Monday, December 29, 2014

OH EM JI, SUDAH DUA TAHUN??

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda semalam hari apa? Bagi yang menjawab hari Ahad, anda memang seorang genius yang sukar dicari. Tetapi bagaimana pula jika anda baca entri ini pada hari Selasa mesti ada jawab hari Isnin bukan? Jadi untuk mengelak sebarang kekeliruan, biar saja yang jawab sendiri. Semalam adalah hari Ahad, 28/12/2014. Dua tahun yang lalu, pada pukul 2.05 pagi di Hospital Annur Bangi, telah lahirlah seorang gadis yang telah mengubah kehidupan saya. Menggunakan ayat klise 'pejam celik pejam celik tup tup' dah dua tahun dah umur anak saya Aryana. OH EM JI DAH DUA TAHUN DAH CEPATNYAAA. Eh eh tengok tu masih ada lagi tu pembaca yang meroyan sebab tak dapat menerima hakikat yang saya sudah berkahwin, keterunaan saya telah diragut serta kini memiliki seorang anak gadis. Bersabarlah, saat indah kan menjelma untuk anda juga. Ayuh teruskan membaca.

Selalunya apabila hari jadi anak yang masih kecil, ibu bapa akan beriya-iya membuat parti liar kerana itu merupakan teknik yang paling jimat untuk mendapatkan pelbagai hadiah untuk anak. Akan tetapi tahun ini kami tidak menggunakan teknik tersebut, tahun depan mungkin. So tahun ni beli hadiah menggunakan wang sendiri hi hi hi. Ketika dinihari Subuh, kami berazam untuk pergi ke IOI City Mall bagi mengelakkan kesesakan manusia. Walaupun kau datang pukul 11 pagi, orang dah pun ramai, cuma kali ini banyak jugalah kedai yang dah buka. Lepas beli hadiah, kami terus pulang kerana ada aktiviti istimewa yang sudah diatur untuk Aryana.

Hobi Aryana adalah melukis maka kami belikanlah satu drawing board. Untuk mengasah lagi bakatnya, kami mengimport seorang kartunis daripada syarikat Les' Copaque iaitu syarikat yang menghasilkan animasi Upin dan Upin. Kartunis ini bernama Rendi. Dia agak hensem dan memiliki suara lunak yang bisa membuatkan tulang rusuk gadis dan sesetengah jejaka bergetar. Jika ada yang berminat untuk mengenali Rendi dengan lebih lanjut ataupun ingin mengupah beliau melukis di hari jadi anak anda ataupun melukis tubuh anda seperti cerita Titanic, anda boleh tulis di ruangan komen.


Anyway walaupun Aryana ketika ini hanya pandai baca ABC tak mustahil satu hari nanti kalau Aryana dah besar pergi Google nama sendiri lepastu jumpa blog ini, maka ayah ingin ucapkan selamat hari lahir yang ke-2, semoga membesar menjadi gadis yang kool dan beriman. Aryana kena share kalau makan biskut beruang tak bolehla makan sorang-sorang. Ayah dan ibu sayang Aryana!


Monday, December 15, 2014

Terima Kasih Bomba!

Aku terjaga dari tidur. Peluh dingin membasahi dahi. Entah kenapa aku rasa tidak tenang. Kedengaran laungan azan Subuh berkumandang di udara. Hati aku terus menjadi sebak secara tiba-tiba. Mungkin sebab dah lama tak solat Subuh tepat pada waktunya dan bukan Subuh gajah. Hakikatnya kesedihan tersebut sebenarnya datang dari peristiwa malam tadi apabila pasukan kegemaran Liverpool dibenam oleh pasukan syaitonnirojim Manchester United. Terguris hati aku melihat notification di telefon pintar di mana rakan-rakan menghantar mesej yang melukakan perasaan di Whatsapp, Twitter, Facebook dan Friendster pun ada walaupun aku dah lupa password. Aku redha, hidup perlu diteruskan. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupa gerimis rupanya gerimis mengundang ang ang ang tottemo daisuki Doraemon. Lagu Zamani Slam tu adalah metafora kepada kisah buruk tidak terhenti di situ kerana satu lagi peristiwa hitam menyusul. Ayuh teruskan membaca.

