Wednesday, May 29, 2013

May Movies!

Hai apa khabar semua? Tahukah anda, filem terakhir yang saya tonton di panggung wayang adalah Jack Reacher lakonan Tom Cruise pada tahun 2012, sebelum isteri saya terberanak dan aktiviti menonton filem di pawagam terhenti sama sekali? Selepas kelahiran bayi, saya hanya mampu menikmati filem-filem terbaru box office hanya sekadar dengan menonton poster filem dalam keadaan hiba. Ada juga keinginan untuk keluar rumah tengok sorang-sorang tanpa pengetahuan bini, tapi masa akad nikah dulu aku ada buat Manifesto bukan janji, aktiviti menonton filem mesti dilakukan bersama-sama walaupun apa jua keadaan. Nampak tak betapa sweetnya aku. Biasalah dah ada baby ni banyak benda yang kita kena korbankan, termasuklah masa untuk mengemaskini blog sendiri. UHUK UHUK.

Segalanya berubah menjelang bulan Mei ini apabila Arya sudah besar sedikit dan membentuk keperibadian gadis yang berani seperti Arya Stark dalam siri Game Of Thrones, maka sudah tiba masanya untuk beliau berdikari dengan pergi ke sekolah bayi. Yelah ibu dia dah nak pergi kerja nanti siapa nak gaya Arya? Unless mak kalian nak jadi mak mertua angkat saya lalu saya hantar Arya ke rumah mak anda untuk dijaga. So kenalah start hantar nursery. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya untuk kembali menonton wayang di pawagam. Nak nak pulak banyak filem letup letup penuh aksi diselitkan dengan gadis seksi tengah keluar. Ayuh teruskan membaca ulasan filem yang dah lama tak buat ni.

Ratings:
$$$$$ : wajib ditonton, curi wang daripada ibu masing2
$$$$ : sunat ditonton, gelapkan saja wang koperasi
$$$ : harus ditonton, jika ada wang ptptn yang berlebihan
$$ : makruh ditonton, dermalah wang itu ke masjid
$ : haram ditonton , baik pergi beli Chipster lagi kenyang

Iron Man 3



Ulasan ringkas: 1999. Aku baru form 3. Tony Stark ketika itu pula merupakan seorang bilionwan, genius seperti Adi Putra (bukan yang pelakon tu), dan suka berzina dengan ramai gadis. Sebelum dia berzina ada mamat OKU approach dia untuk buat MLM, tapi Tony hanya memberikan harapan palsu. Fast forward ke zaman sekarang, Tony Stark masih lagi seorang bilionwan, genius dan suka berzina cuma kali ni dia berzina dengan seorang gadis je iaitu isteri penyanyi Coldplay. Ah dah dosa besar tak kiralah kau berzina dengan sorang ke ramai-ramai ke. Mamat OKU yang dia tak tolong tu dah jadi hensem sekarang, lepastu memerlukan dana untuk mengembangkan bisnes MLMnya tapi ditolak Pepper. Tipikal ah MLM. Sementara itu, dunia dikejutkan dengan pengganas yang bernama Mandarin membuat kacau di sana sini. Si Tony pulak sejak kejadian makhluk asing di New York, beliau asyik mengalami kemurungan suruh call talian Befrienders tak mahu pula. So beliau pun asyik membina sut Iron Man untuk menenangkan diri sampai Pepper pun naik menyampah. Sehinggalah pada satu hari beliau diserang pengganas menyebabkan beliau.............tengok sendiri ah.

Adalah ketara sekali Iron Man 3 lagi best dari Iron Man 2. Kali ini kita dapat melihat Tony Stark yang sering berlagak power itu lebih 'vulnerable' setelah berhadapan dengan masalah psikologi dalaman serta kerisauan beliau sebagai Iron Man yang banyak musuh sehingga mengancam keselamatan makwe beliau. Tampak seperti pengarah pandai bermain elemen emosi yang lebih berat. Tiada kompelin dalam bab efek, power dan berkilat-kilat semua sut yang dipaparkan. Diselitkan pula dengan jenaka sedas dua, terutamanya ketika bersama watak adik yang dibuli, kira puas hati lah tengok Iron Man 3 ni. Ben Kingsley sebagai Mandarin pula memang....unexpected.

