Tuesday, June 18, 2013

Mengenali Jenis-Jenis Pak Guard


Kehadiran pengawal keselamatan ataupun bahasa pasarnya Pak Guard adalah sesuatu yang penting di dalam mana-mana institusi. Tugas mereka sebenarnya bukan mudah walaupun selalunya kita hanya nampak mereka duduk di meja baca suratkhabar macam tiada apa-apa yang kerja yang perlu dilakukan. Mereka dibayar untuk melindungi harta, servis ataupun manusia mahupun binatang. Baru-baru ini, Pak Guard di ofis aku telah digantikan oleh segerombolan orang Bangladesh. Aku kadang-kadang kerja malam, keluar je lif aku macam terjerit bapuk sikit sebab Pak Guard batch baru ni pesen suka tenung orang dan senyum tanpa kelip mata seolah-olah mendambakan sesuatu secara seksual. Seram ok. Maka hari ini aku ingin bercerita tentang jenis-jenis Pak Guard yang pernah aku jumpa. Ayuh teruskan membaca.

Pak Guard Tidur Berdiri

Ini adalah jenis Pak Guard yang kita boleh jumpa di mana-mana, terutamanya di Kedai Emas Poh Kong ataupun di CIMB. Dari jauh nampak macam mereka sedang menjalankan tugas memerhatikan situasi sekeliling mana tahu ada orang nak membuat rompakan, tetapi bila kita datang dekat kita dapat dengar dengusan kuda hasil daripada tidur mereka yang lena. Bukan calang-calang orang boleh guna skil tidur berdiri ni. Tidur duduk toksah cakapla lagilah banyak kita boleh jumpa. Pak Guard tidur baring je yang aku tak pernah jumpa lagi. It is understandable lah kalau kerja malam tapi ni di tengah kesibukan hiruk pikuk kompleks membeli-belah pun kau boleh lena, respek. Tapi bahaya juga kalau pesen Pak Guard pegang senapang patah lepastu masa tidur dia mimpi basah masa kemuncak syahwat terus tembak dua-dua 'shotgun' dia.

Pak Guard Terlalu Peramah

Salah satu aspek yang tertera dalam KPI seorang Pak Guard adalah kemesraan terhadap masyarakat umum. Mesra ni boleh didefinisikan dengan sentiasa senyum, mengangkat tangan, ataupun menegur dengan sopan. Part menegur tu, kalau kali pertama mata bertentang mata, standard lah berbalas-balas ucapan selamat pagi. Tapi kalau selalu keluar masuk pejabat contohnya, takkan setiap kali tu pun nak kena tegur kan? Ini setiap kali jumpa kena jawab persoalan, "Haa nak kemana tu?" "Hai nak pergi makan ke?" "Oh nak berak? Sudah berak? Basuh dah?".

Kalau jenis yang suka bercerita pulak satu hal juga. Kau tanya satu soalan asas je untuk mulakan perbualan ringan lepastu dapat jawapan panjang berjela-jela. Contohnya kau tanya "Baru masuk kerja?" lepastu entah macam mana kau dapat tahu dia tinggal kat mana, anak berapa, posisi seksual kegemaran mahupun tahun ni balik kampung sendiri atau kampung isteri.

Pak Guard Miang Keladi

Kalau nak ikut gaya fizikal, secara stereotypenya Pak Guard yang perut buncit, dan ada misai nipis selalunya memang hamsap suka bermesra dengan jantina berlainan jenis. Tetapi pemerhatian tersebut sebenarnya tak tepat, lebih-lebih lagi kalau pengawal keselamatan itu perempuan (Mak Guard). Nauzubillah lah kalau Mak Guard buncit dan bermisai tegur aku di waktu malam, "Haii Faizallll nak tengok Cota makcik?".

Pak Guard gatal ni sifatnya paling ketara bila kau keluar bersama rakan-rakan sekerja gadis, lepastu habis ditegurnya semua gadis tersebut tapi bila bertentang mata dengan kau, dia buat-buat tulis nota dalam buku log keselamatan. Lepastu time buat rondaan, asyik datang ke meja rakan sekerja gadis, sambil bertanya soalan-soalan yang tidak berunsur pekerjaan. Kalau lalu dekat aku ada saja benda yang nak ditegurnya. Suruh pakai tag la, suruh kunci laptop lah pegang mouse salah pun mereka tegur takut kena carpal tunnel syndrome.

