Tuesday, May 29, 2012

Top 10 Favourite TV Theme Songs

Hai apa khabar pembaca? Salah satu hobi saya adalah menonton siri televisyen. Siri televisyen yang hebat bukan saja bergantung kepada plot dan watak dalam siri tersebut, malahan turut dipengaruhi oleh lagu temanya. Lagu tema yang catchy dan bermakna dapat memberi first impression yang mendalam sekaligus dapat menarik minat penonton untuk terus duduk di hadapan televisyen menghayati siri tersebut. Maka di sini saya ingin berkongsi 10 lagu tema siri televisyen kegemaran sepanjang zaman. Ayuh teruskan membaca.

10) New Girl

Dulu aku pernah rekemen cerita ini kalian tengok ke tak? Siri ini sungguh lucu. Kau akan mudah relate dengan karekter Jess lakonan Zooey Deschanel kerana masalah yang dia hadapai sama sahaja dengan masalah tipikal kita, tetapi cara dia menghadapi hari-hari yang mendatang dengan penuh keceriaan menjadi siri sendiri yang dorky dan bubbly tanpa perlu berpura-pura membuatkan kita senyum sentiasa. Apa yang menarik adalah lagu tema siri ini dinyanyikan sendiri oleh Zooey. Dengan key yang tinggi tetapi bapuk kita pun menyanyi, ♫ HEYYY GIRLLL WATCHA DOINNN HEY GIRLL WHERE YOU GOINNN ♪~



9) X-Files

X-Files merupakan salah satu siri televisyen yang paling hebat sepanjang zaman. Lagu temanya juga merupakan sesuatu yang iconic di mana semua orang normal dah hidup pada tahun 90an pasti dapat membuat siulan keramat lagu tersebut. Lagunya memang seram. In fact segala perbuatan normal yang kau lakukan, lepastu kau mainkan lagu tema X-Files di latar belakang, situasi akan menjadi seram secara tiba-tiba. Tak percaya? Cuba kau makan nasik, lepas tu play lagu temanya dia bawah. Rasa macam tengah makan di kawasan perkuburan bukan?



8) One Tree Hill

Cerita One Tree Hill ni cerita wajib tonton untuk pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi. Yelah sebab senang nak relate kan. Kita perasan yang kita terer main bola keranjang lepas tu semua gadis nak kat kita. Gadis-gadis yang hangat pulak tu. Aku tengok sampai season berapa entah. Asyik dan bertukar-tukar gadis je sekejap nak toron Peyton sekejap yang berzina dengan Haley dah bosan pergi tiduri Brooke pulak. Ada lagi ke cerita ni sekarang? Anyway One Tree Hill memiliki lagu tema yang hebat juga nyanyian Gavin Degraw dengan suara serak-serak basahnya I don't wanna bee bla bla bla bla bla bla latelyy. Amboii asyiknya kalian tengok klivej Peyton.



7) That 70's Show

That 70's Show....memperkenalkan kita kepada Ashton Kutcher yang tidak pernah lucu dahulu, kini, dan selamanya. But the theme song rawks!



6) M.A.S.K

Adakah kalian ingat dengan kartun ini? Kanak-kanak 80an ingat la kot yang lahir tahun 90an tu tak baik buat2 tahu. Aku ingat lagi aku ada permainan lori Rhino walaupun sebenarnya Venom punya helikopter lagi kool tapi aku kecik lagi mana tahu erti kool yang aku tau mesti nak jadi watak baik. Lagu tema dia memang membakar semangat selepas mendengarnya rasa macam nak pergi masuk larian Merentas Desa.



5) The Fresh Prince of Bel Air

Langsung tiada kena mengena dengan Prince of Damansara. Di sini kita boleh lihat wajah Will Smith yang tidak pernah berubah tua dari zaman siri tersebut hinggalah ke filem MIB 3 baru-baru ini. Bukan nak rasis ke apa tapi wajah dia serta warna kulit memang tak nampak kusam, maintain je keremajaan beliau. Pakai susuk ke apa. Anyway lagu temanya banyak mempengaruhi scene hip hop tempatan 90an di mana style rappingnya boleh didengari dalam lagu-lagu KRU dan Nico. Pandai-pandai je aku.



4) Friends

Saya berani cakap lagu Friends ni akan masuk ke dalam Top 10 lagu tema kegemaran anda juga. Siapa yang tak pernah tengok siri Friends dia memang jenis yang tak sukakan duniawi. Lagu ini dinyanyikan oleh The Rembrandts dan itu jela kot lagu depa yang paling popular. One Hit Wonder orang kata.



