Friday, July 27, 2012

Sesi Soal Jawab Ramadhan Bersama Makmum Muda Faizal

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Khaifa haluka? Ma is muka? Ya, bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya, Makmum Muda Faizal ingin mengambil kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan mengetengahkan isu-isu dan keraguan pembaca tentang ibadah puasa. Lagipun sejak menjadi juara Makmum Muda tempoh hari, tidak banyak 'job' yang saya dapat melainkan daripada kontrak 6 bulan sebagai tok siak di Surau Al-Kauthar Bangi. Atas sebab itulah apabila tuan empunya blog menjemput saya untuk mengadakan satu majlis muzakarah untuk bertukar-tukar pendapat dan pengetahuan, saya terus setuju tanpa berfikir panjang. Baiklah, semoga anda mendapat manfaat daripada perbincangan ini.

Soalan 1:

Assalamualaikum ustaz,

Saya keliru lah ustaz. Masa kecil sekolah agama sampin hijau dahulu, ustazah Norlela binti Toha kata salah satu perkara yang membatalkan puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. So korek hidung batal ke ustaz?

Ahmad Irfani, Sungai Merab


Jawapan:

Waalaikumsalamwarahmatullah. Kalian ni tak ada soalan lain ke nak tanya? Tiap-tiap tahun asyik tanya pasal korek hidung saja. Ok ni saya jawab last. Memasukkan jari ke dalam hidung tak batal puasa as long as tidak ditelan tahi hidungnya. Masukkan jari ke dalam telinga tak batal puasa as long as tidak menembusi telinga sebelah lagi. Masukkan zakar ke dubur dengan sengaja, haa rongga itu confirm batal walaupun tidak mencapai kemuncak syahwat.

Soalan 2:

Yo Ustaz,

Ada pendapat mengatakan semasa kita sedang sahur, lepastu tiba-tiba berbunyi Azan Subuh dan bukan Azan Ruffedge, kita dibolehkan menghabiskan makanan di pinggan bagi mengelakkan pembaziran. Betul ke ustaz?

Rashidi Aziz, Bangi


Jawapan:

Yo wazzup. Bagi menjawab persoalan ini, kita kena merujuk kembali makna puasa. Puasa bererti menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa daripada terbit fajar siddiq sehingga terbenamnya matahari...keywordnya di sini adalah 'dari terbit fajar siddiq. Siddiq ya Q tu bunyikan betul-betul bukan Sidek tau. Apabila azan telah dilaungkan konfirmlah dah tak boleh makan sebab dah terbit fajar. Mula-mula makanan kat pinggan kau bedal, lepastu eh ada lagi kat dalam rice cooker tu eh lepastu kat peti ais pulak dengan alasan tak mahu membazir. Banyak hensem muka kau.

Soalan 3:

Hoi ustaz. Aku baru lepas berkelahi dengan kawan aku. Aku cakap kalau malam tu kita ceploit-ceploit, lepastu tak mandi wajib terus puasa esok, puasa aku sah. Tapi kawan aku dia suruh jugak aku mandi wajib. Sah kan puasa saya ustaz walaupun tak mandi wajib??

Khairul Afandi, Seksyen 6


Jawapan:

Sah tapi kau tak solat subuh ke?

Soalan 4:

Assalamualaikum ustaz. Saya baru berkahwin dan telah mengambil Jus Perawan Plus Collagen sebagai supplement di bulan Ramadhan ni. Akibat dikuasai nafsu saya dah isteri telah terlanjur di bulan puasa ini. Apakah yang patut saya lakukan?

Khairul Afandi lagi, Sekysen 6


Jawapan:

Astaghfiruallahalazim. Saudara diwajibkan membayar kifarah, iaitu membebaskan seorang hamba abdi ataupun berpuasa selama 2 bulan berturut-turut. Si isteri pula hanya perlu menggantikan puasa yang terbatal sahaja tak boleh nak tolong puasakan untuk suami. Saya boleh je syorkan awak minum air sebelum berjimak sebagai workaround untuk mengelakkan kifarah, tetapi saya tak mahu dipanah petir.

Soalan 5:

Assalamualaikum Ustaz Faizal. Saya memang minat ustaz Faizal sejak kali pertama melihat wajah berseri-seri ustaz dalam rancangan Makmum Muda. Di sini saya nak tanya, apakah lagu Puasa kegemaran ustaz?

Jawapan:

Kita ada banyak lagu raya tetapi lagu puasa yang saya tahu hanya ada satu. ♫ ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna...agar dapat kulalui dengan sempurna ♪ ala yang Man Bai nyanyi tu.

Soalan 6:

Ok saya nak tanya di kat Juara Makmum Muda musim ke-2 ya. Ustaz Shuhud, apakah hukum pergi membuat scaling gigi di bulan Ramadhan?

