Tuesday, June 26, 2012

Autotune Tuesday: Culik, Perkosa, Paksa Kahwin

Dewasa kini, amalan membaca sudah semakin dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya golongan remaja. Kaum remaja lebih gemar menghabiskan masa dengan gajet-gajet elektronik (non sexual) mereka, bermain permainan kasual sebagai medium mengisi masa lapang. Jika mereka membaca sekalipun, bahan bacaan harian mereka hanyalah gosip-gosip artis yang dibaca di Beautifulnara ataupun cerita tidak senonoh Cikgu Suraya. Kalau kita tanya mereka tentang isu-isu terkini di dalam dan luar negara, pasti mereka tak tahu realiti kehidupan yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak menganggap yang membaca berita terkini itu penting, ditambah pula dengan ketiadaan minat. Di sini saya ingin mengubah persepsi mereka dengan membaca berita-berita terkini dan sensasi daripada Harian Metro, agar mereka lebih peka dengan masalah sekeliling. Ayuh teruskan membaca. Or lebih tepat lagi, ayuh teruskan MENYANYI!

Lirik:



Jika buta IT, sila tekan butang 'Play'.



Dalam hal ini, kita tidak dapat mengelak daripada menuding jari menyalahkan pihak tertentu. Siapakah yang harus dipersalahkan jika perkara sebegini berlaku? Ibu bapa yang tidak mengawasi anak mereka? Tak boleh salahkan mereka seratus peratus kerana anak mereka bukannya budak kecil lagi untuk diperhatikan sepanjang masa. Mungkin salah remaja tersebut dengan pergaulan tidak terbatas mereka sekaligus terdedah dengan ancaman anasir luar? Ataupun salah orang lelaki yang berperangai dayus dan binatang walaupun hakikatnya memang menjadi tugas mereka untuk melindungi kaum wanita? Namun yang anehnya, selepas memuaskan nafsu, boleh pulak timbul rasa kesedaran untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami? Apa kejadahnya semua ini? Sambil mendengar lagu di atas, ayuh kita bincang permasalahan ini.

Ini bukanlah hiburan semata-mata, sebaliknya salah-satu cara untuk meningkatkan kesedaran di dalam diri kita. Jumpa lagi di dalam segmen nyanyian berita di masa akan datang.

Listen to last week's autotune: Rintihan Janda

Kongratulasi Ezu dan Aaron Aziz!



Hai apa khabar pembaca? Pada hari Sabtu yang lalu, teman baik saya di Uniten Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin ataupun nama komersialnya Ezu telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang jejaka yang bernama Nabil. Bukan Nabil pelawak, bukan Nabil 'Janganlah hancurkan hati ini' dan bukan juga Nah bil letrik. Sempat juga saya selitkan elemen komedi di situ. Seperti biasa dalam segmen review perkahwinan ini, kita akan mengenali pasangan pengantin dengan mendedahkan maklumat-maklumat keji yang berbaur fitnah terhadap pasangan berkahwin. Ayuh teruskan membaca.

Jika anda merupakan stalker yang sejati, anda pasti mengenali Ezu kerana dia telah banyak kali dipaparkan di laman blog keji ini. Kalau anda Bing nama penuh dia Tengku Eleanor Ezura pun mesti sampai ke blog ini dahulu. Saya mengenali Ezu di penghujung pengajian. Awal-awal dulu kenal wajah saja tetapi tak pernah tegur. Semasa di Uniten, saya mengambil pengkhususan dalam bidang Multimedia. Jejaka sotong dan metroseksual je yang ambil multimedia ni yang berlagak pailang semua ambil Information System. Maka saya pun berseoranganlah di dalam lab tiada kawan. Dahla baru lepas berpisah dengan kekasih pilu je sekelas dengan ex nampak dia ceria seolah-olah tiada apa yang berlaku antara kita. Chewahh.



Mungkin Ezu rasa dia ada peluang untuk memikat aku tatkala aku sedang single dan vulnerable, so dia pun ajakla aku masuk group dia. Aku awal-awal dah 'Friend Zone' Ezu dan dia pun faham dan hentikan segala usaha untuk memikat aku. Banyak perkara yang telah kami lalui bersama seperti mengumpat bekas teman wanita, meniru semasa lab test serta terlibat dalam gejala sosial seperti dadah, lumba haram dan pelacuran bapuk. Ezu dulu-dulu adalah seorang yang kuat emo kalau terguris je hati mulalah dia letak status panjang-panjang tapi tak tahu dia tuju kat siapa di Friendster (ya, Frienster) ataupun di MSN Messenger. Namun begitu, kita dapat lihat semangat setiakawan Ezu yang meletakkan kepentingan kawan-kawannya dahulu daripada dirinya. Dia juga seorang yang independant mampu buat side parking dan bawa kereta manual.

Dahla tu keji dan puji Ezu. Sekarang cerita pasal Nabil pulak.............ok tiada bahan untuk mengeji sebab baru kenal tetapi dia boleh tahan hensemla berbanding tiga bekas teman lelaki Ezu yang dushbeg tu. So sekarang ni mesti kalian tak puas hati. Apasal letak tajuk Kongratulasi Ezu dan Aaron Aziz pulak? Saje nak tipu pembaca untuk trafik ke apa? Bertenang pembaca bertenang. Kita harus ucapkan tahniah kepada Aaron Aziz di atas kejayaannya dilantik sebagai duta Your-Gurt. Your-Gurt as in yogurt. Get it? Get it? Tapi memang saja nak memperdayakan pembeli ni dari jauh dah nampak muka Aaron mestilah kita nak datang kan terutamanya makcik-makcik yang ingin memenuhi kehendak fantasi percintaan. Dahla lokasinya selang beberapa kedai je daripada Tuddi Fruddi Bangi. Apapun, jika anda peminat Zed Zaidi, ayuhlah kita boikot kedai ini. BOIKOTTTT. HIDUP ZED ZAIDIIII!



Thursday, June 21, 2012

Tanda-Tanda Anda Berada Di Dalam 'Friend Zone'



Anda berkenalan dengan seorang gadis. Saban hari, anda berbual mesra dengan gadis tersebut, terasa seperti ada satu kemistri. Anda Whatsapp, dia sentiasa balas. Siang wish good morning, malam wish good night. Mula-mula crush biasa lama-lama dah jatuh suka sikit lagi nak jatuh cinta. Anda rasa dialah 'The One'. Anda rasa dialah gadis yang anda ingin setubuhi kerana cinta dan bukan kerana nafsu semata-mata. Anda rasa sudah tiba masanya untuk anda luahkan perasaan yang terbuku di hati......tetapi tunggu! Sudahkah anda meneliti respon dan tindakbalas daripada gadis tersebut dengan mendalam? Maklumlah bila sudah dilamun cinta kita mudah tersalah anggap dengan gesture yang diberi, di mana anda sebenarnya dia hanya memandang anda tidak lebih daripada seorang kawan? Hari ini kita akan mengkaji tanda-tanda anda berada di dalam 'zon rakan'. Ayuh teruskan membaca.

