Tuesday, December 31, 2013

This Will Be The Last Post....

Aku tak tahu kenapa, tapi aku memang dah tak ada semangat nak menulis lagi. Kalau korang perasan, dulu aku boleh kemaskini blog hampir setiap hari. Sekarang ni, nak update seminggu sekali pun susah. Banyak benda yang berlaku menyebabkan aku patah semangat. Aku dah penat. Aku perlukan rehat. Ni sejak dah kahwin, lepastu dah dapat anak, aku tak dapat lagi nak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap blog ini. Mungkin itu tandanya aku patut berhenti menulis? Maka, di sini aku ingin nyatakan yang ini mungkin merupakan entri terakhir aku untuk tahun ini. Aku nak ucapkan terima kasih kepada korang semua kerana sudi membaca blog aku yang ntahapahapantah ni. Kalau semangat aku berjaya dipulihkan, aku mungkin akan kembali menulis pada tahun hadapan....

WOI WOI NI APAHAL SAMPAI NAK BERHIMPUN DI MALAM TAHUN BARU SEMATA-MATA NAK MEMBANTAH KEINGINAN AKU UNTUK BERSARA NI. DAHLA INTRO ENTRI NI AKU PLAGIAT DARI TAHUN-TAHUN LEPAS. Alah biasalah aku kan suka mencari perhatian dan memberikan perhatian kepada gadis hangat yang mendedahkan aurat. Esok tahun baru aku kembalilah menaip. Or mungkin bulan Februari / Mac / April / Mei / Jun / Julai nanti baru ada entri baru. Mana ada orang baca blog dah. Semua blogger dah dibunuh oleh media sosial lain seperti Twitter dan Instagram. Ok ok sempena tamatnya tahun 2013 ni, aku nak beri teks ucapan akhir tahun sikit. Kalau boleh sila baca dengan hailer untuk menambah efek kesyahduannya.

Dear Pembaca,

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Non Syariah Compliant kepada anda semua yang masih setia membaca blog ini. Saya punya manager ada beritahu, ada sesetengah peminat fanatik yang buka blog ini hari-hari mengharapkan entri baru aku muncul, namun mereka acapkali kecewa dan menumbuk dinding sehingga luka sebelum melakukan perkara yang sama pada keesokkan harinya. Saya sedar yang kadar penulisan sudah semakin berkurang dari hari ke hari tetapi sesungguhnyaaaaa takdir penentu segala (lagu Jamal Abdillah).

Sebenarnya, saya kerja pada malam ini so tak dapat nak menyambut tahun baru menogak botol minuman ringan sambil pura-pura mabuk. Kalian sambut tahun baru di luar ke? Ok bagi mereka yang dah berazam untuk berzina malam ini, mulakan pada pukul 11.59 malam, dan alami kemuncak syahwat pada pukul 12.02 pagi lepastu anda boleh brag kat teman-teman anda yang anda mengalami ejakulasi selama setahun. Kalian pernah tak dengar jenaka tahun baru macam tu? Alah yang dia masuk jamban malam tahun baru lepastu sedar-sedar dah tahun depan? Lame betul jenaka tu setelah diulang setiap tahun. At least tahun ni update lah sikit cakap masuk Villa Nabila pukul 11.59 lepastu keluar pukul 12.02 pagi. Terus keluar headline Mastika: "GEMPAR! HILANG DI VILLA NABILA PADA TAHUN 2013, MUNCUL TAHUN 2014! Apa benda yang aku merepek pun aku tak tahu.

So apa azam tahun baru kalian? Saja je tanya walaupun tahu six pack anda takkan muncul dan double chin anda akan menjadi triple chin. Azam tahun baru aku adalah untuk kurangkan rokok, banyakkan rukuk. Perghhhh power gila azam aku kalian jangan tiru woi. Padahal aku tak merokok pun. Merukuk pun kadang-kadang tertinggal juga. Astaghfirullahalazim. La tahzan. La isla bonita.

On a more serious Note 3, Happy New Year and thanks for reading!




Saturday, December 28, 2013

OH EM JI, SUDAH SETAHUN??

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda hari ini hari apa? Bagi yang menjawab hari Sabtu, anda memang seorang genius yang sukar dicari. Tetapi bagaimana pula jika anda baca entri ini pada hari Isnin mesti ada jawab hari Isnin bukan? Jadi untuk mengelak sebarang kekeliruan, biar saja yang jawab sendiri. Hari ini adalah hari Sabtu, 28/12/2013. Setahun yang lalu, pada pukul 2.05 pagi di Hospital Annur Bangi, telah lahirlah seorang gadis yang telah mengubah kehidupan saya. Menggunakan ayat klise 'pejam celik pejam celik tup tup' dah setahun dah umur anak saya Aryana. OH EM JI DAH SETAHUN DAH CEPATNYAAA. Eh eh tengok tu masih ada lagi tu pembaca yang meroyan sebab tak dapat menerima hakikat yang saya sudah berkahwin, keterunaan saya telah diragut serta kini memiliki seorang anak gadis. Bersabarlah, saat indah kan menjelma untuk anda juga. Ayuh teruskan membaca.

