan ada yang menyentuh hati tetapi most of the times akan membuat anda tak senang duduk kerana aksi memburu dan diburu. Pergilah tonton di pawagam.

Ratings: $$$$

The Vow


Ulasan ringkas: Mereka kata filem ini adalah berdasarkan kisah benar juga. Paige dan Leo adalah dua pasangan bercinta sehidup semati. Lepas tengok wayang, boleh pulak depa ni nak ringan-ringan dan mungkin menuju ke arah keberatan dalam kereta lepastu tak pasal-pasal disondol oleh lori sampah. Nasib baik tak meninggal dunia kalau tak filem tu 5 minit je dah habis. Hendak dijadikan cerita, mereka berdua selamat, tetapi Paige telah mengalami kerosakan otak di mana dia tak ingat yang dia bercinta dan telah berkahwin dengan Leo. Dia cuma ingat kisah dulu-dulu saja. Maka di sini, berteraskan 'The Vow' yang pernah mereka ungkapkan satu masa dahulu, Leo berazam untuk mengembalikan ingatan Paige, serta membuat dia jatuh cinta kembali. Sounds familiar?

Macam cerita 50 First Dates bukan? Hikhik malangnya tidak seseronok cerita tersebut. Filem ini memang corny, direka khas untuk membuat pasangan bercinta terus terawang-awangan di kayangan, dan membuat orang yang tiada pasangan mencarut kata cerita ini mengarut. Tidak dinafikan yang filem ini memang sweet, di samping heart breaking melihat Leo cuba sedaya upaya untuk memenangi hati gadis yang dicintainya namun begitu apakan daya Paige tidak mengenalinya seperti dahulu. Walaupun hanya mendapat 28% di Rotten Tomatoes, anda masih perlu menontonnya demi Rachel McAdams. Tetapi ini bukan The Notebook, dan ini juga bukan Dear John. Yang pastinya filem ini filem yang klise. Moralnya di sini, tak payahla nak ringan-ringan di dalam kereta nanti tak pasal-pasal hilang ingatan dan menyusahkan orang.

Ratings: $$$ kalau tengok dengan isteri, $$ kalau tengok seorang diri.

Sekian sahaja ulasan filem untuk bulan Mac. Kalian sudah tonton filem-filem di atas? Ayuh kongsikan ulasan kalian. Jumpa lagi di dalam segmen yang sama beberapa bulan yang akan datang.

Tuesday, March 20, 2012

Hari Ini Besday Da'Killa!

This is a story of a girl,
Each day and night rocking my world,
No babe I do not mean that sexually,
Although we are now suami and isteri,
I love waking up next to you every morning,
Coz even when you're sleeping you still look amazing,
Like the stars that brighten up the night,
I can never take you out of my sight,
Except when you do that mata juling,
Don't do that please you look like momok the Ring,
Marrying you is the best decision ever,
Now I will never ever kehabisan boxer,
I don't mind getting fat eating your sambal Ikan Bilis,
Makan masakan di rumah now that's a bliss,
Today is the day where you can ask for a Coach or LV,
Money's not a problem I can withdraw my duit Tabung Haji,
Anyway I am your best birthday gift,
Where else can you get a guy with a face like this?
I promise you I won't let you shed a tear,
Even if you did, I will always be near,
You may be scared you may be in fear,
But babe I'll protect you from that Walker,
OH EM JI this poem is starting to get corny,
I should stop now before everyone else thinks I'm crazy,
So happy birthday Mrs Faizal Rosly,
Together forever we will always be...


Selamat hari jadi Nurdatillah Hasim isteri tercinta. Awak tahu tak awak gadis yang paling jelita di Asia Tenggara ni? Ayuh kawan-kawan, ramai-ramai kita ucapkan, 'Hepi Besday Datillah!'.

Tuesday, March 13, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Di Singapura

Hai apa khabar pembaca? Pada 2 Mac yang lalu, saya telah pergi melawat negara Singapura. Tujuan asal kami melawat Singapura adalah untuk pergi ke konsert kugiran paling hebat di cakerawala iaitu Foo Fighters. Namun begitu di atas masalah kesihatan batin abang Dave Grohl, konsert itu telah dibatalkan. Itu adalah berita yang mengecewakan kerana kami telah siap-siap beli tiket kapal terbang dan menempah hotel yang berhampiran dengan kawasan konsert. Tetapi kita tidak boleh membiarkan abang Dave merosakkan kebahagiaan rumah tangga kita, maka sesi bulan madu mini ke Singapura tetap diteruskan.

