Tuesday, January 29, 2013

Obsesi: Bahagian 2

Dahulu aku pernah bercerita tentang obsesi mama aku terhadap cerita Korea. Kau namakan saja apa-apa cerita bersiri Korea, mama aku pasti ada cakera padat aslinya. Beliau terlalu fanatik dengan siri Korea, sampai semua benda pun nak buat dalam bahasa Korea. Contohnya pada pukul 8 mama aku tengok Buletin Utama versi Korea iaitu 'Min Kish Pan' 메인 게시판. Ok nampak macam kalian sedang ternganga kekaguman tapi sebenarnya aku Google Translate je Buletin Utama ke bahasa Korea. Nasib baik mama aku tak tengok Running Man mahupun layan K-pop.

Anyway selepas berakhirnya fasa Korea, mama aku mula mengalihkan perhatiannya terhadap dekorasi Inggeris. Sedikit demi sedikit, rumah aku yang dulunya berkonsepkan Minang Kabau akhirnya bertukar 100% menjadi ala-ala Inggeris. Tiap-tiap minggu mama aku beli pinggan mangkuk berunsurkan orang putih dengan jenama seperti Portmeirion memenuhi almari khas untuk menyimpan pinggan yang tidak boleh digunakan untuk menghidangkan makanan. Ada satu tahap, sampai orang Anjung Seri call mama aku untuk mempamerkan perhiasan English Decor beliau tapi mama aku menolak sebab tak cukup Inggeris lagi. Apa yang tak cukup pun aku tak tahu mungkin nak kena letak gambar keluarga David Beckham. Namun begitu, minat terhadap sesuatu pasti akan berkurang setelah jika ada satu perkara lain yang boleh membuatkan kita obses. Apakah itu? Ayuh teruskan membaca.

Obsesi terbaru mama aku: Membaca Novel Cinta Melayu.


Ya, gambar di atas adalah SEBAHAGIAN daripada koleksi novel cinta mama aku. Aku rasa semua ini berpunca dengan siri Adam dan Hawa. Mula-mula dipengaruhi oleh rakan sepejabat untuk tengok siri tersebut. Lepastu tak tahan kena tunggu 80 episod, itu yang mama aku beli novel dia tu untuk tahu kesudahan cerita. Bermula daripada itu, mama aku mula membeli novel-novel cinta lain dengan tajuk-tajuk yang boleh membuatkan orang yang tidak minat membaca menghempukkan kepala di dinding yang berdekatan seperti Suami Aku Ustaz, Gaduh-Gaduh Sayang, Suamiku, Encik Perfect 10! Paling tak tahan, bila aku keluar, mama aku akan memberi list-list novel yang diingininya untuk dibeli di mana-mana kedai buku. Penat aku nak terangkan dekat cashier yang judgmental yang novel tu untuk mama aku tu bila mereka nampak wajah aku yang macho ni tapi beli novel Sehangat Asmara.

Tapi kalau korang perasan, novel-novel sebegini membuat kemunculan bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sedikit tips PMR buat adik-adik di sini, adik-adik boleh gunakan peribahasa 'Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan' ini dalam karangan Bahasa Melayu adik-adik untuk membuat penanda kertas adik-adik kagum. Berbalik kepada tajuk asal, aku rasa ramai penulis sedar dengan potensi novel di waktu begini di mana novel mereka ada peluang untuk diadaptasikan menjadi siri ataupun filem seperti Ombak Rindu.

Tapi aku rasa normallah tu kot. Masing-masing ada obsesi terhadap sesuatu. Apa beza obses dengan novel cinta Melayu berbanding novel pasal pontianak arbok berkilat-kilat tu? Ada orang obses dengan online shopping. Kalian pula obses dengan blog ni. Aku obses dengan permanian beradas. Sedikit jenaka di situ aku nak taip permainan video. So, aku ingin tahu, apakah obsesi ibu kalian dan bagaimanakan keobsesian itu mempengaruhi hidup anda? Ayuh kongsikan bersama.



10 comments:

Fatimah Ali said...

weh, mama aku pon kena sampuk dek cerita Adam Hawa tu. Boleh bergaduh dengan adik aku sebab nak tgk cerita tu -__-"

aslina majid said...

Aku obses makan!! Ngahahahaha

jana said...

mama ijai boleh geng kak jana ni,kak jana ada berkotak-kotak novel,sampai ada rasa nak jual balik,ada ke nak beli,berada dalam keadaan tip top siap berbalut lagi

محمد رازيق said...

haha. mama hang lebih kurang mama aku bro. lebih kurang sama minat depa. hehe

Anonymous said...

baru je baca 'suami aku ustaz' bulan lepas...pastu berangan nak suami ustaz jugak.. kahkahkah

LaLaLOLa said...

Mama ijai nk beli. Ce akak buat gatage sales kat tempat ltk kete dpn rumah ijai. Sure licin. Tp pastikn tajuk yg mama diablom.baca je tau

LaLaLOLa said...

Ijai suruh mama kau beli buku cite "baju melayu hijau serindit". Xde la best sgt tp alu ulang baca 4x selama aku pantang 40 hari kt rmh mak aku. Tp novel tu bkn mak aku punya la...

bunga said...

novel setia hujung nyawa ada tak? hehe

Faizal Rosly said...

fatimah: syukurlah adam dan hawa dah habis

aslina: takpa makan itu keperluan

kak jana: jual lah kat mama

razik?: nasib baik aku pandai jawi boleh eja nama

lalalola: aku pasti mama aku dah baca komen kau ni

bunga: adaaaaaaaaaaaaaaaa kot

The Sharkox said...

2 tahun lepas aku baca VERSUS (by HLOVATE), aku ambik masa 3 minggu nak habis baca..

Lepas tu aku tak baca novel dah..

Sampailah tahun 2012 aku pinjam Biografi Steve Jobs (6 bulan untuk habiskan) dan KOUGAR (3 hari)..

Satu pencapaian hebat utk tahun 2012

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...