Wednesday, June 26, 2013

Mengkaji Jenis-Jenis Zombie

Zombie. Tahukah anda apa itu zombie? Mengikut tafsiran yang diberikan dalam laman web zombie yang popular ZombieDaily.org, zombie adalah individu yang telah hilang identiti dan kewarasan, dan hanya peduli tentang kemusnahan dan kehancuran manusia di sekeliling untuk memuaskan nafsu makannya tak kira apa jua halangan. Dalam kata lain, zombie yang sebenar adalah manusia yang telahpun kembali ke rahmatullah, dan kemudian 'dihidupkan' kembali. Amacam nampak convincing tak tafsiran suka hati aku? Minggu lepas aku tengok filem terbaru lakonan saudara bau-bau bacang aku Brad Pitt, World War Z. World War Z mengisahkan tentang perjuangan Brad untuk menyelamatkan umat manusia daripada kehancuran akibat dijangkiti virus yang menyebabkan mereka ingin memagut orang lain. 4/5 bintang, review ringkas.


Aku terfikir, zombie yang dipaparkan dalam filem tersebut, adalah tidak sama dengan zombie dalam daerah lain. Jika anda rasa zombie itu sama saja semua, anda mungkin orang pertama akan digigit nanti. Maka atas sebab itulah aku terfikir untuk menulis entri ini sebagai panduan sekiranya satu hari nanti berlaku Zombie Apocalype. Ayuh teruskan membaca.

Zombie tipikal

Contoh paling mudah untuk menggambarkan zombie yang tipikal adalah zombie di dalam siri hebat Walking Dead. Zombie jenis ini biasanya bergerak secara perlahan, jalan pun tak betul sangat macam baru lepas kena slide tackle, dan berubah menjadi agresif apabila menyedari kehadiran manusia (dan dalam sesetengah kes, binatang). Kalau one on one, mungkin anda boleh tumbuk dan lari, tetapi jika mereka berada di dalam kumpulan, Insyallah anda pun akan menjadi salah seorang daripada mereka.


Mengambil contoh dari siri Walking Dead, jika anda digigit dan meninggal dunia, anda mungkin mengambil masa dari 3 minit ke 8 jam untuk berubah menjadi makhluk durjana. Kalau tak mati terus pun setelah digigit, ada masih akan mati (atas ketentuan Tuhan of course) setelah dijangkiti demam panas, kurap-kurap serta gatal di badan, serta pendarahan dalaman sebelum otak anda tamat riwayatnya. Selepas itu, virus akan aktifkan kembali 'Brainstem' tapi tidak serebrum dan sereblum anda. Maka, anda akan kembali 'hidup' dengan hanya ada 'survival instinct'....makan. Terima kasih buat Dr. Edwin Jenner untuk penjelasan ini.

Zombie laju

Zombie laju adalah zombie yang sukar untuk ditentang. Mereka boleh lari tak henti-henti dengan kelajuan motor Safee Yang Menunggang tanpa kehabisan stamina. Bayangkan kalau Usain Bolt ataupun Watson Nyambek berubah menjadi zombie, kau rasa kau boleh melarikan diri daripada mereka ke? Nak nak pulak kalau badan kau bagaikan di pam pam macam artis yang tak boleh disebut nama sebab diorang suka search nama sendiri. Contoh-contoh zombie yang laju adalah Zombie dalam filem World War Z, Zombieland, 28 Days Later dan dalam game Left 4 Dead. Namun begitu jika tiada manusia di sekeliling mereka akan berubah menjadi 'dormant', jalan-jalan macam tiada arah tujuan, umpama gadis-gadis yang sedang Windows shopping. Eh salah analogi tu.

Zombie jiwang


Bak kata pepatah zombie, jasadku mungkin sudah mati, namun cintaku padamu adalah tuk selamanya. Kira macam forever and ever lah. Kau jangan ingat pontianak hensem dan serigala jadian tough je boleh bercinta. Ada juga jenis zombie yang masih mampu mencintai dan dicintai. Contoh ketara yang kita boleh guna untuk menggambarkan zombie jiwang ni adalah Warm Bodies. Kira macam Twilight, tapi versi zombie lah. Cuma orang tak benci sangat dengan 'R' macam orang benci dengan Edward Cullen. Selalunya orang yang benci Twilight ni memiliki keyakinan diri yang rendah, kerana berasa terlalu murung apabila membuat perbandingan antara diri mereka dengan pelakon-pelakon Twilight.

