Wednesday, April 17, 2013

Cara-Cara Untuk Mendapat 6 Pack Dalam Masa Yang Singkat

Hai apa khabar semua. Semalam saya berlegar-legar di Fesbuk untuk melihat gelagat manusia untuk dijadikan modal mengeji di dalam blog ini. Ada manusia yang fanatik politik menyebarkan kebencian terhadap pihak satu lagi, ada manusia yang suka berdoa di wall sendiri instead berdoa kepada Tuhan untuk mencari perhatian, dan ada juga kaki-kaki share semua benda pun kau nak share kalau tak share boleh kena demam kepialu agaknya. Dalam banyak-banyak benda yang dishare, ada satu benda yang menarik perhatian saya. Sila kaji gambar di bawah:



Setelah melihat gambar di atas, saya pun cakap "What the whatttt" di dalam hati. Ini adalah cara paling pantas untuk mendapatkan 6 pack! Tak kisahlah walaupun sekadar sementara, sebab kat rumah boroi pun isteri saya tak kisah sebab dia hanya pentingkan wajah dan bukan tubuh badan. So tiada masalah lah. Masalahnya adalah bila keluar di rumah, especially ketika bertemu rakan yang dah lama tak jumpa ataupun ketika balik kampung jumpa Mak Andak kita yang suka judge orang. Pilu ok di hati bila mereka beri komen yang kurang manis terhadap figure kita. Sebab itulah penyelesaian sementara sebegini amat praktikal untuk mengubah 1 pack itu kepada 6 pack, tanpa perlu sebarang usaha keras. Lagipun kalau beli banyak-banyak, aku boleh jual kat orang dengan harga yang mahal, lepastu tukar nama jadi Premium Abs dan cari downline ramai-ramai untuk membina empayar MLM aku sendiri.

So aku pun pergila cari benda alah tu kot-kot ada jual kat Amazon ke Mudah ke. Tengah tekun mencari, sekali rupa-rupanya benda itu hanyalah lawak jenaka yang dibuat sempena sambutan April Fool di Sweden. Eh yeke. Tak wujud. Sekadar parodi. Cikai mak lampir betul. Abistu acane masalah tak selesai lagi ni. Saya tahu anda yang boroi yang sedang membaca entri ini berasa kecewa juga. Jangan gusar, saya ada jumpa penyelesaian alternatif yang lebih murah, pantas, dan anda TIDAK PERLU BERSENAM mahupun BERLAPAR untuk mendapatkan 6 pack dengan segera. Ayuh teruskan membaca.

Langkah pertama:

Pergi ke kedai runcit berhampiran. Ucapkan salam kepada pekerja kedai tersebut jika wajahnya manis. Buat macam biasa jika dia agak gempal. Cari jenama di bawah. Sebenarnya tak kisah jenama apa pun, tetapi jenama di bawah adalah yang terbaik di pasaran kerana dia "Trans fat free", maksudnya ada tak akan (tak sepatutnya) menjadi lebih gemuk daripada biasa.



Langkah kedua:

Balik ke rumah dan buka bungkusan tersebut. Pastikan objek yang dibeli tersebut ada 6 ketul, dan bukan versi 2 ketul di mana versi 2 ketul tersebut selalu digunakan oleh gadis untuk tujuan yang sama cuma di bahagian yang berbeza. Pastikan kedudukan objek 6 ketul itu berada betul-betul di bahagian perut, sepertimana yang ditunjukkan di dalam contoh di bawah. Cuma anda kena selotep lah objek tersebut di bawah baju. Tahniah, anda kini telah memiliki 6 pack tanpa perlu pergi ke gym dan menjaga pemakanan.



Nak nampak lebih seksi, pastikan anda memakai baju putih dan basahkan baju tersebut sehingga tersembul 6 pack anda. Lepastu boleh pergi jalan-jalan di pasar malam sambil memerhatikan makcik-makcik berbaju kelawar melontarkan lirik mata yang manja. Benda yang paling bagus tentang teknik ini adalah, jika lapar anda boleh seluk saja perut anda dan sumbat ke dalam mulut tanpa ada sebarang kerisauan di jiwa. Selamat mencuba!

Monday, April 8, 2013

What I'm Wearing Today

Hai selamat hari Isnin. Kalian tengok tak Anugerah Bintang Popular Berita Harian malam tadi? Walaupun kita mempunyai fahaman politik yang berbeza, namun dalam hal mengeji artis kita pasti akan menggembleng tenaga. Atas sebab itulah kita orang Melayu tak akan miss rancangan anugerah sebegini untuk mengumpul dosa mengutuk gaya perilaku dan pemakaian artis tempatan. Namun begitu tujuan saya tiba-tiba mengemaskini blog bukanlah semata-mata hendak mengeji, sebaliknya memuji. Jika kalian menonton ABPBH malam tadi, salah satu talking pointnya adalah tentang kostum yang dipakai oleh Didie Alias.

Rata-rata pengguna laman web sosial sibuk menghentam gaya fesyen Didie Alias. Ada yang kata dia tu bajet Lady Gaga, ada yang kata dia berasal dari Planet Matoki, dan ada juga yang menggesa Didie Alias dihantar untuk berubat di Darussyifa' Bangi. Say what you guys want, aku rasa Didie Alias adalah seorang yang berani, seorang yang unik seorang yang tidak peduli apa yang orang kata demi menegakkan prinsip dan gaya hidupnya. Persetankan kata-kata mereka kak Didie. Lihatlah gambar di bawah ini, takkan anda tak rasa inspired dengan beliau??



Kak Didie, I was so inspired by you, so I decided to wear something different to the office today! Ayuh teruskan membaca.



Selamat Hari Isnin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...