Dazrul Syariz, Londang


Jawapan:

Maaf Ustaz Shuhud tiada dan ini segmen saya maka saya juga yang akan jawab soalan anda. Puasa anda tidak batal, tetapi saya cadangkan anda pergilah ke dentist lain kerana dia akan membuat mulut anda mengalami pendarahan yang banyak sehingga darah mengalir ke tekak sehingga hilang dahaga lalu batal jua puasa akhirnya. Kalau tak batal puasa pun anda mungkin sekadar puasa lapar dan dahaga sebab anda pasti akan mencarut-carut akibat kengiluan yang amat sangat. Memang taubat saya tak mahu pergi scaling gigi lagi.

Soalan 7:

Ustaz selalu sahur apa?

Eliza Sherwany, Singapura


Jawapan:

Ini dah soalan peribadi ni awak kasihanlah dengan orang-orang yang betul-betul ingin bertanya soalan. Anyway saya belasah je apa yang mama saya masak. Jika ditanya apa juadah sahur kegemaran, saya mesti mahu makan nasi lauk ayam masak lemak. Tetapi kadang-kadang tidur itu lebih nikmat daripada sahur....

Soalan 8:

Ustaz, apakah hukumnya kita Instagram juadah berbuka ataupun bersahur?

Zati Hazira, Seri Kembangan


Jawapan:

Bergantung kepada niat kita. Kalau berniat baik nak memberi cadangan berbuka puasa, hukumnya harus. Tetapi kalau anda ni jenis yang hipster semua benda nak Instagram, saya cadangkan awak jangan instagram juadah bersahur, tetapi instagramlah wajah anda yang sedang bersahur. Lebih menarik dan unik.

Sekian saja sesi soal jawab untuk kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan berusaha untuk memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ok jangan kalian nak buat jenaka jumpa Laila anak Tuk Kadar pula. Jika anda ada sebarang keraguan tentang bulan Ramadhan, tak usah malu untuk bertanyakan soalan. Assalamualaikum dan selamat ponteng solat terawih.

Friday, July 20, 2012

Istilah-Istilah Yang Sering Digunakan di Bulan Ramadhan

Hai apa khabar pembaca? Sudah ucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan syaiton anda sebelum mereka berangkat pulang sebentar lagi? Dah Bing lafaz niat puasa? Bagi mereka yang sudah lupa, mari ikut abang ya? Abang Bing juga ni. Nawaitu sauma ghadin 'an adaa'ie fardhi shahri ramadhaana haazihissanati LillahTa'Ala. Yaa syabas. Bulan Ramadhan akan kembali menemui kita esok. Dengan hadirnya bulan Ramadhan, akan tiba juga istilah-istilah unik yang hanya membuat kemunculan khas di bulan Ramadhan. Ayuh kita kaji istilah-istilah ini.

Iftar

Maksud iftar adalah makan petang untuk berbuka puasa apabila terbenamnya matahari di bulan Ramadhan. Kalau orang Melayu kuno, mereka panggil berbuka puasa. Istilah 'Iftar' ini mula membuat kemunculan di scene Ramadhan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selari dengan kemunculan golongan Hijabster (definisi: bertudung kerana fesyen) yang mempopularkan istilah Allughatul Arabiyah tersebut. Eh biarla orang yang guna istilah apa pun kan senang guna iftar; ringkas dan padat. "Berbuka puasa is so kolot," kata Hijabster tersebut ketika ditanya mengapa mereka tidak menggunakan istilah 'berbuka puasa' seperti orang normal yang lain.

Tamar

Istilah Tamar berkait rapat dengan iftar. Istilah iftar dan tamar sering digunakan di dalam satu ayat kerana di atas sifat 'rhyming' nya. Contohnya, "Ayuhlah kita iftar dengan tamar" Tamar adalah buah kurma, cuma acapkali tamar menggantikan kurma di bulan Ramadhan. Mungkin tak guna perkataan kurma sebab tak mahu orang konfius bila orang tanya, "Awak nak buka puasa hari ini?" | "Kurma". Lepastu isteri kita pergi masak pula Ayam Masak Kurma. Haa kan dah leceh tu.

Param

Param adalah singkatan kepada Pasar Ramadhan. Istilah ini sebenarnya dicipta dengan tidak sengaja. Kisahnya begini, pada bulan Ramadhan beberapa tahun yang lalu, Khairul ingin melawat rakannya yang sakit iaitu Paramjit Singh. Dalam perjalanan ke rumah Paramjit ataupun nama manjanya Param, beliau terserempak dengan Amir. Amir bertanya kepada Khairul, "Eh saudara nak pergi mana?" Khairul menjawab, "Saya nak pergi melawat Param...." (sambil menunjuk ke arah rumah Param yang kebetulan berdekatan dengan Pasar Ramadhan). "Param? GENIUS!" Lalu Amir pun pulang ke rumah dan meletakkan status Fesbuk pertama yang menggunakan istilah Param yang merujuk kepada Pasar Ramadhan.

Ada juga singkatan pasar lain yang tidak popular seperti Pasar Malam (Palam), Pasar Borong (Parong), Pasar Tani (Patani).

Eid Murtabak

Ini sebenarnya adalah sejenis typo, tetapi kemudiannya telah dijadikan satu trend untuk para hipster. Selalunya Eid Mubarak diucapkan menjelang hari raya Aidilfitri, tetapi Eid Murtabak pula adalah sejenis kod yang digunakan untuk memesan murtabak di Param.

