Wednesday, July 10, 2013

Aplikasi Khas Sempena Ramadhan

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan. Ma is muka? Ismi Mohamad Faizal. La tahzan, La isla Bonita. Sekadar menunjukkan sedikit skil berbahasa Arab saya untuk buat kalian kagum sempena bermulanya bulan puasa ni. So pagi tadi sahur apa? Malam tadi terawih ke tak? Kejap lagi nak berbuka apa? Semua soalan mesti dijawab. Bagi mereka yang rapuh Imannya, kehadiran Ramadhan mungkin tidak disambut dengan begitu ceria. Menjelang pukul 4 petang je, dah mula rasa lemah seluruh badan, dan terbayang-bayang diri berendam di dalam kolam air soya yang sejuk. Setiap 5 minit, mata asyik tengok jam je sambil merengek, "Aduhhh bila nak berbuka nihhh".

Alah normallah tu. Dalam hal begini selalunya saya akan memberi nasihat berbentuk nasyid yang tipikal iaitu "Bersabarlah sayang saat indah kan menjelma jua", tetapi kali ini saya ingin menawarkan sesuatu yang lebih baik. Sementara menanti waktu berbuka puasa, ada beberapa aplikasi yang baru dirilis di telefon pintar sempena bulan Ramadhan ini yang boleh anda guna untuk mengalihkan perhatian anda daripada kelaparan. Of course alternatif yang lebih baik adalah dengan melakukan amal ibadat, tetapi buat orang yang tidak begitu rajin seperti anda, berikut adalah 3 aplikasi yang paling hangat di bulan Ramadhan yang mulia ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Tamar Crush

Kita semua tahu tentang permainan kasual paling hangat di pasaran dan paling lazim dimainkan tanpa mengira batasan umur mahupun status sosial. Tak kiralah anda ni seorang suri rumah, pelajar ataupun petani moden, kita semua pernah bermain permainan Candy Crush. Saban hari kita dapat melihat notifikasi berkaitan Candy Crush di Facebook walaupun kita sebenarnya tak main pun, di mana ramai orang meminta bantuan nyawa dan tiket percuma. Sempena bulan Ramadhan ini, satu permainan 'spin-off' telah dikeluarkan agar feel Ramadhan itu dapat dirasai. Memperkenalkan, Tamar Crush.


Tamar Crush ini menggunakan konsep free to play seperti Candy Crush juga, dan ada microtransaction di mana anda boleh gunakan wang sebenar untuk melajukan progress jika anda tiada kesabaran. Cuma bezanya, sempena bulan Ramadhan ini, segala wang yang anda laburkan akan disalurkan ke rumah anak-anak Rais Yatim di Bangi. Saja je letak Rais tu nak tengok kalian perasan ke tak. Gameplay dia sebijik macam Candy Crush, cuma gula-gula tu digantikan dengan jenis-jenis kurma keluaran Yusuf Taiyoob seperti Ajwa, Ajmal, Safina, Safia dan Wasim. Tapi dalam sesetengah kes mungkin permainan ini akan menyebabkan puasa anda menjadi sia-sia sekadar dapat lapar dan dahaga setelah anda tak berjaya lepas sesuatu level tu, dan carut-marut menyusul kemudian.

2) Mosque Run 2

Dengar saja tajuknya anda pasti sudah dapat agak Mosque Run diinspirasikan oleh Temple Run. Cara nak main dia sama jugak macam Temple Run, cuma latar belakang ceritanya sedikit berbeza. Jika dalam Temple Run anda melarikan diri daripada monyet syaiton setelah mencuri berhala di dalam kuil, dalam Mosque Run pula anda melarikan diri daripada Imam Masjid setelah mencuri tabung derma masjid. Astaghfirullahalazim apa nak jadi ni curi duit dari masjid.

3) Iftargram

Iftargram adalah aplikasi sosial yang berfungsi untuk mempamerkan gambar-gambar yang diambil ketika berbuka puasa ataupun bahasa modennya Iftar. Jika dulu-dulu kita baca Bismillah sebelum makan, trend terkini adalah dengan mengambil gambar terlebih dahulu barulah makanan disumbat ke dalam mulut. Walaupun ada kajian mengarut mengatakan barangsiapa yang mengambil gambar makanan adalah tanda-tanda orang itu sakit mental, tapi kita peduli apa. Apa yang akan kita masukkan di mulut dan bakal dikeluarkan di punggung mesti dikongsi bersama di laman sosial. Memanglah kau dah ada Instagram untuk ambil gambar makanan ni, tapi kau kena support la sikit usaha Hijabsters kita yang membangunkan apps Iftargram ni sempena bulan Romadhon. Tak pasti pula jika apps ini boleh digunakan untuk mengambil gambar ketika sahur.