Saya berada di Singapura selama 3 hari 2 malam. Walaupun dalam tempoh yang singkat, saya dapat memerhatikan beberapa perkara tentang tabiat manusia di Singapura. Harus dinyatakan di sini apa yang ditulis dalam entri ini tidak boleh dijadikan sebagai kesimpulan akhir tentang tabiat sebenar orang-orang di sana; kerana apa yang ditulis adalah berdasarkan pemerhatian sekeliling dalam jangkamasa tersebut, ditambah pula dengan input stereotype yang telah didengari terlebih dahulu. Ayuh teruskan membaca.

1) Tidak berebut teksi

Perkara pertama yang aku perhatikan sejurus saja tiba di Lapangan Terbang Changi, mendapatkan teksi adalah sangat mudah. Kau hanya perlu pergi ke stesen teksi, dan teksi akan datang kat kau. Tak perlu susah-susah tahan teksi. Orang Singapura akan beratur di stesen itu tanpa disuruh, dan satu demi satu akan diangkut untuk pergi ke destinasi masing-masing. Kadang-kadang ada pakcik atau makcik tukang jaga kat depan tu. Dia main poin je "Hah kau, naik teksi tu" "You there, please go to the next taxi" Tapi kalau dah sampai turn kau dapat pulak teksi Mercedez haaa berlinangan jugalah air mata nak membayarnya.

Di negara kita bagaimana pula? Huiii walaupun sedang menanti di stesen teksi sekalipun, rata-rata orang kita tidak reti / tidak mahu beratur menunggu giliran pun. Dengan kesedaran sivik yang nipis bak selaput dara, pasti akan ada orang yang cuba memotong barisan. Lepastu dah rampas teksi bukan nak minta maaf ke memberi penjelasan ke apa, dibaginya jari hantu adalah.

2) Tidak melintas jalan sesuka hati

Baru-baru ni aku ada melanggan Lawak Ke, Der? di Astro akibat pengaruh rakan sebaya. Dalam sesi komedi Harith Iskander, beliau ada menyatakan tentang gelagat orang Singapura yang hanya akan melintas jalan di tempat yang disediakan. Apa yang beliau nyatakan ternyata benar. Kau tak akan lihat gelagat berani mati melintas jalan yang sibuk. Sebaliknya, orang-orang di sana dengan penuh kesabaran berkumpul di kawasan melintas jalan sambil menanti lampu isyarat bertukar menjadi hijau. Bila dah lampu hijau je kau melintaslah semua pengguna motokar akan menghormati kau. Masa tu kau bukan setakat boleh jalan, kau nak teng teng gajah ataupun membuat aksi W.O.R.M Scotty To Hotty pun boleh.

Kat sini walaupun dah ada jejambat disediakan, kita masih mahu menjadi pelakon lagak ngeri. Jejambat tu jadi tempat orang mintak sedekah je. Kalau anda nampak orang cuba-cuba jugak melintas jalan di tempat yang tidak sepatutnya di Singapura, ketahuilah mereka sebenarnya itu orang Malaysia. Macam aku lah kah kah kah.

3) Suka pakai Fitflop

Semasa berjalan-jalan di mana-mana kawasan tempat letak kereta di pusat membeli belah di sekitar Lembah Klang, saya ada satu permainan yang sesuai untuk dimainkan bersama pasangan tak kiralah pasangan yang sah ataupun pasangan homoseksual anda. Permainannya adalah mencari kereta yang ada meletakkan 'bunga matahari' tu. Ala yang bunga plastik yang bergerak-gerak apabila disinari cahaya matahari tu. Majoriti kereta mesti ada punya anda pun sama. Kat Midvalley jual RM20 kat pasar tani murah sikit kot.

Anyway, kat Singapore kita main cari-cari benda juga, cuma kali ini kami memerhatikan kaki gadis-gadis di sana. 80% daripada gadis-gadis di sana akan memakai Fitflop (bukan flipflop). Selipar sihat la nama urban melayu dia. Da'Killa pun pakai jugak. Mengikut kajian, dengan memakai selipar tersebut, otot-otot di sekitar kaki akan menjadi lebih kuat, secara tak langsung dapat membantu gadis-gadis berjalan-jalan di kompleks membeli-belah untuk sekurang-kurangnya 3 jam tanpa rehat. Selain itu, tapaknya yang tebal dapat menghalang kaki daripada kelukaan akibat terpijak paku tekan. Tipu laman web fitflop tu tipulah aku. Tapi yang tak tipu, Fitflop adalah aksesori kaki yang utama yang digunakan oleh gadis-gadis di sana. Oleh kerana banyak khasiat pakai Fitflop ni, maka harganya pun berkhasiat la jugak kat gilak ah dingdong harga sepasang boleh beli kucing parsi sekoq.


