Tuesday, January 29, 2013

Obsesi: Bahagian 2

Dahulu aku pernah bercerita tentang obsesi mama aku terhadap cerita Korea. Kau namakan saja apa-apa cerita bersiri Korea, mama aku pasti ada cakera padat aslinya. Beliau terlalu fanatik dengan siri Korea, sampai semua benda pun nak buat dalam bahasa Korea. Contohnya pada pukul 8 mama aku tengok Buletin Utama versi Korea iaitu 'Min Kish Pan' 메인 게시판. Ok nampak macam kalian sedang ternganga kekaguman tapi sebenarnya aku Google Translate je Buletin Utama ke bahasa Korea. Nasib baik mama aku tak tengok Running Man mahupun layan K-pop.

Anyway selepas berakhirnya fasa Korea, mama aku mula mengalihkan perhatiannya terhadap dekorasi Inggeris. Sedikit demi sedikit, rumah aku yang dulunya berkonsepkan Minang Kabau akhirnya bertukar 100% menjadi ala-ala Inggeris. Tiap-tiap minggu mama aku beli pinggan mangkuk berunsurkan orang putih dengan jenama seperti Portmeirion memenuhi almari khas untuk menyimpan pinggan yang tidak boleh digunakan untuk menghidangkan makanan. Ada satu tahap, sampai orang Anjung Seri call mama aku untuk mempamerkan perhiasan English Decor beliau tapi mama aku menolak sebab tak cukup Inggeris lagi. Apa yang tak cukup pun aku tak tahu mungkin nak kena letak gambar keluarga David Beckham. Namun begitu, minat terhadap sesuatu pasti akan berkurang setelah jika ada satu perkara lain yang boleh membuatkan kita obses. Apakah itu? Ayuh teruskan membaca.

Obsesi terbaru mama aku: Membaca Novel Cinta Melayu.


Ya, gambar di atas adalah SEBAHAGIAN daripada koleksi novel cinta mama aku. Aku rasa semua ini berpunca dengan siri Adam dan Hawa. Mula-mula dipengaruhi oleh rakan sepejabat untuk tengok siri tersebut. Lepastu tak tahan kena tunggu 80 episod, itu yang mama aku beli novel dia tu untuk tahu kesudahan cerita. Bermula daripada itu, mama aku mula membeli novel-novel cinta lain dengan tajuk-tajuk yang boleh membuatkan orang yang tidak minat membaca menghempukkan kepala di dinding yang berdekatan seperti Suami Aku Ustaz, Gaduh-Gaduh Sayang, Suamiku, Encik Perfect 10! Paling tak tahan, bila aku keluar, mama aku akan memberi list-list novel yang diingininya untuk dibeli di mana-mana kedai buku. Penat aku nak terangkan dekat cashier yang judgmental yang novel tu untuk mama aku tu bila mereka nampak wajah aku yang macho ni tapi beli novel Sehangat Asmara.

Tapi kalau korang perasan, novel-novel sebegini membuat kemunculan bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Sedikit tips PMR buat adik-adik di sini, adik-adik boleh gunakan peribahasa 'Bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan' ini dalam karangan Bahasa Melayu adik-adik untuk membuat penanda kertas adik-adik kagum. Berbalik kepada tajuk asal, aku rasa ramai penulis sedar dengan potensi novel di waktu begini di mana novel mereka ada peluang untuk diadaptasikan menjadi siri ataupun filem seperti Ombak Rindu.

Tapi aku rasa normallah tu kot. Masing-masing ada obsesi terhadap sesuatu. Apa beza obses dengan novel cinta Melayu berbanding novel pasal pontianak arbok berkilat-kilat tu? Ada orang obses dengan online shopping. Kalian pula obses dengan blog ni. Aku obses dengan permanian beradas. Sedikit jenaka di situ aku nak taip permainan video. So, aku ingin tahu, apakah obsesi ibu kalian dan bagaimanakan keobsesian itu mempengaruhi hidup anda? Ayuh kongsikan bersama.

Monday, January 28, 2013

Benda Apa Yang Lebih Penting Daripada Kekalahan Liverpool?

Bolasepak bukanlah segalanya. So tak perlulah kalian untuk tentang kekalahan Liverpool kepada Oldham malam tadi. Ada benda yang lebih penting dalam kehidupan seperti membuat ujian Pap Smear, memeriksa paras kolestrol di dalam badan mahupun mengingati hari lahir ibu sendiri. Ya, hari ini 28/1 merupakan hari yang mama aku yang ke-xx. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan happy birthday mama, semoga panjang umur dan rambut bebas kelemumur. Since mama dah ada semua set pinggan Portmeirion dan mama pun dah tak into sangat dah konsep English Decor ni, maka ijai hadiahkan sebuah lagu hari jadi tahunan untuk mama.



