Saturday, December 28, 2013

OH EM JI, SUDAH SETAHUN??

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda hari ini hari apa? Bagi yang menjawab hari Sabtu, anda memang seorang genius yang sukar dicari. Tetapi bagaimana pula jika anda baca entri ini pada hari Isnin mesti ada jawab hari Isnin bukan? Jadi untuk mengelak sebarang kekeliruan, biar saja yang jawab sendiri. Hari ini adalah hari Sabtu, 28/12/2013. Setahun yang lalu, pada pukul 2.05 pagi di Hospital Annur Bangi, telah lahirlah seorang gadis yang telah mengubah kehidupan saya. Menggunakan ayat klise 'pejam celik pejam celik tup tup' dah setahun dah umur anak saya Aryana. OH EM JI DAH SETAHUN DAH CEPATNYAAA. Eh eh tengok tu masih ada lagi tu pembaca yang meroyan sebab tak dapat menerima hakikat yang saya sudah berkahwin, keterunaan saya telah diragut serta kini memiliki seorang anak gadis. Bersabarlah, saat indah kan menjelma untuk anda juga. Ayuh teruskan membaca.

Mula-mula ingat nak cerita pasal pengalaman aku beranak. Maksud aku, pengalaman bini aku beranak tapi rasa macam anak tu keluar dari vagina aku pula. Takpe itu kita buat satu entri khas lain. Antara soalan lazim yang aku terima selain daripada bila nak dapat anak nombor dua walaupun umur anak aku baru satu tahun adalah; bagaimana kehidupan sebagai seorang bapa? Secara jujurnya ketika di peringkat awal, tak banyak sangat pun yang berubah. Orang kata anak baru lahir kau akan jadi letih, tak cukup tidur seterusnya berasa tertekan sekaligus mengakibatkan serangan kelemumur di kepala. Isteri aku berazam untuk membekalkan susu asli yang belum menjadi keju secara langsung dari tubuh sehingga umur anak genap dua tahun, so kalau anak bangun malam-malam apa sangatlah yang aku boleh buat kan. That's why tidur aku sentiasa cukup sebab tangisan anak itu hanya boleh disenyapkan menggunakan sesuatu yang bukan milik tubuh aku sendiri. Hik hik hik. So untuk ibu Arya serta ibu-ibu di luar sana, saya respect dengan kekuatan dan ketabahan anda semua. Uols memang Supermom!

Tapi itu peringkat awal saja. Apabila masuk fasa anak kau dah pandai untuk berinteraksi sambil menunjukkan emosi, di sinilah cabaran bermula. Sekarang ni tak kira lewat mana pun aku tidur, alarm clock akan berbunyi pada pukul 6 pagi. Mungkin lebih awal. ATATATA TIHH TIHH TIHH BEWWW BEWWWW. Ok tu bahasa bayi kalau diterjemahkan dalam bahasa orang dewasa mungkin ini maksudnya: "AYAH KAU BANGUN SEKARANG MAIN CAK CEKUP UDANG GAMIT DENGAN AKU LEPASTU TUKAR PAMPERS AKU". Baguslah at least takdelah tinggal Subuh ye tak hik hik. Rutin setiap hari berbeza tetapi sementara tunggu ibu dia sediakan makanan dan pakaian untuk keluarga, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi seorang ayah yang fun. Yup, kena layan Arya main remote aircond, naik motosikal, baca buku elektronik, tunjuk ke arah kipas, buat jenaka fizikal, cabut fridge magnet nenek dia dan sekali sekala terpecahkan cawan Port Meirion tapi sempat kami hapuskan bukti. Sampailah dia letih terlena ataupun dia marah ayah dia kerana tidak memiliki payu dara.

Kehidupan sosial sudah pasti berubah juga. Dulu-dulu sebelum anak keluar, tiap-tiap minggu pergi tengok wayang. Siap boleh buat review filem kat blog lagi. Lepas Arya keluar, rasanya 2 kali je kot kami berjaya tengok wayang. Memang ketinggalan betul dengan scene perfileman tempatan mahupun antarabangsa. Oh tapi ini bukan kompelin. It's nice to spend time with your own family at home, walaupun kadang-kadang kau akan dibasahi kencing ketika baru nak pakaikan pampers. Satu benda yang tak berubah adalah tabiat shopping ibu dia. Dulu shopping kat Zara, la ni still shopping kat Zara lagi cuma Zara for Kids lah. Shopping di sini tidak bermaksud beliau mengeluarkan duit sendiri dan di sinilah saya harus memainkan peranan sebagai seorang ayah yang kool dan pemurah. Tiada lagi gajet dan konsol terkini, mahupun game-game terbaru di pasaran, sebaliknya kena tukar priority kepada barang-barang bayi di Mothercare. Apasal ada Mothercare tapi takde Fathercare.

Apa yang aku tulis ni hanyalah SEDIKIT saja daripada pengalaman menjadi seorang bapa. Nak tulis panjang lagi tapi keyboard dah nak habis bateri. Eleh kalau bukan sebab birthday anak kau memang terabai langsunglah blog ini bukan ujarku kepada diri sendiri. So Aryana binti Mohamad Faizal, walaupun Arya masih belum boleh membaca dan kalau Arya dah tahu membaca pun mungkin Arya malu nak baca blog ni; ayah ingin ucapkan selamat hari lahir, semoga membesar sebagai seorang juara yang solehah. Jangan melawan cakap ibu kalau lepas mandi nak pakai baju tu, cubalah kawal tahap amukan tu. Kalau kat sekolah, jangan ikut sangat perangai cikgu yang suka menguap tu. Akhir kata, we love you so much!



So ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari lahir untuk Arya sambil beri hadiah!



10 comments:

Aishah Aziz said...

rumah kat mana? nak culik Arya. comel gila!

Happy birthday Arya.

Rafhani said...

happy birthday Arya dan aunty bagi hadiah kasih syg yg tidak terhingga....hehehehhe

aslina majid said...

Comel nya arya... Confirm la ikut rupe mak dier yg cun kan? Hepi besday arya!!

Apostolos Velios said...

cis !! anak ijai berkongsi tarikh lahir dengan aku. bezanya tahun dilahirkan je

jana said...

Happy Birthday Aryana binti Mohd Faizal,semoga menjadi anak yang cerdik,juga kepada Ijai semoga menjadi daddy yang cool lah sangat :)

enasong said...

happy besday si comel arya!! semoga lebih sehat dan lebih comel! ijai ko mmg bapak yg cooll!!

Faizal Rosly said...

aishah: salam @PDRM ada ugutan culik di sini

Rafhani: mana aci

aslina: mak dia memang cun (harap bini baca)

apostolos: selamat hari jadi

kak jana: thanks. hadiah tak sampai lagi ni

enasong: thanks hadiah tak sampai lagi ni

halimah yusuf said...

Happy besday arya.jgn ikut perangai pak ang sudah

Comel sgt,sejuk mata memandang

kundi said...

aku stalker tegar blog ni. kita kawen sama tarikh bro. anak aku pulak tua lapan hari dari anak kau. hehe, renangan sperma aku mungkin sedikit pantas.

selamat hari lahir aryana!

Faizal Rosly said...

kakaka memang peminat fanatik kau ni kundi hari bersetubuh pun asal boleh nak bagi sama

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...