Monday, April 8, 2013

What I'm Wearing Today

Hai selamat hari Isnin. Kalian tengok tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi? Walaupun kita mempunyai fahaman politik yang berbeza, namun dalam hal mengeji artis kita pasti akan menggembleng tenaga. Atas sebab itulah kita orang Melayu tak akan miss rancangan anugerah sebegini untuk mengumpul dosa mengutuk gaya perilaku dan pemakaian artis tempatan. Namun begitu tujuan saya tiba-tiba mengemaskini blog bukanlah semata-mata hendak mengeji, sebaliknya memuji. Jika kalian menonton ABPBH malam tadi, salah satu talking pointnya adalah tentang kostum yang dipakai oleh Didie Alias.

Rata-rata pengguna laman web sosial sibuk menghentam gaya fesyen Didie Alias. Ada yang kata dia tu bajet Lady Gaga, ada yang kata dia berasal dari Planet Matoki, dan ada juga yang menggesa Didie Alias dihantar untuk berubat di Darussyifa' Bangi. Say what you guys want, aku rasa Didie Alias adalah seorang yang berani, seorang yang unik seorang yang tidak peduli apa yang orang kata demi menegakkan prinsip dan gaya hidupnya. Persetankan kata-kata mereka kak Didie. Lihatlah gambar di bawah ini, takkan anda tak rasa inspired dengan beliau??



Kak Didie, I was so inspired by you, so I decided to wear something different to the office today! Ayuh teruskan membaca.



Selamat Hari Isnin!



10 comments:

Anoneemus™ said...

Ijai, pakai camni masa annual dinner company you. pasti you menang best dressed.

Che Sakinah said...

ijai,kalau dkt office rasa nak mandi, boleh laa terus mandi weh.

Cik Kamoo said...

mcm kesian kat Didie bila tengok....berat tuh kepala dia

Rafhani said...

Jap gi ngamuk bini nak mandikan anak ilang plak besen,hahahahaha

h a n i a n m u r i h a n said...

ape barang pakai besen mandi anak, ringan tu..kena letak fridge kat atas kepala baru terrrorr..contact lense jgn lupa ek.

Irfa said...

dia mmg super duper berani ;)

Sandokhan said...

Ijai 'kem-ho' depan cermin. Inikah...ijai...yang sebenar? Kakakaka...

Faizal Rosly said...

anoneemus: haha yang mana satu boleh menang? atas ke bawah?

che sakinah: muat masuk bontot je

cik kamoo: berat mata memandang, berat lagi kepala yang memikul

rafhani: pinjam kejap jewww haha

hani: haha lady gaga pun tak berani buat camtu

irfa: berani kerana benar (tiba2)

sandokhan: hah tu kau belum tengok video syok sendiri aku lagi tu

Amanina said...

hahaha..memang org gelak tgk dia mlm tu

Anonymous said...

terbaik Ijai ;)

-Alia

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...