Thursday, February 7, 2013

Panduan Memilih Suami Berdasarkan Pasukan Bola Sepak Yang Diminati

Hai apa khabar pembaca? Orang kata jodoh itu di tangan Tuhan. Tetapi jodoh tak datang bergolek, melainkan jika anda suruh mama anda carikan jodoh untuk kita. Tapi taste mama kita lain dengan taste kita. Sebagai seorang gadis, anda pasti dambakan seseorang yang memiliki keperibadian dan sifat fizikal sempurna seperti hero-hero dalam siri popular Adam dan Hawa mahupun Setia Hujung Nyawa. Tetapi jejaka sedemikian tidak wujud di dunia sebenar, so kadang-kadang gadis-gadis end up dengan lelaki yang hanya sweet dan hensem hanya semasa bercinta. Lepastu dah kahwin benda yang paling manis yang mereka beri adalah dijangkiti kencing manis. Langsung tiada lagi kad-kad buatan tangan berisi kata cinta, apatah lagi nak tolong bukakan pintu kereta.

Ini semua boleh mempengaruhi perhubungan selepas perkahwinan sekiranya gadis-gadis meletakkan expectation yang terlalu tinggi tanpa ada sebarang kaji selidik tentang sikap sebenar pasangan mereka. Dengan persediaan yang cukup, ternyata keharmonian rumahtangga dapat dikekalkan. Salah satu cara untuk mengenali sikap sebenar pasangan adalah melalui pasukan bola sepak yang diminatinya. What the what? Boleh percaya ke? Saya akan menggunakan pasukan daripada Liga Perdana Inggeris sebagai contoh kerana liga tersebut adalah liga yang paling popular di dalam dunia. Ayuh teruskan membaca.

Pakwe Manchester United


Ulasan ringkas: Lelaki seperti ini adalah lelaki yang paling ramai, dan paling senang dijumpai. Jika anda inginkan keunikan, mereka bukanlah jenis lelaki yang anda harus kejar kerana kat mana-mana pun boleh jumpa. Kat pasar malam ada, kat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) pun boleh jumpa.

Sifat Mahmudah: Pakwe jenis ini adalah jenis manusia yang tidak berputus asa. Manchester United yang sebenar tidak pernah menyerah kalah sehingga titisan peluh yang terakhir. Dah berapa banyak kali mereka jaringkan gol last-last minit? Mungkin sebab pengurus dia pandai mempengaruhi pengadil untuk memberi lebih banyak masa. Itu satu kebaikan juga. Menggunakan contoh tersebut, Pakwe Manchester United dikatakan pandai 'memanipulasi' orang lain, dalam hal ini mungkin memikat bakal bapa mertuanya untuk memihak kepada beliau.

Sifat Mazmumah: Masalah akan timbul jika Pakwe Manchester United menerap sikap individu di dalam pasukan tersebut. Pakwe yang asyik pakai baju Rooney, mereka selalunya berbadan gempal dan tak hensem seperti Shrek, di samping memiliki fetish terhadap pasangan yang tua....jauh lebih tua. Yang suka Ryan Giggs, kejujuran mereka boleh diragukan, especially jika anda lihat mereka rapat semacam dengan adik beradik perempuan anda yang lain. Secara umumnya, Pakwe Manchester United ni boleh jadi takbur dan riak, kerana mereka rasa mereka lah yang paling power, tetapi apabila dicuit sedikit tahap PMS mereka mengalahkan perempuan. Pakwe Manchester United adalah Pakwe yang paling tidak digemari oleh Pakwe bola sepak lain.

Pakwe Arsenal


Ulasan ringkas: Pakwe Arsenal dikenali sebagai pakwe yang tenang, dan tidak mudah melatah apabila menghadapi dugaan kerana mereka sudah biasa menghadapinya, seperti mana pasukan Arsenal sebenar yang entah berapa tahun tidak dapat memegang sebarang piala. Jika anda inginkan kehidupan yang tenang, stabil, dan tak kisah dengan kejayaan besar, maka pakwe jenis inilah yang harus dijadikan suami.