4) Klivej di mana-mana tak kira masa

Singapura adalah syurga klivej. Ini adalah realiti bukan sebab saya ini seorang hamsap semata-mata. Kat lapangan terbang. Cleavage. Kat hotel, cleavage. Pergi kompleks membeli-belah, cleavage. Cleavage ini terdiri daripada pelbagai warna dan bentuk. Biasalah Singapore pun macam kita jugak multiracial so adalah warna coklat, putih, hitam, kuning dan biru air laut. Kaler biru sebab kelemasan kot. Kat sini kalau pergi Alamanda memang sumpah kau tak boleh nampak, kena pergi Pavilion baru boleh jumpa. Mungkin mentaliti di sana yang lebih terbuka. Don't get me wrong, bukan gatai ke apa tapi memang itu realitinya. Aku orang lelaki kalau dah TERnampak nak buat camana Save as dalam otak jela hihi.

Masa aku jalan-jalan kat Bugis Junction ada sorang minah ni selamba to ya to ya qof dia je pergi betulkan posisi payu masa tengah naik eskelator. Juling jugalah mata aku sebelah. Fenomena ini diakui oleh Da'Killa sendiri so tak boleh nak cakap aku tidak senonoh kerana blog ini memang sejak azali lagi tidak senonoh.

Part yang kata orang Singapore kiasu tu, penuh dengan denda sana sini tu ('Fine' City?), takdelah pulak aku alami kan. Tetapi baguslah memerhatikan gelagat serta culture negara lain, sekurang-kurangnya kita boleh cuba improve diri kita berdasarkan sifat-sifat mahmudah yang mereka tonjolkan. Cuma kat airport diorang memang strict dan penuh dengan protokol dan etikanya. Aku dahla noob naik kapal terbang aku berdiri terlebih garisan kuning masa nak cop pasport pun boleh kena herdik. Memang bitch makcik tu. Dahla tak senyum kat aku, cakap perlahan minta nama mana aku nak dengar lepastu dia tinggikan suara. Mungkin dia stress kot kat rumah suami dah tak mahu memberi layanan batin. Aaaanyway, ada pergi Singapura baru-baru ini? Mungkin ada tabiat lain yang ingin dikongsi bersama? Entri lain kali kita tulis pasal percutian ke Singapura pulak. Universal Studios yo!

Friday, March 9, 2012

Bukan Video Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani

Hai apa khabar pembaca? Malam tadi malam Jumaat buat apa? Sekadar buat lawak malam Jumaat tetapi beraksi secara solo ke? Heh heh heh. Ke kalian asyik pergi melawat laman-laman web gosip artis tempatan untuk melihat gambar-gambar perkahwinan serta bulan madu Yusghy dan Lisa Sughihani? Mesti eksaited nak tengok video perkahwinan serta video malam perkahwinan mereka bukan? Saya tiada video perkahwinan mereka, tetapi saya ada the next best thing, iaitu video perkahwinan saya di Perlis. Haa dah berlaku pergerakan di dalam seluar akibat keterujaan bukan? Ayuh teruskan membaca.

Faizal & Datillah | Reception from ARP Productions on Vimeo.


Haa bergaya bukan video di atas? Sila tonton di dalam mod skrin penuh (ikon sebelah HD tu). Mostly sebab watak utama lah video ini jadi bergaya. Kira macam 65% seri wajah pengantin, 35% usaha videographer. Tapi yang 35% tu pun dah cukup bagus untuk memperlekehkan juruvideo perkahwinan yang lain di mana kerja mereka hanya cincai boncai tetapi mintak banyak wang. Saya suka stail juruvideo tersebut, kerana dia membenarkan saya untuk menjadi diri sendiri, di samping meletakkan elemen-elemen kekreatifan beliau sekaligus menampakkan keunikan video perkahwinan di atas berbanding video-video tipikal yang lain zoom in sana blur sini senyum nampak gigi banyak kali ringan-ringan sikit berlatarbelakangkan lagu 1000 Years. Fuhh ayat.

