Monday, January 28, 2013

Benda Apa Yang Lebih Penting Daripada Kekalahan Liverpool?

Bolasepak bukanlah segalanya. So tak perlulah kalian untuk tentang kekalahan Liverpool kepada Oldham malam tadi. Ada benda yang lebih penting dalam kehidupan seperti membuat ujian Pap Smear, memeriksa paras kolestrol di dalam badan mahupun mengingati hari lahir ibu sendiri. Ya, hari ini 28/1 merupakan hari yang mama aku yang ke-xx. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan happy birthday mama, semoga panjang umur dan rambut bebas kelemumur. Since mama dah ada semua set pinggan Portmeirion dan mama pun dah tak into sangat dah konsep English Decor ni, maka ijai hadiahkan sebuah lagu hari jadi tahunan untuk mama.



Let's sing it!

hari ini hari jadi mama,
ijai tak tahu nak bagi apa,
So I just grab on my guitar,
and I sing you this whateva,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

mama selalu bising ijai balik lambat,
mama takut ijai lepak dengan budak-budak jahat,
tapi ijai sebenarnya pergi makan,
dah gemuk sikit nanti lebih tampan,

oh mama yes it's true,
ijai mana pernah menipu...

mama bising kalau ijai tak tutup lampu,
mama marah kalau ijai tak basuh baju,
ijai tahu ijai malas nak cuci pinggan,
tapi ijai takde niat nak melawan,

oh mama happy birthday,
i wish you happiness all the way...

i guess i better stop singing now,
dah masuk waktu ijai nak pergi surau,
happy birthday oh my mother,
i'll sing you this song again next year,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...



Mama aku suka stalk blog aku diam-diam dan kemudian akan mention benda yang aku bincangkan di dalam blog untuk menimbulkan suasana awkward di meja makan. So ucapan kalian pasti mama aku ingat dan akan diungkit masa kalian datang open house raya rumah aku tahun ini. Happy birthday mama!



7 comments:

Rafhani said...

Nice...anak soleh.Moga anak akak pun sesuwit ini bila dia besar nanti(kecik pon dah suwit)...Amin.Selamat Hari Lahir untuk your mama..semoga kekal bahagia ke akhir hayat...

zura da cute said...

happy birthday untie....semoga sihat & happy selalu!!!!

jana said...

happy birthday mama ijai,hadiah hari jadi dapat cucu ye,semoga sihat selalu dan sentiasa dirahmatinya

Apostolos Velios said...

lembut benor suara kau ijai,suara aku masih lagi garau. padahal kau lagi berusia dari aku

Zuhairi Zainal said...
This comment has been removed by the author.
Zuhairi Zainal said...

Ijai,

Dah 2 kali post ko cakap nak pergi surau. Tahniah!

Faizal Rosly said...

rafhani: thanks semoga anak akak hensem macam saya bila besar nanti

zura: terima kasih bagi pihak mama

kak jana: terima kasih bagi pihak mama

apostolos: paras rupa bagaimana lebih hensem juga kan

zuhairi: semoga mendapat iktibar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...