1) Suka bercakap tentang lelaki lain

Anda mungkin menyangka, "Eh perempuan ni asyik cakap pasal lelaki lain dia nak buat aku cemburu kot". Dalam satu konteks, mungkin sangkaan anda itu benar. Tetapi hakikatnya, jika gadis-gadis sentiasa berbicara tentang lelaki lain kepada anda, especially tentang soal hati dan perasaan, itu adalah tanda ketara dia sebenarnya tiada perasaan terhadap anda. Mari kita fikir secara logik, jika seorang gadis menceritakan tentang keperibadian mahupun paras rupa seseorang jejaka pilihannya yang jelas jauh berbeza dengan kita, memang tipislah harapan untuk anda menjadi seperti jejaka yang digambarkan itu bukan? Apa kau boleh buat? Nak tiru perangai mamat yang dia suka tu? Kalau dia suka jejaka tu sebab dia terer tajwid, ingat kau senang-senang boleh nak master hukum Mim Mati dalam masa terdekat? Itu belum masuk paras rupa lagi. Takkan badan kau macam Yazirobel boleh bertukar kepada Aaron Aziz dalam sekelip mata kan?

Lagi satu, jika gadis itu pun suka anda, dia pasti akan rasa sedikit anxious dan berdebar-debar bila bersama anda dan akan sentiasa berhati-hati dalam berkata-kata kerana tidak mahu merosakkan momentum perhubungan. Bila dah masuk fasa selesa, fasa dah boleh seluk tangan dalam baju atas nama cinta barulah boleh luahkan perasaan ataupun kata lainnya meroyan sebab time tu kalian dah bersama dah tak boleh nak buat apa-apa. Tetapi jika dari AWAL anda sudah menjadi seperti 'diari' hari-hari pun nak luahkan perasaan dan amarah, dari situ anda boleh membuat deduksi yang anda bukanlah jejaka idamannya, dan kebarangkalian untuk menaikkan status perhubungan daripada teman biasa kepada teman wanita adalah amat rendah.

2) Hanya menghubungi anda ketika memerlukan bantuan

Pernah dengar tak lagu penyanyi popular Casey satu masa dulu sekarang dia pergi mana ntah "Susah dan senang kita bersamaaa rentasi rintangan yang ada..." Dalam hal ini, dia hanya menghubungi anda ketika dia memerlukan sesuatu. Kita gunakan zaman universiti kita sebagai contoh. Dulu-dulu kita ni nerd, pakai spek mata tebal, muka berjerawat bernanah serta ada man boobs. Lepastu time buat projek berkumpulan ramai gadis-gadis kategori hangat yang nak geng dengan kau. Kerja kumpulan yang kau buat sorang tu memang perkara biasa, tetapi lepas habis kerja waktu bersuka-ria, anda tidak pernah dijemput bersama.

Apabila anda pula yang konon-konon nak menggunakan taktik meminta bantuan bagi menhabiskan masa bersama, dia akan sentiasa memberi alasan "SORRY SAYA SENGGUGUT NEXT TIME YA". Ya, alasan universal yang boleh digunakan dalam apa jua situasi; nak dapat MC, nak menolak ajakan persetubuhan ataupun alasan terkeluar daripada episod Masterchef. Kau jangan jadi macam lelaki adik Thor dalam cerita Hunger Games tu. Dah nampak gadis idaman bercium di kaca TV pun masih nak jaga adik dia.

3) Tidak peduli paras rupa

Ini adalah scene dalam filem Bridesmaid dan What's Your Number. Gadis pelakon utama bangun daripada tidur setelah berzina di malam hari. Dia bangun senyap-senyap tanpa mengejutkan pasangan seksualnya. Lepastu pergi bilik air senyap-senyap, sikat rambut, veet ketiak pakai bedak sikit-sikit kemudian kembali berbaring di sebelah jejaka mereka dan buat-buat tidur. Lepastu bila jejakanya terjaga, mereka akan kata "Wow you look great". See, gadis-gadis memang sangat mementingkan paras rupa.

Tetapi gadis Melayu ni tak semua yang mengamalkan penzinaan dengan lelaki kan. So tak bolehla nak tahu bagaimana paras rupa mereka ketika bangun tidur. Kalau dah kahwin tu tak kiralah kau kena terima je muka tempekan bedak sejuk isteri anda dengan rela. Berbalik kepada poin asal, jika gadis-gadis tidak mengambil effort untuk look nice di hadapan anda, at least menyisir rambut dengan rapi or tukar tudung bawal kepada tudung lilit simpul pengakap Hana Tajima, itu tandanya dia tidak peduli tentang persepsi anda kepada mereka kerana dia pun tiada perasaan terhadap anda.

4) Dia terima ajakan anda untuk keluar bersama.....tetapi...YA ADA TETAPI

Ok fine walaupun anda dah melihat tanda-tanda di atas tetapi anda masih tidak percaya, masih mahu menaruh sekelumit harapan terhadap gadis tersebut. So anda pun mengeraskan testis anda dan mengajak si dia keluar. Macam nak luruh jantung apabila dia menerima ajakan anda. TUNGGU! Dalam mesej susulan dia ada kata nak bawa lagi sorang kawan. Orang lelaki tak fikir panjang mungkin mengharapkan akan berlaku threesome. Tapi itu fantasi jela. Anda pun fikir, what's the worse that could happen? So anda pun tak kisahla dia nak bawa kawan pun. Mungkin dia ni jenis yang alim tak elok berdua-duaan at least ada teman takdela timbul fitnah. Date hari ini cadangnya nak tengok wayang. Tapi masa duduk, dia suruh kawan dia pulak yang duduk sebelah anda. Ahh sudahhhhhh. Nampak sangat anda sedang cuba dijodohkan.

5) Dia sentiasa insist 'You are my best friend!'

Ok, apa salahnya kalau dia cakap yang kau ni best friend dia? Selalunya dalam filem-filem komedi romantik, last-last best friend mesti akan end up bersama. What the what? Apa kau ingat kau ni Ashton Kutcher ke? Perkara sedemikian hanyalah taktik pengarah untuk mempermainkan perasaan anda bagi memenuhi fantasi percintaan anda yang tak akan tercapai itu. Realitinya, kalau kau cuba mengurat best friend kau (yang berlainan jantina), kau buatlah skil mengurat romantik tahap Awal Ashaari sekalipun, last-last penghargaan yang kau akan dapat adalah, "Thank you! That's why you are my best friend :)".

Dia akan kata yang anda akan jadi boyfriend yang baik, tetapi untuk gadis lain. Dia akan kata yang tiada apa yang boleh merosakkan persahabatan kalian, dalam kata lain dia tidak mahu bercinta dengan anda nanti gaduh terus tak kawan. Dia akan kata anda cute macam abang kandung sendiri.....well kalau dah sampai tahap macam tu tetapi kalian masih tak faham lagi perasaan si dia memang tak tahu nak cakap apa dah.



Begitulah antara tanda-tanda ketara yang anda berada di dalam Friend Zone. Sekarang anda dah tahu posisi anda sebagai rakan, apa yang patut anda buat? Satu, anda boleh terima kenyataan dan teruskan hidup anda dengan gembira bersama rakan baik anda tu tanpa mengharapkan sesuatu yang lebih. Kedua, usah peduli apa orang kata dan teruskan mengurat. Kalau patah hati last-last at least anda puas hati yang anda dah cuba yang terbaik dan cuma hilang seorang rakan je. Buat gadis-gadis, benarkah apa yang ditulis di atas ataupun kalian ada lagi taktik untuk memberitahu yang kalian hanya menganggap kami sebagai rakan?

