Monday, March 25, 2013

Mengkaji Gaya Instagram Jejaka

Tempoh hari kita telah melihat aksi gadis-gadis bergambar di Instagram. Selepas membuat entri tersebut saya telah mendapat banyak emel spam untuk membesarkan penis, dan tidak kurang juga emel kebencian daripada gadis-gadis di luar sana yang menuntut keadilan agar gaya bergambar jejaka di Instagram didedahkan pula. Bagi membuktikan saya bukan seorang yang seksis tetapi seksi, hari ini kita akan mengkaji pula gaya bergambar jejaka di Instagram. Alah gaya bergambar jejaka di memang klise sangat, mostly kita boleh nampak gambar sebegini di profile Fesbuk mereka, sebelum membuat aksi yang sama di Instagram. Orang lelaki ni sama je hamsap (gatal / miang dalam bahasa kantonis) dan gaya pemikirannya maka kita boleh lihat corak ataupun pattern bergambar yang sama daripada individu yang berbeza? Tak percaya? Ayuh teruskan membaca.

1) Gaya bergambar K-Pop

Dahulu semasa di zaman Facebook, kita mungkin akan panggil gaya ini sebagai Gaya Bergambar Boyband. Namum begitu di saat ini, gaya sebegini mungkin lebih relevan digelar gaya K-pop di atas pengaruh luar biasa K-pop di kalangan masyarakat kita. Gaya sebegini tidak boleh diaplikasikan seorang diri, sebaliknya memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang, namun ada juga yang membuat gaya ini dengan berbelas-belas orang seperti kumpulan Rab 'Big Bang' bani (kumpulan K-pop Islamik popular). Gaya bergambar sebegini memerlukan koordinasi dan teamwork sesama ahli untuk membuat gaya koreografi seolah-olah sedang menari. Selain itu, gaya ini juga boleh dilakukan tanpa sesiapa memandang kamera dan memastikan jari-jari kita menunjuk ke arah horizon.



2) Gambar perut

Instagram sebenarnya adalah medium yang boleh digunakan untuk riak tanpa nampak sangat yang kita nak riak. Dalam hal ini, terdapat para jejaka yang memilih untuk riak menggunakan perut mereka. Bagaimana pula kita mahu riak menggunakan perut? Mudah saja, dengan menayangkan 6 biji ketulan keras di perut. Syarat utama untuk bergambar sebegini; yang pertama, of courselah kena ada 6 pack. Tak boleh 4 pack, 5 pack kena tepat-tepat 6 pack. Langkah kedua adalah melumurkan 6 pack tersebut dengan minyak lintah ataupun minyak Telon, bagi menaikkan efek 6 pack tersebut sebelum disudahi dengan filter-filter yang mampu membuat 6 pack anda bersinar-sinar seperti cahaya keimanan. Macam tak kena saja analogi tersebut cahaya keimanan nampak di muka bukan di perut yetak. Anyway jangan lupa letakkan hashtag #GYM #FitnessFreak #Instafit #SixPack #MalekNoor #ArnoldSusahnakeja agar rakan-rakan 6 pack yang lain boleh melawat perut anda. Nampak sangat perenggan ini ditulis dalam keadaan cemburu sebab aku tak ada 6 pack hanya ada 1 pack.

3) Gambar kenderaan

Lelaki dan kenderaan memang sesuatu yang sinonim. Apa guna ada kenderaan mahal jika tak digunakan untuk memikat gadis ataupun arbok (jika itu taste mereka)? Kalau anda jalan-jalan di Midvalley lepastu anda nampak seorang jejaka yang wajahnya seperti gabungan Wayne Rooney dengan Evra tetapi yang berdampingan dengan beliau adalah seorang gadis berwajah dan berpayu seperti Miranda Kerr, anda jangan rasa hairan kerana walaupun mereka tiada wajah, mereka ada kereta. Menggunakan logik tersebut, itulah sebabnya ramai orang lelaki yang gemar bergambar dengan kereta yang rare dan nampak mahal walaupun bukan milik mereka untuk diletakkan di Instagram, kerana mereka berharap ada gadis-gadis yang akan terpikat dengan mereka walaupun sekadar di dalam gambar. Kalau nak betul-betul berkesan, elok kau bergambar je dengan kereta kebal gadis-gadis mesti terus tinggalkan alamat emel di ruangan komen.