3) Hati Waja


Hati Waja merupakan sebuah drama persilatan yang popular semasa zaman sekolah agama sampin hijau dahulu. Sekolah agama dulu-dulu diperkotak-katikkan saja hari-hari tipu ustazah cakap ada latihan rumah biru so kena balik awal. Balik awal semua sebab nak tengok kehebatan Syahdan lakonan Rusdi Ramli berkelahi dengan Faizal Hussien. Lepastu esok pegi sekolah agama terus praktikkan 'Tendangan Tanpa Bayang' terhadap kawan-kawan yang dibenci terutamanya yang gemuk macam Som Pek. Lagu tema Hati Waja dinyanyikan oleh Khatijah Ibrahim.



2) Mis Tres Hermanas

Dia curang dengan suaminya dengan meniduri lelaki kacak. Dia sentiasa mencari jalan untuk memburuk-burukkan adik-beradik suaminya kerana tidak rela tinggal sebumbung dengan mereka. Dia sanggup melakukan pelbagai pendustaan dan menabur fitnah bagi memastikan dia hidup dalam kesenangan. Hendak dijadikan rumusan, dia memang layak digelar bitch. So who is the biggest bitch in this whole wide world? No, not my ex and your ex, tetapi Margarita Alvarez dalam siri telenovela Mis Tres Hermanas. Cerita ini pun boleh dibuat modal untuk ponteng sekolah agama juga. Lagunya dalam bahasa Sepanyol boleh mempengaruhi kita untuk mengejar cinta agung bak Santiago mengejar Lisa dan Si Pailang mengejar Beatriz. Jangan kau dengan versi Melayu pulak kerana tak best.



1) Kickers

Hoii kanak-kanak 80an sejati pasti tahu akan cerita ini dan boleh menyanyikan lagu temanya dengan fasih walaupun salah sebutan dan makhraj nya. Walaupun skil-skil dalam siri tersebut adalah tidak logik, sebagai kanak-kanak yang naif kita dengan tenang mengaplikasikan taktik Sistem 8 Pertahanan, lipat guna tumit, gabungan tendangan kaki kiri dan kanan serta bawak solo dari kawasan sendiri menewaskan semua pertahanan semasa bermain bola lawan kelas lain pada hari Sabtu.



Begitulah antara lagu-lagu tema siri TV kegemaran saya sepanjang zaman. Bagaimana dengan anda pula? Kongsilah lagu tema kegemaran anda pula. Siri Milfhunter ataupun My Sister's Hot Friend tidak dikira kerana kalau ada lagu pun semua sama saja te te te te tewww tetetewww teww tetetewww.

Tuesday, May 22, 2012

Song For Eleanor 2012


Hari ini, 22/5/2012 merupakan hari jadi teman tapi mesra di Uniten tapi taklah mesra sehingga melampaui batas agama. Nama panjang dia Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin. Nama pendek dia Ezu. Nama South American dia Ezuantes Estrada. Selalunya tiap-tiap tahun saya akan recycle lagu besday untuk Ezu, tetapi oleh kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beliau menyambut hari lahir sebagai seorang gadis sunti sebab bulan depan dia dah nak kahwin, maka kenalah buat video baru kan. What the what? Video baru?? Ayuh kita menyanyi bersama-sama!


Hello to Eleanor Ezura apa khabar kamu?
I'm singin this song for ya, I wrote it just for you,
Because today's your birthday takkan nak buat tak tahu,
I'm gonna sing for ya, that's what i wanna do

Oh how did we met, oh how did we know each other?
I didn't remember we went to tadika together,
Oh yeah I know you and I were lab partner,
You did all the coding I just cucuk tamdraiv saje.

Ohh happy birthdayyyy oh Eleanor Ezura

She is my president, my agent, and my fan,
She never membangkang although i always perasan,
We always mengumpat even though Jaspal kat depan,
When it's Manic Monday we will mesej sampai pengsan

This song was meant to be friendly,
So I'm sorry if ada yang terguris hati,
Next year I WON'T sing you this song lagi,
Takut suami jeles nanti


Kahkah tukar lirik sikit je sebenarnya. Takpe yang penting keikhlasan di hati. Selamat hari lahir yang ke-34 Ezu ikhlas daripada Ijai & Datillah. Kami mendoakan agar Ezu bahagia bersama si dia sehingga ke syurga. Fuhh ayat. Tapi apasal tak dapat kad kahwin lagi? By the way Eleanor is such a nice name kalau ada ramai anak gadis nanti nak letak nama Eleanor lah. Hihi. Ayuh kawan-kawan, ucapkan Happy Birthday Ezu!