Aku dan isteri bangun awal seperti biasa, siapkan Arya untuk ke taska. Tiba-tiba aku terdengar satu jeritan manja di luar rumah lalu aku berlari-lari anak sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya kunci gate patah dan tersekat di dalam mangga, sekaligus menyebabkan kami sekeluarga terperangkap tak boleh keluar. Perkara kecil je ni kan? Berbekalkan ilmu Kemahiran Hidup aku yang dapat A semasa PMR, aku pun mengambil lah minyak masak untuk dilumurkan kepada kunci mangga mengharapkan kunci yang tersekat itu terkeluar. Minyak masak gagal, guna WD40 dan KY Jelly pun masih tak boleh juga. Langkah seterusnya adalah mengambil tukul besi untuk mematahkan kunci mangga tapi kalau senang-senang boleh pecahkan begitu saja buat apa orang jual kunci mangga untuk keselamatan ye tak.

Beberapa puluh minit berlalu. Badan dah berpeluh. Stress mula menguasai diri. Kami mula menuding jari menyalahkan pihak lain. Walaupun tiada kaitan, mama memarahi aku kerana tidak bersenam dan berperut buncit. Arya pula menangis kerana tidak suka melihat keluarganya bertengkar. Aku menghirup nafas dalam-dalam dan menyanyi lagu ini. "If there's something strange, in your neighborhood. Who you gonna call? HARON DIN!" Ok Haron Din mungkin tak dapat bantu dalam hal ini so kita call orang kedua yang penting, BOMBA!

"What the what takkan tak call Bomba sebab terkunci dalam rumah!," tegas wife aku. Betul juga, tapi ini pun kira kecemasan siapa lagi yang boleh bantu kau awal pagi ni? Aku selalu tengok dalam TV bomba ada gunting gergasi untuk kerat besi so mereka pasti boleh membantu. Dengan rasa ragu wife aku call bomba untuk mengadu masalah. Fuhh kalau kau pakai HP sendiri mereka terus tahu identiti kau, memang tak boleh nak buat panggilan hangit. Mereka ada series of questions dan arahan yang anda perlu penuhi sebelum mereka sambungkan anda kepada bomba seperti:

1) "Berapa orang yang terperangkap dalam rumah?"
2) "Ada orang tercedera?"
3) "Jauhkan diri dari tempat kejadian!"

Setelah memberi maklumat yang diperlukan, kami duduk di ruang tamu menanti sambil mengharapkan agar bomba tidak datang dengan trak besar warna merah tu kerana tak mahu menjadi bahan umpatan jiran. Lepas 10 minit, bomba dah sampai. Pantas! Of course apa yang diharapkan tidak selalunya kita dapat....


Setelah menjelaskan situasi kepada abang-abang bomba tersebut, mereka mengeluarkan gunting besar yang orang selalu guna untuk potong besi ataupun sunat penis gergasi yang macam kau selalu tengok dalam CSI tu. KETAP! Sekali gunting je rantai besi yang dimangga tu terputus.


Wau siapa sangka hari ini berlaku peristiwa sebegini. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada abang-abang bomba yang sanggup datang awal pagi menyelesaikan KECEMASAN kami ini. Ada juga terfikir "nak ke mereka layan kes remeh macam ni?". Of course mereka menjalankan tugas dengan pantas, penuh dedikasi tanpa sebarang komplen. Tak tahulah time balik tu mereka gelakkan kami ke apa tapi it doesn't matter lah kan? Mereka datang bila kami memerlukan tanpa meminta sebarang balasan. Aku pulak of course jadi jakun mestilah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan hero-hero gagah ini.


Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada abang bomba. Jika kalian ada masalah kecemasan selain daripada masalah kewangan diburu Ah Long, jangan ragu-ragu untuk meminta bantuan daripada mereka. Terkunci dalam bilik air, penis tersekat di lubang isi minyak kereta mahupun anak kucing tersangkut atas bumbung, semua mereka boleh selesaikan. #RESPECT

Monday, November 24, 2014

Mengapa Anda Harus Tangguhkan Hasrat untuk ke IOI City Mall



Hai apa khabar semua? Jika anda duduk di lembah Klang, khususnya di kawasan Bangi / Seri Kembangan / Putrajaya, anda mungkin akan ternampak sebuah kompleks membeli-belah yang baru dibina di sebelah Hotel Marriott Putrajaya. Kompleks ini nampak besar nak arwah tetapi rasanya untuk gadis-gadis berjalan selama 3 jam dan akhirnya tidak membeli apa-apa memang tidak menjadi masalah. Aku bekerja di Cyberjaya so hari-hari lalu kat highway sebelah tu dari masa dia mula-mula letak batu bata yang pertama, sehinggalah saat mereka menampal huruf 'L' untuk melengkapkan logo IOI City Mall. So tak hairanlah apabila mereka mengumumkan kompleks tersebut akan dibuka pada 20 November tempoh hari, aku dapat kecapi kemuncak syahwat sehingga mewajibkan mandi. Tapi hari Khamis kerja, so aku pun merancanglah untuk pergi ziarah pada hari Sabtu minggu yang sama. Dahla dekat dengan rumah 15 minit je dah sampai kalau naik kereta. Kalau naik roller blade mungkin lambat sikit. So best ke tak mall tersebut? Jika anda masih belum lagi menjejakkan kaki mahupun tangan (jika anda breakdance) ke sini, anda boleh baca isi-isi penting mengapa anda tidak perlu tergesa-gesa untuk berbuat sedemikian.

1) Orang terlalu ramai

Standard lah shopping mall besar dan gah ramai orang datang. Macam Midvalley lah kalau dia buka 24 jam kau akan nampak orang solat berjemaah di surau pada waktu Subuh lagi sebab orang ramai. Tetapi 'terlalu ramai' yang dimaksudkan di sini adalah sampai tahap sesak macam di pasar malam, asyik berlaga bahu dan perlu berhenti banyak kali sebelum sampai ke destinasi. Itu pun kalau kau tahu destinasi kau ke mana since baru first time datang kan. Semua ini terjadi kerana semua orang terlalu excited untuk melawat mall ini termasuklah saya sekeluarga. Bukan saja saya sekeluarga, Khairul Afandi sekeluarga dan Shuhud sekeluarga pun datang pada hari yang sama punyalah jakun orang Bangi ni. Mungkin semua orang memiliki sifat kehipsteran yang tinggi rasa cool datang awal nak ambil gambar untuk dimuat naik ke Instagram. Kesan paling ketara adalah apabila kau pergi ke tingkat bawah sekali di tempat makan. Punyalah ramai orang sampaikan kedai yang boleh jumpa di mana-mana seperti KFC pun kau kena tunggu at least 45 minit untuk dapat tempat duduk. Tony Romas dah buka tapi kau kena duduk di antara dua sujud di kat atas lantai kalau nak makan tulang rusuk. Maybe next weekend dah kurang kot orang dah tak eksaited sangat.

2) Kedai banyak belum buka

Selain nak nampak cool datang awal agar dapat berlagak dengan rakan sekerja, tujuan aku datang ke mall itu instead of mall yang lebih tenang seperti Alamanda adalah untuk membeli seluar baru. Berdasarkan kajian yang dijalankan, ada butik Levi's di situ dahla tengah buat year end sale. Since aku beli seluar setahun sekali tak macam gadis beli seluar / skirt tiap-tiap minggu tapi tak pakai, aku memang teruja la tambahan pula gaji baru masuk. Namun begitu impian aku remuk bagai kaca terhempas ke batu apabila nampak kedai tersebut masih lagi dalam proses renovasi. Banyak lagi sebenarnya outlet gah yang wife aku suka belum buka lagi (or maybe aku tak jumpa) seperti Mothercare, Stride Rite, GSC, District 21, bla bla bla. Tempat makan dengar cerita ada Dubur-Dubur, NY Steak Shack, Magnumfield, Magnum 4D Café,bla bla bla semua belum buka lagi.

