Monday, November 25, 2013

Faktor-Faktor Kepopularitian Novel Cinta Melayu di Kalangan Masyarakat

Hai apa khabar pembaca? Adakah anda merupakan seorang yang suka memerhatikan keadaan sekeliling? Contohnya, jika anda pergi kerja menaiki komuter, adakah anda akan pandang kiri kanan usha makwe ataupun pakwe mencuci mata sambil menghidu aroma ketiak mereka? Jika jawapan anda ya, berapakah kebarangkalian anda akan melihat gadis-gadis sedang membaca novel cinta Melayu? Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh majalah Mangga, 7 daripada 10 orang gadis mengaku gemar membaca novel cinta Melayu. Yang lagi 3 orang tu pengkid dia marah bila kita panggil dia gadis so tak kira. Sana-sini, kita boleh melihat lambakan novel-novel cinta yang muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan (ayat karangan PMR).


Aku mula menyedari scene novel cinta Melayu ni semasa orang sedang hangat memperkatakan tentang siri Nora Elena. Lepas aku senyap-senyap tengok siri TV dia masa tiada orang di sekeliling, aku dapat tahu siri itu diadaptasi daripada novel dengan tajuk 'Kasih Yang Suci' yang dikatakan menjuarai carta top 40 Novel Cinta Melayu bersama Fafa Fauzina. Selepas itu BOOM! berlakulah 'Raihan Effect'. Efek Raihan ni macam kumpulan nasyid Raihan dululah, dia jadi trendsetter sekaligus menaikkan kepopularitian novel cinta di kalangan masyarakat norma. Sebelum tu novel cinta Melayu mungkin popular di kalangan peminat tegar saja, tetapi dengan adanya kemajuan teknologi maklumat khususnya laman sosial, kini kita dapat lihat peminat-peminat fanatik novel cinta Melayu bertukar-tukar pendapat serta mengagung-agungkan siri kegemaran mereka. Bagi individu di luar kelompok ini, seperti anda dan saya misalnya, mungkin tidak akan dapat memahami mengapa mereka boleh ada nafsu nak baca novel yang bertajuk "Playboy Itu Suami Aku" (sekadar contoh), tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengkaji mengapa fenomena ini terjadi. Ayuh teruskan membaca.

1) Memenuhi fantasi percintaan

Sebagai seorang penulis, anda harus bijak bermain dengan kata-kata di samping bermain dengan emosi para pembaca. Bergantung kepada tema novel itu sendiri, target audience sesuatu novel itu mungkin para remaja, ataupun mungkin para isteri yang suami mereka sibuk bekerja dan sudah tidak romantik seperti sebelum kahwin dahulu. Novel cinta dapat memberi mereka harapan, memberi mereka gambaran tentang kemanisan percintaan yang ingin mereka kecapi. Mungkin dengan suami sendiri tak dapat nak rasa, tetapi dengan membaca novel cinta, mereka dapat penuhi fantasi mereka untuk dipeluk oleh Seth Tan daripada belakang, sambil rambut mereka ditolak di belakang telinga sebelum mendengar lafaz "Betapa ku cinta padamu katakanlah kau cinta padaku ooo uu ooo". Perkara ini sama saja jika dibuat perbandingan dengan novel Twilight di mana para remaja ingin leher mereka dipagut oleh Edward sebelum hidup selama-lamanya sambil lagu Christina Perri bermain di latar belakang.

Fantasi ni pulak bermacam-macam jenis. Lain novel, lain fantasinya, sebab itulah kena beli banyak-banyak novel. Ada yang fantasi mereka suka dilayan secara angkuh dan acuh tak acuh (Love You Mr. Arrogant), ada yang fantasi mereka nak boyfriend dia jadi pilot bersikap playboy sebelum berubah memakai ketayap dan bertemu cinta agung di Mekah (Adam dan Hawa) dan ada juga yang fantasi mereka mahu berpacaran dengan penulis blog Yang Penting Rupa walaupun dah tahu dia sudah berkahwin (Sebenarnya, Saya Minat Ijaicool). Atas dasar itulah novel-novel cinta semakin laris di parasan sekaligus memajukan scene novel cinta Melayu.