Yang Yok

Anda pernah dengar tak frasa ini? "Puasa Yang Yok, pagi-pagi buka periuk". Bagi mereka yang berniat puasa malam tadi tetapi bersahur pada pukul 9 pagi, puasa mereka jatuh dalam kategori puasa Yang Yok. Maaf saya tak dapat membuat kajian sejarah dari mana istilah ini datang sebab tiada idea di saat ini.

Moreh

Mengikut pemahaman sendiri, moreh adalah jamuan yang diadakan di surau dan masjid untuk menjamu para jemaah. Moreh ini disediakan oleh individu-individu yang ikhlas untuk bersedekah di bulan Ramadhan. Aktiviti moreh dilihat dapat merapatkan hubungan siratulrahim antara penduduk qariah, terutamanya golongan muda dengan golongan veteran, cuma golongan muda ni cuma muncul masa time makan je time semayang time basuh pinggan mereka semua telah lama hilangkan diri.

Begitulah antara istilah-istilah popular yang sering digunakan di bulan Ramadhan. Ada istilah lain tak? Saya di sini bagi pihak Megatron sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa dan selamat iftar makan Tuddi Fruddi perasa Tamar kemudian Shalat Tarawikh. Assalamualaikum. Blog ini akan berehat selama sebulan.



Thursday, July 12, 2012

Mengkaji Tabiat Manusia Ketika Menaiki Kapal Terbang

Saya adalah seorang manusia yang tidak suka menaiki kenderaan awam. Ini adalah kerana saya terlalu mudah pening dan ada kemungkinan untuk muntah jika perjalanan tersebut mengambil masa yang lama. Naik bas pening, naik feri pening, naik komuter pening dan kadang-kadang naik beca pun boleh pening. Mungkin ini masalah psikologi, ataupun mungkin saya memang lemah walaupun memiliki organ reproduksi bersaiz olimpik. Kenderaan awam yang paling saya tak suka naik adalah kapal terbang. Huiii masa nak check in pun dah berpeluh sejuk dah. Kalau dapat pulak pemandu kapal terbang mabuk tapai bawak terhoyong hayang langgar awan lalu bergoncang-goncang, memang malanglah siapa yang duduk di sebelah aku.

Minggu lepas balik kampung Da'Killa di Perlis, tapi kena naik kapal terbang lah kan sebab nak jimat masa. Ahhh sebagai persediaan aku awal-awal dah beli dadah untuk mengatasi masalah mabuk air udara dan tanah tu. So sepanjang perjalanan aku buat-buat 'high' dan tutup mata saja mengharapkan yang terbaik. Walaupun aku berada di bawah pengaruh dadah, aku masih dapat membuat analisa tentang tabiat-tabiat manusia di kapal terbang, agar dapat dijadikan sebuah entri di blog. Tabiat-tabiat ini kebanyakannya adalah tabiat yang menjengkelkan, dan mungkin kita pun buat juga tanpa menyedarinya. Ayuh teruskan membaca.

1) Samseng bagasi

Ini adalah perangai orang yang kedekut yang tidak mahu check in bagasi mereka tetapi membawa bagasi yang terlalu besar untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang. Dengan bagasi yang besar, sudah pastilah mereka akan menggunakan ruang yang lebih di tempat menyimpan bagasi. Lepastu orang yang jujur macam aku ni bawa beg kecil memang tak dapat peluang lah nak letak beg betul-betul di atas kepala. Jenis yang datang lambat sikit tu bila dah nampak tiada ruang, boleh pulak mereka sesuka hati alihkan beg kita untuk mengisi beg mereka. Bila cek balik ingatkan beg kita hilang rupanya dah sampai ke hujung dah orang alihkan.

2) Tak mahu mendengar arahan atendan penerbangan

Yang jenis tak mahu mendengar arahan ni adalah orang yang gagal SPM dalam subjek Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris, mahupun awak ni pekak memang tak dengar. Pramugari dengan nada yang lembut telah memberi arahan untuk menutup alat elektronik, tetapi anda masih mahu tweet dan check in di lapangan terbang. Walaupun belum pernah aku dengar ada berita kapal terbang meletup ataupun hilang kawalan akibat tidak menutup telefon bimbit, tetapi sebagai seorang yang mudah terpengaruh apabila tengok cerita ala-ala Final Destination, mestilah kita beringat sebelum kena bukan.


Ada juga yang ingat diri mereka ni lucu dengan meniru aksi atendan penerbangan ketika mereka sedang memberi arahan keselamatan dalam kapal terbang. Nanti kalau terhempas ke laut baru kau terkial-kial nak pakai jaket keselamatan orang lain memang tak pedulikan kau punya. Lepas tu bila kapal terbang dah mendarat pilot masih lagi tengah reverse parking kapal terbang dia tetapi ada orang dah tanggalkan tali pinggang keledar dan bangun dari tempat duduk walaupun atendan penerbangan masih lagi belum memberikan arahan untuk berbuat demikian. Apa yang kau cuba buktikan ni nak tunjuk kau ni veteran naik kapal terbang ke? Ataupun kau dah tak tahan sangat nak terberak?