Sebenarnya tujuan utama aku menulis entri ini adalah kerana salah seorang BFF aku yang sedang dilamun cinta dan hari-hari kami terpaksa dengar luahan perasaan dia dalam group Whatsapp Team Bangi. Mungkin dia rasa tertekan sebab dia sorang je yang masih teruna, tetapi tak mahulah dia terburu-buru memburu cinta sehingga merosakkan peluangnya. Hihi.

Tuesday, June 19, 2012

Rintihan Janda

Di surat khabar manakah anda boleh membaca tajuk-tajuk di luar norma kehidupan seperti di atas? Di Harian Metro sudah pasti. Rintihan Janda merupakan tajuk muka depan Harian Metro hari ini, 19 Jun di mana akhbar-akhbar lain lebih mementingkan berita yang lebih penting seperti perihal Lynas dan jerebu. Namun begitu, Harian Metro sudah ada bilangan pembaca yang tetap, kebanyakannya terdiri daripada golongan Melayu tipikal yang dahagakan kisah-kisah kehidupan sebenar yang ditokok tambah bagi memenuhi kehendak syahwat dan fantasi mereka.

So apa poin yang kau cuba beri ni Faizal? Kau nak jadi blog copy paste berita sensasi untuk menarik trafik ke? Ya, saya kan membaca berita untuk anda, tetapi saya akan membacanya mengikut trend yang terkini, MENYANYI. Ayuh teruskan membaca.

Lirik:



Jika anda buta IT walaupun anda doktor gigi macam kawan saya, sila klik butang 'Play' di bawah untuk mulakan nyanyian.



Bagaimana skil nyanyian saya? Lagi hebat sikit daripada autotune si Ke$ha bukan? Namun begitu apa yang harus diambil iktibar adalah lirik lagu tersebut. Berita ini mengisahkan tentang seorang janda beranak empat yang mendakwa dirinya telah dijadikan hamba seks oleh bapa saudaranya. Bapa saudara beliau dipercayai telah menakluk dirinya dengan ilmu hitam sehinggakan dia turut menyerahkan puluhan ribu wang KWSP arwah suaminya.

"Hidup saya umpama mayat hidup hampir dua tahun dipercayai terkena ilmu guna-guna menyebabkan saya beberapa kali hampir membunuh diri selain mengabaikan makan minum anak berusia antara dua dan 12 tahun..."

"Selama berada di bawah kawalannya, saya dipaksa melayan nafsunya lima kali seminggu..."


Bapa saudara beliau memang barbie. Sama-samalah kita nyanyikan lagu Rintihan Janda di atas untuk sekurang-kurangnya membentuk kesedaran di dalam diri.

Jumpa lagi di dalam segmen nyanyian berita di masa akan datang. Autotune Tuesday anyone?

Monday, June 18, 2012

Sila Gunakan Entri Ini Untuk Menyampaikan Ucapan Hari Lahir

COME ONN. WHAT THE WHAT? PLEASEEE. Kaku gila lakonan kalian. Cuba untuk buat-buat tak tahu yang pada hari ini (Isnin), 18/6 merupakan hari lahir aku? Come on. Aku tahu kalian dah tanda dah dekat kalendar racing kuda yang hari ni besday aku. Kat peti sejuk pun ada tampal sticky note untuk remind korang tentang hari lahir aku. Itu belum masuk reminder di telefon bimbit yang sedang berbunyi-bunyi untuk ingatkan anda tentang tarikh keramat tatkala kalian sedang membaca entri ini. Sebagaimana yang kalian tahu, memang tiada sekelumit perasaan malu pun di dalam diri ini, di samping perasan nak arwah, bersifat narcissist dan cintakan diri sendiri. Maka di atas sebab-sebab tersebut aku demand ucapan hari jadi bagi setiap insan yang membaca entri ini. Ayuh teruskan membaca.

Tak kiralah anda ini BFF, rakan sepejabat, teman di surau pejabat, stalker tegar, pembaca senyap, pembaca bising, bekas teman wanita yang pertama (kedua tak perlu bitch), mahupun bekas teman wanita kawan, jika kalian membaca entri ini walaupun sekadar terbaca tajuk saja maka kalian diwajibkan untuk menulis ucapan hari jadi.


Hari lahir ni sambut sebulan macam hari raya la. Kalau tak wish hari ini (Isnin) masih ada banyak lagi hari untuk wish. Ingat, ini adalah blog berantai, kalau anda tak wish maka nasib malang akan menimpa anda dan jiran anda. Jangan percaya sangat nanti akidah terpesong tapi just play along jela hari ni kan besday aku setahun sekali je. Bagi yang masih belum mengemaskini alarm tahunan anda, sila kemaskini sekarang agar anda boleh look forward kepada birthday saya pada tahun hadapan. Oh ucapan di Fesbuk dan Twitter tak kira.

Thank you in advance. I lap uols. So nak minta apa kat bini ni?

Sunday, June 17, 2012

Tanda-Tanda Anda Gila Bola

Hai apa khabar pembaca? Dalam kehidupan yang fana ini, manusia boleh ketagih dengan banyak benda. Ketagih dadah, ketagih dadih, ketagih alkohol mahupun ketagih bola. Ketagihan bola di sini boleh dirujuk sebagai ketagihan bola ataupun testis lelaki lain jika anda seorang gay, ataupun ketagih dengan sukan bola sepak. Adakah kalian menonton perlawanan England menentang Sweden pagi semalam? Jika anda tidur pada pukul 9 malam dan kemudiannya mengunci jam untuk bangun pada pukul 3 pagi bukan kerana ingin berqiamullail tetapi untuk menonton bola, anda boleh dikategorikan sebagai seorang yang 'gila bola'. Banyak lagi ciri-ciri seorang yang gila bola ini. Hari ini sementara topik bola masih hangat dan relevan untuk dibincangkan, kita akan mengupas topik ketagihan bola ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Anda memiliki segala jenis merchandise dan barangan rasmi kelab pasukan kegemaran anda. Sebagai peminat sejati, anda tidak akan membeli barangan cetak rompak sebaliknya sanggup untuk mengeluarkan wang yang banyak bagi membeli barangan tulen rasmi. Kita ambil peminat Liverpool sebagai contoh. Mereka dengan bangga anda membeli jersey, mug, sweater, panties, pendek kata apa yang ada logo Liverpool semua depa beli.

2) Anda banyak menggunakan terminologi bola sepak di dalam kehidupan seharian. Orang normal mungkin tidak boleh relate dengan terma-terma tersebut. Berikut adalah contoh-contoh terminologi yang digunakan:

a. Eh awak tahu tak, Memey sudah ditangkap OFFSIDE dengan Norman Hakim?

b. Kau ni memang suka diving macam budak Barca aku bicycle kick kau kang baru tau

c. Kau Adebayor saman parking semalam tak?

3) Anda menyertai semua jenis Fantasy Football. Semua jenis liga bola sepak anda nak masuk. Liga Perdana Inggeris, Bundesliga, BBVA ni EURO tengah berlangsung ni pastilah kau join liga McDonald yang popular tu. Dulu-dulu ada main Fantasi dekat surat khabar untuk Liga M, fuhh memerlukan komitmen yang tinggi tu. Lepas tu kalau tengok bola kat mamak ke, bila ada pemain yang kita pilih dalam fantasi score ke assist ke, kita akan bising, "hoi aku ada Karagounis woi dia score woi huiii 2 poin main 90 minit campur 5 point score goal aku letak dia jadi kapten lagi darab dua dah 14 poin huiii..."

