Sunday, June 16, 2013

Makan Tengahari Bersama Chef Zubir

Hai apa khabar semua? Sempena hari bapa pada hari ini (Ahad), saya telah menjemput diri sendiri untuk menghadiri satu sesi makan tengahari di sebuah restoran milik Chef Zubir Zain. Untuk mereka yang tidak kenal siapa Chef Zubir, selain menjadi juri Masterchef, beliau pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan. Nampak macam aku kenal dia, tapi sebenarnya aku sekadar copy paste maklumat beliau di laman web Masterchef. Abangnya Anuar Zain merupakan seorang penyanyi popular yang hensem tapi belum kahwin, dan adiknya Zayn Malik kini mengganggotai boyband popular One Direction. Sedikit elemen komedi diselitkan di situ.


Anak aku baru masuk lima bulan, dan beliau masih belum ada pendapatan untuk belanja ayahnya sempena Hari Bapa. Maka tanggungjawab membelanja ayah itu serta-merta diambil alih oleh mama aku. Mama akulah yang memberitahu tentang kewujudan restoran tersebut. Dekat saja dengan rumah aku. Restoran yang bernama Laman Grill itu terletak di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dari roundabout fasa 4, kau jalan straight je nak pergi highway Kajang tu, lepas Red Wok lepastu belok kanan dan tanya pejalan kaki terdekat bagaimana nak ke restoran itu. Dah mama kata aku tak perlu keluarkan sesen pun, terus aku setuju. Ayuh kita kaji best ke tak restoran ni.

Restoran ini bertemakan western / italian, maka kau akan kecewa jika anda ingin memesan Nasi Goreng Kampung. Laman Grill ni takdelah besar sangat, tapi nampak cozy lah persekitaran dan perhiasannya. Mereka mengamalkan sistem dapur terbuka macam Hell's Kitchen di mana kau boleh melihat seorang ala-ala Chef Ramsay menjerit-jerit (aku ezajerit) memberitahu pesanan pelanggan serta mencarut dalam dialek Kelantan bagi setiap daging yang mentah (ezajerit lagi). Tak nampak pulak Chef Zubir, mungkin tengah sibuk ajar Rozita Che Wan bagaimana hendak mengupas bawang.


Sekali imbas kau tengok menu dia, boleh tahan mahal harga dia. Adakah berbaloi dengan apa yang kau dapat? Adakah sama gambar yang dipaparkan di dalam menu dengan hasil yang dimasak? Soalan-soalan ini aku tanyakan terus kepada waiter yang melayan meja kami dan seperti yang dijangka, dia jawab 'Ya'.


Mula-mula aku nak cuba 'Marbled Chicken Chop' sebab tengok gambar dia (dari Internet) memang menggiurkan. Tapi cikai mak lampir dia kata tak ada pulak. Aritu mama aku makan benda alah ni lah depa kata best.


So aku pun orderlah Grilled Spring Chicken (RM24.50). Ayam yang didakwa masih Dara tanpa tulang telah dipanggang dan ditaburkan dengan rempah ratus rahsia Chef Zubir, disertakan dengan salad kentang dan sebiji tart. Memang juicy and tender ayam dia, ditambah pula dengan kelazatan sos cendawan.


Mama aku pula memesan Beef Steak Paillard & Schnitzel (RM36.50). Acane nak menyebutnya entah. Datillah mula-mula nak try pasta dia, tapi tak ada. Lasagna pulak masih belum siap prep. Last-last dah terjengkel semua benda tiada terus order Australian Baby Lamb Foreshank. Mmmmm dapnyewww


So kesimpulannya, adakah restoran ini direkomen kepada orang ramai? Bagi saya, ya, jika anda ingin menikmati suasana 'fine dining' tapi malas nak mengharungi hiruk pikuk kotaraya, anda mungkin patut cuba restoran ini. Harga dia memang nampak mahal, tetapi sebenarnya lebih kurang saja macam kau makan kat TGIF ataupun Chili's. Portion dia cukup untuk buat kau kenyang, dan skil plating dia memang hebat memang sama macam dalam gambar di menu. Oh minuman keras tiada. Kira restoran ni alternatif bagusla daripada restoran western lain di Bangi seperti Islamic Steakhouse, ataupun Little White Cafe. Sekian saja edisi makan-makan untuk kali ini jemputlah untuk menjilat skrin. Lain kali kita makan di tempat lain pula di Bangi ni.



3 comments:

Anonymous said...

Happy Birthday Ijai ;)
kirim salam kat baby & Datilla ;)

-syawalliah-

Irfa said...

SO SEDAP KE ALA KADAR JE?

Faizal Rosly said...

alia: tak aci wish kat sini

ifra: dapnyewww

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...