3) Ibu bapa tak peduli anak mereka

Dalam setiap penerbangan, pasti anda akan mendengar bunyi bayi menangis. Bayi menangis tu memang normallah kan apa yang kita boleh buat? Tugas untuk mendiamkan bayi tersebut jatuh kepada ibu bapa mereka. Kau nak pujuk ke kau nak tekup mulut ke itu bukan masalah penumpang lain yang inginkan ketenangan. Ini tidak boleh pulak kau biar je bayi tu menangis di sepanjang perjalanan. Lepas tu ada pulak yang biarkan anak-anak mereka berlari-lari ke sana ke mari. Tak elok manjakan sangat anak. Elok awak bagi dia makan dadah macam saya agar depa mengantuk dan tidur.

4) Samseng kerusi

Ini perangai menjengkelkan masa tengok wayang yang dibawa ke kerusi kapal terbang. Kalau perjalanan jauh tu mulala nampak orang buka kasut lepas tu duduk bersila, duduk letak kaki sebelah di lutut, mahupun duduk duduk di antara dua sujud. Stokin kau tu dahlah bau keropok Mony yang tersepit di celah ketiak. Lepastu, jenis yang membolot arm rest. Ok jika anda duduk di tengah-tengah, siapakah yang layak untuk mendapat kedua-dua belah arm rest? Adalah tidak adil jika kau membolot semua tatkala aku kelenguhan dan terpaksa membuat gaya tangan selepas takbiratulihram.

Kalau naik AirAsia lagilah seksa berhadapan dengan samseng kerusi ini. Dahlah sempit lepastu boleh pulak orang depan ke belakangkan kerusi mereka. Nak taknak aku pun terpaksa lah kebelakangkan kerusi aku kan. Lepas tu orang belakang aku pun terpaksa ikut dan seterusnya semualah kena belakangkan kerusi macam main domino. Kena pulak yang duduk belakang kita tu kanak-kanak. Mesti kerusi kau ke kena tendang berulang kali. Nak tendang mereka balik nanti kena tangkap pula dengan Marsyal Udara yang menyamar.

5) Watak-watak stereotype

Ada banyak jenis manusia stereotype dalam kapal terbang, seperti mana yang kita selalu tonton dalam filem dan siri televisyen.

a. Penumpang disyaki pengganas. Pantang nampak yang ada jambang, yang warna kulit lain sikit, mulalah disyaki pengganas. Dapat pulak duduk sebelah nenek tua rasis yang asyik jeling kita takpun meminta untuk berpindah tempat duduk. Ahh kalau betul dia pengganas kau duduk mana-mana pun mati juga jika kapal terbang dirampas dan terhempas. Tapi yang ni boleh nampak kat luar negara jela.

b. Orang-orang seperti aku. Acane tu? Ala yang takut naik kapal terbang. Bila tengok mereka muntah kau pun pasti akan muntah sama. Bila bergegar sikit mulalah baca ayat-ayat hafazan PAFA mintak ampun dosa semua. Tapi janganla marah diorang. Fahamilah perasaan mereka. Hihi.

c. Berdengkur. Hoi perjalanan dari LCCT ke Aloq Setaq 45 minit ja boleh pulak kau tidur siap berdengkuq? Nak sumbang lubang hidung geli pula.

d. Orang lelaki mengejar kapal terbang untuk meluahkan perasaan cinta mereka. Ok ok tak ini kau hanya boleh tengok dalam filem komedi romantik je. Selalunya watak hero tidak sedar yang dia sebenarnya cintakan gadis itu, last-last minit baru nak dapat hidayah dia pun kejarla kapal terbang yang sudah berlepas tu.

Begitulah antara tabiat-tabiat manusia ketika menaiki kapal terbang. Bagaimana pula dengan anda? Ada tabiat menjengkelkan lain untuk dikongsi bersama? Adakah anda juga mudah pening dan tak suka naik kapal terbang seperti saya? Raya tahun ni kena balik Perlis tapi harga tiket flight dah cecah 700 ratus dah untuk dua orang. Yessss naik keretaaaaaa. Layan klip video Learn To Fly!



Monday, July 9, 2012

Kejujuran Dalam Perkahwinan

Semalam, aku telah melakukan satu kesilapan besar. Kesilapan yang sangat aku kesali. Kesilapan yang boleh membawa pergaduhan antara suami dan isteri. Aku rasa berdosa, aku rasa sangat hina. Hakikatnya, aku boleh saja merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan isteri, tetapi hati aku rasa tak tenteram. Di dalam perkahwinan sepatutnya tiada rahsia, dan paling penting, tiada dusta. Apa gunanya perhubungan yang berasaskan penipuan? Atas dasar itulah aku membuat keputusan untuk menyerah diri dan berterus terang saja dengan bini. Lagipun, jika benar isteri aku cintakan aku dengan sepenuh hati, seteruk mana pun kesilapan aku, walaupun hatinya habis aku remukkan, dia pasti akan memaafkan aku, walaupun mungkin kemaafan itu mengambil masa bukan? Ayuh teruskan membaca.