Jika anda berminat untuk mendapatkan khidmat juruvideo perkahwinan dengan kualiti yang awesome nak arwah, jangan ragu-ragu untuk menghubungi beliau. Gunakan nama saya untuk mendapat diskaun sehingga berapa peratus tah. Tak semestinya gambar mahupun video kahwin saja, video hari jadi, video sedang sunat kampung mahupun video melahirkan anak, semua dia boleh buat. Kot. Kalau nak rakam aksi malam pertama dalam definisi tinggi, boleh cuba slow talk dengan dia di:

016-3379047 (Azam Rasid)
website: www.arpixtures.com or www.azamrasid.com
mail: ar.pixtures@gmail.com
portfolio: vimeo.com/arpixtures
fesbuk (videography): www.facebook.com/ar.productions.cinematography



Yang dah kahwin pun rasa nak kahwin lagi semata-mata nak buat video perkahwinan seperti di atas bukan?

Wednesday, March 7, 2012

Seram: Episod Sepuluh

Selasa, 6 Mac 2012. Hari ini aku masuk kerja petang, balik malam. Biasalah orang kerja IT, bukan kerja jual bodi. Sebelum kalian meneruskan pembacaan, saya ingin beri amaran awal-awal, kalau korang ni ada penyakit kardiovaskular, ataupun kalian merupakan ibu-ibu yang mengandung, ataupun kalian ini memang dayus takutkan momok, saya nasihatkan kalian tak usah membaca entri ini, sebaliknya pergi menelaah buku panduan tajwid yang telah lama kalian abaikan itu.

Anyway, hati aku memang tidak tenang pada hari itu.Segala-galanya bermula apabila perasaan malas menguasai diri. Bila dah malas, jari-jemari dengan tenang tetapi berwaspada pandang kiri kanan membuka laman web terlarang Yutiub semasa waktu pejabat. Oleh kerana hobi aku menonton wayang, aku pun tontonlah trailer-trailer filem terbaru untuk ditonton di pawagam. Satu tajuk filem menarik perhatian aku; The Devil Inside. Cerita tentang pasukan bolasepak syaitan barangkali. Aku pun klik. Itu adalah kesilapan terbesar aku pada hari tersebut. Imej-imej seram tentang wanita yang dirasuk yang badannya boleh berpintal-pintal mula menghantui diri. Celaka kenapalah aku pergi tengok trailer tu. Dahla aku balik lewat malam. Ini tidak dibantu dengan cerita-cerita seram tahap Mastika yang diceritakan oleh rakan sepejabat. Cerita tentang nenek misteri macam dalam filem Misteri Rumah Tua yang ingin menumpang kita ketika lalu di hadapan Lim Kok Wing. Gila apa nak bagi tumpangkan. Ahhh persetankan semua itu. Jarum jam sudah menunjukkan pukul satu. Masa untuk pulang.

OH TUHANKU. Aku baru teringat yang aku parking kereta di basement 2. Basement 2 pada pukul 1 pagi memang sunyi nak arwah. Lampu yang menyinari pun sekadar samar-samar. Time-time macam tu memang dah tak ada kereta. Pak Guard pun tak buat rondaan time tu. Macam mana ni. Bayangan-bayangan keseraman mula muncul di dalam minda. Masa inilah tiba-tiba nak teringat dengan nama-nama momok seperti Ju On, Badut It, Gremlins, mahupun Hantu Dalam Botol Kicap. Berbekalkan dengan ayat-ayat hafazan Pafa yang dipelajari semasa tingkatan 3, mulut aku pun terkumat kamit membaca ayat-ayat pendinding diri. Langkah aku semakin laju. Yang kedengaran hanyalah bunyi tapak kaki aku. Ish kenapa tak sampai-sampai lagi ke kereta aku ini.

Sampai ke kereta, aku cepat-cepat start enjin. Ehek hek hek. Ehek hek hek. Klise. Memang klise. Kereta kita pasti tak boleh start dalam siri-siri seram sebegini. Nasib baik aku bukan blonde ataupun berkulit hitam kalau tak memang dah dicekik momok terus. Bertenang Faizal, bertenang. Aku cuba lagi. Ehek hek hek vroommmmm vrooommmm vrooommm. Syukur Alhamdulillah. Namun begitu bulu roma dan bulu ari-ari aku tiba-tiba meremang. Terasa bagaikan aku sedang diperhatikan oleh seseorang....ataupun sesuatu. Aku segera mengeluarkan CD Foo Fighters dan memasukkan CD Maher Zain mengharapkan suara ala-ala Kris Allen yang berunsurkan ketuhanan dapat membantu menenangkan aku.