4) Gambar parti liar

Ok marilah kita bersangka baik. Gambar dalam kategori ini selalunya digayakan oleh Instagram jejaka luar negara sajewwww. Orang Melayu kita ni baik-baik, mana ada yang bergambar berkepit dengan gadis tersembul dada tanpa perlu kita pakai spek mata 3D sambil memegang botol arak di tangan. Untch untch untch tekechh tekechh tekechh wakawakaka wottt wottt (bunyi lagu clubbing di latar belakang).

5) Gambar berkaca mata hitam dengan rokok di mulut

Gaya, mutu, keunggulan. Mungkin itulah yang bermain di minda para jejaka ketika sedang mengambil gambar sendiri dengan berkaca mata hitam jenama Ray-Bun. Nak tambah lagi tahap kemachoan, kenalah letak rokok yang terjuih di bibir. Tapi itu duluuuu. Sekarang ni di zaman Globalisasi dan Teknologi Maklumat ni, bergambar dengan rokok dah tak kool dah. Sekarang ni orang bergambar dengan E-Cigg. Alah takkan taktau E-Cigg tu apa. Sekali tengok macam pangkal lightsaber mini ja cuma instead of keluar pedang cahaya, dia keluar vapor. Letak pulak filter hitam putih perghhh memang berbondong-bondong orang like gambar tersebut.



6) Gambar minta dtinju laju-laju

Apa kalian ingat gadis-gadis je suka Instagram wajah sendiri secara close up sambil buat muka gedik dengan disertakan caption "Buruknyeww wajah itteww..." ataupun "Ala dah gemokkk..." ? Kamon kami sesetengah jejaka pun suka bergambar begini juga tau. Walaupun gadis-gadis bergambar dengan gaya gedik, tidak dinafikan ada elemen kecomelan di dalam gambar-gambar tersebut. Namun begitu perkara yang sama tidak boleh dikatakan terhadap orang lelaki sejati yang bergambar sedemikian. Nora Danish buat, fine. Tapi kalau nama kau Khairul Afandi bin Kasim (sekadar nama rekaan) lepastu buat gaya close up hidung kembang, memang minta ditinju laju-laju la kan.



7) Instagram apa yang ditonton

Kalau kat TV sedang pasang Buletin Utama, kita akan mengambil gambar TV, letak filter Valencia agar wajah Pang Chin Fei nampak lebih ayu daripada biasa. Kalau tengah tonton The Walking Dead, pause masa ada scene Walkers makan usus perut, zoom kamera kepada skrim komputer, kemudian Instagram gambar tersebut dengan hashtag #Foodporn. Tahap paling tinggi adalah Instagram filem yang sedang dimainkan di dalam panggung wayang. Heyy tak elok tau bagi spoiler di samping mengganggu penonton yang lain yang masuk dalam panggung hanya untuk menonton wayang dan bukan untuk mengambil gambar untuk di Instagramkan.

Begitulah antara gaya-gaya bergambar yang sering dilakukan oleh para jejaka di Instagram. Hey hak Instagram gambar gedik hak kami juga awak jangan nak kompelin! Jika anda ada membuat gaya-gaya di atas di dalam laman Instagram anda, mohon dikongsi gambar tersebut untuk tatapan pembaca yang lain. Jika anda ada terlihat gaya lain yang sering dilakukan oleh para jejaka, silalah kongsi bersama.



4 comments:

farahasyikin said...

hahahahaha gambar kenderaan siape tu hamagawdzzz

Amanina said...

ohh...malas nk buat insta

Anonymous said...

tambah 1 lg..'laki ambk gmbr dpn cermin'..especially dlm toilet..hahaha

Irfa said...

no 5 tu selalu aku tengok..hahaha
cool kot buat gaya cenggitu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...