4) Filem kegemaran anda adalah filem yang berunsurkan bola sepak. Anda begitu bersemangat untuk bertumbuk sambil mencarut dalam dialek Inggeris selepas menonton Green Street Hooligans. Anda memupuk ketabahan di dalam diri dan tidak mengenal erti putus asa selepas menonton filem Will. Melalui filem Goal, anda rasa anda ada harapan untuk bermain di luar negara walaupun anda kaum minoriti...macam Titus James Palani lah. Untuk filem Melayu Gila Bola lakonan Dr. Fazley Asmara ini pula.........barbie bagi balik RM10 aku!



5) Anda sudah merancang untuk menamakan anak-anak anda dengan nama pemain bola. Kalau nak senang sebab kita orang Melayu bagi nama pemain bola melayu yang hensem la kan. Contohnya Aidil Zafuan, Azman Adnan mahupun Dollah Salleh. Kalau jenis yang hipster tu kenalah letak nama ala-ala pemain bola kulit putih (ataupun hitam). Ryan (dieja Rayyan untuk nampak lebih Islamik) adalah nama yang paling popular. Kalau nak yang lebih unik, letaklah nama Muhammad Heskey, Abdul Lewandowski, mahupun Islamio Ronaldo.

6) Anda sanggup mengambil cuti jika ada perlawanan-perlawanan besar di kaca televisyen. Contohnya kalau ada match Champions League ke awal-awal lagi anda dah apply cuti agar anda boleh berjaga di malam hari dan tidak perlu bangun awal pagi dan of course kantoi subuh sekali di esok hari. Ni tengah musim EURO ni lagilah kalau orang lelaki ambil MC memang kita boleh syaki la pasal apa.

7) Anda mudah tersentap apabila orang lain mengutuk pasukan kegemaran anda. Skill trash talk anda memang tinggi. Setiap pasukan dah ada template dah nak kutuk apa. Kalau Arsenal, kutuk mereka kanak-kanak mentah tiada sebarang piala. Kalau Liverpool kutuk mereka sentiasa bersandar pada kenangan asyik-asyik ungkit menang Champions League lima kali walaupun liga dah terlalu lama yang raaa. Menyu lah yang paling dibenci dahla kelab Syaiton, pemain semua jahat-jahat belaka. Curang dengan isteri dan berzina dengan nenek la, lari dari ujian dadah la. Lepastu kalau nampak orang perempuan yang cuba-cuba tunjuk mereka minat bola tapi sebenarnya minat sebab pemain tu kacak, haa lagilah depa emosi.

8) Anda main segala jenis permainan video yang berkaitan dengan bola, siang malam pagi petang solat maghrib tunggang langgang. Fifa tu dari zaman lagu Blur anda main sampailah sekarang. Kalau main online bini panggil ajak ringan-ringan pun kita boleh tolak sebab tak main online tak boleh nak pause lama-lama. Kalau main Football Manager tu, addictedness level anda dah literally sampai tahap "turning your underwear inside out saves on washing...". Kalau yang lebih ekstrim, siap bet pasal keputusan perlawanan bola lagi.

Orang gila biasanya tak akan mengaku yang mereka ni gila. Samalah macam yang gila bola tu. Jika jejaka anda melakukan salah satu perkara di atas, gunakanlah approach yang sesuai untuk berinteraksi dengan mereka ketika mereka sedang berada di dalam alam bola mereka. Tak mahulah nanti anda tak pasal-pasal dilayangkan kad merah pula.

Thursday, June 14, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Peperiksaan

Hai apa khabar pembaca? Pada hari Isnin yang lalu, majikan saya telah menghantar saya untuk pergi ke kursus berkaitan teknologi maklumat di Amcorp Mall. Kalau ikutkan hati memanglah liat nak pergi sebab kena bangun pukul 6.30 pagi kena keluar rumah untuk elak jem walaupun kursus hanya akan bermula pada pukul 9 pagi. Dahla first day tu aku masih noob aku pergi parking kat open space depan Amcorp tu. Lepastu kau bayangkanlah betapa pilunya hati aku apabila melihat jumlah wang yang perlu dibayar untuk parking adalah RM33. Parking kat Pavilion pun tak mahal macam tu.

Anyway berbalik kepada tajuk asal, bila dah habis kursus pastilah ada peperiksaan kan barulah boleh dapat sijil. So tadi aku pun dah lama tak menulis mestilah rasa kekok kena tulis nama sendiri guna pensel 2B. Ternyatalah kehenseman tak semestinya turun kepada tulisan. Bila tah last aku masuk exam kena asing meja. Zaman belajar di Uniten beberapa tahun dulu la kot. Dulu-dulu masa periksa dalam dewan besar, banyak tabiat manusia yang boleh kita perhatikan. Ayuh teruskan membaca.

1) Kerap mengeluarkan bunyi

Suasana satu peperiksaan itu adalah senyap dan sunyi. Kalau bunyi orang sebelah kentut pun kita boleh dengar, apatah lagi bunyi orang bersin. Kita asal boleh nak tahan bersin sebab tak mahu seluruh dewan memandang kita. Itu belum batuk-batuk berterusan disyaki HIV lagi. Sentiasa ada saja individu yang mengeluarkan bunyi-bunyian aneh dan ini boleh mengganggu konsentrasi pelajar lain.

True story, masa aku kat Uniten dulu, ada budak tidur masa tengah periksa sehingga berdengkur lagi. Pensyarah hanya mampu tergelak sebelum mengejutkan dia dan memaksa dia membasuh muka. Tetapi bunyi-bunyian yang paling annoying adalah bunyi 'tabla' ataupun ketukan jari di atas meja. Mungkin dia time tu tak tahu nak jawab apa dan nak tunggu idea datang dia pun main drum la dulu kan. Bila sorang dah start mulalah yang lain nak join. Sorang ketuk pen, sorang ketuk guna pembaris, sorang lagi hentak kaki lepastu tah mana datang pergi tiup botol macam dalam iklan Coca-Cola tu untuk membentuk sebuah lagu. Part last ni of course ezajerit kan dah terbuang masa kalian baca.

2) Si peminjam barang

Semasa peperiksaan kita seharusnya telah bersedia dari segi fizikal dan mental. Persediaan fizikal contohnya, kenalah tidoq awai dan tidak ceploit-ceploit menjelang peperiksaan bagi mengelakkan ilmu terkeluar daripada penis. Masuk dalam dewan periksa pun kenalah buat persediaan juga. Pensel khat kena asah. Pen kena ada dakwat. Liquid paper bawa jika perlu.

Walaupun telah berkali-kali diingatkan, ada juga pelajar yang take things for granted datang dewan periksa bawa testis saja. Lepastu kacau member sekeliling nak pinjam kalkulator untuk mengira kos sin tangen. Pinjam lama pulak tu tak pulang-pulang. Kita dok panggil kawan kita nak mintak balik tapi mereka tak dengar langsung kena herdik dengan invigilator peperiksaan. Ahh annoyingnya. Duit PTPTN ada kau buat pergi ke kelab malam la ni nak beli kalkulator saintifik pun tiada wang.