Dalam perjalanan ke Alamanda, aku pun membuat pengakuan. Kita ikuti perbualan sebenar yang Insyaallah tidak ditokok tambah ini.

Aku: Sayang, dalam perkahwinan kena ada kejujuran bukan?

Da'killa: (kerutkan muka. mute radio). Kenapa? Apa awak buat??

Aku: Awak rasa lah kan, ada tak perkara yang kalau saya buat, ataupun tak sengaja terbuat yang boleh buat awak marah gila-gila?

Da'killa: (dalam nada yang agak tinggi). Kenapa? Awak ada curang ke? Awak ada terjumpa dengan ex girlfriend awak ke?

Aku: Eh takdela seteruk curang.....

Da'killa: Kenapa awak buat saya macam ni?? Awak tak sayang saya ke? (dan dihujani dengan pelbagai soalan lain yang aku dah lupa)

Aku: Sabaq sayang sabaq biaqla kami abih habaq dulu nooo....

Da'Killa: Hang jangan nak dok loklak nak cakap utagha aku ghimbuk kang baru hang tau

Aku: Ok ok sebenarnya....

Da'Killa: SEBENARNYA APA??

Aku: ♫ ....dan sebenarnyaku mengharapkan di sebalik senyumanmu itu... ♪

Da'Killa: (SATU TAMPARAN DI PERUT)

Aku: Aduh sakitlah. ok ok nak habaq la ni. Saya tak curang, tapi harta apa yang awak paling sayang?

Da'Killa: AWAK ROSAKKAN MACBOOK SAYA???

Aku: Err bukan macbook....tapi adik beradik dia. Awak tau kan saya suka main iPhone awak sambil berak....lepastu saya letak jap kat tempat sabun sambil lap punggung....lepas tu saya dengar CEPLUP!

Da'Killa: !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! CEPLUP?? IPHONE SAYA TENGGELAM DALAM AIR???

Aku: TAPI TAPI saya dah test semua. Boleh on. Kamera ok. Speaker pun ok. Main game pun tak sangkut. Saya dah buat research tadi kalau rosak pun komponen dia mudah ganti. Lagipun ada warranty setahun kan....

Da'Killa: ........(tergelak)

Maka kami pun sama-sama gelak dalam perjalanan ke Alamanda. Nasib baik tak kena bebel dan silent treatment. Nasib baik juga iPhone masih berfungsi. Ingatlah kawan-kawan, kejujuran dalam perkahwinan itu sangat penting. Berkata benarlah walaupun kebenaran itu pahit. Tapi kalau gadis anda tanya dia nampak gemuk ke tak, jawapannya sentiasa tidak. By the way di sinilah berlakunya kejadian itu. Nasib baik jatuh dalam baldi kalau jatuh dalam mangkuk tandas bertahi memang tak dipublish la entri ini.


Thursday, July 5, 2012

Autotune Thursday: 4 Das

Kerana bola sepak, kawan sendiri ditembak?


Let's sing it!

Klik butang 'Play' jika buta IT:



Jumpa lagi di dalam segmen nyanyian berita di masa akan datang.

Listen to last week's autotune: Culik, Perkosa, Paksa Kahwin

Wednesday, July 4, 2012

Kisah Sedih Initial D (repost)

Hai apa khabar pembaca? Hari ini, 4/7/2012 merupakan hari lahir BFF aku Adam Johari. Adam sekarang berada di England entah bila tah dia nak pulang ke Bangi halaman. Seperti biasa, apabila tiba segmen birthday kawan-kawan, saya akan mendedahkan segala kisah aib untuk digelakkan dan dijadikan pengajaran buat masyarakat. Apabila berkumpul bersama rakan-rakan Bangi, kisah thriller yang saya akan ceritakan ini sering menjadi topik perbualan. Pembaca veteran mungkin sudah membaca cerita ini tetapi oleh kerana hari ini hari jadi Adam, ayuh kita flashback sikit peristiwa berdarah ini.

Summer. 2005. Filem Initial D baru sahaja dirilis di pawagam. Ketika itu, semua rakan-rakan yang belajar di luar negara sudah pulang untuk cuti musim panas. Atas semangat Jay Chou, kami semua berkobar-kobar untuk menontonnya pada malam itu. Kami pergi dengan dua kereta. Line up pada malam itu adalah aku, Amir Rashidi (Apai), Ahmad Shuhud Irfani (Abe), Mohamad Fairuz (Ayob) dan Khairul Afandi (Fandi) yang menaiki kereta Apai. Selebihnya, Adam Johari, Mohd Dazrul Syariz (Dazu), Mohd Nurhisyam (Ise), Anas dan Zulkifli (Zul) menaiki kereta Adam. Sehingga hari itu, Mines merupakan tempat persinggahan kegemaran kami sejak sekolah menengah nak pergi KLCC tak tahu jalan. Kami semua bersetuju untuk berkumpul di McD Mines, tetapi entah Adam salah faham dengan mesej itu, dan dia menunggu kami di McD Bangi pula.