3) Kemudahan terbatas

Di zaman teknologi maklumat ini, perkara pertama yang kau ada sedari bila masuk ke mall ini adalah tiada koneksi 3G mahupun 4G. Kalau nasib baik dapatlah E sikit. Itu pun kau kena hulur telefon bimbit ke luar tingkap. Kalau tiada pelan data, bagaimana mahu Insta makanan tengahari kita! Lepastu pada sesetengah tempat, kau akan tiba-tiba rasa panas kerana tiada aircond. Oh tandas di mana nak terberak ni. Tandas di depan mata, cuma tutup saja so kau kena pinjam pampers anak dan berak. Di tempat parking pun pening juga bila nak balik kerana tak tahu bagaimana nak keluar akibat kekurangan panduan yang bersistematik.

Begitulah antara sebab-sebab mengapa anda boleh tangguhkan niat untuk ke IOI City Mall. Oh jangan salah faham luahan hati ini hanyalah bersifat sementara kerana saya yakin menjelang tahun baru Cina 2015, segalanya akan menjadi sempurna. By then, kedai semua dah buka, kemudahan asas semua lengkap dan berfungsi serta husband's chair pun banyak tersedia. Orang kerajaan pun dah move on taknak ponteng kerja di Alamanda. Saya cuma tak mahu anda mengalami pengalaman buruk dalam lawatan pertama anda. Mengambil bait lagu In Team yang paling popular, "Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma juaaaaa....". Anyway, ada yang dah pergi? Kongsikan pengalaman anda juga.

Friday, October 24, 2014

Mengkaji Jenis-Jenis Group WhatsApp



Hai apa khabar semua? Di era teknologi maklumat ini, boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon pintar. Hinggakan sepupu anda yang baru masuk darjah satu pun dah ada iPhone. Masa kau darjah satu kau ada apa? Kau ada telefon juga tapi guna untuk minum air. Anyway, apabila telah memiliki telefon pintar, satu applikasi yang wajib kita install adalah Whatsapp. Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi sesama insan di mana jua kita berada kerana faktor kesenangan dan murah. Salah satu kegunaan Whatsapp adalah fungsi untuk membentuk kumpulan yang membolehkan kita berbual-bual dengan ramai orang secara serentak. Maka hari ini kita akan membincangkan tentang jenis-jenis group Whatsapp yang wujud. Ayuh teruskan membaca.

Group BFF

Group ini semua orang ada, melainkan anda dipulaukan rakan-rakan. Group ini terdiri daripada teman baik sejak kecil yang membesar bersama, bersekolah bersama, tengok porn bersama serta mendoakan kesejahteraan ahli setiap kali selepas solat. Group ini tiada konsep perbincangan yang tetap, semua benda pun boleh layan tak kiralah yang baik mahupun buruk. Buruk lebih kerap kot. Group ini juga sering dipersalahkan jika isteri ternampak gambar ataupun video mencurigakan yang disimpan di dalam telefon dengan alasan "Eh tu bukan saya punya tu budak-budak team Bangi yang hantar tu...."

Group Rakan Sekerja

Group ini diwujudkan atas semangat cintakan syarikat di mana rakan sekerja akan bercerita tentang hal-hal kerja dalam nada yang tegas. Mula-mula je macam tu tapi lepas beberapa ketika group tersebut dijadikan sebagai medium untuk mengumpat majikan.Segala caci maki, carutan dan disudahi dengan gambar bos yang dijadikan meme semuanya dilontarkan dalam keadaan marah.

Group Sanak Saudara

Sedang kita asyik berak sambil membaca laman blog gossip, tiba-tiba kita mendapat notification yang kita telah dimasukkan ke dalam group yang terdiri daripada ahli keluarga. Besar sekali group ini kerana sepupu, anak saudara kita yang masih kecil pun dah ada telefon pintar. Padahal bila balik kampung jumpa sepatah haram pun tak pernah berbual mesra. Hari-hari kita terpaksa melayan jenaka hambar yang kita dah tahu kerana semuanya diambil daripada Facebook dan Twitter. Nak quit group tak sampai hati kerana tak mahu situasi awkward bila Mak Ngah kau tanya "Eh Shuhud kenapa quit group ya? Benci kat Mak Ngah ke?"