Ratings: $$$$

Star Trek: Into Darkness

Ulasan ringkas: Filem ini dimulakan dengan misi krew USS Enterprise untuk menyelamatkan sebuah planet daripada kehancuran, tetapi penduduk planet yang primitif itu telah nampak kapal angkasa mereka lalu dijadikan sebagai berhala. Ini ternyata menyalahi akta undang-undang angkasa rekaan, dan Kapten Kirk telah diturunkan pangkat menjadi Pegawai Tadbir N 48. Sementara itu, London telah dibom atas arahan pelakon Sherlock (Benedict Cumberbatch) dan satu mesyuarat tergempar telah diadakan. Sebenarnya itu taktik untuk mengumpulkan ketua-ketua kapal angkasa dalam satu tempat bagi menhantar mereka semua ke Rahmatullah. Dipendekkan cerita untuk mengelakkan spoiler, Kirk telah ditugaskan untuk memburu pelakon Sherlock tersebut.

Jika hendak dibandingkan dengan Star Trek pertama, aku rasa yang first lagi best. Tetapi itu tidak bermakna kalian tak patut menonton filem ini kerana filem ini masih mengekalkan aksi menarik di angkasa lepas, diselitkan dengan jenaka yang kena pada tempatnya. Hubungan Kirk dan Dazu Spock juga berkembang dah jadi BFF. Pujian harus diberikan kepada Benedict Cumberbatch sebagai watak jahat dalam filem ini kerana membawa wataknya dengan berkesan walaupun nama dia Khan kenapa tak bagi Shah Rukh Khan je berlakon. Kah kah kah.

Ratings: $$$$

Fast & Furious 6

Ulasan ringkas: Filem ini adalah kesinambungan daripada Fast 5, selepas mencuri wang di Rio, krew Toretto kini bersara daripada arena kejahatan, duduk di rumah berzina dan meneguk alkohol sebotol dua. Namun begitu kalau mereka bersara macamana nak ada cerita. So atas arahan pengarah, The Rock kembali mencari krew Toretto untuk membantu beliau menangkap orang jahat Owen Shaw, seorang bekas tentera yang mengganas. Mula-mula mereka taknak tetapi setelah ditunjuk dengan gambar bekas makwe Toretto yang disahkan meninggal dunia telah kembali dari Rahmatullah, mereka semua kembali berkumpul untuk menyelesaikan masalah tersebut.



Standard ah formula Fast 6 bawak kereta melebihi had laju, gadis-gadis hangat nampak aurat (GAL GADOT), sepak terajang serta aksi di luar norma kehidupan. Cuma kali ini darab dua je aksi tu. Jika anda ingin menonton filem untuk entertainment semata-mata maka anda akan gemar filem ini. Kita semua tahu bakal ada Fast 7 setelah melihat babak di kredit.......

Ratings: $$$ 1/2

Sekian saja ulasan filem untuk kali ini. Jumpa lagi dalam segmen yang sama kalau Arya tak menangis minta perhatian ayahnya. Kalian dah tengok belum filem-filem di atas? Sila kongsikan bersama ulasan anda.



3 comments:

Amanina Mads said...

tak tgk la..huhu
macam best saja

bunga said...

star trek je tak tengok lagi. nanti nak download secara illegal sebab suka sgt dgn benedict si rambut kerinting tu. tapi nape iron man macam bosan ye? okay sekian.

Irfa said...

lupa dah citer apa yg tengok kat pggung wayang.
oh citer budak panjat pokok kacang tu
hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...