3) Cubaan menipu

Sedangkan main Warcraft pun korang masukkan cheat code, inikan pula di waktu peperiksaan. Ah kalian tak usah nak berlagak inosen. Macam tak biasa pula sorok toyol di dalam spender (bra bagi perempuan). Agak-agak kalau muka yang disyaki ada parut sana sini tu kalau pergi tandas memang kena escort. Sebelum bagi depa kencing, kena buat pemeriksaan dulu takut ada sorok nota di antara punggung kiri dan kanan.

Tapi kalau niat tu memang nak menipu dari mula, banyak je cara lain yang kita boleh guna. Kawan aku Ahmad Fadhullah bin Zainal (memang nama sebenar), dengan tenang menulis formula-formula kalkulus di kasutnya. Kalau ragu-garu, tunduk saja. Dia tahu pensyarah bertugas tak akan periksa kasutnya kerana bau dan struktur kaki beliau yang kurang menyenangkan tu. Ada juga yang tulis nota di slip peperiksaan memang orang tak syaki ah. Yang paling senang nak meniru adalah kalau mata dia kero ataupun buat-buat kero. Satu mata pandang depan sebiji lagi memang dah tengok belah kiri. Invigilator macam nak tegur tapi tak sampai hati kerana tak elok kutuk mata orang juling.

4) Keluar awal?

Ada paper yang mengambil masa sehingga 2 jam setengah. Apa perasaan anda kalau nampak orang dah blah selepas 30 minit? Kalau dia muka memang jenis yang banyak jerawat, baju tuck in dalam seluar dan sikat rambut belah tepi, mesti anda stress sebab anda tahu dia nerd ingat dia boleh jawab dengan mudah tetapi anda pulak terkial-kial nak menjawabnya. Tapi kalau muka macam Franck Ribery ataupun Lescott Klingon keluar awal kompem ah diorang tak boleh jawab kan. Apapapun, kalau akulah, walaupun dah siap awal, memang aku takkan keluar dari dewan selagi belum habis waktu. Biasalah ragu-ragu takut menyesal nanti tiba-tiba teringat fakta yang dibaca.

5) Menulis nota buat pensyarah jika tak mampu jawab

Bayangkan situasi ini; ini adalah semester terakhir anda. Subjek Object Oriented Programming ini menentukan sama ada anda bergraduasi ataupun tidak. Anda RASA anda telah sedaya upaya menelaah. Namun begitu semasa menjawab peperiksaan otak anda menjadi blank dan tak tahu nak menjawab apa. Nak meniru, ini peperiksaan subjektif so tak nampak apa orang sebelah tulis. So apa lagi yang mampu anda buat? Tiada pilihan, kena tulis nota meminta belas kasihan dengan cerita-cerita luar biasa yang direka untuk pensyarah. Berikut adalah contoh-contoh nota rayuan:

"Tolonglah Puan luluskan saya. Saya dah study sedaya upaya tetapi semalam rumah saya kena rompak. Saya terlalu stress sebab sehinggakan tangan saya pun terketar-ketar dan tak mampu nak tulis. Tolong puan"

"Dear sir, please please please. I am willing to do anything, i mean ANYTHING if you allow me to pass. Here's something for a start ( . )( . ) you like that?"

Di bawah ini adalah contoh nota sebenar yang ditulis oleh anak murid Da'Killa:



6) Berbincang jawapan selepas tamat periksa

Ini lagi satu peel yang aku menyampah. Adeke lepas keluar je dewan terus nak berbincang jawapan. Kalau kau ni jenis yang pandai dan berusaha keras kompem boleh jawab yela seronok bincang jawapan ye tak. Cuba kalau benda yang kau jawab tu berlainan dengan apa yang dibincangkan tak ke stress kau nanti mesti terus beli tiket bas ke Kota Bharu dan naik teksi ke KB Mall.

Begitulah anda tabiat-tabiat manusia semasa peperiksaan. Adakah anda pernah melihat situasi di atas ataupun anda sendiri yang membawa toyol ke dewan periksa? Ataupun ada tabiat lain untuk dikongsi bersama? Bagi adik-adik yang masih lagi terbelenggu dengan peperiksaan, good luck abang jai ucapkan dan berusahalah agar dapat mendapat pekerjaan yang baik.

Friday, June 8, 2012

Liga Super EURO 2012

Hai apa khabar pembaca? Gila apa kemaskini blog dua kali dalam sehari. Kejohanan EURO akan bermula pada malam ini. Siapakah pasukan kegemaran anda? Adakah bekas negara penjajah yang kalau kita tak merdeka kita mungkin jadi orang England? Ataupun anda menyokong juara bertahan Sepanyol? Mungkin juga anda gemarkan gaya permanian (sengaja typo) skuad muda Jerman? Tak pun anda minat Greece sebab atuk anda berasal dari sana? Oklah kalau nak sokong Brazil juga ikut suka ketiak anda lah kan. Tak kiralah anda sokong pasukan mana, jika benar anda menggemari sukan bola sepak dan anda rasa anda ni layak menggantikan Uncle Woy sebagai pengurus England, maka inilah masanya untuk anda membuktikan kejantanan anda dengan menyertai fantasy football edisi EURO 2012. Ayuh teruskan membaca.

What the what? Anda ni seorang noob dan tak tahu bagaimana nak main? Tak apa abang Jai akan membantu anda. Sila ikut arahan di bawah:

1) Layari laman sesawang ini http://en.euro2012fantasy.uefa.com/

2) Jika anda ada akaun UEFA.com sebelum ini, gunakan saja emel yang sama untuk log masuk. Kalau tiada, register yang baru. Kejap je kalau nak register akaun porn boleh pulak korang spend masa lama-lama.

3) Pilih pemain yang anda rasa boleh memberi poin yang banyak kepada anda. Seperti biasa untuk memberi advantage kepada anda dan saingan kepada saya, saya dedahkan line up saya untuk EURO ini. ENGLAND PANTANG KALAH!



4) Setelah memilih pasukan, klik tab League dan klik Join a league. Kemudian klik 'Private league' klik next dan masukkan kod ini: 439976-91161

Tunggu apa lagi? Cepatlah buat team dan masuk ke dalam Liga Super versi EURO. Jangan terperanjat ada Freddie Ljungberg sebenar dalam Liga Super tu (sumpah tak tipu). Malam ni dah start match dah. Tebus dendam anda yang berada di bawah pasukan Anfield Heroes dalam Liga Super versi EPL tempoh hari. Ayuh segera, tempat adalah terhad!

Cara-Cara Untuk Mendapatkan MC

Hari ini adalah hari terakhir cuti sekolah. Ramai orang yang mengeluh kerana pada hari Isnin nanti, mereka terpaksa kembali ke medan perang di lebuhraya utama bertarung dengan pemandu lain yang turut sama tertekan kerana kesesakan jalan raya. Sekarang ni, mereka berasa bahagia sebab jalan raya tidaklah sesesak mana sebab tak perlu hantar kanak-kanak pergi sekolah awal-awal pagi. Bila jalan dah jem, otak kita pun naik serabut. Bila otak dah serabut, mulalah malas nak pergi kerja. Tapi malas-malas pun bukannya boleh ponteng kerja begitu saja. Satu cabaran yang harus ditempuhi jika malas nak pergi kerja tetapi kita sihat walafiat adalah bagaimana hendak berlakon di hadapan doktor untuk meminta cuti sakit. Maka hari ini kita akan membincangkan alasan-alasan umum yang sering kita gunakan untuk mendapatkan MC. Ayuh teruskan membaca.