Group Anti Kerajaan / Pro Kerajaan

Kadang-kadang kita tak tunjukkan pun hala tuju politik kita sokong mana. Merungut harga minyak naik sikit je, terus dimasukkan ke dalam group Anti Kerajaan. Pap pap pap pelbagai fakta dan teori tentang cincin, lembu, kapal selam, Altantuya, Kangkung semua keluar. Bagi yang dimasukkan ke dalam group Pro Kerajaan pula, mereka banyak didedahkan dengan jenaka punggung. Adalah sekali dua puji gaya kepimpinan Najib tapi akan berakhir dengan jenaka dubur juga.

Group Konspirasi Teori

Group ini pula sering membincangkan tentang misteri-misteri yang berlaku di dunia ini. Group ini adalah group yang serius dan mereka tidak suka jika teori mereka dipersoalkan kerana mereka telah membuat kajian yang mendalam melalui Google dan kadang-kadang dicopy dari group konspirasi teori yang lain (yang membuat kajian melalui Google juga). Antara perkara yang sering didebatkan adalah misteri kehilangan MH370, misteri artis barat mana yang Illuminati mahupun misteri kenapa banyak sangat orang jahat di kampung Tok Adi Tanah Kubur.

Group Pakai dan Buang

Group ini adalah group sementara yang direka orang seorang individu yang ingin membuat pengumuman tentang sesuatu, lalu dengan tenang menambah rakan-rakan secara bertalu-talu, lepastu bila dah habaq apa yang mereka mahu, mereka pergi meninggalkan group bagaikan angin bayu. Kalau korang perasan ayat-ayat sebelum ni semuanya rhyme siot. Anyway bila pencipta group dah quit, tinggalkan orang semua terpinga-pinga dengan hala tuju group tersebut.

Group Malas Taip So Guna Voice Messaging

KALAU MALAS TAIP CALL JE LAH TERUS

Group Drop Location

Group ini tak banyak bercakap, tetapi lebih banyak share location di setiap tempat yang dilawati oleh ahli group tersebut. Nampak seperti aneh tetapi ini sebenarnya aktiviti yang normal. Kadang-kadang nak nampak beriman, lalu depan masjid kita pun share lah location masjid. Nak nampak seram, kita share location di kawasan perkuburan. Nak nampak kaya, kita share location di kedai beg tangan Jurulatih.

Group Tazkirah

Group ini macam tabligh in real life lah, dia datang ketuk pintu bilik kau, jenis iman rapuh macam kita ni malas je nak dengar tapi gagahkan juga diri pakai seluar panjang dan buka pintu. So bila dah orang dah add kau dalam group tu, nak quit rasa berdosa pula so kau pun dengar jelah segala nasihat dan ilmu yang diturunkan. Bagi menunjukkan kau punya participation, kau replylah sekali sekali dengan emoticon jari tunjuk good tu ataupun syukran. Kalau group tazkirah perempuan selalunya akak tazkirah senior akan menegaskan tentang konsep bercinta selepas kahwin. Memanglah sebab dia single lagi kah kah kah.

Group Mute Tiap-Tiap Minggu

Come on kita semua ada group sebegini. Group yang kita lebih rela tak sertai tapi tak sanggup nak keluar kerana tak mahu mengguris hati ahli group lain. Group ini boleh terdiri daripada mana-mana group yang dibincangkan di atas. Oh aku pakai Windows Phone dan Whatsapp mereka hanya boleh mute seminggu. Untunglah mereka yang boleh mute 100 tahun hehe.

Begitulah antara jenis group-group Whatsapp yang wujud. Ada juga group-group Whatsapp yang lain seperti Group Berbual 2 Orang Tapi Taknak Whatsapp Orang Tu Terus, Group Berdosa Yang Share Video Mirip UAI mahupun Group Ingin Menyentuh Anjing yang saya tak dapat nak huraikan kerana bateri laptop nak habis (tipu). Ada group yang lain tak? Jika anda berada di dalam group-group di atas, ayuh bincangkan pengalaman anda.