Let's sing it!

hari ini hari jadi mama,
ijai tak tahu nak bagi apa,
So I just grab on my guitar,
and I sing you this whateva,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...

mama selalu bising ijai balik lambat,
mama takut ijai lepak dengan budak-budak jahat,
tapi ijai sebenarnya pergi makan,
dah gemuk sikit nanti lebih tampan,

oh mama yes it's true,
ijai mana pernah menipu...

mama bising kalau ijai tak tutup lampu,
mama marah kalau ijai tak basuh baju,
ijai tahu ijai malas nak cuci pinggan,
tapi ijai takde niat nak melawan,

oh mama happy birthday,
i wish you happiness all the way...

i guess i better stop singing now,
dah masuk waktu ijai nak pergi surau,
happy birthday oh my mother,
i'll sing you this song again next year,

oh mama i love you,
although i didn't say it selalu...



Mama aku suka stalk blog aku diam-diam dan kemudian akan mention benda yang aku bincangkan di dalam blog untuk menimbulkan suasana awkward di meja makan. So ucapan kalian pasti mama aku ingat dan akan diungkit masa kalian datang open house raya rumah aku tahun ini. Happy birthday mama!

Monday, January 21, 2013

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Pertama!

This is a story of a girl,
Whose presence brightens up my world,
Could you believe that it has been a year,
Since the day that I promised to take care of you forever,
So if today is our first anniversary,
You must be thinking, "so baby where is my LV"?
Hey who needs OVERRATED, EXPENSIVE, designer bag?
Wearing them will not give you more 'swag',
Besides we already have the best present ever,
There's nothing more precious than our beautiful daughter,
Although at this moment I could not be right beside you,
Kesian kena pantang tak boleh nak makan kambing masak taucu,
Parenting, that is a new exciting chapter in our life,
Aryana nangis malam-malam, no worries can be settled by my wife,
I promise that I will love you both until the end of waktu.
Apa saja untukmu, like that song from KRU,
Ahhh does this kinda thing still work on you?
These corny poems can only work on junior universiti tahun satu,
I realize that once married guys will become less romantic,
Changing diapers, hey that's sweet what so girls no need to panic,
Well I guess I better stop writing now,
Dah masuk waktu saya nak pergi surau,
So happy anniversary Mrs Faizal Rosly,
Together forever we will always be...

Nikmatilah rakaman pernikahan yang hampir-hampir tak jadi disebabkan oleh kehilangan IC satu tahun dahulu:

Faizal & Datillah | Solemnization from The Art Films on Vimeo.


Hasil daripada percintaan suci:


21/1/2013, Selamat ulangtahun perkahwinan yang pertama! #TilJannah. Harap gadis-gadis yang membaca entri ini tidak remuk hati dan dapat move on serta mendoakan kebahagiaan kami.

Wednesday, January 9, 2013

Kembali Single

Amboi amboi amboi. Baru baca tajuk di atas terus ramai yang menganggap rumahtangga aku dah berkecai dan terus nak masuk line. Ada yang hantar MMS gambar dedah aurat, ada yang add as friend dekat laman web sosial JandaDuda.com dan ada juga yang pergi join marathon walaupun tak pasti apa kaitannya di situ. Hakikatnya, aku memang hidup membujang di saat ini kerana isteri dan bayi telah pulang ke kampung halaman di Kangaq. Walaupun berat hati dan testis, ku relakan jua pemergian mereka bagi memenuhi impian untuk berpantang di Perlis tercinta. So, bagaimana kehidupan aku sebagai jejaka solo sementara? Ayuh teruskan membaca entri rawak ini.

1) Kehidupan bujang ni memang seronok, aku tak nafikan. Boleh main game tanpa henti tanpa ada bebelan di latar belakang (hehe), boleh duduk mengeram tanpa perlu mandi dalam sehari, dan juga boleh lepak sampai lupa diri dengan kawan-kawan walaupun kawan-kawan pun kena pulang awal sebab mereka ada bini yang menanti di rumah. Tapi yang tak seronoknya, aku jadi tak terurus macam siamang. Yelah kalau bini ada semua bini yang buatkan or at least ingatkan. Lagipun macam baru beberapa hari je bersama bayi, terpaksa berpisah pula? Kalau bayi tak kenal aku nanti bagaimana? Over.