2) Pengaruh rakan sebaya

Setiap permulaan perkara baik mahupun perkara yang buruk, pasti ada pencetusnya bukan? Salah satu faktor utamanya adalah pengaruh rakan sebaya. Biar aku beri contoh. Kawan aku Khairul Afandi bin Kasim dulunya dia tak hisap rokok, tetapi setelah masuk matrikulasi dia duduk sebilik dengan arbok. Arbok tu pulak asyik layan video cakera padat zina lelaki dengan lelaki. Semakin hari Khairul Afandi semakin tergoda lalu dia pun mulalah menghisap rokok. Apa kaitannya pun aku tak tahu. Berbalik kepada tajuk asal, kalau kita nampak semua rakan sekerja kita asyik membaca novel cinta, takkan kita tak rasa tersisih bukan? Time lunch depa dok pi mai pi mai pasai novel hang sepatah haram pun tak faham. Untuk tidak mahu rasa terus tersisih, kau pun pinjamlah sebuah novel cinta daripada mereka. Walaupun rasa terpaksa, tetapi anda habiskan juga sebab anda nak menyertai perbincangan novel dalam group Fesbuk "Kami Peminat-Peminat Novel Cinta Melayu di Petronas Seksyen 4". Biasalah, macam dalam novel juga, mula-mula benci kat hero dalam novel lama-lama jatuh cinta juga. Mula-mula pinjam novel member, lepas dah ketagihan anda pula yang jadi supplier.

3) Berhadap agar novel diadaptasi kepada siri TV

Dua poin di atas dikupas dari pandangan pembaca. Bagaimana dengan penulis novel pula? Macam yang aku katakan tadi, setelah melihat salah satu novel meletup-letup dan diadaptasi kepada siri TV, semua orang pun berlumba-lumba nak tulis novel. Pengalaman menulis surat cinta pun boleh dijadikan inspirasi untuk menulis. Tajuk-tajuk novel seperti 'Jurutera Hati Saya', 'Mr. Sirap Bandung' dan 'Biarkan YM Terus Berbicara' mula membuat kemunculan di pasaran. Sumpah aku tak reka tajuk-tajuk novel tersebut. Jika ditanya penulis-penulis novel tersebut mengapa mereka menulis novel, mungkin mereka akan menjawab untuk kepuasan diri. Tetapi jauh di lubuk hati, mereka sebenarnya ingin watak dalam novel mereka dimainkan oleh Aaron Aziz dan Kartina Aziz di kaca TV. Meh aku bagi tips, kalau kau nak novel kau diadaptasi jadi siri TV, kau gunakan saja template ni; Kau kena kahwin paksa dengan seorang lelaki yang ehsol, mula-mula kau tak suka lama-lama jatuh cinta. Boleh kira berapa banyak novel yang guna stail kahwin paksa jatuh cinta ni. BOOM! malatopz noksss.

4) Mudah didapati, murah sekali!

Sekarang ni kau pergi mana-mana pun boleh jumpa novel cinta. Semua kedai buku ada tak kiralah yang popular macam MPH mahupun yang tak popular macam Kedai Buku Shuhada Zakaria. Sampaikan macha yang jual surat khabar kawasan rumah aku pun ada jual novel cinta harap misai je tebal. Apapun aku faham, sebab ada demand kan. Harga pun berapa lah sangat kalau susah kau boleh pinjam kawan kau punya lepastu pergi fotostet sendiri.

