Wednesday, June 26, 2013

Mengkaji Jenis-Jenis Zombie

Zombie. Tahukah anda apa itu zombie? Mengikut tafsiran yang diberikan dalam laman web zombie yang popular ZombieDaily.org, zombie adalah individu yang telah hilang identiti dan kewarasan, dan hanya peduli tentang kemusnahan dan kehancuran manusia di sekeliling untuk memuaskan nafsu makannya tak kira apa jua halangan. Dalam kata lain, zombie yang sebenar adalah manusia yang telahpun kembali ke rahmatullah, dan kemudian 'dihidupkan' kembali. Amacam nampak convincing tak tafsiran suka hati aku? Minggu lepas aku tengok filem terbaru lakonan saudara bau-bau bacang aku Brad Pitt, World War Z. World War Z mengisahkan tentang perjuangan Brad untuk menyelamatkan umat manusia daripada kehancuran akibat dijangkiti virus yang menyebabkan mereka ingin memagut orang lain. 4/5 bintang, review ringkas.


Aku terfikir, zombie yang dipaparkan dalam filem tersebut, adalah tidak sama dengan zombie dalam daerah lain. Jika anda rasa zombie itu sama saja semua, anda mungkin orang pertama akan digigit nanti. Maka atas sebab itulah aku terfikir untuk menulis entri ini sebagai panduan sekiranya satu hari nanti berlaku Zombie Apocalype. Ayuh teruskan membaca.

Zombie tipikal

Contoh paling mudah untuk menggambarkan zombie yang tipikal adalah zombie di dalam siri hebat Walking Dead. Zombie jenis ini biasanya bergerak secara perlahan, jalan pun tak betul sangat macam baru lepas kena slide tackle, dan berubah menjadi agresif apabila menyedari kehadiran manusia (dan dalam sesetengah kes, binatang). Kalau one on one, mungkin anda boleh tumbuk dan lari, tetapi jika mereka berada di dalam kumpulan, Insyallah anda pun akan menjadi salah seorang daripada mereka.


Mengambil contoh dari siri Walking Dead, jika anda digigit dan meninggal dunia, anda mungkin mengambil masa dari 3 minit ke 8 jam untuk berubah menjadi makhluk durjana. Kalau tak mati terus pun setelah digigit, ada masih akan mati (atas ketentuan Tuhan of course) setelah dijangkiti demam panas, kurap-kurap serta gatal di badan, serta pendarahan dalaman sebelum otak anda tamat riwayatnya. Selepas itu, virus akan aktifkan kembali 'Brainstem' tapi tidak serebrum dan sereblum anda. Maka, anda akan kembali 'hidup' dengan hanya ada 'survival instinct'....makan. Terima kasih buat Dr. Edwin Jenner untuk penjelasan ini.

Zombie laju

Zombie laju adalah zombie yang sukar untuk ditentang. Mereka boleh lari tak henti-henti dengan kelajuan motor Safee Yang Menunggang tanpa kehabisan stamina. Bayangkan kalau Usain Bolt ataupun Watson Nyambek berubah menjadi zombie, kau rasa kau boleh melarikan diri daripada mereka ke? Nak nak pulak kalau badan kau bagaikan di pam pam macam artis yang tak boleh disebut nama sebab diorang suka search nama sendiri. Contoh-contoh zombie yang laju adalah Zombie dalam filem World War Z, Zombieland, 28 Days Later dan dalam game Left 4 Dead. Namun begitu jika tiada manusia di sekeliling mereka akan berubah menjadi 'dormant', jalan-jalan macam tiada arah tujuan, umpama gadis-gadis yang sedang Windows shopping. Eh salah analogi tu.