Aku menekan pedal minyak kereta. Pelik. Kereta tidak bergerak. Ahh sudah. Kenapa tak mahu bergerak pula ni. Aku menekan minyak lagi, kali ini dengan lebih kuat. VROOOMMM. Kereta aku bergerak sedikit. Kenapa? Kenapa kereta aku berat? Tiba-tiba aku teringat kisah Harun Din bawak hantu naik bas di mana bas itu nampak kosong tetapi berat gila susah nak bergerak. Walaupun cerita itu telah dinafikan oleh Harun Din sendiri, tetapi ada relevan cerita itu dengan situasi aku sekarang. Mungkin cerita momok Thailand Shutter di mana hantu bertenggek di atas bahu cuma dalam cerita aku ni, depa bertenggek di atas kereta. Aku tekan minyak sampai ke lantai. Kereta bergerak tetapi sangat perlahan. Peluh dingin mula membasahi dahi. Jantung aku berdegup kencang. Aku memang tak berani nak pandang cermin belakang takut ternampak imej yang aku tak mahu lihat. Aku ni harap organ reproduksi je bersaiz Olimpik tetapi penakut rupanya. AHHH KENAPA KAU TAK MAHU BERGERAK LAJU KERETA??

TIBA-TIBA!!!!!!

.........................oh aku lupa turunkan handbrake rupanya. Patutlah lembab susah nak bergerak. Ok dalam skala 1-10, berapa tahap keseraman cerita aku ini? Alah korang jangan nak judge aku korang pun sama juga cuak jika berada di dalam situasi aku. Tapi rating cerita The Devil Inside macam cikai mak lampir je tak mahu tengoklah (padahal penakut).



Saturday, March 3, 2012

Kenikmatan Perkahwinan


Hai apa khabar pembaca? Yang peminat fanatik gadis-gadis tu, masih meratap hiba lagikah mengenangkan saya telah berkahwin? La tarzan. Janganlah bersedih lagi. Kehidupan mesti diteruskan. Satu hari nanti, anda pasti akan menemui ijaicool anda juga. Tetapi masa bersenggama tak bolehlah bayangkan saya nanti berdosa. Anyway, hari ini genaplah 40 hari saya berkahwin. Tatkala baru kahwin ni bertentang mata sikit pun tak boleh nanti mesti lambat pergi kerja. Hihi. Tahukah anda perkahwinan itu sesuatu yang menyeronokkan? Tak payahla nak berbicara pasal persenggamaan, sebaliknya saya akan mendedahkan nikmat-nikmat 'kecil' perkahwinan. Kalian dengar mesti terus nak berkahwin punyalah. Ayuh teruskan membaca.

Aku tak pernah kelaparan

Dahulu, kehidupan aku umpama pepatah melayu kuno, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tapi nak kata tak ada duit nak beli makanan memang dusta la kan. Kalau nak lebih relevan dengan arus permodenan ni, jika mama balik tengahari barulah aku makan tengahari, Kalau tak usah harapla aku nak keluar dari rumah pergi beli makanan kerana aku adalah seorang yang pemalas nak arwah. Sanggup berlapar kenyang main PS3 saja. Tapi kurusnya tak juga walaupun hensem still maintain.

Namun begitu sejak berkahwin, aku tidak lagi kelaparan. Dahla kat Perlis famili da'killa memang sentiasa makan. That's a nice thing! Ada sekali malam tu mak mertua dah hidangkan pasemboq. Aku pun melantak la tanpa baca Bismillah dan ikut nafsu memang lesu lalu aku pun tersandar kekenyangan. Tetapi tanpa aku ketahui rupa-rupanya itu hanyalah kudapan sebelum makan malam yang sebenar. What the what itu bukan makan malam?? Lepas tu membaham nasik pulak aku memang serender. Itu yang berat badan terkini meningkat sehingga 75kg naik 2 kilo daripada berat asal. Bila dah balik ke Bangi, semangat kePerlisan itu memang menebal di dalam diri da'killa so memang untungla aku kan. Aku celik mata je eh ada sandwich di atas meja? Lepas tu makan tengahari pulak lauk dah tersedia aku hanya perlu panaskan dalam microwave sahaja. Time wiken pulak huii memang makan best la dengan resipi masakan beliau yang ternyata lebih hebat daripada golongan isteri masakini yang asyik nak buat kek red velvet dan tampal di blog tetapi tak reti nak masak masakan Melayu. Saya jangkakan berat badan saya akan terus meningkat hasil daripada fenomena ini. Tak apa, lemak kasih sayang tu.

