Monday, September 2, 2013

Parti Liar Aidilfitri 2013

Hai Selamat Hari Raya yang ke-26. Setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan menahan lapar dahaga serta menahan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kita kena penalti puasa 2 bulan berturut-turut, akhirnya tiba bulan Syawal. Untuk menyambut kemenangan di bulan Ramadhan, bulan Syawal kenalah berparti bukan? Ok macam salah konsep di situ. Apapun satu parti liar yang bebas daripada alkohol dan penzinaan tetapi masih lagi happening telah diadakan pada hari Sabtu yang lalu. Di sini saya menjanjikan gambar-gambar jejaka hangat berbaju Melayu dan gadis-gadis berkebaya terbelah sehingga ke peha. Ok sedikit ezajerit di situ. Adakah anda sudah bersedia untuk berparti liar? Ayuh teruskan membaca.

Ok konsep entri ini adalah, gambar lepastu caption berunsurkan fitnah. Parti liar bermula pada pukul 12 tengahari tetapi tetamu yang pertama hanya tiba pada pukul 1.


Rakan Uniten aku Tengku Amir Afendi bin Tengku Mohd Apandi dan isteri beliau Mohd Nazmin dan anak beliau Isla hadir dengan kereta yang lain daripada kereta tahun lepas. Perut dia pun lain daripada tahun lepas sebab last year dia hanya ada 4 pack kali ini dia berjaya melengkapkan 6 packnya hasil daripada usaha keras hari-hari mengangkat berat di gym. Yelah tu padahal guna bengkung 6 pack yang orang selalu jual kat Facebook. Kereta lain, perut lain tapi Alhamdullillah isteri masih sama.


Tetamu kedua yang dating adalah ahli Team Bangi iaitu Amir Rashidi bin Aziz dan isteri Nurhamizah binti Rahim dan anak-anak mereka Akif dan Auni. Aku memuji kehadiran mereka kerana berpakaian mengikut tema riang-ria hari raya. Aku juga memuji Akif kerana berjaya menahan diri daripada naik syeh hi hi hi.


Ini pun rakan Uniten juga nama dia Liana dan suami dia nama Shah. Tapi aku kenal dia masa kami praktikal di Idwal Systems Sdn Bhd. Liana mula-mula macam nak suka kat aku, tapi aku cepat-cepat Friendzoned kan dia sebab aku minat budak praktikal lain, nama dia Datillah. Orang kata kalau betul cinta, kenalah buat orang yang dia cinta tu happy kan. So Liana pun tolonglah aku mengurat budak Datillah tu sampai kahwin dan dapat anak satu. Tanpa Liana aku mungkin masih lagi single dan ada kemungkinan jadi homoseksual.


Ini pula adalah kawan sekolah aku Amirah Alia binti Jalil. Orang panggil dia BC. Aku sampai sekarang tak tahu apa maksud BC tu mungkin Beautiful Cantik mungkin juga Big Cat astaghfirullahalazim tak baiklah Faizal. Suami dia Alie minat Manchester United YANG TEWAS SATU KOSONG DENGAN LIVERPOOL SEMALAM KAH KAH KAH. Satu-satunya rakan gadis Bangi yang tidak pernah miss parti liar aku. Rasanya lah.


Nama jejaka ni Syafiq. Dia masih single, available dan Insyallah masih teruna. Teruna terhadap gadislah, tak mungkin teruna terhadap tangan kiri. Tahniah kerana HADIR berbaju Melayu tak seperti rakan Datacom lain yang kata nak hadir tapi tak hadir lalu merobek hati ini..... :(


Team Bangiiiiiiii. Well at least half of it. Adam dan Shikin kali pertama meyertai Parti Liar Aidilfitri ini setelah bertahun-tahun beraya di Negara penjajah. Shuhud pula walaupun sekarang ni sedang sibuk belajar di London, dia balik Bangi lebih kerap daripada Adam yang lagi lama duduk sana. Dasar jantan tak boleh berpisah dari ketiak mama. Tah tah masih menyusu badan. Khairul Afandi dating secara solo bini tengah outstation konon-konon dapat menggatal tetapi malangnya wajah tak mengizinkan.