2) Perihal pantang. Hahaha lucu ok pantang ni. Sebagai jejaka moden, aku bukan percaya sangat pantang-pantang ni. Mat Saleh tak amalkan pun pantang tapi rileks je. Macam-macam benda yang tak boleh buat. Tak boleh makan itu, tak boleh minum ini, tak boleh menari balet, pendek kata banyak bendalah yang tak boleh. Ada juga tips-tips aneh yang aku hanya mampu facepalm seperti meletakkan bawang putih di dalam telinga untuk mengelakkan angin masuk. Mesti tertekan gila gadis-gadis yang sedang berpantang bila ibu dan ibu mertua berada di dalam satu bilik. Tapi sebagai anak yang soleh kenalah dengar kata-kata keluarga, lagipun diorang yang topap bayar bil hospital kau kan. Hikhikhik. What about you guys? Ada pengalaman pantang yang tak dapat dilupakan?

3) Oh bagi menjawab persoalan kalian:


Ok jumpa lagi.

Thursday, January 3, 2013

Tekanan

Tahukah anda, semua ahli Team Bangi telah berkahwin? Kira rugilah anda kerana tidak dapat menyambar salah seorang daripada ahli Team Bangi kerana ciri-ciri 'bakal Imam TilJannah' semuanya ada dalam Team Bangi. Contohnya kalau nak yang nampak warak, boleh nikahi Dazu. Nak yang kaya, boleh cari Ikram dan Zul. Nak yang gagah di tubuh dan Insyaallah di ranjang, Anaslah orangnya. Obviously jika memilih rupa, memang tiada pilihan lainlah selain aku.

Orang pertama yang berkahwin dalam Team Bangi, sekaligus memegang takhta 'Juara Hilang Teruna' adalah Adam dan Shikin.


Lepastu Anas dan Zack. Aku jumpa gambar gedik minta pelempang ni memang aku paparkan terus.


Jamil dan Evi pula menyusul...


Kemudian pasangan yang bercinta sejak tingkatan 3, setelah mendapat desakan keluarga dan menempuh onak duri ranjau percintaan, akhirnya Apai dan Mizah berkahwin.


Selepas itu, manusia yang masuk dalam golongan yang wajib kahwin kerana bernafsu besar Fandi, dan Ida.


Dengan bangganya saya menjadi orang seterusnya yang berkahwin dengan puteri negeri Perlis Indera Kayangan. Chewahhh.


Tanpa disangka-sangka, Dazu pula berjaya menamatkan zaman toceng beliau walaupun sepanjang kami mengenali beliau di zaman persekolahan, dia tidak pernah bertentang mata dengan gadis.


Lepastu Ise dengan Liyana. Aku tak jumpalah gambar kalian berdua saja. Atas katil ada tapi macam tak sesuai untuk tatapan umum.


Syukur Alhamdulillah, jejaka paling banyak cakap besar akhirnya ada juga gadis yang mampu bertahan dengan perangai beliau. Tahniah Zul dan Ayu masih segar dari katil lagi ni.


The last but not least, Ikram. Sori aku tak dapat pergi nikah kau sebab bini terberanak di hari yang sama. So kau takkan lupalah besday anak aku kan hihi. Anyway Ikramlah orang pertama yang berjaya sampai ke 'Jannah'. Ayat tersebut boleh diinterpret secara seksual, jika anda mahu.


Begitulah kisah ahli-ahli Team Bangi yang semuanya telah berjaya mendapat kenikmatan persetubuhan yang suci. Eh kejap, macam tak lengkap je. Macam ada sesuatu yang tak kena. Macam ada sesuatu yang tertinggal....apa dia?

Oh rupa-rupanya ada seorang lagi ahli Team Bangi yang masih teruna. Cepatlah Abe semua orang dah kahwin kau tunggu apa lagi? Tunggu gadis imaginasi kau menjadi realiti? Nak tunggu warna kulit menjadi fair and lovely? Tertekan tak? Tertekan tak?


Tapi mengikut gosip yang dipaparkan di Beautiful Nara baru-baru ingin, Abe dikatakan akan berkahwin selepas beliau menamatkan pelajarannya nanti. Dengan siapa? Sama-sama kita nantikan siapakah gadis (ataupun jejaka, jika Abe sebenarnya gay) itu nanti. Hari ini adalah hari terakhir Abe akan berada di Bangi sebelum kembali ke England. Ya, dia pulang sebentar sebab rindu kat ketiak mama dia. Ah tapi perangai macam gambar di atas siapa yang rela kan. Ke ada di antara kalian yang rela? Boleh tinggalkan maklumat terperinci seperti skala kecantikan (1-10), berat badan dan hobi di ruangan komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...