Friday, July 5, 2013

Tanda-Tanda Anda Ketagihan "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!"

Pada satu malam yang hening, aku sedang menelaah hukum-hukum tajwid yang sudah semakin dilupakan secara online. Jangan kagum dahulu kerana saya menipu saja. Sebenarnya aku asyik menelaah tweet-tweet yang mostly tidak berilmiah tetapi melalaikan di Twitter. Tiba-tiba mata aku tertumpu di ruangan 'Trending Topic' Malaysia, di mana hashtag #SSID mendapat tempat pertama. Aku terus mencarut di dalam hati "Apa neraka #SSID ni?" Sebagai graduan IT, SSID bermaksud Service Set Identifier. Tapi SSID tu mungkin juga kumpulan K-pop macam SNSD. Dengan perasaan ingin tahu, aku pun klik la hashtag tersebut, kemudian barulah aku tahu, SSID tu bermaksud Sebenarnya Saya Isteri Dia.


Lepastu aku perasan, eh ni macam salah satu daripada ratusan novel cinta milik mama aku. Zaman sekarang kan memang trend novel popular diadaptasikan menjadi siri televisyen seperti Nora Elena serta Adam & Hawa. DEMIII CINTAAAAAA. Setelah membuat pemerhatian lanjut, aku dapat lihat keobsesan masyarakat terhadap siri ini tak kiralah sama ada anda suri rumah, pekerja kerajaan, mahupun penganggur tetap yang sibuk berbincang tentang siri tersebut di alam maya mahupun di alam fana. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui adakah anda juga ketagihan SSID.

1) SSID ditayangkan di slot Zehra pada pukul 9 setiap hari Jumaat. Sebagaimana yang kita tahu hari Jumaat adalah hari yang paling sesak di jalanraya ketika waktu pulang dari kerja. Mana boleh biarkan kesesakan lalulintas menghalang kita daripada termiss lagu intro SSID. So pukul 5.59 petang anda dah tunggu depan pintu tangan menggigil-gigil nak tag out tepat pada masanya. Segala ajakan rakan untuk lepak minum ditolak mentah-mentah, apatah lagi desakan bos yang menyuruh anda buat OT.

2) SSID merupakan adaptasi daripada novel popular dengan tajuk yang sama. Sebagai seorang yang hipster, anda sudah pastilah membuat kenyataan, "Eleh aku dah lama dah baca novel dia sebelum jadi popular....". Sambil menonton siri tersebut, anda akan melakukan perbandingan secara literal untuk memastikan adakah siri tersebut betul-betul ikut macam dalam novel ataupun digarap sesuka hati oleh pengarah. Lepastu mulalah anda terjengkel kata, "Eh kat novel ada describe Firash mandi dalam bath tub sambil gosok-gosok dada apasal kat TV3 tak tunjuk!" (sekadar contoh). Yang jenis benci membaca pun tiba-tiba semangat nak beli novel agar dapat mengetahui kesudahan cerita.

3) Jika anda sedang menonton SSID, anda bukan sekadar menumpukan sepenuh perhatian dengan menonton di televisyen semata-mata, anda wajib multitask. Kat sebelah, ada terbuka laptop, untuk menulis status-status di Facebook seperti "OMGGGG FIRASHHH APASAL KAU HENSEM SANGAT NI FIRASHHHH" ataupun "KENAPA PAKWE AKU TAK SWEET MACAM FIRASH??" ataupun "CIKAI MAK LAMPIR KAU RANIAAAA!!!" . Tangan sebelah pula pegang telefon pintar untuk check hashtag #SSID di Twitter. Yang ada Instagram, since Instagram dah boleh buat video 15 saat, dia pun rakamlah seluruh episod SSID malam tu guna Instagram. So malam tu saja adalah dalam 240 video Instagram episod SSID yang dimuatnaik.

4) Masih lagi dengan bab laman sosial. Sebagai seorang peminat SSID, anda dari episod 2 dah tukar gambar profail Facebook kepada Tiz Zaqyah walaupun anda ni seorang jantan. Lepastu nama elok-elok mak kau dah bagi Khairul Afandi nak jugak letak jadi Izzue Afandi. Nasib baik tukar yang pangkal kalau tukar last name kan dah terbatal Iman. Izzue Kristian contohnya. Bagi yang konon-konon nak rebel dan bitchy, pakai gambar watak jahat Uqasha Senrose. Adalah seorang dua makcik guna gambar Wilma. Laman rasmi SSID di Fesbuk pun anda dah like (https://www.facebook.com/Drama.SSiD) untuk hari-hari bermusyawarah bersama peminat fanatik lain. T-shirt limited edition SSID "I Keep Hitting Delete but UR Still Here" dan "You Take My Breast Away" (sengaja typo) pun anda ada. Fuhhh.