Wednesday, May 16, 2012

Pick Up Line Hari Guru

Teknik memikat ini hanya boleh diaplikasikan setahun sekali, ketika Hari Guru, especially jika gadis anda bukan seorang cikgu sekolah. Use it wisely, you might get a Diablo 3 like me.

"Awak, Selamat Hari Guru!"

Eh, kenapa pula?

"Kerana awak mengajar saya erti cinta....."

WORKS EVERY YEAR.

Now cuba aplikasikan teknik ini terhadap gadis anda kemudian beritahu saya apa yang anda dapat, sama ada lempangan sebab dia isteri orang ataupun mungkin dapat wrist job terus.

Kesempatan ini saya ingin gunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi dan Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi. Tanpa didikan mereka, saya pasti akan menulis $3bEg1n1 d1 W@LL F@c3b00k $@y@ ataupun menjadi mat rempit yang asik mencuri wang ibu sebab tak terer racing tapi masih nak bertaruh wang. Saya akhiri ucapan Hari Guru saya ini dengan sebuah sajak Hari Guru:

Ohh guru
Dikau juga dikenali sebagai cikgu
Mengajar anak muridmu dua campur satu
Tanpa mengenal erti penat dan jemu
Walaupun perangai kami macam hantu
Kau tetap tabah menjadi antartu
Agar kami semua at least dapat masuk KLMU
Sambil berbisik "Dunia dalam genggamanmu"
Menjadi pemimpin tanpa ada sebarang video blue
Dikaulah lilin penerang duniaku
Engkaulah cikgu engkaulah guru
Thank you. Thank you. We'olls lap you


p.s. selamat hari guru untuk Cikgu Suraya juga, di mana jua anda berada...

Monday, May 14, 2012

Jejaka Yang Terlalu Cintakan Bangi

Hai apa khabar pembaca? Aku tinggal di Bandar Baru Bangi. Bangi adalah tanah tumpah darahku. Membesar di Bangi, bersekolah di Bangi, bersunat di Bangi, berkahwin di Bangi, pendek kata kehidupan aku mostly memang di Bangilah. Kalau Caprice boleh mengaku dia Prince of Damansara, maka tidak syak lagilah aku ni Prince of Bangi. Kasih aku terhadap Bangi memang tiada tolok bandingnya….sehinggalah seorang BFF aku menunjukkan erti cinta terulung terhadap Bangi. Ya, nampaknya ada orang yang lebih gagah cintanya terhadap Bangi melebihi aku sendiri. Ayuh kita ikuti kisah jejaka yang terlalu cintakan Bangi.

Aku ada seorang BFF. Bagi mengekalkan kesaspenan cerita ini, kita namakan saja dia sebagai 'Jejaka Gelap' atau JG. Macam kekasih gelap la kiranya tu. Aku dan JG saling mengenali sejak sekolah rendah lagi. Masuk sekolah menengah, kami berada di kelas yang sama. Pelbagai peristiwa suka duka pahit manis yang kami tempuhi bersama. Solat Maghrib berjemaah, ponteng tusyen berjemaah tetapi tengok porn ringan asing-asing. Dari hari ke hari, hubungan kami semakin rapat, tetapi tidaklah sampai berlaku zina luar tabii.

Peperiksaan PMR baru saja tamat. Alhamdulillah, kami berdua mendapat 8A. Aku membuat keputusan untuk kekal di sekolah Jalan 3, tetapi JG mendapat tawaran untuk ke MRSM Taiping. Dalam hati aku sudah pastilah ingin beliau berada di sisi, tetapi aku tidak boleh mementingkan diri menghalang beliau daripada mengecapi cita-citanya yang suci. Dengan berat hati aku membiarkan beliau pergi dari pandangan mata ini. Bak lagu Najwa Latif, hidupku menjadi kosong.

2 minggu berlalu. Tiba-tiba hatiku kembali riang apabila ternampak kelibat JG di pintu kelas. Ramai orang tertanya-tanya mengapa JG melepaskan peluang untuk belajar di salah satu sekolah yang terbaik di Malaysia ini, dan kembali ke sekolah yang menggunakan nama jalan sebagai nama rasmi sekolah di Bangi ini? Demi melindungi JG, aku pun mereka cerita yang JG sebenarnya diraba oleh Acun (sekadar nama rambang) semasa di MRSM, tu yang dia balik tu.

SPM baru sahaja habis. JG ditawarkan masuk ke Kolej Matrikulasi Melaka. Berita baiknya, aku pun ditawarkan untuk menyambung pelajaran di matriks Melaka juga. Aku dengan gembira pergi ke bilik JG tetapi aku terperanjat apabila mengetahui JG telah pulang ke Bangi dan menyertai Matriks KYPM dekat tol Bangi tu. Mungkin dia kena raba dengan Acap….(sekadar nama rawak). Maka tinggallah aku seorang diri…..

