Wednesday, February 27, 2013

Mengkaji Gaya Instagram Gadis-Gadis

Hai apa khabar semua? Sepertimana yang kita tahu, hobi gadis-gadis adalah mengambil gambar, tak kiralah gambar sendiri ataupun gambar orang lain. Kalau jenis yang pemalu mungkin mereka tak tayangkan gambar sendiri di khalayak ramai, tetapi kalau anda show hidden files and folders dalam laptop mereka, pasti akan jumpa satu folder bersaiz 20GB berisi gambar sendiri dengan pelbagai ekspresi. Bagi jenis yang suka berkongsi pula, gambar-gambar mereka dimuatnaik sahaja ke laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Sebagai seorang pelawat tegar Instagram gadis-gadis (dengan niat untuk mengkaji), saya perhatikan sudah ada satu corak ataupun pattern bergambar gadis-gadis. Gadis-gadis memiliki naluri kewanitaan yang hampir serupa maka tidak hairanlah aksi-aksi yang akan aku sebutkan nanti boleh didapati di dalam semua akaun Instagram gadis-gadis. Harus dinyatakan di sini yang ini adalah pemerhatian secara general dan jika anda rasa saya membuat kajian tentang diri anda secara individu, nyatalah anda silap. Hehe. Ayuh teruskan membaca.

1) What I'm Wearing Today / Outfit of the Day

Gambar-gambar sebegini selalunya dimuatnaik pada waktu pagi, sebelum pergi ke kerja ataupun keluar dari rumah. Konsep gambar sebegini adalah, berdiri di hadapan cermin dan ambil gambar penuh menggunakan telefon pintar. Di dalam ruangan caption, anda perlu meletakkan baju jenama apa yang dipakai, beli di mana dan harga sekali kalau boleh dan disudahi dengan hashtag #WiWT ataupun #OOTD. Masalah mula timbul apabila semua baju dah pun ditayangkan kepada pengikut. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, mereka 'terpaksa' kembali ke kompleks membeli-belah memborong lebih banyak baju yang tidak berapa perlu walaupun almari pakaian sudah tidak muat.

Gambar di bawah ini adalah contoh saja, tapi rumah aku tak ada cermin besar kan nak buat camana.


Topi Komunis Jonker Street (RM10), Family Guy t-shirt from Pull & Bear (RM80), Liverpool FC sweater from Al-Ikhsan, seluar pendek from Parkson, Sexy boxer from Triumph, Thai Temple from Kedai Online John #WiWT

2) Gambar kaki

Ini adalah gambar yang common juga dalam Instagram gadis-gadis. Gambar ini selalunya dimuatnaik dalam sesi membeli-belah mereka, which is almost everyday. Konsep bergambar sebegini memang mudah, anda hanya perlu pergi ke mana-mana kedai kasut popular seperti Aldo, Nose mahupun Vincci, sarung mana-mana kasut yang anda berkenan di kaki, gunakan filter-filter yang boleh menyembunyikan ketuat di jari kaki, lalu memuatnaik gambar tersebut dan refresh sehingga ada orang like gambar tersebut.

Terdapat juga variasi gambar kaki ini iaitu gambar kaki di tepi pantai. Ketika sedang bercanda memakai bikini berjemur di tengah matahari, gambar kaki ayam (tanpa kasut / selipar / sudah di 'veet') yang menghadap pantai akan diambil. Nak nampak lebih kool jangan lupa tulis nama sendiri ataupun nama kekasih di atas pasir pantai. Satu lagi variasi kaki yang popular adalah apabila penggemar gambar kaki bergabung. Mereka akan membentuk satu bulatan kaki dan membandingkan kasut siapa yang paling mahal.

3) Gambar cawan Starbucks

Kenyataan umum berdasarkan aktiviti stalking, Starbucks adalah kopi kegemaran gadis-gadis. Atas dasar itulah, setiap album Instagram gadis-gadis mesti ada gambar cawan Starbucks di atas meja, lepastu nak nampak bergaya letaklah kunci kereta ataupun telefon pintar di sebelah, sebelum gambar diambil dari sudut-sudut sukar. Di sini saya ingin mencadangkan agar gadis-gadis mencuba minuman Alicafe Power Root, minuman kopi pracampur dengan Tongkat Ali. Memang lazat sehingga menjilat dinding. Lepastu mesti orang anggap anda superkool sebab Instagram tin Alicafe.