Ternyatalah apa yang ditaip di atas hanyalah berdasarkan pemerhatian yang ditokok tambah oleh aku sendiri. Akan tetapi, benarkah apa yang ditulis di atas? Jika anda merupakan seorang pembaca novel cinta Melayu yang tegar, adakah anda setuju dengan poin-poin di atas? Diharap anda boleh memberi pendapat anda tentang scene novel cinta ini. Eh gadis je ke jejaka takkan tak baca kot hikhik. Apapun baguslah fenomena ini kalau itu yang boleh memupuk minat untuk membaca. Cuma diharapkan agar gadis-gadis tidak set expectation yang apa yang berlaku di dalam novel tersebut akan berlaku di dalam percintaan sebenar. Realiti tidaklah seindah fantasi yang dikarang oleh Aisya Sofea mahupun Meen Zulaikha.



11 comments:

jana said...

Gambar novel tu,dari koleksi mama ke ijai,musykil juga sebab dari cara ijai tulis entry ni kan,macam ijai pun joint baca sama je :)
Tapi pada kak janalah baca novel boleh improvekan penulisan blog kak jana ha ha(boleh terima pakai ke ijai)

Rafhani said...

Tak mampu nak ulas sbb tak baca novel cinta.Xde masa,anak bersusun.Akak nak gelak ajer ngan point point di atas....mohon ijai tulis novel.Mesti meletop

aslina majid said...

Haha memang banyak kot tajuk novel tak masuk akal yg aku penah jumpa kat popular.

Kalo ko pegi deep sikit, dulu novel cintan-cintun dimonopoli oleh lelaki. Cthnye ahadiat akashah. Aku dulu peminat tegar novel dia kot. Sebab cerita dia remaja sangat. Skang ni novel cintan-cintun plus babak kawen paksa lama2 jatuh cinta ni dimonopoli oleh kaum pompuan plak. Mcm aisya sofea.

Apepun, sejak aku kecik, novel tamar jalis ah paling rare penah aku baca. Siap ngigau2.

Faizal Rosly said...

kak jana: alfitnatuassyadduminalqad!

rafhani: saya tulis novel nanti kategori 18 tahun ke atas je nanti :(

aslina: tamar jalis....novel percintaan syaitan tu

nisa surihani said...

dah macam karangan bahagian B, berikan pandangan anda tentang novel terkini dipasaran.. hihi..

Anonymous said...

patut kene ade satu lagi kategori.. "hello, Malay novel? Please lah..."

-saya tak baca novel Melayu-

Anonymous said...

Sy penggemar novel n crita melayu tetapi yg sy baca crita org2 high class , Buatlah novel jangan cerita org2 berduit melulu yg pake mobil mewah,baju berbranded,handbag mahal.bikin novel yg critanya kalangan rakyat menengah ke bawah,.

Anonymous said...

dapat anak pastu berlumba2 letak nama ikut dalam novel

Anonymous said...

Haha, jai ekau takde karang buku/novel ke? Eden takde baco cerita novel percintaan ni melayu, cerita fiksyen, thrillers terbitan fixi/lejenpress eden layan lah, kdg2 journal dari dubook pun syok juga.

Pape pun part ending mengenai "expectations" tu peratusan eden melihat memang ramai yang masih tak sedar akan dunia realiti, terbawa bawa cerita fantasi nya.

Anonymous said...

Drpd aku bc novel bodoh melayu tipikal pemikiran tahap longkang ada baiknya aku bc komik doraemon.

Anonymous said...

Aku layan sherlock holmes buat masa ni. Sebenarnya aku teringin gak nak buat novel cintan-cintun tapi yang taraf macam Jane Austen punya cerita. Barulah classy dan logik. Watak perempuan dan lelaki pun realistik. Tapi selalu buntu idea. Tapi lebih baik buntu idea dari copy paste watak lelaki kaya terlebih kacak ceo company juta-juta kena paksa kahwin dengan pompuan miskin sebab kena tangkap basah yang mati-mati tidak logik pastu benci entah macam mana boleh suka.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...