Wednesday, November 6, 2013

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Love You Mr. Arrogant

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda sekarang ini musim apa? Jika anda jawab musim tengkujuh, jawapan anda betul juga tapi itu bukanlah jawapan yang saya mahukan. Sekarang adalah musim membaca novel cinta Melayu. Cuba kau pergi mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular mahupun Czip Lee di Kajang, kau masuk je mesti kau nampak longgokan novel percintaan Melayu dengan judul-judul yang boleh membuat kau terbang di udara ataupun rasa ingin menghantukkan kepala ke bucu katil bergantung kepada minat anda terhadap novel tersebut. Ada novel yang meletup-letup di carta top 10 novel tempatan sehinggakan ada yang diadaptasikan menjadi siri televisyen seperti Adam dan Hawa dan Sebenarnya, Saya Isteri Dia!.


Hari ini, saya ingin mengulas tentang satu lagi siri televisyen yang diadaptasi daripada novel yang sedang popular dan menjadi buah kerandut eh buah mulut masyarakat Melayu kita. Sana sini orang membicarakan tentang 'Love You Mr. Arrogant' hasil penulisan Aliesha Kirana dengan penuh keobsesan, sehinggakan aku membuat keputusan untuk kembali dari persaraan dan menulis entri ini. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang obsess itu? Ayuh teruskan membaca.

1) Drama ini bermula pada pukul 7 malam, setiap hari Isnin hingga Khamis di slot Akasia TV3. Anda yang selama ini suka goyang kaki melengah-lengahkan kerja di pejabat, tiba-tiba bertukar menjadi seorang yang produktif. Kalau balik kerja pukul 6 petang, pukul 5 anda dah habis semua kerja. Pukul 5.45 anda dah beratur di pintu pejabat bersedia saja untuk tag out. Kalau ada rakan HR anda yang hensem / cantik ajak pergi minum pun anda tolak mentah-mentah, kerana anda tidak mahu terlepas walau seminit pun siri kegemaran anda itu. Anda memandu pulang bagaikan orang yang dah tak tahan nak terberak, cilok sana potong sini kena flash dengan AES apa kalian peduli, asalkan sempat tengok Mr Arrogant di rumah.

2) Jika anda merupakan seorang surirumah sepenuh masa, pukul 7 hingga 8 malam adalah 'me time' anda. Anak-anak dah diberi makan sehingga kenyang, lepastu suruh naik atas main komputer dan dilarang turun selagi lagu penutup Mr Arrogant tidak dimainkan. Sebarang permintaan suami untuk bermesra akan ditepis begitu saja. Beranilah kau nak cuba rampas remote, kena jelingan tajam sehingga luka nanti. Sebaik saja siri bermula, anda akan hanyut di dalam alam fantasi, dan sebarang gangguan realiti tidak akan anda sedari. Bunyi door bell ke ada ribut petir kat luar ke semua anda tak hiraukan.

3) Sekarang ni masuk waktu sembahyang memang awal. Tapi oleh sebab anda tak mahu ketinggalan satu scene pun, anda tangguhkan solat Maghrib anda. Bunyi Azan Ruffedge melaungkan azan Maghrib anda buat-buat tak dengar saja. Lepastu bila dah pukul 8, anda buat-buat terkejut dan menyesal "WHAT THE WHATTT DAH PUKUL 8 AKU TAK SOLAT MAGHRIB LAGI NI" lalu anda pun cepat-cepat solat dalam gear 5 sepantas Watson Nyambek. Itu pun kalau anda jenis yang masih ada keimanan di dalam diri la. Kalau jenis yang malas sembahyang kau jawab jela kat Mungkar Nakir nanti bila depa tanya kenapa tak sembahyang, kata saja tengah tengok Mr Arrogant.