4) Ayat-ayat motivasi

Ayat-ayat motivasi ke ayat-ayat emosi? Sedar ataupun tidak, kebanyakan ayat-ayat yang dipost sebenarnya berkaitan dengan perasaan gadis-gadis di waktu itu. Contohnya kalau seorang gadis itu tengah cirit-birit, dia mungkin akan post gambar quote "Mengalir lancar bagaikan sungai nan deras" ataupun kalau dia tengah emo dengan boyfriend dia "Keep Calm and Continue Online Shopping".

5) Gambar kecantikan kuku

Gambar ini selalunya akan dipost selepas sesi manicure pedicure. Yelah takkanlah nak post gambar kuku selepas makan ataupun cebok berak jijiklah orang tengok nanti. Selepas manicure, kita boleh lihat kuku di tangan berkilat-kilat macam lagu Rihanna Shine Bright Like A Diamond (24x). Kalau tengok kuku kita tu, boleh nampak refleksi muka kita sendiri so mestilah kita Instagram kan.

Tak lupa juga hasil-hasil seni yang diaplikasi kepada kuku. Kadang-kadang bila kunci mangga terjatuh kat kuku kaki, serta merta kuku jadi biru sebab lebam dan ada darah beku. Gadis-gadis ni bijak kesakitan boleh ditukar kepada kecantikan. So mereka pun warnalah kuku kaki yang lain dengan warna biru. Nak yang lagi kool, boleh lukis-lukis pelbagai jenis gambar (nail art) di kuku seperti corak kulit harimau bintang ataupun gambar kuda laut.

6) and of course......



Ini adalah entri parodi sekadar untuk ketawa hi hi hi. Di harap gadis-gadis tidak terasa hati dan private terus Instagram jika anda ada di antara anda menggayakan aksi-aksi di atas. Lagipun teknik-teknik bergambar di atas semua aku kaji daripada Instagram gadis-gadis luar negara. Untuk bersifat adil, mungkin lain kali aku kan buat entri Mengkaji Gaya Instagram Jejaka untuk kita bergelak tawa bersama-sama ok? Jika anda pengguna Instagram tegar, jangan lupa kongsikan gaya bergambar gadis anda. Assalamualaikum.



13 comments:

budak ?? said...

Hahahaha. gila comel mulut itik :)

Shahada Fauzi said...

hahaha..perlu ke mention dengan boxer sekali? lelaki ade ke pakai jenama triumph? mengom betol..ahahaha..

aku takde instagram..dan bukan jenis bergambar..jadi takde terasa hati dgn entri ko ni pun..naseb baekkk..:P

Irfa said...

hahahaha
sakit perut gelak baca en3 ni

aslina majid said...

Aku takde dlm list. Sedih kot. Akaun instagram aku hanye berpaksikan lebih kepada aktiviti kemasyarakatan termasuk la laporan trafik laluan utama sekitar pulau pinang.

Finaz said...

Gambaq kat ig i do not belong to any of the categories listed... Yeayyyy :P

Forskning said...

apa dia letak kat mulut tuh?

Faizal Rosly said...

budak: thanks

shahada: adala. boxer triumph tu ada ropol2 maskulin sikit

irfa: buatlah akaun instagram

aslina: tipu

finaz: tipu

forskning: pringles

Anonymous said...

haha..duckface tu legend giler..tak prnah lg tgk org wt mulut itik gune pringles
HAHAHA

AskMe BB Plus said...

muke duckface tu takleh blah... hahahahaa...

Anonymous said...

Hahaha..kepala bana...kelaka giler...and sgt betul....

thats why lbh suke follow 'omputih' punya insta....lagi cerdas kot

icE said...

hahahha lawak ok..Betui la part #wiwt #ootd, cuba try hashtag itu pasti ramai alien instagram yg like. tak kisah la pakai selekeh punn

http://undomesticated.blogspot.com

Cik Tia said...

terhibur aku baca entri ni.

maia haizad said...

best,, tapi semua kt atas saya x buat,, sbb xde fon berkamera,, x pernah letak gmbar kaki rasa cm pengotor.. x pernah g mkn kt starbuck.. ayat motivasi jarang la,, kt twitter RT jela nak wat sendri,,, xla,,, saya x pernah g pedicure ke apa ke,, kaler kuku lagi la tak,, duck face? ada tapi x upload,, kekeke

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...