Zombie jiwang


Bak kata pepatah zombie, jasadku mungkin sudah mati, namun cintaku padamu adalah tuk selamanya. Kira macam forever and ever lah. Kau jangan ingat pontianak hensem dan serigala jadian tough je boleh bercinta. Ada juga jenis zombie yang masih mampu mencintai dan dicintai. Contoh ketara yang kita boleh guna untuk menggambarkan zombie jiwang ni adalah Warm Bodies. Kira macam Twilight, tapi versi zombie lah. Cuma orang tak benci sangat dengan 'R' macam orang benci dengan Edward Cullen. Selalunya orang yang benci Twilight ni memiliki keyakinan diri yang rendah, kerana berasa terlalu murung apabila membuat perbandingan antara diri mereka dengan pelakon-pelakon Twilight.

Zombie eahh eahh

Zombie eahh eahh adalah lagu popular 90an dendangan kumpulan Cranberries. Lagu ini memang meletup-letup pada zaman sekolah rendah aku sampaikan masa peperiksaan subjek muzik, orang semua main rekorder lagu Mary Had A Little Lamb, ada sorang kawan aku ni nama dia Mazri Ernie dia pergi naik syeh nyanyi lagu Zombie. Kisah benar. Antara bait-bait lagu tersebut yang kontroversi adalah;

"What in your haid, in your haid? Daaarah. Daaaarah ahh ahh oohh ohh eyeyaaa ooo oooo.

Kehadiran Zombie Cranberries ini hanyalah untuk menambah elemen komedi di dalam entri ini.


Zombie rasional

Zombie rasional adalah zombie yang masih ada SEDIKIT sifat kemanusiaan di dalam diri. Orang utagha kata ada akai la. Rasional pun kalau dapat hidu ketiak kau dari jauh memang dikejar juga. Did I say ketiak? I mean otak. Contoh zombie yang masih mengekalkan sifat kemanusiaan adalah zombie dalam I Am Legend lakonan Will.I.Am. Ok Will Smith, saja nak tengok kalian baca betul-betul ataupun main skip-skip je entri ni.

Zombie dalam I Am Legend mampu berkomunikasi antara satu dengan lain, di samping merancang taktik-taktik menjerat asas serta menyelesaikan masalah matematik mudah. Kalau anda tengok alternate ending I Am Legend ni, kau boleh lihat bagaimana ketua Zombie masih mengekalkan emosi di dalam diri, dan mampu memaafkan kesalahan orang lain. Tapi kalau nak zombie yang habis rasional siap boleh buat lawak lagi, boleh tengok dalam filem supernatural paling bangang yang aku tengok di pawagam, Dylan Dog lakonan Brandon Routh. Kurt Angle ahli gusti Olimpik pun ada dalam cerita tu.

Begitu antara jenis-jenis zombie yang terdapat di dunia ini. Di sini saya ingin memberi beberapa survival tips untuk anda terus hidup jika berlaku zombie apocalypse:

1) Orang kata tak elok main kepala, tapi jika berhadapan dengan zombie, anda wajib aim kepala mereka. Tak kiralah nak tembak dengan pistol ke, nak ketuk dengan perengkoh paip ke, benda asas yang kau kena tahu adalah zombie hanya akan betul-betul mati setelah kita ketuk kepala mereka dengan ganas.

2) Zombie mudah tertarik kepada bunyi. Kalau kau mampu bergerak umpama ninja, tiada masalah. Tapi biasalah dalam filem seram / ganas, time kau sedang menyorok daripada penjahat (zombie, contohnya), time tu lah nak terpijak ranting kering, time tulah nak terbersin, time tu lah makwe kau nak bagi missed call tanda rindu. So, be swift and silent. Mereka mudah ditipu sebenarnya. Boleh sapu cebisan mayat kat badan (Walking Dead), ataupun pasang mekap tebal Mona Fandey (Bill Murray, Zombieland), dan mereka akan anggap anda sebagai salah seorang daripada mereka.

3) They are already dead! Percayalah, saya faham perasaan melihat orang tersayang digigit zombie. Namun begitu, kadar jangkitan virus zombie ni adalah 100%. Masa mereka dah bertukar, kita mungkin rasa mereka masih ada jiwa, pelbagai kata-kata perangsang gaya Grey's Anatomy kita quotekan untuk membuat mereka sedar kembali. Namun itu semua hanyalah harapan palsu yang kita reka sendiri. Buang emosi anda jauh-jauh, dan tamatkan saja riwayat mereka jika anda benar-benar sayangkan mereka. Unless anda dapat jumpa penawar yang Will Smith buat.