Zombie eahh eahh

Zombie eahh eahh adalah lagu popular 90an dendangan kumpulan Cranberries. Lagu ini memang meletup-letup pada zaman sekolah rendah aku sampaikan masa peperiksaan subjek muzik, orang semua main rekorder lagu Mary Had A Little Lamb, ada sorang kawan aku ni nama dia Mazri Ernie dia pergi naik syeh nyanyi lagu Zombie. Kisah benar. Antara bait-bait lagu tersebut yang kontroversi adalah;

"What in your haid, in your haid? Daaarah. Daaaarah ahh ahh oohh ohh eyeyaaa ooo oooo.

Kehadiran Zombie Cranberries ini hanyalah untuk menambah elemen komedi di dalam entri ini.


Zombie rasional

Zombie rasional adalah zombie yang masih ada SEDIKIT sifat kemanusiaan di dalam diri. Orang utagha kata ada akai la. Rasional pun kalau dapat hidu ketiak kau dari jauh memang dikejar juga. Did I say ketiak? I mean otak. Contoh zombie yang masih mengekalkan sifat kemanusiaan adalah zombie dalam I Am Legend lakonan Will.I.Am. Ok Will Smith, saja nak tengok kalian baca betul-betul ataupun main skip-skip je entri ni.

Zombie dalam I Am Legend mampu berkomunikasi antara satu dengan lain, di samping merancang taktik-taktik menjerat asas serta menyelesaikan masalah matematik mudah. Kalau anda tengok alternate ending I Am Legend ni, kau boleh lihat bagaimana ketua Zombie masih mengekalkan emosi di dalam diri, dan mampu memaafkan kesalahan orang lain. Tapi kalau nak zombie yang habis rasional siap boleh buat lawak lagi, boleh tengok dalam filem supernatural paling bangang yang aku tengok di pawagam, Dylan Dog lakonan Brandon Routh. Kurt Angle ahli gusti Olimpik pun ada dalam cerita tu.

Begitu antara jenis-jenis zombie yang terdapat di dunia ini. Di sini saya ingin memberi beberapa survival tips untuk anda terus hidup jika berlaku zombie apocalypse:

1) Orang kata tak elok main kepala, tapi jika berhadapan dengan zombie, anda wajib aim kepala mereka. Tak kiralah nak tembak dengan pistol ke, nak ketuk dengan perengkoh paip ke, benda asas yang kau kena tahu adalah zombie hanya akan betul-betul mati setelah kita ketuk kepala mereka dengan ganas.

2) Zombie mudah tertarik kepada bunyi. Kalau kau mampu bergerak umpama ninja, tiada masalah. Tapi biasalah dalam filem seram / ganas, time kau sedang menyorok daripada penjahat (zombie, contohnya), time tu lah nak terpijak ranting kering, time tulah nak terbersin, time tu lah makwe kau nak bagi missed call tanda rindu. So, be swift and silent. Mereka mudah ditipu sebenarnya. Boleh sapu cebisan mayat kat badan (Walking Dead), ataupun pasang mekap tebal Mona Fandey (Bill Murray, Zombieland), dan mereka akan anggap anda sebagai salah seorang daripada mereka.

3) They are already dead! Percayalah, saya faham perasaan melihat orang tersayang digigit zombie. Namun begitu, kadar jangkitan virus zombie ni adalah 100%. Masa mereka dah bertukar, kita mungkin rasa mereka masih ada jiwa, pelbagai kata-kata perangsang gaya Grey's Anatomy kita quotekan untuk membuat mereka sedar kembali. Namun itu semua hanyalah harapan palsu yang kita reka sendiri. Buang emosi anda jauh-jauh, dan tamatkan saja riwayat mereka jika anda benar-benar sayangkan mereka. Unless anda dapat jumpa penawar yang Will Smith buat.

Ok saya beri 3 tips dululah. Adakah anda seorang peminat / pembenci zombie? Jika anda ada lebih banyak characteristic seorang zombie ataupun kaedah-kaedah survival apabila berhadapan dengan zombie, ayuh kongsikan bersama. Zombie Kampung Pisang tak kira.



6 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

zombie kan dari manusia...

anonymous said...

klau btul2 wujud zombie kt dunia, alamat kiamat la hahahahahaha

Faizal Rosly said...

Rapunzeel: ok..........

anonymous: kiamat itu rahsia #Yizlumik

aslina majid said...

Plants vs zombies??? Errr...

Feveret tu!

Azizul Ambaran said...

http://akhwatmuslimahindonesia.blogspot.in/2015/06/tahukah-anda-ternyata-zombie-adalah.html?m=1

Baca ni..wallahualam..

Firdaus Daus said...

Aku minat zombi, kalau boleh aku nak jadi zombi ada perasaan dan belum mati ,pastu aku kacau semua orang Dan bila aku ditembak tiada kesan,kan best kalau macam tu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...