OH EM JI ITU IJAICOOL.BLOGSPOT.COM!! Walaupun dah berkawan lama dan selalu jumpa namun begitu Nurul Iza Pink Stilettos masih lagi tidak dapat menyembunyikan keterujaannya. Suami dia lagilah, dalam wallet dia pun ada simpan gambar aku. Anak-anak mereka pula kini menganggap akulah pakcik yang paling kool rileks je nyanyi lagu My Little Pony bersama-sama dengan pitching dan betul. Hehe.


Ahh Tengku Eleanor Ezura binti Tengku Nasrudin, BFF aku di Uniten. Sejak kewujudan siri parti liar ni, dia tak pernah miss satu pun. Dari zaman dia bersama jejaka lain (oops boleh ke tulis camni), sehinggalah ke jejaka sekarang Amad Nabil, sehinggalah dia berkahwin, sehinggalah DIA MENGANDUNG WOOO WOOOOO, dia pasti akan meluangkan masanya untuk aku. Sungguh aku terharu. Ohhh Ezu I lap you with my mop.


Ini pula Abu Zar dan dan dan dan tunang beliau. Ada gadis yang kecewa tak? Ok gadis mungkin tiada tapi wajah seperti Abu memang menjadi objek fantasi jejaka-jejaka songsang di luar sana. Tahniah Abu (dan Hanis, mana gambar??) kerana berjaya menghadirkan diri mewakili rakan-rakan jejaka Uniten lain yang tak sayangkan diri ini.... :(


Nama jejaka ni Saiful. Dia ni pesen tukaq nomboq telefon lepastu tak habaq kat orang. So masa aku call dia aku pun terus jerit YO BITCHHHHH dan beberapa kata-kata kesat lain sebelum ditenangkan oleh orang di hujung talian yang aku sebenarnya dah salah orang. Tahniah kerana hadir berbaju Melayu tak macam Dolah yang tak datang tu.


Fuhh gambar 1Malaysia ni. Jabez Jeyaraj tanpa disangka-sangka membuat kemunculan sulung dalam siri parti liar ni, setelah tahun-tahun lepas dia janji nak dating lepastu hantar mesej cakap tayar pancit dengan gambar tayar bocor yang digoogle image sebagai bukti. Gabriel pun macam biasa tidak pernah mengecewakan so gadis-gadis jika meminati jejaka Cina bolehlah mencari Gabriel yang sweet dan mungkin gagah di ranjang orangnya.


Ahmad Izwan Mustapakamal membuat kemunculan sulung di siri parti ini. Izwan ni rakan aku kat Matrikulasi. Kepakaran dia adalah menggunting rambut secara percuma so ramailah orang cari dia masa nak potong rambut atas dan rambut bawah. Dia berasal dari Negeri Sembilan, walaupun bukan dari Rembau, aku tetap menyanyi lagi Rembau Most Wanted dan duit den bertingkek-tingkek bila jumpa dia.


Shazira Zakaria akhirnya kembali ke persada parti liar ini. Dia merupakan tetamu terakhir untuk hari tersebut. Tahukah anda suami dia ahli kumpulan Mirwana dan kadang-kadang menyanyi lagu Nirvana? Anak dia Tihani comel!

Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan ratusan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir ke parti liar hari raya saya ini. Kita semua dah dewasa dah berkeluarga ada komitmen masing-masing; kalau tak buat parti liar bila lagilah kita dapat berjumpa dan bermesra bukan? Segala yang sedap itu datangnya daripada saya dan jika ada yang cirit-birit lepastu itu semua salah caterer. Oh maaf ada gambar di kamera isteri tak sempat nak post dan yang lain-lain akan dimuat naik ke fesbuk. Semoga persahabatan kita tidak akan luput....well unless kalian bagi mereka yang tak hadir, seperti biasa persahabatan kita luput sampai raya haji dan nama anda akan disenaraihitamkan.



3 comments:

Apostolos Velios said...

takde kain samping yang lebih tinggi lagi sampai ke dada ke jai ??

Cik Kiah said...

mmg parti liar ni.. tangkap gambo pelok2.. hahahahaha

atikNAOshi said...

jai makin bam bam skg ni.hahahahaha!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...