Ok saya beri 3 tips dululah. Adakah anda seorang peminat / pembenci zombie? Jika anda ada lebih banyak characteristic seorang zombie ataupun kaedah-kaedah survival apabila berhadapan dengan zombie, ayuh kongsikan bersama. Zombie Kampung Pisang tak kira.

Tuesday, June 18, 2013

Mengenali Jenis-Jenis Pak Guard


Kehadiran pengawal keselamatan ataupun bahasa pasarnya Pak Guard adalah sesuatu yang penting di dalam mana-mana institusi. Tugas mereka sebenarnya bukan mudah walaupun selalunya kita hanya nampak mereka duduk di meja baca suratkhabar macam tiada apa-apa yang kerja yang perlu dilakukan. Mereka dibayar untuk melindungi harta, servis ataupun manusia mahupun binatang. Baru-baru ini, Pak Guard di ofis aku telah digantikan oleh segerombolan orang Bangladesh. Aku kadang-kadang kerja malam, keluar je lif aku macam terjerit bapuk sikit sebab Pak Guard batch baru ni pesen suka tenung orang dan senyum tanpa kelip mata seolah-olah mendambakan sesuatu secara seksual. Seram ok. Maka hari ini aku ingin bercerita tentang jenis-jenis Pak Guard yang pernah aku jumpa. Ayuh teruskan membaca.

Pak Guard Tidur Berdiri

Ini adalah jenis Pak Guard yang kita boleh jumpa di mana-mana, terutamanya di Kedai Emas Poh Kong ataupun di CIMB. Dari jauh nampak macam mereka sedang menjalankan tugas memerhatikan situasi sekeliling mana tahu ada orang nak membuat rompakan, tetapi bila kita datang dekat kita dapat dengar dengusan kuda hasil daripada tidur mereka yang lena. Bukan calang-calang orang boleh guna skil tidur berdiri ni. Tidur duduk toksah cakapla lagilah banyak kita boleh jumpa. Pak Guard tidur baring je yang aku tak pernah jumpa lagi. It is understandable lah kalau kerja malam tapi ni di tengah kesibukan hiruk pikuk kompleks membeli-belah pun kau boleh lena, respek. Tapi bahaya juga kalau pesen Pak Guard pegang senapang patah lepastu masa tidur dia mimpi basah masa kemuncak syahwat terus tembak dua-dua 'shotgun' dia.

Pak Guard Terlalu Peramah

Salah satu aspek yang tertera dalam KPI seorang Pak Guard adalah kemesraan terhadap masyarakat umum. Mesra ni boleh didefinisikan dengan sentiasa senyum, mengangkat tangan, ataupun menegur dengan sopan. Part menegur tu, kalau kali pertama mata bertentang mata, standard lah berbalas-balas ucapan selamat pagi. Tapi kalau selalu keluar masuk pejabat contohnya, takkan setiap kali tu pun nak kena tegur kan? Ini setiap kali jumpa kena jawab persoalan, "Haa nak kemana tu?" "Hai nak pergi makan ke?" "Oh nak berak? Sudah berak? Basuh dah?".

Kalau jenis yang suka bercerita pulak satu hal juga. Kau tanya satu soalan asas je untuk mulakan perbualan ringan lepastu dapat jawapan panjang berjela-jela. Contohnya kau tanya "Baru masuk kerja?" lepastu entah macam mana kau dapat tahu dia tinggal kat mana, anak berapa, posisi seksual kegemaran mahupun tahun ni balik kampung sendiri atau kampung isteri.