Begitulah 3 applikasi popular yang sedang trending ketika ini. Sudahkah anda memuat turun aplikasi tersebut? Ataupun anda ada contoh aplikasi lain sempena Ramadhan ini? Oh aplikasi-aplikasi ini hanya anda untuk Windows Phone sahaja jadi jika anda pengguna iOS mahupun Android, di masa bulan Ramadhan inilah anda boleh berhijrah kepada sesuatu yang lebih mulia. Selamat berpuasa semua!

Friday, July 5, 2013

Tanda-Tanda Anda Ketagihan "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!"

Pada satu malam yang hening, aku sedang menelaah hukum-hukum tajwid yang sudah semakin dilupakan secara online. Jangan kagum dahulu kerana saya menipu saja. Sebenarnya aku asyik menelaah tweet-tweet yang mostly tidak berilmiah tetapi melalaikan di Twitter. Tiba-tiba mata aku tertumpu di ruangan 'Trending Topic' Malaysia, di mana hashtag #SSID mendapat tempat pertama. Aku terus mencarut di dalam hati "Apa neraka #SSID ni?" Sebagai graduan IT, SSID bermaksud Service Set Identifier. Tapi SSID tu mungkin juga kumpulan K-pop macam SNSD. Dengan perasaan ingin tahu, aku pun klik la hashtag tersebut, kemudian barulah aku tahu, SSID tu bermaksud Sebenarnya Saya Isteri Dia.


Lepastu aku perasan, eh ni macam salah satu daripada ratusan novel cinta milik mama aku. Zaman sekarang kan memang trend novel popular diadaptasikan menjadi siri televisyen seperti Nora Elena serta Adam & Hawa. DEMIII CINTAAAAAA. Setelah membuat pemerhatian lanjut, aku dapat lihat keobsesan masyarakat terhadap siri ini tak kiralah sama ada anda suri rumah, pekerja kerajaan, mahupun penganggur tetap yang sibuk berbincang tentang siri tersebut di alam maya mahupun di alam fana. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Ayuh teruskan membaca untuk mengetahui adakah anda juga ketagihan SSID.

1) SSID ditayangkan di slot Zehra pada pukul 9 setiap hari Jumaat. Sebagaimana yang kita tahu hari Jumaat adalah hari yang paling sesak di jalanraya ketika waktu pulang dari kerja. Mana boleh biarkan kesesakan lalulintas menghalang kita daripada termiss lagu intro SSID. So pukul 5.59 petang anda dah tunggu depan pintu tangan menggigil-gigil nak tag out tepat pada masanya. Segala ajakan rakan untuk lepak minum ditolak mentah-mentah, apatah lagi desakan bos yang menyuruh anda buat OT.

2) SSID merupakan adaptasi daripada novel popular dengan tajuk yang sama. Sebagai seorang yang hipster, anda sudah pastilah membuat kenyataan, "Eleh aku dah lama dah baca novel dia sebelum jadi popular....". Sambil menonton siri tersebut, anda akan melakukan perbandingan secara literal untuk memastikan adakah siri tersebut betul-betul ikut macam dalam novel ataupun digarap sesuka hati oleh pengarah. Lepastu mulalah anda terjengkel kata, "Eh kat novel ada describe Firash mandi dalam bath tub sambil gosok-gosok dada apasal kat TV3 tak tunjuk!" (sekadar contoh). Yang jenis benci membaca pun tiba-tiba semangat nak beli novel agar dapat mengetahui kesudahan cerita.

3) Jika anda sedang menonton SSID, anda bukan sekadar menumpukan sepenuh perhatian dengan menonton di televisyen semata-mata, anda wajib multitask. Kat sebelah, ada terbuka laptop, untuk menulis status-status di Facebook seperti "OMGGGG FIRASHHH APASAL KAU HENSEM SANGAT NI FIRASHHHH" ataupun "KENAPA PAKWE AKU TAK SWEET MACAM FIRASH??" ataupun "CIKAI MAK LAMPIR KAU RANIAAAA!!!" . Tangan sebelah pula pegang telefon pintar untuk check hashtag #SSID di Twitter. Yang ada Instagram, since Instagram dah boleh buat video 15 saat, dia pun rakamlah seluruh episod SSID malam tu guna Instagram. So malam tu saja adalah dalam 240 video Instagram episod SSID yang dimuatnaik.

