Tuesday, December 31, 2013

This Will Be The Last Post....

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Kalau korang perasan, dulu aku boleh kemaskini blog hampir setiap hari. Sekarang ni, nak update seminggu sekali pun susah. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Ni sejak dah kahwin, lepastu dah dapat anak, aku tak dapat lagi nak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap blog ini. Mungkin itu tandanya aku patut berhenti menulis? Maka, di sini aku ingin nyatakan yang ini mungkin merupakan entri terakhir aku untuk tahun ini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. Kalau semangat aku berjaya dipulihkan, aku mungkin akan kembali menulis pada tahun hadapan....

WOI WOI NI APAHAL SAMPAI NAK BERHIMPUN DI MALAM TAHUN BARU SEMATA-MATA NAK MEMBANTAH KEINGINAN AKU UNTUK BERSARA NI. DAHLA INTRO ENTRI NI AKU PLAGIAT DARI TAHUN-TAHUN LEPAS. Alah biasalah aku kan suka mencari perhatian dan memberikan perhatian kepada gadis hangat yang mendedahkan aurat. Esok tahun baru aku kembalilah menaip. Or mungkin bulan Februari / Mac / April / Mei / Jun / Julai nanti baru ada entri baru. Mana ada orang baca blog dah. Semua blogger dah dibunuh oleh media sosial lain seperti Twitter dan Instagram. Ok ok sempena tamatnya tahun 2013 ni, aku nak beri teks ucapan akhir tahun sikit. Kalau boleh sila baca dengan hailer untuk menambah efek kesyahduannya.

Dear Pembaca,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Non Syariah Compliant kepada anda semua yang masih setia membaca blog ini. Saya punya manager ada beritahu, ada sesetengah peminat fanatik yang buka blog ini hari-hari mengharapkan entri baru aku muncul, namun mereka acapkali kecewa dan menumbuk dinding sehingga luka sebelum melakukan perkara yang sama pada keesokkan harinya. Saya sedar yang kadar penulisan sudah semakin berkurang dari hari ke hari tetapi sesungguhnyaaaaa takdir penentu segala (lagu Jamal Abdillah).

Sebenarnya, saya kerja pada malam ini so tak dapat nak menyambut tahun baru menogak botol minuman ringan sambil pura-pura mabuk. Kalian sambut tahun baru di luar ke? Ok bagi mereka yang dah berazam untuk berzina malam ini, mulakan pada pukul 11.59 malam, dan alami kemuncak syahwat pada pukul 12.02 pagi lepastu anda boleh brag kat teman-teman anda yang anda mengalami ejakulasi selama setahun. Kalian pernah tak dengar jenaka tahun baru macam tu? Alah yang dia masuk jamban malam tahun baru lepastu sedar-sedar dah tahun depan? Lame betul jenaka tu setelah diulang setiap tahun. At least tahun ni update lah sikit cakap masuk Villa Nabila pukul 11.59 lepastu keluar pukul 12.02 pagi. Terus keluar headline Mastika: "GEMPAR! HILANG DI VILLA NABILA PADA TAHUN 2013, MUNCUL TAHUN 2014! Apa benda yang aku merepek pun aku tak tahu.

So apa azam tahun baru kalian? Saja je tanya walaupun tahu six pack anda takkan muncul dan double chin anda akan menjadi triple chin. Azam tahun baru aku adalah untuk kurangkan rokok, banyakkan rukuk. Perghhhh power gila azam aku kalian jangan tiru woi. Padahal aku tak merokok pun. Merukuk pun kadang-kadang tertinggal juga. Astaghfirullahalazim. La tahzan. La isla bonita.

On a more serious Note 3, Happy New Year and thanks for reading!






1 comments:

Rafhani said...

Dah agak dah..baca perenggan pertama pun mcm familiar...hahahhahaa

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...