Aih. Maka kami pun bergegas la ke McD Bangi untuk bertemu mereka sambil mengeji kesilapan Adam. Di dalam kereta kami berboys talk membincangkan topik-topik hangat pada masa itu seperti kisah percintaan Ayob dan Fatin di Merrybrown dan gosip cinta Apai dengan Zati Hazira. Show pukul 9.30 malam kot. Kami sudah terlambat di atas kesalahan Adam, maka kami pun sudah dirasuk semangat Initial D berlumbalah di jalan raya. Lagu hip hop Cina berkumandang di udara. Kereta Kelisa Apai memiliki kuasa pecutan baik, namun di jalan yang lurus, kereta Adam tenang sahaja memecut kami kerana memiliki topspeed yang lebih tinggi. Namun begitu kereta Apai berjaya memotong di selekoh terakhir di hadapan lampu isyarat berhampiran Mines. Kisah berdarah bermula di situ.

Kami sedang meraikan kejayaan kami menewaskan Team Adam mabuk-mabuk minum barbican sambil menanti lampu isyarat hijau menyala. Tiba-tiba seorang manusia keluar dari kenderaan di hadapan dan berjalan menuju ke arah kereta apai. Dengan gaya pailang dia mengetuk tingkap kereta Apai. Apahal? Apai pun buka tingkap. Lelaki itu berkata ."Tutup lampu tinggi kau sakit mata aku!" Apai menjawab, "Ini memang lampu biasa bukan high beam..". Lelaki itu diam dan beredar kembali ke keretanya. Memang terbakar kami dalam kereta itu sambil mencarut-carut. Itu memang lampu standard kereta Kelisa tanpa modifikasi tak tahu mengapa dia sakit mata.

Menyala sahaja lampu hijau, Apai terus me 'rem' keretanya dan memandu laju dalam kemarahan. Shuhud menasihatkan Apai bersabar dan tidak mengikut perasaan. Namun begitu, Apai terus memotong kereta tadi dan kami semua merenung tajam ke arah kereta tadi. 5 saat kemudian kami mendengar bunyi deruan enjin yang garang serta lampu tinggi jelas kelihatan di cermin belakang Apai. What the what? Kereta tadi kembali memotong kami dan cuba menghalang laluan kami. Apai berjaya mengelak daripada melanggar kereta itu dan terus menuju ke arah tempat letak kereta Mines. Kami masih lagi in shock ketika berhenti mengambil tiket parking. Semua diam membisu lidah terkelu tak tahu nak mengeluarkan ekpresi apa.

PRANGGGG! CRASHHH! Bunyi kaca pecah macam lagu intro Stone Cold Steve Austin nak masuk gelanggang gusti. What the what?? Aku dapat rasakan kepingan-kepingan cermin kereta Apai masuk dalam baju aku. Toleh belakang, memang sudah berderai cermin belakang kereta Apai. Dalam pada itu, geng-geng kereta watak jahat tadi semua sudah keluar dari kereta mereka dan cuba untuk membuka pintu kereta kami, nasib baik kereta Apai berkunci. Di bahagian hadapan, orang yang menegur Apai tadi menjerit "HIYAAAAAA!!!" kemudian melompat dan menumbuk cermin hadapan Apai. Tidak pecah pun, tetapi percikan darah jelas kelihatan di cermin kereta Apai. Orang-orang di sekeliling hanya diam membisu tak buat apa-apa sekadar tengok sahaja keganasan di hadapan mereka. "JALAN APAI JALAN!!," jerit Ayob. Tanpa mempedulikan palang di hadapan, Apai menekan pedal minyak dan melanggar palang parking di hadapan. Memecut tanpa memandang belakang. Sambil itu Ayob menyuruh kami mendail nombor polis. Shuhud mengambil tugasan itu dan mendail 999. "Helo polis tolong kami, kami sedang dikejar di Mines..." kata Abe dengan nada cemas dan terketar-ketar.

Apai memberhentikan keretanya dia suatu sudut gelap di dalam parking Mines. Masing-masing menampakkan wajah cuak dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kami tak tahu hendak buat apa. Kawasan itu sangat gelap jika watak jahat datang kalau kami dibelasah memang takde sape nak tolong ah. Melawan kembali? Mungkin. Tetapi yang kuat dalam kereta kami ketika itu Ayob dan Fandi saja. Aku dulu kurus kerempeng tak macam sekarang memang tidak cukup zat untuk bertumbuk. Apai memang tidak menakutkan langsung jika diajak bergaduh. Abe tak perlu ceritala kecuakan dia macamana sampai berbuih-buih mulut kena sawan. Kami semua bersetuju untuk keluar dari kawasan parking dan berhenti di tempat yang ada ramai orang.

Keluar sahaja dari kawasan gelap itu, kelihatan watak antagonis sedang menanti kami dan terus mengejar kami dengan kenderaan mereka. Mereka cuba melaksanakan aksi-aksi di dalam filem seperti melanggar kereta dari tepi tetapi tidak jadi. Kami memecut ke stesen minyak yang berhampiran, dan berhenti di situ. Masing-masing senyap duduk dalam kereta menanti kehadiran polis. Abe bersuara "Tulah korang aku cakap bersabar tapi korang taknak dengar..." kata Abe dalam nada yang teresak-esak. Tetapi apakah yang membuatkan tercetusnya provokasi itu? Team Adam menyusul di belakang. Semua tertanya-tanya apa yang terjadi, termasuklah orang awam yang berada di sekitar setelah melihat kereta berlumuran dengan darah dan cermin kereta yang pecah.