1) Demam

Ini adalah alasan yang paling umum, paling biasa, paling kerap dan juga paling LAME untuk digunakan bagi mendapatkan MC. Alasan ini terlalu popular sehinggakan keberkesanannya semakin menurun. Cabaran utama yang harus diatasi adalah bagaimana untuk membuktikan kepada doktor yang kita ni 'demam'. Masa dulu-dulu, termometer tak kiralah termometer ketiak mahupun eshol digunakan untuk mengambil suhu badan. Teknik ini boleh dieksploitasi di mana sebelum masuk jumpa doktor kita boleh gosok ketiak laju-laju sehingga panas lalu mempengaruhi bacaan suhu. Kalau jenis yang mengamalkan seks luar tabii lagilah senang nak panaskan bontot. Lepastu kalau doktor cakap suhu normal, cakap kau dah makan panadol sebelum datang. Doktor yang berlagak tahu akan cakap, "hmm itulah sebabnya suhu awak normal".

Tapi la ni, depa tak pakai dah termometer lagu tu. Sekarang ni guna gajet MIB letak sipi-sipi kat dahi terus keluar bacaan secara digital. Nak menipu pun dah susah. Kalau kau pergi klinik swasta buat muka cute kenyit mata sikit-sikit bolehla jugak kau still dapat MC. Tapi cuba kau pergi klinik kerajaan tak mungkin kau akan dapat MC. Paling hebat pun kau dapat timeslip. Especially kalau kau jumpa doktor garang bini Anas, Zaahirah. Jadi jika anda ingin mencuba nasib di klinik kerajaan, gunakan taktik ini. Selepas mandi, jangan keringkan badan dan terus duduk bawah aircond dan kipas yang dibuka secara maksimum. Insyaallah anda akan demam betul-betul dan terus dapat MC lebih daripada satu hari.

2) Sakit perut

Ini pula adalah alasan feveret aku. Setakat ini, aku tidak pernah gagal mendapatkan MC menggunakan taktik ini. Ini kerana jika anda hebat berlakon, doktor-doktor tak akan tahu yang anda sekadar berpura-pura. Berikut adalah sketsa lakonan kembali untuk panduan anda:

Doktor: Ya sakit apa ya?

Pesakit: Saya...saya cirit birit doktor. Pagi ni je dah 4 kali saya masuk tandas. Tadi sebelum sampai giliran saya pun tercirit lagi.... (buat muka berkerut dan tekan perut)

Doktor: Hmm. Awak makan apa malam tadi? Famili awak lain kena tak?

Pesakit: Entahlah. Malam tadi makan Lala Masak Pedas di Restoran Yus. Mak saya pun makan tapi tak perasan pula... (kena sebut nama restoran untuk memantapkan lakonan)

Doktor: Awak ada alahan apa-apa ke? Mungkin dia tak basuh bersih-bersih masakan tu. Tak apa saya bagi awak Riboflofin Kolomangerat (dia sebut nama saintifik untuk air garam kot) dan ubat cirit birit serta MC sehari.

Pesakit: (WIN)

Again, situasi di atas hanya applicable jika anda berlakon di klinik swasta. Jika anda pergi ke klinik kerajaan dan jumpa Doktor Zaahirah lagi, dia akan minta bukti ok. Dia akan bagi anda plastik dan anda mesti beri najis mutawasitoh untuk dikaji. Taktaula dikaji di dalam makmal ataupun untuk dihidu. Kalau ada masa bolehla pergi cari tahi kucing di luar tapi dibawah tekanan mesti kita keluar bilik doktor lepastu tak masuk-masuk balik dah.

3) Pening kepala

Ini adalah alasan yang common juga, popular kerana tak dapat nak dibuktikan serta merta. So just reka je cerita "Emm tadi saya naik tangga di rumah. Lepastu saya tiba-tiba rasa kepala berat, pandangan menjadi gelap, berpusing-pusing (jari telunjuk buat gaya pusing-pusing) dan nak jatuh" Doktor serta merta akan cakap, "Hmm ini vertigo ni" (disusuli dengan penjelasan panjang lebar yang anda mungkin tak faham tetapi anda just angguk-angguk saja). Perlu saya ingatkan ke ini hanya berkesan di klinik swasta? Kalau jumpa Dr Zaahirah nanti dia suruh kau buat MRI cek otak.

4) Senggugut

Ahah. Alasan yang kerap digunakan oleh gadis. Lelaki sotong usah cuba-cuba nak gunakan alasan ini hoccay. Kelebihan menggunakan alasan ini adalah doktor tak akan minta pun sampel darah haid dari pad Kotex anda. So kalau anda tak senggugut pun memang tiada masalah untuk gunakan skil penipuan ini. Kalau nak nampak lagi real, minta je doktor cucuk punggung anda dengan dadah. Kompem dapat MC. Tapi jangan pula terbawa-bawa character tu sampai ke rumah lepastu membebel tak henti-henti kat suami ataupun pakwe jika anda bersekedudukan, mudah mengalir air mata serta makan berlebihan macam orang senggugut sebenar.

Begitulah antara taktik-taktik keji yang sering digunakan untuk mendapatkan cuti sakit. Tak usah menipu, anda semua pernah menggunakan teknik di atas bukan? Ke ada teknik yang lebih hebat dan meyakinkan? Ayuh kongsikan bersama. Namun begitu harus dinyatakan di sini yang saya tidaklah sewenang-wenangnya menggunakan taktik di atas kerana saya bukan selalu MC pun sebab saja bekerja di Cyberjaya tak jem dan kerja saya bukannya stress sangat pun so takdelah rasa nak ambil MC kan. Hihi kenyataan tersebut harus dibuat kerana mana tahu boss baca blog aku lalu bila aku MC betul-betul dia tak percaya pulak nanti kan dah susah. Ok ni aku jumpa kat Internet boleh print dan bubuh sendiri berapa hari nak cuti. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan tatatertib yang dikenakan kepada anda jika kantoi.



Monday, June 4, 2012

Persediaan Gadis-Gadis Menghadapi EURO 2012

Saat-saat ketika wisel penamat perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris ketika Manchester City bertemu dengan Q.P.R, ada beberapa golongan yang gembira. Pertama, peminat-peminat bola sepak yang tidak menyokong Manchester United. Perlawanan Man City menentang Q.P.R memang mendebarkan, dan kemuncak syahwat dikecapi tatkala Sergio 'Kun' Aguero menjaringkan gol kemenangan buat Man City di saat-saat akhir sekaligus menafikan Menyu kejuaraan liga yang ke-20. Golongan kedua yang gembira di saat itu adalah golongan wanita yang tak minat bola. Saya sebut bola, bukan balls ye. Gadis-gadis menyangka itu merupakan perlawanan terakhir dalam kalendar bolasepak musim ini, dan mereka mengharapkan agar jejaka-jejaka kembali memberikan 100% perhatian kepada mereka.