Sifat Mahmudah: Pakwe Arsenal dikatakan memiliki kesetiaan yang paling tinggi antara semua pakwe bola sepak. Dugaan demi dugaan datang setiap tahun, namun mereka tetap memberi komitmen yang tidak berbelah bahagi. Pendek kata, mereka tak akan curang dengan anda. Mereka suka mencari pasangan yang muda, untuk dididik dengan baik, walaupun most of the times pasangan itu fedup dan meninggalkan mereka kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih yang tidak mampu diberi oleh Pakwe Arsenal.

Sefat Mazmumah: Pakwe Arsenal ni mula-mula kalau kenal, memang jenis yang kedekut, tak sanggup berbelanja besar untuk makwe. Bila dah terdesak, ditinggalkan, nampak orang lain lebih berjaya, barulah nak keluarkan duit. Mereka selalu menggunakan teknik memikat yang cantik, sepertimana cantiknya gaya permainan bola sepak Arsenal, cuma keputusannya selalu tidak memihak kepada mereka. Mereka juga tidak bercita-cita tinggi, di mana Pakwe lain aim untuk menjadi yang terbaik, tetapi Pakwe Arsenal sekadar aim nak jadi nombor 4 sepanjang masa. Secara individu, jika mereka personally minat Santos ataupun Gervinho, anda tak usahlah terlalu bergantung kepada mereka.

Pakwe Chelsea


Ulasan ringkas: Pakwe Chelsea adalah pakwe yang hanya mula meningkat naik sejak kebelakangan ini. Dulu-dulu tak ada pun Pakwe Chelsea ni, tapi sejak abang Roman membeli kelab Chelsea dan membelanjakan wang sesuka hati, bilangan Pakwe Chelsea tiba-tiba meningkat.

Sifat Mahmudah: Secara umumnya, kaya.

Sifat Mazmumah: Kekuatan Pakwe Chelsea merupakan kelemahan mereka juga. Mereka sangka segala-galanya mungkin boleh diselesaikan dengan wang. Dari situ kita boleh nampak mereka kurang pandai berkomunikasi. Yelah dalam perhubungan, kenalah saling ada komunikasi, barulah kita faham kehendak pasangan. Tiada komunikasi, tiadalah persefahaman. Itu yang cepat berpisah tu. Mereka juga agresif, cepat melenting, dan tiada kesabaran. Kalau keputusan tak menyebelahi mereka, jaga-jaga senang-senang je mereka akan tinggalkan anda. Kalau Torres merupakan idola mereka, anda juga yang kecewa kerana setiap kali anda call Pakwe Chelsea, pasti jadi missed call. Get it? Get it? Tapi kalau John Terry idola mereka, ada baiknya anda tinggalkan sahaja jantan dayus itu sebelum hati anda diremukkan bak kaca terhempas ke batu.

Pakwe Liverpool


Ulasan ringkas: Pakwe Liverpool adalah pakwe yang boleh dikatakan 'rare' di saat-saat ini. Seperti Pakwe Arsenal, mereka juga ada keperibadian yang 'chill' dan tenang apabila tohmahan dan cacian menimpa dari pelbagai sudut. Jika anda percaya dengan pepatah bola sepak, 'Form is temporary, class is permanent' maka Pakwe Liverpool lah yang harus dijadikan pasangan hidup #Tiljannah.

Sifat Mahmudah: Pakwe Liverpool selalu diejek suka 'sandarkan pada kenangan'. You know, asyik ungkit pasal sejarah lama. Itu sebenarnya adalah satu kelebihan. Tatkala perhubungan menjadi retak, Pakwe Liverpool akan sandarkan pada kenangan, mengapa mereka jatuh cinta at the first place, sekaligus cuba untuk memperbaiki hubungan. Tahap kesabaran mereka juga tinggi, mereka tidak akan meninggikan suara terhadap anda. Kalau bergaduh pun mereka yang akan mengalah. Jika idola mereka adalah abang Gerrard, seorang 'one man team' maka kita boleh expect kesetiaan yang sama terhadap anda.

Sifat Mazmumah: Kuat mengungkit. Tapi takdelah sampai membandingkan sejarah percintaan lama beliau dengan percintaan sekarang. Pakwe Liverpool juga rata-ratanya memang sangat tampan, dan ini boleh jadi satu keburukan jika anda jenis yang kuat cemburu.