Setahun berlalu. Aku mengambil jurusan Teknologi Maklumat di Uniten. Aku dengar JG mendapat tawaran untuk belajar di Ireland. Tetapi entah bagaimana JG boleh pergi ke UTM Johor pula. Mungkin ada kesilapan maklumat dari segi institusi dan lokasi dalam kisah aku ini, tetapi apa yang aku pasti, dari Johor beliau berpindah ke UKM pula. UKM di KL, but still dekat dengan Bangi, Kena raba lagi ke?

JG, JG, mengapakah dikau bersikap begini? Dia lebih rela difitnah orang mengatakan yang dia diraba walhal hakikat sebenarnya adalah dia tak boleh berenggang daripada ketiak ibunya. Mungkin beliau masih breastfeeding saya pun tak pasti. Yang terbaru, JG kata dia nak sambung belajar menjadi seorang pakar (specialist) di UK, tapi kami semua yakin beliau akan kembali ke Bangi dalam masa dua minggu, atas alasan diraba oleh orang putih di sana.

Dapatkah anda meneka siapa Jejaka Gelap ataupun JG yang dimaksudkan? Kamon sudah pastilah Ahmad Shuhud Irfani bin Zakaria bin Stapa bin Yajid bin Puteh. Kisah di atas memang benar aku ezajerit sikit-sikit je. Kalau kami nak membahan Shuhud ataupun Abe, kami cuma perlu ungkit kisah beliau terlalu cintakan Bangi di atas ataupun Kisah Sedih Initial D. Kisah ini didedahkan secara eksklusif sempena hari jadi Abe yang ke-28 pada 13 Mei (semalam). Abe single dan desperate jika kalian berminat boleh tinggalkan maklumat peribadi di ruangan komen (gadis sahaja). Anyway, happy birthday Abe! Ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari lahir buat Abe.



Thursday, May 10, 2012

Top 10 Video Viral Tempatan

Hai apa khabar pembaca? Apa itu viral? Menurut kamus percuma di internet, viral bermaksud sesuatu yang disebabkan oleh virus. Dari segi pengkomputeran pula, video viral adalah klip video yang mendapat perhatian orang ramai hasil daripada perkongsian berulang-ulang kali di laman web sosial, khususnya. Jika anda ada akaun Twitter mahupun Fesbuk, topik yang paling hangat dibincangkan semalam sudah pastilah topik seorang perempuan mendera bayi yang dirakam di video. Video itu menjadi viral dalam sekelip mata disertakan dengan komen-komen meyayat hati dan menuntut agar wanita tersebut ditimpa malapetaka tanpa mengetahui yang video tersebut adalah video lama.

Situasi sebegini selalu dieksploitasikan oleh 'traffic hunter' untuk menarik para pembaca membaca blog mereka dengan memaparkan maklumat copy paste tanpa sebarang kajian mahupun ulasan sendiri mengharapkan para pembaca mengklik iklan Nuffnang mereka sekali. Abistu Faizal ni kau mention benda alah ni sama jelah nak tarik trafik bukan? He he he. Alah ni baru intro je. Sebenarnya, banyak lagi video viral lain hasil anak tempatan kita yang menjadi popular dalam sekelip mata. Hari ini saya ingin mengkaji 10 video viral versi nasional yang pernah menjadi buah mulut masyarakat Melayu kita. Ayuh teruskan membaca.

10) Dia pilih KLCC



Ini adalah salah satu video yang paling popular pada 2 tahun lepas. Video ini menunjukkan kesedihan seorang gadis yang menyesali perbuatan beliau yang memilih KLCC daripada teman lelakinya, sambil dihamburkan kata-kata separa kesat oleh kawan-kawan teman lelakinya yang merakam video tersebut. Teman lelaki itu buat-buat merajuk dengan tindakan kejam gadis itu yang ternyata lebih mementingkan blouse Zara daripada menghabiskan quality time bersama teman lelaki sendiri. Gadis yang ternyata dirundum seribu penyesalan itu segera memeluk boyfienya dengan penuh kasih sayang lalu membuat aksi kucupan di khalayak ramai. Te te te te tewww te te tewwww teeww tetetewww. Berita terkini: Gadis itu kini lebih sanggup memilih Warta daripada teman lelakinya.