4) Masih lagi dengan bab laman sosial. Sebagai seorang peminat SSID, anda dari episod 2 dah tukar gambar profail Facebook kepada Tiz Zaqyah walaupun anda ni seorang jantan. Lepastu nama elok-elok mak kau dah bagi Khairul Afandi nak jugak letak jadi Izzue Afandi. Nasib baik tukar yang pangkal kalau tukar last name kan dah terbatal Iman. Izzue Kristian contohnya. Bagi yang konon-konon nak rebel dan bitchy, pakai gambar watak jahat Uqasha Senrose. Adalah seorang dua makcik guna gambar Wilma. Laman rasmi SSID di Fesbuk pun anda dah like (https://www.facebook.com/Drama.SSiD) untuk hari-hari bermusyawarah bersama peminat fanatik lain. T-shirt limited edition SSID "I Keep Hitting Delete but UR Still Here" dan "You Take My Breast Away" (sengaja typo) pun anda ada. Fuhhh.

5) Oleh kerana anda terlalu menghayati siri tersebut, secara tak langsung anda pun cuba terikut-ikut dengan apa yang berlaku di dalam dunia SSID. Well mungkin tak sama 100%, tetapi anda pandai memanipulasi scene-scene dalam siri tersebut. Contohnya, taktik paling mudah untuk membuat teman lelaki ataupun crush anda kahwin dengan anda walaupun secara paksa adalah dengan memerangkap beliau dengan meletakkan dadah di dalam minuman kemudian khayal lalu tiba-tiba dah tidur sekatil dan akhirnya kahwin paksa. Aih semua novel pun nak guna taktik ni. Tapi ada juga yang mengambil iktibar cerita tersebut dengan memakai tudung Fareeda macam Syafa Aqira. Eh.

6) Di saat ini, hanya ada satu saja lagu yang bermain di dalam hidup anda, iaitu lagu tema SSID yang bertajuk 'Kita' nyanyian kumpulan anak didik KRU, Forteen. Siang malam pagi petang tak kira apa jua acara menyanyi lagu tu. Time makan nyanyi lagu tu, time berak pun nyanyi lagu tu kerana jika dinyanyikan dalam pitch yang betul, ternyata dapat membantu proses penyahtinjaan. Kalau orang call anda, mereka akan dapat dengar nada dering "Manakah kitaaaa jika kau dan aku tidak sekata sepi walaupun bila bersamaaaa".

7) Salah satu cabaran selepas berkahwin di zaman moden ni, adalah untuk memberi nama anak-anak yang fancy. Tak mainlah nama-nama 'old school' seperti Ali, Abu mahupun Ahmad. Since sudah menjadi trend untuk menamakan anak berdasarkan nama watak popular dalam siri televisyen, nama yang sedang mencanak-canak naik sudah pastilah Firash Arshad (nama manja, Chad). Kalau anak perempuan, dulu Nora Elena dengan Ain Hawani yang popular, sekarang ni nama Syafa Aqira. Dengar khabar Akira Toriyama pelukis manga Dragonball baca jugak novel SSID ni sebab nama lebih kurang.

8) Anda kini asalkan ada kesempatan, mesti nak gunakan catchphrase "Sebenarnya.....saya isteri dia" secara suka-suka, ataupun sebagai mekanisme defensif tatkala anda rasa cemburu terhadap suami. Contohnya kalau nampak suami tengah berbual-bual dengan makcik Pasar Mini Kayatri, anda tiba-tiba je mencelah, "Sebenarnya....saya isteri dia". Lepastu kalau tengah duduk sebelah suami ketika memandu, time bayar tol pekerja tol gadis tu cakap terima kasih sekalipun, anda kuatkan suara, "Sebenarnya.... saya isteri dia!" Hoccay.

9) Jika anda membaca entri ini selepas tamatnya siri tersebut pada hari Jumaat, anda rasa hidup anda kosong, bagaikan kehilangan sesuatu di dalam diri. Rasa macam tak mahu teruskan kehidupan, mahu terus berada di bawah rangkulan hangat Firash...ohhh Firash peluklah daku di dalam dadamu. Dan jika anda rasa terjengkel dengan fakta-fakta yang ditulis di atas, ternyatalah anda merupakan seorang yang obese eh obses dengan siri tersebut. Mana boleh mempermainkan Izzue Islam hoccay.

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang daripada peminat fanatik Sebenarnya Saya Isteri Dia? Harus dinyatakan di sini yang saya tak pernah menonton satu episod pun siri tersebut, apa yang ditulis adalah berdasarkan kajian umum terhadap masyarakat. Manakah kitaaaa jika kau dan aku tidak sekata sepi walaupun bila bersamaaaaaa.....