Segala-galanya disediakan

Kehidupan aku selama ini memang tidak terurus. Mandi pun kadang-kadang sekali je sehari, dengan kebarangkalian terlupa menggosok gigi dan celah kelangkang yang berdaki dalah amat tinggi. Masuk bilik aku pulak astaghfirullahalazim ini bilik tidur ke kawasan pelupusan sampah ni? Dengan katil tak kemas, bekas Milo 3 in 1 bersepah-sepah sebab aku ratah, dan wayar-wayar komputer yang bersimpang siur. kalau pak mertua tahu awal-awal hari tu mesti depa tambah bilangan wang hantaran.

Namun begitu sejak berkahwin segala-galanya telah berubah, Segala-galanya disediakan oleh isteri. Kalau kalian jenis yang bersekedudukan berzina dengan teman wanita pun mereka tak akan sediakan segala-galanya kerana cinta mereka tidak seutuh cinta seorang isteri. Since aku kerja syif, aku bangun pagi selalunya da'killa sudah pergi kerja. Tetapi aku masuk je bilik air, berus gigi sudah tersedia dengan ubat giginya sekali, so memang tak pernah miss la gosok gigi. Lepas tu bukak almari wahhh baju kerja sudah siap sedia tergosok walaupun aku pergi kerja pakai t-shirt dan jeans saja. Boxer juga tidak pernah kehabisan. Dulu-dulu pakai boxer ulang-ulang terbalikkan sampai depa jadi kuning, tetapi kini baju seluaq sepentot tidak pernah kehabisan stok. Aku dijaga bagaikan menatang minyak yang penuh. Dan since aku sorang noob dalam banyak segi kerana aku merupakan sorang anak tunggal, da'killa banyak menyelesaikan masalah-masalah remeh aku seperti tak tahu bagaimana nak buat passport, membeli tiket bas, mahupun membayar saman di MYEG. Ahhh bahagianya.

Bergabung gaji

Sebelum kahwin, kau rasa kau miskin sangat. Duit gaji kau tak pernah rasa cukup untuk membayar bil-bil bulanan, membayar duit kereta, membayar duit kelas tajwid peringkat advance, duit untuk membeli game PS3 tulen, mahupun duit untuk main kutu. Namun begitu setelah berkahwin aku telah berjumpa dengan satu konsep kewangan yang ternyata menguntungkan, di mana gaji diri sendiri dan gaji isteri akan digabungkan, sekaligus kau akan rasa macam kau ni orang kaya dalam sekelip mata.

Konsep ini memerlukan kerjasama dan kejujuran yang telus antara suami dan isteri, agar diri sendiri tidak rasa tertipu kerana duit gaji dirampas. Alah sebenarnya psikologi je mana ada pergi gabung gaji betul-betul, tetapi rasa macam kau tidak perlu menanggung semua beban seorang diri. Bayangkanlah bil Unifi aku yang doploh MBPS yang paling laju di Bangi dan daerah Hulu Langat itu sebulan je RM249. Tak rasa bahagia ke kalau isteri membantu membayar bil tersebut? Isteri pun mendapat keuntungan juga daripada konsep ini kerana dia mendapat wang poket untuk membeli baju di Zara mahupun MNG. So sama-sama untung walaupun boleh guna duit sendiri je tapi rasa lebih seronok kalau orang yang beri wang bukan? Hikhik.

Begitulah antara nikmat-nikmat kecil perkahwinan. Banyak lagi nikmat lain sebenarnya yang aku tak tulis or maybe aku belum dicover. Amacam dah rasa macam nak kahwin tak? Sebenarnya aku menulis entri ini di dalam bilik hotel di Singapura. Yelah sepatutnya malam tadi pergi tengok konsert Foo Fighters kan tetapi apakan daya kehidupan mesti diteruskan. Takkan konsert kensel percutian ke Singapura pun harus dibatalkan. So hari ini mahu pergi berparti liar dengan isteri di Universal Studios Singapore pula. Nak kirim apa-apa tak? Kirim salam kat Shrek sudahla. Miskin ok pergi Singapore walaupun dah bergabung gaji makan je boleh cecah doploh dolar seorang. Kalau konvet ke duit kita rasa mahal la kan. Nantilah aku tulis pasal trip ke Singapura ini. Ok tata.

P.S: SINGAPURA SYURGA KLIVEJ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...