Thursday, January 3, 2013

Tekanan

Tahukah anda, semua ahli Team Bangi telah berkahwin? Kira rugilah anda kerana tidak dapat menyambar salah seorang daripada ahli Team Bangi kerana ciri-ciri 'bakal Imam TilJannah' semuanya ada dalam Team Bangi. Contohnya kalau nak yang nampak warak, boleh nikahi Dazu. Nak yang kaya, boleh cari Ikram dan Zul. Nak yang gagah di tubuh dan Insyaallah di ranjang, Anaslah orangnya. Obviously jika memilih rupa, memang tiada pilihan lainlah selain aku.

Orang pertama yang berkahwin dalam Team Bangi, sekaligus memegang takhta 'Juara Hilang Teruna' adalah Adam dan Shikin.


Lepastu Anas dan Zack. Aku jumpa gambar gedik minta pelempang ni memang aku paparkan terus.


Jamil dan Evi pula menyusul...


Kemudian pasangan yang bercinta sejak tingkatan 3, setelah mendapat desakan keluarga dan menempuh onak duri ranjau percintaan, akhirnya Apai dan Mizah berkahwin.


Selepas itu, manusia yang masuk dalam golongan yang wajib kahwin kerana bernafsu besar Fandi, dan Ida.


Dengan bangganya saya menjadi orang seterusnya yang berkahwin dengan puteri negeri Perlis Indera Kayangan. Chewahhh.


Tanpa disangka-sangka, Dazu pula berjaya menamatkan zaman toceng beliau walaupun sepanjang kami mengenali beliau di zaman persekolahan, dia tidak pernah bertentang mata dengan gadis.


Lepastu Ise dengan Liyana. Aku tak jumpalah gambar kalian berdua saja. Atas katil ada tapi macam tak sesuai untuk tatapan umum.


Syukur Alhamdulillah, jejaka paling banyak cakap besar akhirnya ada juga gadis yang mampu bertahan dengan perangai beliau. Tahniah Zul dan Ayu masih segar dari katil lagi ni.


The last but not least, Ikram. Sori aku tak dapat pergi nikah kau sebab bini terberanak di hari yang sama. So kau takkan lupalah besday anak aku kan hihi. Anyway Ikramlah orang pertama yang berjaya sampai ke 'Jannah'. Ayat tersebut boleh diinterpret secara seksual, jika anda mahu.


Begitulah kisah ahli-ahli Team Bangi yang semuanya telah berjaya mendapat kenikmatan persetubuhan yang suci. Eh kejap, macam tak lengkap je. Macam ada sesuatu yang tak kena. Macam ada sesuatu yang tertinggal....apa dia?

Oh rupa-rupanya ada seorang lagi ahli Team Bangi yang masih teruna. Cepatlah Abe semua orang dah kahwin kau tunggu apa lagi? Tunggu gadis imaginasi kau menjadi realiti? Nak tunggu warna kulit menjadi fair and lovely? Tertekan tak? Tertekan tak?


Tapi mengikut gosip yang dipaparkan di Beautiful Nara baru-baru ingin, Abe dikatakan akan berkahwin selepas beliau menamatkan pelajarannya nanti. Dengan siapa? Sama-sama kita nantikan siapakah gadis (ataupun jejaka, jika Abe sebenarnya gay) itu nanti. Hari ini adalah hari terakhir Abe akan berada di Bangi sebelum kembali ke England. Ya, dia pulang sebentar sebab rindu kat ketiak mama dia. Ah tapi perangai macam gambar di atas siapa yang rela kan. Ke ada di antara kalian yang rela? Boleh tinggalkan maklumat terperinci seperti skala kecantikan (1-10), berat badan dan hobi di ruangan komen.



10 comments:

Anonymous said...

ahahaha...xleh blah wajah abe merempit macam mintak dilanggar lori shja..

-fandi-

Anonymous said...

Mana shuhud? Sobs... Sampai hati meminggirkan ahli team bangi yg encem itu..kekeke

Anonymous said...

tu lah aku rasa mcm pelik,bukan ada sorang lagi ke team Bangi?
tercari-cari juga aku di manakah Abe.kihkih

Faizal Rosly said...

eh kalian saja buat2 tak nampak abe sebab dia gelap ataupun memang tak baca sampai habis ni

Nina said...

Whatttttt ikram dah kahwin? Ohhhh frustnyaaaa ...

Tp serious lawa la bini ikram... Congratulations !!

Anonymous said...

haha... kalau ngorat dapat rawatan gigi percuma tak? or diskaun ke?

ingat nak pakai braces la... haha...

Anonymous said...

Ko perasan tak dalam gambar apai dan mizah...hahahah ko pegang kipas cina dan makcik sebelah tu dok ingat hang gila ke apa..anyway i love team bangi

zura da cute said...

ijai!!!!ni soklan yg tadek kena mengena ngan post anda diatas?
SAPA NAMA BABY???ker nak kena tanya da'tilla?????hukhukhuk x publish pon your baby names???nak tau jugakkkkkkkkkkkkkk

wanda arry said...

setelah membaca bnyk post kt blog ni..tgk muka si fandi mcm pernah dlihat..rupanya abg pada my fren time stdy kt bangi dlu :)

Anonymous said...

ANAS HANDSOME GILAAA

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...