Ya perhatian mungkin diberi buat seketika. Kemanisan cinta kembali terasa. Nak ringan-ringan pun rasa rela. Namun begitu kenikmatan tersebut hanyalah sementara. Kejohanan EURO 2012 kini kembali pula. Nampak tak teknik permainan rhyme aku di situ. Anyway, bagi mengelakkan berlakunya kes-kes pertelingkahan yang membawa kepada perpisahan seperti Roslin Hashim dan bininya, di sini saya ingin kongsikan beberapa persediaan yang boleh gadis-gadis lakukan, sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi EURO 2012 ini. Ayuh teruskan membaca buat para isteri serta makwe-makwe yang bersekedudukan dengan teman lelaki.

1) Anda tak akan dapat tidur yang mencukupi

Setelah ditukar waktu perlawanan di Poland / Ukraine dengan waktu tempatan, perlawanan akan bermula seawal 12 malam dan selewat-lewatnya pukul 2.45 pagi. Ya, anda mungkin kata yang anda tak akan bersusah payah bersengkang mata untuk menonton EURO maka anda tidak akan ada masalah tak cukup tidur. Namun begitu, situasi ini tidak dapat dielakkan jika rakan sekatil anda merupakan peminat bola sepak. Baru saja nak mimpi dapat pakai jeans Levi's tanpa perlu tahan nafas, tiba-tiba kita terdengar jeritan bagaikan rumah kita sedang terbakar. Rupa-rupanya jejaka anda menjerit sebab Abang Gerrard dia tonjol bola masuk gol. Fuhh ingatkan dah habis. Baru nak lena balik, WARGHHH BARBIE KAUU PENGADILL!! sekali lagi kita terkujat mendengar jeritan cik abang. Acane nak cukup tidurnya?

2) Nafkah batin terabai

Di zaman globalisasi dan modernisasi ni, suami isteri masing-masing bekerja. Pergi kerja sesudah embun menyinsing, balik rumah selepas fajar terbenam. So waktu malam lah baru dapat berjumpa dan bersemenda. Akan tetapi suami anda (pakwe, jika anda bersekedudukan) balik rumah je depa teruih tidoq. Nak preserve tenaga katanya sebab malam karang nak bangun balik bukan nak semayang tahajjud ke apa tapi sebab nak tengok bola. Maka sebarang cubaan untuk menggoda suami (pakwe, jika anda bersekedudukan) akan ditepis begitu saja. Buatla taktik terlucut tuala pun kami jejaka anda sekadar pandang dan hafal imej tersebut di dalam minda lepas tu akan kami bawa ke alam tidur. Unless anda pakai jersey bola sepak negara-negara yang layak ke EURO....haa itu mungkin akan mengubah persepsi kami. Jangan pakai jersey Brazil sebab Brazil tak masuk EURO ok.

3) Soalan-soalan yang harus dielakkan

EURO ni 4 tahun sekali. Samalah macam World Cup. Sepanjang interval 4 tahun tu, gadis-gadis tak ada pun nak bertanya apa-apa soalan tentang bola sepak kepada kita. Namun begitu tatkala kita sudah pakai jersey negara kegemaran duduk terbongkang dengan barbican mahupun Tiger Beer bagi yang tidak mengamalkan keperibadian muslim yang sempurna di hadapan lcd 42 inci menonton England melawan Sweden, masa itulah gadis-gadis ingin bertanya soalan-soalan yang relevan mahupun yang tidak revelan tentang apa yang ditonton. Bagi mengelakkan pertelingkahan berlaku akibat daripada emosi yang diserap daripada televisyen ditambah pula dengan soalan-soalan tidak kena pada tempat dan waktunya, biarlah kami menjawab beberapa soalan anda in advance:

a. Mana Cristiano Ronaldo? Dia hensem kan? Apasal perut awak tak macam dia?

Cristino Ronaldo main untuk Portugal. Hanya akan ada apabila awak nampak pasukan Portugal bermain di televisyen. Dia memang hensem. Perut saya tak macam dia sebab saya taknak gadis-gadis lain memfantasikan saya ketika berseorangan di atas katil. Perutku ini hanya untukmu sayang.

b. Offside tu apa?

Offside adalah situasi di mana individu yang menyerang gol pihak lawan dihantar kepadanya bola dan ketika itu dia hanya berdua-duaan dengan seorang pemain lawan (selalunya penjaga gol) tanpa ada mahram yang menemaninya. Wau. Bila aku baca balik penjelasan diri sendiri aku pun naik pening. Tak mengapa, kita gunakan bantuan visual di bawah.



c. Sayang, bila nak masuk tidur ni?

Perlawanan bolasepak adalah 90 minit. Mungkin lebih lama kalau masuk quarter final nanti ada masa tambahan dan sepakan penalti. Maka selepas habis perlawanan kami akan masuk tidur ya sayang.

d. Sayang boleh tak saya nak tengok Gossip Girl?


Tidak boleh.

4) Sokong pasukan kegemaran jejaka anda

Point-point di atas akan menjadi void jika anda dengan penuh keihklasan menyokong pasukan kegemaran jejaka anda. Anda tidak perlu berpura-pura minat, sekadar menunjukkan sokongan dengan mengisi kopi ke dalam mug bendera kegemarannya, ataupun memakai jersey yang sama at least dapat memenuhi kehendak anda mahu pakai couples tshirt yang jejaka anda taknak pakai ketika berjalan-jalan di Midvalley.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, anda sekurang-kurangkan boleh membentuk satu expectation tentang apa yang bakal anda hadapi dan bagaimana untuk menghadapinya dengan tenang tanpa memberikan reaksi yang terlalu emosional sekaligus mempengaruhi perhubungan kalian. Ya, kami tahu kami akan berubah menjadi eshol ketika menonton bola tetapi bersabarlah ok, saat indah kan menjelma jua. Dah habis EURO nanti kalian mintalah apa-apa pun yang tak mahal sangat, kami pasti akan membelikannya untuk anda. AYUH ENGLAND! ENGLAND PANTANG KALAH! WALAU SAKIT JATUH DAN REBAHHHH! So EURO kalian sokong apa?

Friday, June 1, 2012

Selebriti Makmum Muda

Hai apa khabar pembaca? Rancangan realiti Islamik Imam Muda telah memulakan siaran dalam musim ketiganya baru-baru ini. Seperti biasa, selari dengan rancangan Imam Muda, siri spinoff kegemaran ramai Makmum Muda juga akan turut disiarkan secara selari di Astro Oasis. Kalau kita perhatikan siri-siri bermusim kapiaq seperti Survivor, The Apprentice dan The Amazing Race, akan tiba satu masa di mana mereka mengumpulkan peserta-peserta berkaliber dan berkharisma dari musim-musim lalu, ataupun selebriti sebenar untuk menjadi peserta dalam musim tersebut. Masterchef Malaysia pun baru-baru ini memanggil selebriti seperti Azwan Ali Amboi Amboi Amboi Hanjing Kau! dan Tomok 'Dah tak dibenci sangat' Irwanshah untuk bertarung siapakah yang paling handal memasak Kari Kepala Kambing.