Ketua watak jahat datang dengan tangan yang berbalut darah. Dia mengajak kami pergi ke tempat kejadian untuk 'berbincang'. Berbincang? Well apparently, kejadian tercetus setelah dia melihat salah sorang daripada kami menunjukkan jari hantu kepada mereka ketika kami memotong kereta mereka. Apai furiously denied that accusation. Well apparently lagi, aku nampak tindakan rakan aku melakukan aksi itu, tetapi tidak mungkin aku akan mendedahkannya kerana dia rakan kami. Tengok porn tiga bintang bersama, solat Maghrib bersama, kena belasah pun sama-samala kan. Adam dengan accent Amerikanya mencarut-carut dan tampak bersedia untuk bergaduh. Zul pun pun dengan muncungnya itu cuba-cuba jugak untuk maki mereka tapi secara senyap-senyap sahaja. Tak kisahlah siapa tunjuk fuck pun, itu still tidak menghalalkan perbuatan mereka untuk menghentak kereta Apai dan mencederakan kami. Besides, provokasi tidak dicetuskan oleh kami bukan?

Polis datang dengan senapang automatik. Dengan garangnya dia menyuruh kami ke balai. Kami akur dan bergerak bersama-sama. Fandi sudah call back up just in case nak selesaikan pertarungan sebentar lagi. Tapi sekadar Aizat AF sorang je macamana nak gang fight. Ayob pun call abang dia. Apai membuat laporan polis. Pihak lawan pun membuat laporan juga. Mereka melaporkan yang kami menunjukkan jari hantu kepada mereka dan melanggar tangan dia sehingga berdarah dan hampir patah. Hmmmmmmmmmmmmmmmmm. Saat-saat inilah Shuhud pula hendak bersuara. Dalam kecuakan menjelaskan kepada polis, boleh pulak dia mengeluarkan komen-komen seperti "Kawan saya ni memang memandu laju...." dan "Saya ni pelajar pergigian nanti habisla rekod saya tak boleh nak bukak klinik gigi...". Team Adam juga berani pula mengeluarkan kata-kata kesat sekarang kepada mereka tadi kenapa korang tak tolong kitorang haaa.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Kami masih berada di balai. Apai menjelaskan kami mungkin perlu tinggal di balai kerana pegawai penyiasat hanya akan menyiasatnya pada keesokan harinya. Abang Ayob menjadi negotiator, dan kami kedua-dua pihak akhirnya mengugurkan dakwaan masing-masing dan 'bersalaman' meminta maaf. Mereka kata, 'Melayu sama Melayu, buat apa nak gaduh'. Hmmmmmmmmm. Mereka mengajak kami ke tempat kejadian untuk menjelaskan kepada pihak pengurusan. Atas dasar tanggungjawab melanggar palang itu, kami pun memberanikan diri ke sana. Namun mereka tiada.

Kami sampai di rumah dalam pukul 3 pagi. Apai tak tidur sehingga subuh, dan dia bersolat subuh untuk kali pertama buat sekian lama, lalu menyerah diri kepada ibunya. Buat mak Apai, kami bukan sengaja keluar malam itu untuk bergaduh. Aku kasihan dengan Apai kerana dialah yang paling terjejas dengan kejadian ini, kereta kena repair, kejutan emosi, dimarahi keluarga lagi....Mungkin peristiwa ini boleh dielakkan jika kami lebih banyak bersabar, ataupun lebih gagah fizikal untuk kembali melawan, ataupun tidak tunggu di McD Bangi instead of Mines. Namun begitu, apa yang berlaku membuatkan kami rakan-rakan Bangi menjadi lebih rapat, lebih mesra more than ever walaupun loyalty Shuhud masih menjadi tanda tanya sehingga sekarang. Mungkin semua ini salah Shuhud dan bukan salah Adam.

Happy Birthday Adam.



Monday, July 2, 2012

EURO 2012 Highlights

SYUKUR ALHAMDULILLAH!!! Satu jeritan kedengaran di belakang rumah. Bukan kerana Sepanyol berjaya memenangi edisi EURO kali ini, tetapi jeritan itu dihasilkan oleh gadis-gadis dengan serentak kerana gembira EURO telah tamat dan mereka akan kembali mendapat perhatian penuh daripada jejaka mereka. Hai, apa khabar pembaca? Ada sesiapa di sini yang lahir di hospital Milan ke? Jika tak, tak usahlah anda meroyan berlebih-lebihan dengan kekalahan Itali. Redakan keemoan anda dengan memakan pasta dengan kuah spaghetti Chef Rizz. Sudahlah, EURO sudah berakhir, maka kini tiba masanya untuk kita membuat analisa tentang peristiwa-peristiwa yang menarik yang berlaku di edisi kejohanan Eropah kali ini. Ayuh teruskan membaca.