Tuesday, September 9, 2014

The Fault in Our Mamaks

Hi apa khabar semua? Bagi yang mengharapkan tajuk di atas ada kaitan dengan siri romantis mengalir air mata dan mazi 'The Fault in Our Stars', anda bakal hampa. Sebaliknya, hari ini kita akan bercerita tentang mamak ataupun mapley. Adakah anda selalu pergi makan di mamak ataupun lepak tengok bola sehingga azan Subuh memanggil? Dulu zaman saya muda-muda selalulah lepak dengan rakan-rakan sampai pagi tapi sekarang dah tua ni pukul 9.30 malam pun dah mengantuk nak lepak apanya. Apapun setelah beberapa belas tahun kita berkecimpung dalam arena permamakan, kita kini dapat mengenali karekteristik ataupun tabiat kurang senang yang dilakukan oleh mamak. Kali ini kita akan mengupas tentang tabiat-tabiat tersebut. Ayuh teruskan membaca.

1) Ambil order tapi taknak tulis

Bagi pelayan mamak yang rasa diri mereka sudah perpengalaman dan memiliki kuasa minda Professor X, mereka rasa mereka tidak perlu menulis apa yang kita pesan. Ok kalau seorang dua orang yang makan, mungkin dia boleh ingat, tetapi kalau 10 orang?

"Teh tarik satu!"
"Saya pun!"
"Saya nak teh tapi tarik 3 kali je"
"Ok saya nak mee. Tapi meelo ais la"

Boleh ke ingat kalau tak tulis? Dia pun cakap ok terhadap semua. Lepas ambil order 5 minit dia datang balik kat meja, dia tanya balik kita mahu apa. What the what? Kita sendiri pun tak ingat apa yang kita order ok. Itu kalau jenis tanya balik ini yang terus datang dengan order entah apa-apa lagilah sentap. Order roti sardin dia pergi bagi gambar Zain Saidin. Apa ini.

2) Password wifi tak pernah betul

Dalam era teknologi maklumat ini, kemudahan Wifi adalah sesuatu yang penting. Pergilah mana-mana mamak pun, mesti ada Wifi punyalah. Untuk memudahkan pengguna, mereka menampal password Wifi di dinding dengan font Comic Sans, MAMAKGHAIRAH@123 (contoh). Lepastu kita pun masukkanlah password tersebut. Namun begitu, kebarangkalian password tersebut boleh dipakai adalah 20% saja. Lepastu bila kita tanya pelayan, password yang mereka beri memang lain betul apa yang tertera di dinding. Kalau masih tak dapat, mereka akan kata "ooo ini sudah rosak" macam kita ni buta IT. Tapi aku rasa kegagalan untuk meletak password ini sebenarnya sudah dirancang oleh mamak kerana mereka ingin kita berinteraksi sesama manusia, bukannya lepak bersama tetapi sekadar tengok telefon pintar.

3) Kurang manis? Nope.


"Anney bagi saya teh tarik satu"
"Ok saya pun teh tarik, TAPI KURANG MANIS OK, KURANG MANIS! NAMPAK TAK SAYA DAH CAPS LOCK DAN TANDA SERU NI UNTUK MENUNJUKKAN KESERIUSAN SAYA"

Begitulah situasi bila kita order dua benda yang sama dengan kandungan gula yang berbeza. Bila air dah sampai, dia main letak je air tersebut di atas meja. Bila kita tanya mana satu yang kurang manis, dia akan buat-buat tengok pada tukang buat air lepastu tukang buat air buat isyarat tangan universal "dey take it and go" Russell Peters. Lepastu kita boleh nampak mulut dia terkumat-kamit bisik "Pak Ali tendang bola masuk gol" untuk membuat keputusan mana satu air yang kurang manis. Kita pun bukan tahu mana satu unless kita rasa air kawan kita sekali.

4) Layanan buruk terhadap air kosong

Kebanyakan mamak tidak mengenakan sebarang cas terhadap air kosong. Namun begitu layanan yang diberi terhadap pemesan air kosong adalah buruk sekali. Kalau order air kosong, mungkin lepas 20 minit baru dapat. Itu pun dah 3 kali order. Kalau minta air suam, dia bagi kau air panas yang berasap-asap lagi.