4) Apabila anda menghayati sesuatu siri televisyen itu dengan mendalam, secara tidak langsung anda akan menyelami karekter siri tersebut dan mengaplikasikannya di dalam kehidupan sebenar. Jika anda seorang lelaki, anda mudah terpedaya dengan dakyah siri Mr. Arrogant di mana gadis-gadis akan 'turned on' jika dilayan secara dingin, angkuh dan acuh tak acuh, macam watak hero Zafriel layan bini dia Zaara. Di sini aku ingin menegaskan bahawa itu semua adalah dusta, kerana bila aku test berperangai angkuh kat bini aku, terus kena silent treatment. But then again maybe ada juga segelintir gadis yang suka sikap dingin sebegitu, cuma kena make sure lelaki tu ada paras rupa la. Kalau muka kena parang lepastu nak buat-buat angkuh mana ada gadis yang sudi.

5) Selain daripada menghayati perwatakan hero dan heroin, ada juga yang terikut-ikut dengan gaya fizikal watak-watak dalam siri Mr Arrogant. Ok sebenarnya mama aku merupakan salah seorang daripada peminat fanatik novel dan siri Mr Arrogant juga. So bila mama aku tiba-tiba mengeluarkan komen "Eh cantikla gaya tudung Zaara ni mama nak pakai macam ni la" aku hanya buat-buat tak dengar dan meneruskan berzikir. Bagi yang lebih advance, mereka cuba menggayakan imej cougar Norish Karman bagi memikat lelaki muda.

6) Impak daripada siri Mr Arrogant ini kita dapat lihat khususnya di laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kalau pukul 7 tu anda nampak status-status yang aneh dan dayus (jika lelaki yang buat) seperti "OH EM JIII SWEETTT GILA BARBIEEEE" ataupun "OHHH ZAFRIEL AKU INGIN LEMAS DALAM RANGKULANMUUU", itu tandanya mereka sedang tonton Mr Arrogant lettew. Di Twitter pula, masing-masing nak tukar nama jadi @MrArrogant. Tidak ketinggalan mereka yang membuat 'live tweet' menceritakan setiap babak yang berlaku di televisyen sebelum mengInstagram apa yang ditonton berserta dengan hashtag #LoveYouMrArrogant


7) Sambil menonton Mr Arrogant di televisyen, novel Mr Arrogant sentiasa melekat di tangan. Ini kerana anda ingin membuat perbandingan tentang siri tersebut dari sekecil-kecil maklumat seperti warna boxer yang dipakai oleh Zafriel hinggalah perbezaan plot novel dan siri TV. Segala perbezaan mahupun persamaan akan anda sematkan di dalam minda untuk dibincangkan secara serius dalam group Whatsapp 'MrArrogant' anda mahupun di forum-forum di Internet.

8) Di saat ini, hanya ada satu lagu yang bermain di minda anda, iaitu OST Love You Mr. Arrogant, Tetap Menantimu dendangan Nomad. Tukar nada dering telefon kepada Tetap Menantimu? Checked. Burn lagu Tetap Menantimu dalam CD untuk dengar dalam kereta? Done. Ternyanyi lagu Tetap Menantimu masa sembahyang? Terbuat sekali sekala. Paling afdal dengar lagu ni masa tengah tunggu komuter datangla. AKU DI SINI KAN SELALU MEEEENUNGGUUUU YANG SELALU ADA SETIAP WAKTUMUUUU


9) Macam biasa sudah menjadi satu trend untuk anda menamakan anak anda berdasarkan watak dalam siri televisyen yang popular. Dulu masa siri Friends popular, ramai ibu bapa yang menamakan anak mereka Rachel dan Chandler Bing walaupun tak kena langsung dengan adat ketimuran kita. Dengan populariti siri Mr. Arrogant ini, nama anak yang bakal trending untuk tahun 2013 adalah Zaara Amirah & Zafriel Irham. Alah biarla orang nak letak nama apa pun mama aku letak nama aku Faizal sebab dia minat kat Faizal Hussien dulu-dulu dan mengharapkan agar aku membesar jadi kacak macam Faizal Hussien. Alhamdulillah part kacak tu memang boleh nampak.