Begitulah antara jenis-jenis pakwe bola sepak yang popular. Diharapkan dengan panduan di atas, anda gadis-gadis sedikit sebanyak dapat membuat keputusan yang terbaik dalam memilih calon suami untuk memastikan kebahagiaan di masa hadapan. Of course, kenyataan di atas hanyalah generalization semata-mata dan tidak semestinya relevan dengan situasi anda sekarang. Ye lah kalau pakwe tak minat bola sepak tapi minat badminton camana pulak ye tak? So pakwe jenis manakah yang anda idamkan? Bagi lelaki, adakah anda ada point-point penting untuk ditambah bagi jenis-jenis pakwe di atas? Ayuh kongsikan bersama.



19 comments:

HooDa said...

Kakakakaka suamiku pakwe liverpool jugekk..

muna said...

pakwe man u aku, masa tahu aku awek liverpool, telah cuba2 membuat pujukan "awak sokong man u laa ek". hahahah, sesuka hati dia aje. tetapi jangan risau, mana bleh sesuka hati berubah team.

sekarang dia dah redha. tapi hobi dia, main fifa13, mesti asyik2 match man u vs liv. pfff.

aslina majid said...

Pakwe aku skang langsung tak minat bola. Tapi dia kira bertuah sebab aku awek arsenal. Maka ciri2 pakwe arsenal tu kena tempias banyak kot kat aku. Hehe

eddyminako said...

uuuuuu.... hahah!!

Che Sakinah said...

siap ada price tag lagi dekat baju ko tu ijai.. baru beli ke ape? hahaha.

well, sebab tu ramai gadis 'the blues team' single. lolass!! ;p

Anonymous said...

Dulu kalau kenal lelaki yg sokong MU terus tolak 10 point. hehe.. nasib baik the husband sokong Barca.

-RMFC-

Apostolos Velios said...

pakwe everton,spurs,west ham,swansea dan man city takde ke jai?? sebab kelab ni unik sikit jadi pakwe nye mesti unik jugak

Anonymous said...

haha... awesome review... 2 thumbs up!!

req review untuk gadis2 peminat bola sepak next post...

finaz said...

pernah berskandal dgn a guy who is a die hard supporter of MU .. all i can say is, dia ni kuat emo.. skit2 nak merajuk.. and i was the one who wore the pants in the relationship.. hadoiyaaiii

Anonymous said...

halo bra der..wba pun takleh mkn..ape punya posting la wei, hehe..
~yusry bkn kru~

Faizal Rosly said...

hooda: mesti suami anda hensem

muna: hoit pakwe menyu jom lawan fifa

aslina: untunglah pakwe anda

eddy: hahah?

che sakinah: price tag tu untuk scarf tu lah. lama dah beli sayang nak cabut kahkah

RMFC: jaga2 pakwe barca pandai berlakon....haha

apostolos: alah pakwe2 minoriti semua tu. lagi2 man city kejap je tu

finaz: pakwe menyu memang macam tu

yusry: dasar pakwe menyu. kalian tengoklah dia ni

f.i.e.z.a said...

Thank God boypren saya adalah penyokong liverpool. And betul dia sangat cool tak penah tggikan suara plus he is so damn romantic. Semoga kekal sifat ni smpai dah jd suami nanti :)

Khairil Mazri said...

ramalan terbaik.

mungkin...

http://www.khairilmazri.com

Irfa said...

emm en suami suka MU
saya minat TRW
hahaha

Anonymous said...

hahahah suke suke Liverpool!!

shazrina said...

suamiku liverpool ye .. :)

Anonymous said...

ex bf aku sokong chelsea...mmg kaya n mmg slalu missed call la..sms pun asyik tergantung je... tension..... so, aku yg arsenal ni walaupun setia tapi lama2 tak tahan woo....

Fareez Mansur said...

Kita sandarkan pada KENANGAN.
Soalan : Bila kali terakhir team cap ayam menang Liga Perdana English
Jawaban : 1990

Anonymous said...

sy dan suami fans tegar Manyu..

mmg btul team EPL lain sume menci abes kt Manyu..

tapaham..ahah

tp btul dl sy sblum kawen cari calon based on tgk ciri llk gila bola esp EPL lah..

mostly diorg ni mmg hnsem gilos..nk2 yg jnis lepak kt mapley tgh mlm2 buta tgk bola smpi pg..

hahah..nsib suamiku skrg hensem!dia mmg azali Manyu!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...