5) Oleh kerana anda terlalu menghayati siri tersebut, secara tak langsung anda pun cuba terikut-ikut dengan apa yang berlaku di dalam dunia SSID. Well mungkin tak sama 100%, tetapi anda pandai memanipulasi scene-scene dalam siri tersebut. Contohnya, taktik paling mudah untuk membuat teman lelaki ataupun crush anda kahwin dengan anda walaupun secara paksa adalah dengan memerangkap beliau dengan meletakkan dadah di dalam minuman kemudian khayal lalu tiba-tiba dah tidur sekatil dan akhirnya kahwin paksa. Aih semua novel pun nak guna taktik ni. Tapi ada juga yang mengambil iktibar cerita tersebut dengan memakai tudung Fareeda macam Syafa Aqira. Eh.

6) Di saat ini, hanya ada satu saja lagu yang bermain di dalam hidup anda, iaitu lagu tema SSID yang bertajuk 'Kita' nyanyian kumpulan anak didik KRU, Forteen. Siang malam pagi petang tak kira apa jua acara menyanyi lagu tu. Time makan nyanyi lagu tu, time berak pun nyanyi lagu tu kerana jika dinyanyikan dalam pitch yang betul, ternyata dapat membantu proses penyahtinjaan. Kalau orang call anda, mereka akan dapat dengar nada dering "Manakah kitaaaa jika kau dan aku tidak sekata sepi walaupun bila bersamaaaa".

7) Salah satu cabaran selepas berkahwin di zaman moden ni, adalah untuk memberi nama anak-anak yang fancy. Tak mainlah nama-nama 'old school' seperti Ali, Abu mahupun Ahmad. Since sudah menjadi trend untuk menamakan anak berdasarkan nama watak popular dalam siri televisyen, nama yang sedang mencanak-canak naik sudah pastilah Firash Arshad (nama manja, Chad). Kalau anak perempuan, dulu Nora Elena dengan Ain Hawani yang popular, sekarang ni nama Syafa Aqira. Dengar khabar Akira Toriyama pelukis manga Dragonball baca jugak novel SSID ni sebab nama lebih kurang.

8) Anda kini asalkan ada kesempatan, mesti nak gunakan catchphrase "Sebenarnya.....saya isteri dia" secara suka-suka, ataupun sebagai mekanisme defensif tatkala anda rasa cemburu terhadap suami. Contohnya kalau nampak suami tengah berbual-bual dengan makcik Pasar Mini Kayatri, anda tiba-tiba je mencelah, "Sebenarnya....saya isteri dia". Lepastu kalau tengah duduk sebelah suami ketika memandu, time bayar tol pekerja tol gadis tu cakap terima kasih sekalipun, anda kuatkan suara, "Sebenarnya.... saya isteri dia!" Hoccay.

9) Jika anda membaca entri ini selepas tamatnya siri tersebut pada hari Jumaat, anda rasa hidup anda kosong, bagaikan kehilangan sesuatu di dalam diri. Rasa macam tak mahu teruskan kehidupan, mahu terus berada di bawah rangkulan hangat Firash...ohhh Firash peluklah daku di dalam dadamu. Dan jika anda rasa terjengkel dengan fakta-fakta yang ditulis di atas, ternyatalah anda merupakan seorang yang obese eh obses dengan siri tersebut. Mana boleh mempermainkan Izzue Islam hoccay.

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Sebenarnya Saya Isteri Dia? Harus dinyatakan di sini yang saya tak pernah menonton satu episod pun siri tersebut, apa yang ditulis adalah berdasarkan kajian umum terhadap masyarakat. Manakah kitaaaa jika kau dan aku tidak sekata sepi walaupun bila bersamaaaaaa.....



8 comments:

enasong said...

aku tunggu wehhh final SSID mlm nie :D

aslina majid said...

Haha. Aku layan citer ni episod last sambil main candy crush. Tau2 je citer dah abes. Haha. Macam biasa, kalo namanya drama bersiri, confirm aku tgk start, tengah dlm 2-3 episod, pastu ending.

ainie syeema said...

tak pernah tengok walau satu episod. hehe

Anonymous said...

Siapa x tgk rugi!

Irfa said...

x tgk..so x tahu apa yg bestnya

Anonymous said...

Citer ssid best sgt2.
X puas2 n jemu tgk wlaupn dh brulang-ulang kali tgk
Paling best tgk bla firash cemburu kt syaf
So sweettt...romantik sgt2...
Tp....sedey ssid dh tamat...

arLene said...

sory lambat komen.baru follow sini n baru nak baca entry2 lama.SSID dalam list nak tengok kat tonton sebab tertinggal ketapi.tapi sampai sekarang takde masa lagi.busy ngan apa pun aku taktaula.

part yang bagi nama anak tuh adalaa sama sebab masa aku obses dengan citer ArianaMikhail aku dah ada anak pompuan nama ariana n tengah mengandung. bila dapat tau baby boy, maka meloncatlah aku sebab dapat bagi nama ikut drama feveret. hahaha.

Anonymous said...

Sekarang penghujung tahun 2016, full episode SSID baru ditayangkan dalam iflix.. Yup.. Baru ku tahu cerita ini meletop dulu & bila menonton, baru aku tahu kenapa ia meletop.. Moral of the story.. Suami kena layan isteri seistimewa yang mungkin..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...