10) Jika anda membaca entri ini pada hari Jumaat, hidup anda terasa kosong. Rambut anda berkelemumur dan tidak terurus, anda berasa murung seolah-olah bagai baru putus cinta. Ini kerana siri Love You Mr. Arrogant ini akan tamat pada hari Khamis ini (esok 7/11/2013). Kamon janganlah sedih sangat nanti adalah siri baru yang diadaptasikan daripada novel untuk anda. Kalau rasa macam suicidal boleh hubungi 03-80008000 sedia membantu hey!

Maka berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Love You Mr. Arrogant? Ataupun anda kenal rakan-rakan anda yang bersikap sebegini? Ayuh tinggalkan komen anda tentang siri ini. AKU DI SINI KAN SELALU MEEEENUNGGUUUU YANG SELALU ADA SETIAP WAKTUMUUUU



16 comments:

nisa surihani said...

aku tgok kat tonton.com.my je.xsempat nak tgok kat tv,sebab nanti x sempat nak bersolat,berngaji,berzikir,bermakan,berminum dan lain3.hee.lame menyepi.mane pegi?

jana said...

Ijai,

apa khabar,dah nak bersawang dah blog ni,cerita Mr.Arrogant tu,masa emak dia kena stroke,over sangat lakonan si Norish tu memang tak boleh blah :)

arLene said...

pestaim masuk sini...baca sekali dah kelakar...nak followla...btw, aku tgk tapi tak obses..ada tengok, takde pun takpe..tonton kan adeeee...

Shahada Fauzi said...

tak tengok langsung pun..dah nak habes ke? best sangat ke cerita nya?

Shalia Ahmad Ibrahim said...

mujur lah iklan tv3 panjang. so, ambik la wudhu siap2, ready siap dgn telekong. gaya muslimah sejati tgk drama time maghrib. bila first iklan je, pergi semayang. ahaha..

Anonymous said...

nama rasydan hati waja pun sedap

Faizal Rosly said...

nisa surihani: pergi membawa diri....resah dibuai mimpi....

kak jana: bersawang sebab ikut tema Halloween

arLene: orang obsess memang tak mengaku dia obses hik hik

Shahada Fauzi: BEST GILA BARBIE

Shalia Ahmad Ibrahim: yeahhh semayang time iklan tapi bila terdengar bunyi lagu tema, terus semayang macam usain bolt

Mariana Mansur said...

klu kat sabah maghrib msk wktu jam 5.51 so tkda mslh . mank sempat mengaji, brzikir n smpt lg tunaikan solat isyak . plg pun trlepas 5 minit . best le kn kt sbh . hehe btw, sya mank peminat love u mr arrogant nvel pn ada tp xdala smpai obses . biasa2x je .

Syarifah Wafa said...

aku x ketagih pun..suke tgk tp biase2 je

Syarifah Wafa said...

aku x ketagih pun..suke tgk tp biase2 je

Amanina Mads said...

setiap episod kalau miss tgk kt tonton je.. maybe lepas ni fenomena Suami aku playboy pula. hehe

~Nor Arena~ said...

gila2 minat citer ni.. arggghhh kene sampuk pun ada... hehehehe :)

http://arenamuslimah.blogspot.com/2013/11/macam-mana-nak-edit.html

Anonymous said...

x der lar aku segiler tuu... minat2 jgk..klu x sempat tengok aku tengok kt tonton jer..

Anonymous said...

ada orang copy tweet abang dan bubuh dekat status facebook beliau.

zainatul abu bakar said...

lawak..lawak! hahaha. Tp memang peminat setia LYMA pn.LYMA drama adaptasi plg best setakat ni. Hehehe

zulafni said...

cerita nya bagus banget,ada season ke 2 nya gak?????ini cerita the best lah dari yang pernah ku lihat.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...