9) Pergaduhan di LDP



Lebuhraya LDP. Salah satu lebuhraya yang celaka di waktu kemuncak. Satu hari kelihatan lebuhraya ini lebih sesak daripada biasa. Kelihatan seperti ada eksiden di hadapan. Dua orang lelaki berbangsa Cina sedang bertelingkah kerana Baju Merah menyontot Baju Pink. Tampak macam nak setel di tempat kejadian.....tiba-tiba PANG kayu dirampas daripada Baju Pink. Baju Pink terus sentap noks tapi apakan daya kayu di tangan Baju Merah lalu dikokaknya kepala cunut Baju Pink berkali-kali. Persengketaan mereka berlanjutan ke tengah-tengah lebuhraya, sikit lagi nak dilanggar kereta. Si perakam pula hanya mampu merakam sambil memberikan kata-kata semangat kepada team matenya dalam bahasa Hokkien. Pandai-pandai je aku bahasa Hokkien. Baju Pink berlumuran darah dan Baju Merah segera menghapuskan bukti dengan membaling senjatanya ke rumah sapa ntah.

8) Berebut Pakwe di Kedai Kasut



Huda (bukan nama sebenar) ke hulu ke hilir memikirkan tentang masalahnya. Fikirannya runsing. Dia mendapat berita yang teman lelakinya bermain kayu lapan dengan Shuhada, gadis kedai kasut di pekan (bukan nama sebenar tapi pekerjaan sebenar). Sambil mengetap bibir atas dan bawah, Huda segera bertemu rivalnya itu sambil membuat tuduhan yang mungkin berasas. Berang dengan tohmahan yang dilemparkan dan provokasi tamparan dari Huda, Shuhada segera membuat counter attack dengan menggunakan skil asas gadis-gadis yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Elite iaitu Tamparan Wanita.

7) Papa jahat

Video di atas tidak boleh dipaparkan di atas kerosakan teknikal. Jika anda mahu tonton juga, anda pasti boleh menontonnya di dalam komputer riba teman lelaki mahupun adik lelaki anda. Anda cuma perlu show hidden files and folders, kemudian pergi ke D: Backup/Final Year Project/Hihihi/papajahat.3gp.

6) Peniaga tidak jujur?



"PENIAGA INI TELAH MELUDAH DI DALAM AIR SOYA BUNGKUSAN DIA...." Begitulah intro daripada Puan X, narrator tidak berbayar kepada video ini. Berdasarkan papan iklan dan pendedahan lokasi daripada narrator itu sendiri, mereka yang tinggal di Bangi pasti dapat mengenali peniaga tersebut dan mungkin pernah membuat air soya yang disyaki telah diludah. Ketika disoal siasat peniaga tersebut, beliau mendakwa yang beliau hanya meniup plastik tersebut bagi memudahkan proses anti oksidan berlaku melalui karbon dioksida yang dilepaskan daripada proses respirasinya. Nampak macam gempak bukan ayat aku. Kami sempat meminta pendapat pelajar Darussyifa yang mendakwa itu mungkin adalah tabiat khurafat yang diaplikasikan bagi menaikkan selera para pembeli sekaligus nak beli lagi soya beliau.

5) The Next Anuar Zain?



Just enjoy the video. Kalau kalian rasa kalian lebih bagus daripada dia kalian memang penipu.

4) Nak Ludah Muka Mahasiswa?



Ingat, selepas memaki hamun, jangan lupa bertakbir. Baidewai video di atas adalah video parodi dan bukan video asal, kerana video parodinya adalah lebih popular aku rasa. Hahaha.

2) Video Kekasih Untuk Kekasih



THIS IS SO SCHWEETT. AHHH KALIAN SEMUA TAK FAHAM PERASAAN DIA. DIA SEDANG DILAMUN CINTA. TATKALA CINTA MENGUASAI MINDA, APA SAJA SANGGUP DILAKUKANNYA. BIARLAH DIA KENAPA KALIAN NAK JUDGE DIA. DIA RINDU KAT BOIPREN DIA. JELES LETTEW KALIAN TAK ADA BOIPREN TAK BOLEH NAK BUAT VIDEO KEKASIH UNTUK KEKASIH

1)KFC



Adakah ini video viral paling popular untuk tahun ini?

Begitulah sepuluh video viral tempatan yang paling popular at least dalam timeline Twitter dan Fesbuk saya. Saya tulis sepulih sebenarnya saya letak sembilan saja nak tengok kalian perasan ke tak. Anyway, adakah anda pernah melihat semua video di atas sebelum ini? Yang mana satu feveret anda? Mungkin anda ada video viral tempatan lain yang saya termiss untuk dikongsi bersama? Jangan lupa letakkan link untuk kita kaji bersama.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...