England oh England

Dalam memilih pasukan untuk disokong di Euro ni, ada beberapa faktor yang boleh diambil kira. Kalau atuk kau dulu lahir kat Ukraine, haa kira ada sebabla nak sokong Ukraine. Since kita yang lain-lain ni sekadar penyokong celup yang tak tahu nak bagi kesebelasan utama pemain Harimau Malaya tetapi boleh tahu sejarah pasukan dari Eropah, faktor pemilihan pasukan kegemaran boleh dipengaruhi oleh pemain yang kita minat. Berdasarkan entri-entri yang pernah aku tulis dahulu, memang obvious pasukan yang aku sokong di Euro mahupun Piala Dunia adalah England.

England hadir ke Euro dibebani pelbagai masalah. Dengan pengurus baru Uncle Woy, media di England khususnya awal-awal lagi sudah membuat kesimpulan yang England tidak akan pergi jauh dalam Euro kali ini. Ramai yang mempersoalkan pemilihan pemain Uncle Woy yang menggugurkan Ferdinand (kerana asyik main Twitter), Sturridge and Johnson tetapi membawa Kelly dan Downing. Perjudian membawa Rooney walaupun digantung pada dua perlawanan pertama turut didebatkan.

Dari segi persembahan, kita dapat lihat Uncle Woy kembali ke formasi tradisional 4-4-2. Berjaya melepasi peringkat kumpulan, kelemahan England jelas ketara ketika menentang Itali di mana mereka tidak dapat mengekalkan posession dan tidak dapat menghantar bola dengan baik. Secara individu, kita boleh memuji Terry yang kental di pertahanan serta abang Gerrard sebagai kapten marvel. Tetapi secara berpasukan, match statistic telah membuktikan yang England tidak mampu untuk mengawal permainan. Tak pegang bola acane nak menang ye tak? Dahla lawan Ukraine bernasib baik sebab 'gol' Marko Devic tak dikira. Kalah penalti pun satu badi jugak dah berapa kali dah asyik kalah penalti. Semua salah Ashley. Salahkan Runi Penzina Nenek juga sebab hanya faham slang Scottish cuma handal bila main di bawah Atuk Ferguson je, bak kata Kapelo.

Ayam Belanda

Belanda hadir ke Euro sebagai salah satu pasukan 'Favourite', walaupun berada di dalam kumpulan maut bersama Jerman, Portugal dan Denmark. Ramai yang menyangka Belanda, selaku naib juara Piala Dunia 2010 akan mara ke pusingan kalah mati. Dengan van Persie yang tengah on form, tak sangka pula terkeluar awal tanpa sebarang mata. Memang ayam belanda kena goreng masak kicap.

Penyerang berbisa? Kamon Sepanyol kata tak perlu

Di sini kalau nak buat analogi, kita boleh kata Spain main macam Barcelona. Tak heranlah sebab ada Fabregas, Xavi, Busquets dan Iniesta. Bezanya di sini, Barcelona ada Messi untuk menjaringkan gol tetapi dalam line up Spain, tak ada penyerang utama? Hanya gunakan Fabregas sebagai 'false number 9' menggunakan formasi aneh 4-6-0, lepas tu kau main pass pass pass pass sampai letih. Arsene Wenger mengutuk filosofi ini berkata mereka bermain cantik tetapi sekadar untuk mengawal permainan, tetapi bukan untuk menjaringkan gol. Tak kisahlah apa si tua itu kata, taktik Spain memang efektif sehingga sekali lagi dinobatkan menjadi juara.

Super Mario


Kalau kita nak buat top 5 pemain bolasepak paling bermasalah di dunia, Mario Balotelli memang ranking no 1. Lepastu bolehla masukkan Joey Barton sekali dalam list tu. Walaupun sering dibelenggu dengan kontroversi-kontroversi aneh seperti membaling dart ke bontot pemain muda, buat-buat tak kenal Jack Wilshere serta mengamuk sebab tak reti pakai bib, dia turut menjadi tumpuan di dalam padang. Di sebalik kontroversi yang melanda dirinya, dia sebenarnya ada potensi untuk menjadi salah seorang daripada pemain terbaik dunia. Dia seolah-olah mengumumkan ketibaannya di medan antarabangsa dengan jaringan padu ketika menentang Jerman sekaligus membawa Itali ke final.


Tetapi jika hendak dikira siapakah pemain terbaik di Euro 2012 ini, jawapannya sudah pastilah Andrea Pirlo. England kalah sebab tak ada midfield mastro seperti Pirlo. Dengan persembahan masterclass nya menghantar bola-bola defence splitting, penalti Panenka memperanjingkan Joe Hart, serta persembahan terbaiknya ketika menentang Jerman, memang tidak syak lagi dialah permain terbaik kejohanan.

Secara keseluruhannya, kejohanan Eropah kali ini tidak ada banyak kontroversi. Mutu pengadilan pun bagus tak banyak keputusan cikai mak lampir kecuali gol Ukraine tu. Spain memang layak menang. Rooney gemuk. Ronaldo boleh step up bila diperlukan. Messi pula tak score dan Brazil gagal dalam Euro kali ini. Eh.

So what's your favorite EURO 2012 moment?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...