Wednesday, July 3, 2013

Top 5 Favourite Indonesian Restaurants

Tahukah anda tinggal berapa hari saja lagi sebelum Ramadhan kembali tiba? Kelihatan ada beberapa orang pembaca mengeluh di situ. Bulan Ramadhan memang dinanti-nantikan oleh orang yang memburu pahala berlipat ganda, dan orang yang lemak berlipat pula memburu tempat berbuka yang menarik dan istimewa. Sebagai cadangan, apa kata kita berbuka di restoran yang menawarkan juadah dari Indonesia? Restoran Yus Bangi tak kira walaupun mereka menggunakan 100% pekerja Indonesia. Alah takyah tunggu bulan puasa, lepas habis baca entri ni boleh terus pasang roller blade yang menyusur ke restoran Indonesia berdekatan. Ok hari ini saya ingin berkongsi 5 restoran Indonesia kegemaran. Ayuh teruskan membaca.

5) Bumbu Desa

Diuruskan oleh pasukan yang memiliki pengalaman lebih 10 tahun dalam industri F&B, Bumbu Desa menyediakan masakan Indonesia yang sahih untuk pelanggan. Ayat kalau nampak lain macam tu tandanya aku Google translate daripada laman web asal. Aku suka pergi Bumbu Desa sebab dia pamerkan lauk-pauk yang boleh anda baham di depan mata, so anda tak akan sekadar tertipu dengan gambar dalam menu saja (rujuk gambar daripada laman rasmi di bawah). Kalau pergi Bumbu Desa, aku suka pesan Talapia Goreng Sunda dia, dengan Ayam Cabai Ijo yang pedas menyebabkan kau nak mencarut sesuatu yang rhyme dengan Cabai tadi. Dulu selalu pergi kat KLCC, tapi la ni depa buka kat Alamanda, lagi syok la.


4) Wong Solo

Menyebut tentang makanan Indonesia, sunatlah kita mention pasal Ayam Penyet kan. Ya saya tahu ada banyak restoran Ayam Penyet di luar sana seperti Ayam Penyet Ria, Ayam Penyet AP dan Ayam Penyet Komuter UKM, tapi Ayam Penyet di Wong Solo lah yang paling membuat aku mencapai kemuncak syahwat di mulut. Teksturnya yang lembut di samping cabainya yang masam-masam pedas disudahi pula dengan kicap yang tidak terlalu manis, makan hari-hari pun tak boring. Murah pulak tu.

3) Ole-Ole Bali

Nama pun Ole-Ole Bali, makanannya pun berkonsepkan Bali la kot. Aku selalu pergi kat Sunway Pyramid tuh. Specialty dia selain makanan bertemakan Bali adalah keenakan grilled food dia. Mintakla grilled daging ke sotong ke ayam ke kuda laut ke semua ada. Babi tak sure ah ada ke tak tapi buat apa makan babi babi kan haram dimakan. Persekitaran serta ambiancenya memang tenang, lagu-lagu nasyid dari Bali sentiasa berkumandang di udara. Berhala pun banyak tapi jangan sembah pulak nanti terbatal iman.

2) Anggrek Kuring

Anggrek Kuring baru dibuka betul-betul di hadapan ofis aku di Cyberjaya, kat Shaftsbury Square, tingkat 3A, sederet dengan Serai. Ok harga dia memang lebih mahal daripada restoran Indonesia lain yang aku pernah pergi, tapi aku rasa berbaloi lah dengan kelazatan dan portion yang diberi. Pekerja dia pun memang authentic Indonesian kalau kena nasib kau baik dapatlah jumpa pelayan gadis yang berwajah seperti dalam sinetron tu. Kalau pergi Anggrek Kuring, aku selalu order set Nasi Timbel Ayam Bakar siap ada sate udang perghh. Cuma satu je yang tak best, masa kau nak order Empal Sapi (daging) mesti tak ada.



1) Cibiuk

Dan restoran Indonesia paling best bagi aku adalah......Cibiuk! Entah apa maksud Cibiuk dalam bahasa Indonesia pun aku tak tahu walaupun bunyinya seperti menyucikan sesuatu dengan air mutlak. Restoran Cibiuk ni best kerana, dia dekat je dengan rumah aku kahkahkah. Datang Bangi, pergi seksyen 7 ke arah highway Kajang tu, lepastu cari mana-mana rumah dan beri salam serta tanya di mana lokasi sebenar restoran tersebut kalau masih tak jumpa. Konsep Cibiuk ni sama macam Anggrek Kuring, tapi harga makanan keseluruhan adalah lebih murah. Satu lagi benda yang aku suka pasal Cibiuk ni dia ada stesen sambal yang pelbagai jenis (PERCUMA), so kalau kau bawak Tupperware, boleh tapau untuk jiran tetangga. Sate dia pun sedap dan unik, memang lainlah dengan sate orang Melayu.


Begitulah ulasan ringkas 5 restoran Indonesia kegemaran saya. Anda bagaimana pula? Ayuh kongsikan pengalaman anda! Barbie apasal gambar dia tiba-tiba nampak besar dalam entri ni terus aku rasa nak jilat ayam sunda si skrin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...