Wednesday, July 10, 2013

Aplikasi Khas Sempena Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ma is muka? Ismi Mohamad Faizal. La tahzan, La isla Bonita. Sekadar menunjukkan sedikit skil berbahasa Arab saya untuk buat kalian kagum sempena bermulanya bulan puasa ni. So pagi tadi sahur apa? Malam tadi terawih ke tak? Kejap lagi nak berbuka apa? Semua soalan mesti dijawab. Bagi mereka yang rapuh Imannya, kehadiran Ramadhan mungkin tidak disambut dengan begitu ceria. Menjelang pukul 4 petang je, dah mula rasa lemah seluruh badan, dan terbayang-bayang diri berendam di dalam kolam air soya yang sejuk. Setiap 5 minit, mata asyik tengok jam je sambil merengek, "Aduhhh bila nak berbuka nihhh".

Alah normallah tu. Dalam hal begini selalunya saya akan memberi nasihat berbentuk nasyid yang tipikal iaitu "Bersabarlah sayang saat indah kan menjelma jua", tetapi kali ini saya ingin menawarkan sesuatu yang lebih baik. Sementara menanti waktu berbuka puasa, ada beberapa aplikasi yang baru dirilis di telefon pintar sempena bulan Ramadhan ini yang boleh anda guna untuk mengalihkan perhatian anda daripada kelaparan. Of course alternatif yang lebih baik adalah dengan melakukan amal ibadat, tetapi buat orang yang tidak begitu rajin seperti anda, berikut adalah 3 aplikasi yang paling hangat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Tamar Crush

Kita semua tahu tentang permainan kasual paling hangat di pasaran dan paling lazim dimainkan tanpa mengira batasan umur mahupun status sosial. Tak kiralah anda ni seorang suri rumah, pelajar ataupun petani moden, kita semua pernah bermain permainan Candy Crush. Saban hari kita dapat melihat notifikasi berkaitan Candy Crush di Facebook walaupun kita sebenarnya tak main pun, di mana ramai orang meminta bantuan nyawa dan tiket percuma. Sempena bulan Ramadhan ini, satu permainan 'spin-off' telah dikeluarkan agar feel Ramadhan itu dapat dirasai. Memperkenalkan, Tamar Crush.


Tamar Crush ini menggunakan konsep free to play seperti Candy Crush juga, dan ada microtransaction di mana anda boleh gunakan wang sebenar untuk melajukan progress jika anda tiada kesabaran. Cuma bezanya, sempena bulan Ramadhan ini, segala wang yang anda laburkan akan disalurkan ke rumah anak-anak Rais Yatim di Bangi. Saja je letak Rais tu nak tengok kalian perasan ke tak. Gameplay dia sebijik macam Candy Crush, cuma gula-gula tu digantikan dengan jenis-jenis kurma keluaran Yusuf Taiyoob seperti Ajwa, Ajmal, Safina, Safia dan Wasim. Tapi dalam sesetengah kes mungkin permainan ini akan menyebabkan puasa anda menjadi sia-sia sekadar dapat lapar dan dahaga setelah anda tak berjaya lepas sesuatu level tu, dan carut-marut menyusul kemudian.

2) Mosque Run 2

Dengar saja tajuknya anda pasti sudah dapat agak Mosque Run diinspirasikan oleh Temple Run. Cara nak main dia sama jugak macam Temple Run, cuma latar belakang ceritanya sedikit berbeza. Jika dalam Temple Run anda melarikan diri daripada monyet syaiton setelah mencuri berhala di dalam kuil, dalam Mosque Run pula anda melarikan diri daripada Imam Masjid setelah mencuri tabung derma masjid. Astaghfirullahalazim apa nak jadi ni curi duit dari masjid.

3) Iftargram

Iftargram adalah aplikasi sosial yang berfungsi untuk mempamerkan gambar-gambar yang diambil ketika berbuka puasa ataupun bahasa modennya Iftar. Jika dulu-dulu kita baca Bismillah sebelum makan, trend terkini adalah dengan mengambil gambar terlebih dahulu barulah makanan disumbat ke dalam mulut. Walaupun ada kajian mengarut mengatakan barangsiapa yang mengambil gambar makanan adalah tanda-tanda orang itu sakit mental, tapi kita peduli apa. Apa yang akan kita masukkan di mulut dan bakal dikeluarkan di punggung mesti dikongsi bersama di laman sosial. Memanglah kau dah ada Instagram untuk ambil gambar makanan ni, tapi kau kena support la sikit usaha Hijabsters kita yang membangunkan apps Iftargram ni sempena bulan Romadhon. Tak pasti pula jika apps ini boleh digunakan untuk mengambil gambar ketika sahur.

Begitulah 3 applikasi popular yang sedang trending ketika ini. Sudahkah anda memuat turun aplikasi tersebut? Ataupun anda ada contoh aplikasi lain sempena Ramadhan ini? Oh aplikasi-aplikasi ini hanya anda untuk Windows Phone sahaja jadi jika anda pengguna iOS mahupun Android, di masa bulan Ramadhan inilah anda boleh berhijrah kepada sesuatu yang lebih mulia. Selamat berpuasa semua!



3 comments:

Rapunzeel Cikilolo said...

huhuhu

memang kreatif...

Anonymous said...

New application: PuasApp (WhatsApp) a new chatting app tp x dibenarkan mencarut masa chatting.

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.1151
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
http://honeyoyeke.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...