Friday, September 6, 2013

Setiap Masalah Ada Penyelesaiannya

Hai selamat hari raya yang ke-30. Ya harini merupakan hari raya yang terakhir, esok kalau orang kata dia buat open house hari raya, itu tandanya dia menipu so kalian jangan datang. Eh. So bagaimana kehidupan ada kini? Gembira? Ke sedih? Apa? Baru ditinggalkan gadis? Kencing tak lawas? Gagal dalam pelajaran? Laptop keluar blue screen? Bengang dengan kenaikan harga minyak? Terkena buatan orang? Lutut bernanah? Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan, melainkan kalau masalah itu masalah matematik dan anda tak study untuk menghadapi peperiksaan.

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif membangunkan satu servis, di mana kalian boleh mengadu segala masalah, aduan, cadangan umum melalui telefon, emel mahupun media sosial, 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ok fine sebahagian masalah-masalah yang kalian sebutkan di atastu sebenarnya hanya boleh diselesaikan di Darussyifa Haron Din so kalian janganlah membazirkan masa dan tenaga dengan masalah yang tiada kaitan. Jika kalian secara aktif menonton televisyen mahupun mendengar radio baru-baru ini, mungkin kalian sudah tahu tentang servis yang ingin saya kenalkan ini. Ayuh teruskan membaca.



So bagaimana, kalian berjaya tengok sampai habis tak tanpa sebarang carutan mahupun tumbukan ke skrin komputer? Silalah berikan pandangan anda terhadap iklan di atas. Alah mula-mula je mungkin kalian rasa benci, tapi lama-lama rasa lagu tu catchy dan kau rasa nak menyanyi hari-hari. Ingat, di saat-saat anda kesedihan, kepiluan dan keresahan.....


HEY! HEY!



7 comments:

NeemoNeemo™ said...

*Menarik nafas panjang.


Nak solat taubat.

TecerWidad said...

Trolling Malaysian Gags boleh buat semua model pelakon penyanyi penerbit choreographer dalam video muzik nih bunuh diri. Hehehe

TecerWidad said...

Trolling Malaysian Gags boleh buat semua model pelakon penyanyi penerbit choreographer dalam video muzik nih bunuh diri. Hehehe

lekorangin said...

mujur takde orang yang dikenali untuk dimaki

Amanina Mads said...

sabo jelah.. ngeh2

melyssa_nadiea said...

geram je tgk iklan tu..rasa mcm nak sepak2 je TV..

sekian terima kasih

sapik mon said...

minit 1.00 ..org laki tue malu tutup muke ngan papan nombor tue hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...