Pak Guard 'Angkat tangan boleh lepas'

Ini adalah jenis Pak Guard di kawasan perumahan. Kadang-kadang aku tak faham fungsi mereka berada di pondok pengawal. Tiada unsur-unsur keselamatan pun yang diaplikasikan setiap kali orang nak masuk. Kalau waktu siang tu fahamlah, ini waktu malam semua orang boleh lepas dengan hanya perlu mengangkat tangan especially kalau mereka tahu kita tak tinggal di kawasan tersebut. Contohnya aku yang bukan duduk di kawasan perumahan tu, nak datang lepak rumah kawan malam-malam buta nak main game, selamba je dia bagi masuk. Mungkin aku bawa lori, lepastu pakai topeng orang potong rumput baru dia nak angkat kening kot. Itu pun still bagi lepas. Tapi aku tak nafikan ada juga yang berdedikasi setiap kali keluar masuk bagi tag, dan tulis di buku log keselamatan.

Pak Guard Uncle Seekers

Pak Guard ni selalunya orang veteran, banyak pengalaman dan sentiasa ada kisah-kisah mistik tentang kawasan yang dikawalnya. Pak Guard sebegini boleh dijumpai di kolej Matrikulasi Melaka ataupun UiTM Lendu. Dulu-dulu kat Matriks Melaka time outing tunggu bas depan pondok Pak Guard, mulalah mereka nak bagi cerita hantu. Aku ni harap organ reproduksi je besar daripada average orang Asia, tapi kalau dengar cerita momok bertenggek atas almari memerhatikan kita semasa tidur kecut juga testis aku. Ah tak payah pergi jauh-jauh, Pak Guard ofis aku time aku kerja malam mulalah suruh berjaga-jaga bila masuk parking basement 2. Barbie betul.

Begitulah antara Pak Guard yang aku selalu jumpa. Anda bagaimana pula? Kongsikan bersama perwatakan unik Pak Guard yang pernah terserempak. Apapun, hormatilah mereka kerana tanpa mereka, siapalah yang mahu melindungi kita untuk pergi ke tempat parking kereta di kawasan parking 'panas' seperti di OU tu.



14 comments:

Irfa said...

hahaha
smpt ye buat survey pak guard
akak penah tgk pak guard marah customer kat bank.dia punya poyo mcm bank tu nenek dia punya ;)

anonymous said...

Dasyat la bro hahahahaha.. tp part pak guard gatal miang keladi tu mmg btul dan snang didapati di area umah aku psl tiap kali aku nk turun keje pgi2 ada jer bnda nk tgur aku. Bila tak layan lg mnjadi2 plak. Igt aku nie desperate ke apa.

aslina majid said...

Guard area opis aku semua tua2. Takde apa yg menarik sgt pon. Ahaha

Tahir Jaafar said...

Ha ha ha.. Pemerhatian yang unik.
Teruskan menulis. Hilang bosan aku kat ofis.

Anonymous said...

terbaek la blog neh...nk berkenalan ngan tuannye boley?

Amanina Mads said...

hahaha...teringat pak guard dgn abang guard kt tempat LI

Faizal Rosly said...

Irfa: dia hanya menjalankan tugas....

anonymous: ni nak cakap kau hot ke apa kena ngurat ni. dan kau buat akaun anonymous ni sebab nak follow blog ni je ke terharunya

aslina: tapi bak kata pepatah, kelapa tua lagi berguna. lebih kurang la

tahir: kalau bosan cari pasal la dengan pak guard

Amanina: selalu kena cet cet cet lettewww

Anonymous said...

Pak gat kat hospital xtersenarai krr.huhuhu

Anonymous said...

Best la blog ni

mohd faiz said...

Tua tua sibuah kelapa tau..makin tua makin byk santanye

mohd faiz said...

Memangla best kalau bab kutuk mengutuk ni

mohd faiz said...

Kami sbg pak gad dan mak gad buat kj halal. Kami x mencuri dan menagih dadah haram jadah. Malah kami sentiasa mjaga kslmtan lokasi tsebut. Jgn la kutuk kami. Nak tau kj la gad. Ada kala nak juga hbran. Usik2 manja xkan jd salah bsr kot. Skdr nak hlg kan ngantuk. Kalau ttdur nt dbuang kj pulak.

mohd faiz said...

Kami sbg pak gad dan mak gad buat kj halal. Kami x mencuri dan menagih dadah haram jadah. Malah kami sentiasa mjaga kslmtan lokasi tsebut. Jgn la kutuk kami. Nak tau kj la gad. Ada kala nak juga hbran. Usik2 manja xkan jd salah bsr kot. Skdr nak hlg kan ngantuk. Kalau ttdur nt dbuang kj pulak.

mohd faiz said...

Memangla best kalau bab kutuk mengutuk ni

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...