5) Peluh dan bulu

Peluh dan bulu adalah sesuatu yang memang sinonim dengan mamak, malahan identiti sesuatu mamak itu ditentukan dengan berapa banyak percikan peluh mahupun bulu-bulu berlingkaran yang kita boleh jumpa di dalam mee goreng kita. Cuba kau tengok masa dia tengah goreng mee tu, takkan tak nampak percikan peluh masuk dalam kuali? Oh ini bukan kompelin, sebab kalau takde peluh, memang takde seasoning langsung la mee goreng kita so kita patut bersyukur.

6) Mamak Cupcake

Mamak Cupcake jika kita tafsirkan secara literal, mungkin kita boleh kata ini cupcake versi mamak yang diadun macam point nombor 5 tadila, peluh dan bulu. Akan tetapi Mamak Cupcake yang dimaksudkan di sini adalah filem Melayu terbaru di panggung wayang. Dengar khabar dah nak dapat juta-juta dah kutipan. Mmmm no komenlah nanti kalau kritik Grand Brilliance sentap, lepastu tiba-tiba pulak Ahamd Idham muncul kata kalau tiada ilmu perfileman jangan komen pasal filem. KAU SEMUA NI TIN KOSONG YANG MENYALAK BAGAIMANA NAK MAJU! (Ahmad Idham kata bukan saya). Saja je aku letak point Mamak Cupcake ni nak bagi macam entri nampak panjang walaupun tiada kaitan sangat.

Begitulah antara suasana di mamak. Memanglah saya banyak ezajerit tetapi adakah perkara-perkara di atas akan membuat anda berhenti pergi mamak? Sudah pasti tidak. Rakan-rakan aku kata hisap rokok di mamak lebih best daripada hisap rokok di The Chicken Rice shop. Boleh tengok bola, boleh makan tandoori sindoori cosdoori, dan yang paling best adalah dapat melepak dengan BFF kau berjam-jam bergelak tawa tanpa dihalau! So korang selalu lepak mamak mana? Dulu kami lepak Ameerali seksyen 15 Bangi, sekarang dah move on ke Haji Tapah Bistro di seksyen 7. Jika anda ada point lain yang menarik, ayuh kongsikan bersama. Oh by the way kalau pergi mamak bawah ni di Penang hati-hati order roti telur dapat roti canai dengan telur sebiji kahkahkah.


Wednesday, August 27, 2014

Kompilasi Nasihat Membina di Gambar 'Rindu Awak 200%'


Hai apa khabar semua? Ok so apparently tweet 'Rindu Awak 200%' telah menjadi viral di alam maya dan banyak dikongsi di Whatsapp group. Hot FM pula pergi share screenshot tweet aku pasal 'Rindu Awak 200%' tu di laman rasmi Twitter dan Facebook mereka. Ketara sekali tweet tersebut berunsur jenaka, dan berdasarkan komen majoriti, ramai yang mengerti dan gelak ha ha ha. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat kita yang tiada unsur humor di dalam diri dan mengambil serius tentang semua perkara. Di sini saya ingin membuat kompilasi komen-komen serius serta nasihat membina bagi membahagiakan rumahtangga. Ayuh teruskan membaca.



Yes. Nokia Lumia 1520 to be exact. Microsoft hingga ke syurga!


Begitulah antara komen-komen yang mencuit hati. Saya pasti ada banyak lagi tetapi letihla nak go through satu-satu. Komen anda bagaimana pula? Jika anda mengantuk dan inginkan hiburan, ada boleh pergi ke laman FB rasmi Hot FM dan baca komen-komen serius di gambar tersebut. Ok sekarang ni depa tengah bergaduh tentang siapa yang patut lipat kain dalam keluarga.