Mula-mula ingat nak cerita pasal pengalaman aku beranak. Maksud aku, pengalaman bini aku beranak tapi rasa macam anak tu keluar dari vagina aku pula. Takpe itu kita buat satu entri khas lain. Antara soalan lazim yang aku terima selain daripada bila nak dapat anak nombor dua walaupun umur anak aku baru satu tahun adalah; bagaimana kehidupan sebagai seorang bapa? Secara jujurnya ketika di peringkat awal, tak banyak sangat pun yang berubah. Orang kata anak baru lahir kau akan jadi letih, tak cukup tidur seterusnya berasa tertekan sekaligus mengakibatkan serangan kelemumur di kepala. Isteri aku berazam untuk membekalkan susu asli yang belum menjadi keju secara langsung dari tubuh sehingga umur anak genap dua tahun, so kalau anak bangun malam-malam apa sangatlah yang aku boleh buat kan. That's why tidur aku sentiasa cukup sebab tangisan anak itu hanya boleh disenyapkan menggunakan sesuatu yang bukan milik tubuh aku sendiri. Hik hik hik. So untuk ibu Arya serta ibu-ibu di luar sana, saya respect dengan kekuatan dan ketabahan anda semua. Uols memang Supermom!

Tapi itu peringkat awal saja. Apabila masuk fasa anak kau dah pandai untuk berinteraksi sambil menunjukkan emosi, di sinilah cabaran bermula. Sekarang ni tak kira lewat mana pun aku tidur, alarm clock akan berbunyi pada pukul 6 pagi. Mungkin lebih awal. ATATATA TIHH TIHH TIHH BEWWW BEWWWW. Ok tu bahasa bayi kalau diterjemahkan dalam bahasa orang dewasa mungkin ini maksudnya: "AYAH KAU BANGUN SEKARANG MAIN CAK CEKUP UDANG GAMIT DENGAN AKU LEPASTU TUKAR PAMPERS AKU". Baguslah at least takdelah tinggal Subuh ye tak hik hik. Rutin setiap hari berbeza tetapi sementara tunggu ibu dia sediakan makanan dan pakaian untuk keluarga, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menjadi seorang ayah yang fun. Yup, kena layan Arya main remote aircond, naik motosikal, baca buku elektronik, tunjuk ke arah kipas, buat jenaka fizikal, cabut fridge magnet nenek dia dan sekali sekala terpecahkan cawan Port Meirion tapi sempat kami hapuskan bukti. Sampailah dia letih terlena ataupun dia marah ayah dia kerana tidak memiliki payu dara.

Kehidupan sosial sudah pasti berubah juga. Dulu-dulu sebelum anak keluar, tiap-tiap minggu pergi tengok wayang. Siap boleh buat review filem kat blog lagi. Lepas Arya keluar, rasanya 2 kali je kot kami berjaya tengok wayang. Memang ketinggalan betul dengan scene perfileman tempatan mahupun antarabangsa. Oh tapi ini bukan kompelin. It's nice to spend time with your own family at home, walaupun kadang-kadang kau akan dibasahi kencing ketika baru nak pakaikan pampers. Satu benda yang tak berubah adalah tabiat shopping ibu dia. Dulu shopping kat Zara, la ni still shopping kat Zara lagi cuma Zara for Kids lah. Shopping di sini tidak bermaksud beliau mengeluarkan duit sendiri dan di sinilah saya harus memainkan peranan sebagai seorang ayah yang kool dan pemurah. Tiada lagi gajet dan konsol terkini, mahupun game-game terbaru di pasaran, sebaliknya kena tukar priority kepada barang-barang bayi di Mothercare. Apasal ada Mothercare tapi takde Fathercare.

Apa yang aku tulis ni hanyalah SEDIKIT saja daripada pengalaman menjadi seorang bapa. Nak tulis panjang lagi tapi keyboard dah nak habis bateri. Eleh kalau bukan sebab birthday anak kau memang terabai langsunglah blog ini bukan ujarku kepada diri sendiri. So Aryana binti Mohamad Faizal, walaupun Arya masih belum boleh membaca dan kalau Arya dah tahu membaca pun mungkin Arya malu nak baca blog ni; ayah ingin ucapkan selamat hari lahir, semoga membesar sebagai seorang juara yang solehah. Jangan melawan cakap ibu kalau lepas mandi nak pakai baju tu, cubalah kawal tahap amukan tu. Kalau kat sekolah, jangan ikut sangat perangai cikgu yang suka menguap tu. Akhir kata, we love you so much!



So ayuh kawan-kawan ucapkan selamat hari lahir untuk Arya sambil beri hadiah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...