Pak Guard Miang Keladi

Kalau nak ikut gaya fizikal, secara stereotypenya Pak Guard yang perut buncit, dan ada misai nipis selalunya memang hamsap suka bermesra dengan jantina berlainan jenis. Tetapi pemerhatian tersebut sebenarnya tak tepat, lebih-lebih lagi kalau pengawal keselamatan itu perempuan (Mak Guard). Nauzubillah lah kalau Mak Guard buncit dan bermisai tegur aku di waktu malam, "Haii Faizallll nak tengok Cota makcik?".

Pak Guard gatal ni sifatnya paling ketara bila kau keluar bersama rakan-rakan sekerja gadis, lepastu habis ditegurnya semua gadis tersebut tapi bila bertentang mata dengan kau, dia buat-buat tulis nota dalam buku log keselamatan. Lepastu time buat rondaan, asyik datang ke meja rakan sekerja gadis, sambil bertanya soalan-soalan yang tidak berunsur pekerjaan. Kalau lalu dekat aku ada saja benda yang nak ditegurnya. Suruh pakai tag la, suruh kunci laptop lah pegang mouse salah pun mereka tegur takut kena carpal tunnel syndrome.

Pak Guard 'Angkat tangan boleh lepas'

Ini adalah jenis Pak Guard di kawasan perumahan. Kadang-kadang aku tak faham fungsi mereka berada di pondok pengawal. Tiada unsur-unsur keselamatan pun yang diaplikasikan setiap kali orang nak masuk. Kalau waktu siang tu fahamlah, ini waktu malam semua orang boleh lepas dengan hanya perlu mengangkat tangan especially kalau mereka tahu kita tak tinggal di kawasan tersebut. Contohnya aku yang bukan duduk di kawasan perumahan tu, nak datang lepak rumah kawan malam-malam buta nak main game, selamba je dia bagi masuk. Mungkin aku bawa lori, lepastu pakai topeng orang potong rumput baru dia nak angkat kening kot. Itu pun still bagi lepas. Tapi aku tak nafikan ada juga yang berdedikasi setiap kali keluar masuk bagi tag, dan tulis di buku log keselamatan.

Pak Guard Uncle Seekers

Pak Guard ni selalunya orang veteran, banyak pengalaman dan sentiasa ada kisah-kisah mistik tentang kawasan yang dikawalnya. Pak Guard sebegini boleh dijumpai di kolej Matrikulasi Melaka ataupun UiTM Lendu. Dulu-dulu kat Matriks Melaka time outing tunggu bas depan pondok Pak Guard, mulalah mereka nak bagi cerita hantu. Aku ni harap organ reproduksi je besar daripada average orang Asia, tapi kalau dengar cerita momok bertenggek atas almari memerhatikan kita semasa tidur kecut juga testis aku. Ah tak payah pergi jauh-jauh, Pak Guard ofis aku time aku kerja malam mulalah suruh berjaga-jaga bila masuk parking basement 2. Barbie betul.

Begitulah antara Pak Guard yang aku selalu jumpa. Anda bagaimana pula? Kongsikan bersama perwatakan unik Pak Guard yang pernah terserempak. Apapun, hormatilah mereka kerana tanpa mereka, siapalah yang mahu melindungi kita untuk pergi ke tempat parking kereta di kawasan parking 'panas' seperti di OU tu.

Sunday, June 16, 2013

Makan Tengahari Bersama Chef Zubir

Hai apa khabar semua? Sempena hari bapa pada hari ini (Ahad), saya telah menjemput diri sendiri untuk menghadiri satu sesi makan tengahari di sebuah restoran milik Chef Zubir Zain. Untuk mereka yang tidak kenal siapa Chef Zubir, selain menjadi juri Masterchef, beliau pernah mengharumkan nama negara dalam beberapa pertandingan masakan di luar negara. Beliau menjadi Ketua Pasukan dan Jurulatih serta pengurus untuk pasukan Malaysia untuk Worldskill Cooking Competition, Excel di London, Food & Hotel Asia Culinary Challenge,Singapore dan memenangi 2 pingat perak dan Asian Junior Chef Challenge, Indonesian Salon Culinaire-Food & Hotel Indonesia dan memenangi pingat emas dan juara keseluruhan. Nampak macam aku kenal dia, tapi sebenarnya aku sekadar copy paste maklumat beliau di laman web Masterchef. Abangnya Anuar Zain merupakan seorang penyanyi popular yang hensem tapi belum kahwin, dan adiknya Zayn Malik kini mengganggotai boyband popular One Direction. Sedikit elemen komedi diselitkan di situ.