Bersempena dengan itulah, pihak Astro membuat keputusan untuk memanggil Juara Makmum Muda musim pertama Makmum Muda Faizal al-Kacaki, dan juara musim kedua Makmum Muda Shuhud al-Aswad untuk kembali bersatu dan bersaing secara sihat untuk merebut gelaran juara Selebriti Makmum Muda. Sesungguhnya selain tujuan yang sangat izhar (jelas dan nyata) untuk menaikkan rating, siri ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat yang sesuatu rancangan realiti itu tidak memerlukan peserta untuk bercampur gaul antara lelaki dan perempuan serta mendedahkan aurat berat menampakkan lurah dada bagi membentuk satu rancangan realiti yang menarik. Ya saya tahu anda semua sudah tidak mampu untuk bertahan lagi. Sudahkah anda bersedia? Ayuh kita saksikan rancangan Selebriti Makmum Muda!

Seperti biasa, konsep asal Makmum Muda dikekalkan di mana setiap peserta akan diberi tugasan setiap minggu selama tiga minggu, dan peserta-peserta mesti menyelesaikan masalah tersebut seIslamik yang boleh. Satu kezutan dilakukan pada musim ini di mana undian diserahkan 100% kepada penonton tanpa ada juri professional daripada Surau Al-Kauthar untuk memberi komen serbanistas mereka. Tiada penyingkiran akan dilakukan dalam musim ini. Yelah ada dua peserta je pun kan.

Minggu pertama: Halal or Harom?

Dewasa kini, Ustaz yang paling popular yang sering dijadikan sumber rujukan untuk sebarang keraguan di dalam ilmu Fekah ataupun hukum melakukan aktiviti harian adalah Ustaz Azhar Idrus (UAI). Menggunakan sesi soal jawab UAI sebagai contoh, peserta dikehendaki untuk menjawab dan memberi penerangan tentang kehalalan dan keharoman sesuatu perkara itu mengikut situasi yang diberi. Di sini kita dapat melihat berapakah gred yang dicapai oleh peserta dalam subjek Fekah ketika mengambil Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA) semasa sekolah agama sampin hijau dahulu.

Peserta dibenarkan membuat kajian di Google mahupun Fesbuk seperti yang biasa dilakukan oleh Serbanistas yang menampakkan mereka itu berilmu tetapi sebenarnya menggunakan maklumat copy paste entah dari mana sumbernya. Eh. Peserta juga diberikan satu talian hayat untuk bertanya pendapat tentang permasalahan tersebut kepada siapa-siapa yang dikehendakinya.

Persoalannya: Minum Starbucks halal ke haram? Huii memang susah persoalan ini. Ramai umat manusia yang bergaduh yang suka minum kata halal walaupun dia orang Cina, yang extrimis pula kata harom satu hari nak pergi letupkan Starbucks Alamanda. Makmum Muda Faizal segera membuat kajian di Internet menggunakan kelajuan Unifi 20 mbps bagi mendapatkan maklumat sebenar yang pantas. Ahah kita screenshot sikit logo halal yang diberi Jakim. Makmum Muda Shuhud pula terus menggunakan talian hayatnya untuk menghubungi abah beliau Professor Zakaria Stapa, salah seorang ahli Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengesahkan status Starbucks. Nampak macam tak adil boleh minta tolong ahli Majlis Fatwa, tetapi itulah realiti sebuah rancangan realiti. Kedua-dua peserta dapat memberikan bukti yang Starbucks itu halal walaupun kedua-dua Makmum Muda itu memang tak pernah lepak Starbucks asyik lepak di kopitiam yang meragukan saja status halalnya.

Minggu kedua: Mengutip derma untuk charity masing-masing

Aktiviti ini ditiru daripada rancangan Celebrity The Apprentice, di mana peserta dikehendaki mengumpulkan wang sebanyak yang boleh untuk diberi kepada Charity yang diwakili. Makmum Muda Faizal mewakili Kelab Anak Yatim Seksyen 4 Bangi dan Makmum Muda Shuhud mewakili Persatuan Kanak-Kanak yang Dibuli di Sekolah Kerana Bangsa dan Warna Kulit. Berdasarkan pengalaman sendiri melihat orang memungut derma, Makmum Muda Faizal dengan tenang membuka satu kaunter di hadapan CIMB Bangi, menggunakan tabung tin Milo yang dibalut dengan kertas mahjong tulis 'DERMA UNTUK ANAK YATIM' sambil memberi salam kepada setiap pengunjung yang mencucuk wang di mesin ATM. Makmum Muda Shuhud pula dengan Modus Operandi di pasar malam, duduk di atas jalan raya sambil menadah cawan dan disertakan dengan bacaan-bacaan ayat hafazan PAFA.

Di sini kita dapat lihat bahawa orang Malaysia memang mudah kasihan dan suka menderma walaupun kadang-kadang kita tahu yang orang-orang yang minta derma itu merupakan sebahagian daripada sindiket celaka yang mengeksploitasikan orang cacat mahupun kanak-kanak untuk mengaut keuntungan. Setelah dikira jumlah kutipan, masing-masing berjaya mengumpul lebih daripada RM 50 ringgit dalam masa beberapa jam. Not bad. Not bad.

Minggu ketiga: Malaysian Next Top Islamic Model

Nampaknya persaingan di antara kedua-dua Makmum Muda ini memang sengit. Tibalah kita ke minggu ketiga dan aktiviti terakhir yang perlu mereka lakukan adalah bergaya seperti model Islamik untuk menjadi contoh kepada anak-anak muda. Zaman sekarang ni, anak-anak muda gemar memuat naik gambar-gambar yang mendedahkan aurat ringan mahupun berat di laman web sosial. Mereka berpendapat yang bergambar seksi itu perlu bagi menaikkan populariti dan mengumpul 'Like' yang banyak. Apa yang mereka tidak tahu adalah mereka sebenarnya masih lagi boleh bergaya tanpa perlu menjejaskan maruah mereka ataupun membuat aksi muncung itik. Itulah objektif yang ingin dicapai dalam aktiviti ini. Di bawah ini anda boleh saksikan gaya Islamik terbaik yang boleh dicontohi oleh anak-anak muda sekarang. Jangan lupa klik 'Like' untuk gambar yang anda suka di laman Fesbuk rasmi Makmum Muda.

See, you can still be gedik while being Islamic (rhyme)


Gambar ini jelas digunakan untuk memancing undi menggunakan gambar kurus dan letak gambar mama sekali.


Gambar Makmum Muda setelah tamat rancangan. See, mereka nampak macam bermusuh tetapi mereka sebenarnya berkawan. Macam politician la lepas berdebat semua mereka minum teh sama-sama. Kita je yang emosi lebih.


Maka berakhirlah siri realiti Selebriti Makmum Muda ini. Apakah pendapat anda tentang siri Makmum Muda kali ini? Siapakah yang layak menjadi sang juara Selebriti Makmum Muda? Talian mengundi dibuka sekarang! Sila hantar undian anda di ruangan komen untuk mengundi Makmum Muda Faizal sila taip MM FAIZAL, dan untuk mengundi Makmum Muda Shuhud sila taip MM SHUHUD. Hanya undian dengan nama saja boleh dikira kerana jika untuk anonymous disyaki Makmum Muda tersebut yang mengundi diri sendiri. Juara akan diumumkan pada minggu hadapan. Ingat, undilah dengan bijak. Assalamualaikum.

Recap:

Makmum Muda Musim Pertama
Makmum Muda Musim Kedua

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...