Anak aku baru masuk lima bulan, dan beliau masih belum ada pendapatan untuk belanja ayahnya sempena Hari Bapa. Maka tanggungjawab membelanja ayah itu serta-merta diambil alih oleh mama aku. Mama akulah yang memberitahu tentang kewujudan restoran tersebut. Dekat saja dengan rumah aku. Restoran yang bernama Laman Grill itu terletak di seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Dari roundabout fasa 4, kau jalan straight je nak pergi highway Kajang tu, lepas Red Wok lepastu belok kanan dan tanya pejalan kaki terdekat bagaimana nak ke restoran itu. Dah mama kata aku tak perlu keluarkan sesen pun, terus aku setuju. Ayuh kita kaji best ke tak restoran ni.

Restoran ini bertemakan western / italian, maka kau akan kecewa jika anda ingin memesan Nasi Goreng Kampung. Laman Grill ni takdelah besar sangat, tapi nampak cozy lah persekitaran dan perhiasannya. Mereka mengamalkan sistem dapur terbuka macam Hell's Kitchen di mana kau boleh melihat seorang ala-ala Chef Ramsay menjerit-jerit (aku ezajerit) memberitahu pesanan pelanggan serta mencarut dalam dialek Kelantan bagi setiap daging yang mentah (ezajerit lagi). Tak nampak pulak Chef Zubir, mungkin tengah sibuk ajar Rozita Che Wan bagaimana hendak mengupas bawang.


Sekali imbas kau tengok menu dia, boleh tahan mahal harga dia. Adakah berbaloi dengan apa yang kau dapat? Adakah sama gambar yang dipaparkan di dalam menu dengan hasil yang dimasak? Soalan-soalan ini aku tanyakan terus kepada waiter yang melayan meja kami dan seperti yang dijangka, dia jawab 'Ya'.


Mula-mula aku nak cuba 'Marbled Chicken Chop' sebab tengok gambar dia (dari Internet) memang menggiurkan. Tapi cikai mak lampir dia kata tak ada pulak. Aritu mama aku makan benda alah ni lah depa kata best.


So aku pun orderlah Grilled Spring Chicken (RM24.50). Ayam yang didakwa masih Dara tanpa tulang telah dipanggang dan ditaburkan dengan rempah ratus rahsia Chef Zubir, disertakan dengan salad kentang dan sebiji tart. Memang juicy and tender ayam dia, ditambah pula dengan kelazatan sos cendawan.


Mama aku pula memesan Beef Steak Paillard & Schnitzel (RM36.50). Acane nak menyebutnya entah. Datillah mula-mula nak try pasta dia, tapi tak ada. Lasagna pulak masih belum siap prep. Last-last dah terjengkel semua benda tiada terus order Australian Baby Lamb Foreshank. Mmmmm dapnyewww


So kesimpulannya, adakah restoran ini direkomen kepada orang ramai? Bagi saya, ya, jika anda ingin menikmati suasana 'fine dining' tapi malas nak mengharungi hiruk pikuk kotaraya, anda mungkin patut cuba restoran ini. Harga dia memang nampak mahal, tetapi sebenarnya lebih kurang saja macam kau makan kat TGIF ataupun Chili's. Portion dia cukup untuk buat kau kenyang, dan skil plating dia memang hebat memang sama macam dalam gambar di menu. Oh minuman keras tiada. Kira restoran ni alternatif bagusla daripada restoran western lain di Bangi seperti Islamic Steakhouse, ataupun Little White Cafe. Sekian saja edisi makan-makan untuk kali ini jemputlah untuk menjilat skrin. Lain kali kita makan di tempat lain pula di Bangi ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...