Monday, August 25, 2014

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Rindu Awak 200%


Hai apa khabar pembaca? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh TV3, drama yang paling popular pada masa kini adalah 'Rindu Awak 200%' yang ditayangkan di slot Akasia. Lebih daripada 6 juta penduduk Malaysia berhenti melakukan aktiviti lain dan bersatu padu untuk berada di hadapan televisyen pada pukul 7 petang untuk mengikuti drama tersebut. Ok statistik tersebut hanyalah sekadar exaggeration tetapi anda boleh lihat fenomena ataupun ketagihan ini dengan jelas terutamanya di alam fana dan alam sosial. Harus saya nyatakan di sini yang saya tidak pernah menonton satu episod penuh pun siri ini, tetapi oleh kerana siri ini memberi impak yang besar terhadap orang Melayu kita termasuklah ibu dan rakan-rakan terdekat, maka di sini saya ingin berkongsi tanda-tanda anda ketagihan siri Rindu Awak 200% ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Produktiviti anda meningkat di tempat kerja. Ini kerana anda bertungkus lumus menyiapkan semua kerja ada agar anda dapat tiba di rumah tanpa sebarang emosi negatif yang dibawa dari pejabat agar tidak mengganggu sesi Rindu Awak 200% pada pukul 7. Kawan ajak lunch, anda tolak. Jejaka hangat ajak minum petang, anda reject. Kalau anda habis kerja pukul 6, pukul 5.45 lagi anda dah tunggu di hadapan pintu dengan tangan terketar-ketar nak tag out. Tepat pukul 6 anda terus memecut ke rumah memandu seperti Kimi Raikkonen kerana hati anda akan remuk jika terlepas lagu tema Rindu Awak 200%. Maka jika anda terlihat orang memandu bagaikan orang mabuk tapai di waktu petang, berilah laluan kerana mereka ingin menonton siri Rindu Awak 200%. Mungkin juga sebab nak terberak.

2) Anda kini menerapkan elemen 200% di dalam hidup anda. Segala apa yang anda buat, semua anda buat dengan usaha 200%. Contohnya kalau buat kerja, anda kini rajin, ataupun malas 200%. Kalau nak berak, anda berak 200% agar dubur anda lebih suci. Kalau nak boikot McD, anda boikot 200% itu yang siapa ada sticker McD di kereta pun anda hentak dengan apit G. Tapi pickupline 'Rindu Awak 200%' tu, kalian pernah guna ke? Aku saja-saja Whatsapp wife aku kat sebelah konon-konon sweet tapi dapat reply camni je. Well mungkin sebab isteri aku tak tengok cerita tu so dia tak boleh appreciate.


3) Siri Rindu Awak 200% ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Liyana Zahim. Sebagai seorang yang fanatik dan hipster, pastilah anda mengaku yang anda dah baca novel tu lama dah. So sambil menonton siri tersebut di televisyen, tanpa disuruh anda dengan tenang dan takbur menjelaskan tentang babak-babak yang sedang bermain. Spoiler? Well padan muka mereka siapa suruh tak baca novel dulu. Sambil itu anda turut membuat perbandingan tentang maklumat terperinci di novel dengan apa yang digambarkan di televisyen. Contohnya, kening Zill Faezrul di dalam novel tidak tebal dan bersambung macam Zill Faezrul di dalam televisyen.

4) Apabila menonton siri Rindu Awak 200% ini, anda tidak dapat menahan emosi. Segala perasaan suka duka mesti diluahkan terutamanya ketika membuat komentari secara langsung di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Jika anda nampak status-status seperti "OMGGGGGGGGGGG SWEETNYA DIAAAAA", "TOLONGLAH ZILL PELUK AKU DARI BELAKANGG OHHHHH" ataupun "BODOH LA BETINA NI PELUK LAKI ORANGG", ketahuilah yang mereka sedang menonton Rindu Awak 200%. Yang tak tengok siri tersebut pun taknak ketinggalan tweet untuk menunjukkan mereka lebih mulia seperti "ASTAGHFIRULLAH DRAMA SEBEGINI MERUPAKAN DAKYAH YAHUDI BUAT KITA LALAI TAK SEMBAHYANG MAGHRIB". Alah rileksla kita kena sangka baik mereka sebenarnya solat Maghrib masa iklan kau apa tahu.

5) Masih lagi dengan bab media sosial, sebagai seorang yang fanatik, anda akan turut menukar nama anda menjadi watak-watak dalam siri tersebut. Yang rasa diri tu kacak dan sweet, akan mengubahsuai nama untuk menjadi Zill Faezrul. Yang gadis pula, semua dah tukar gambar profile jelita Armel Aisya. Cuba tengok dalam friends / followers list anda, ada berapa ramai Zill dan Armel?


6) Selesai siri tersebut, mana boleh move on lagi. Kita kena buat post mortem tentang setiap episod di dalam group Whatsapp Rindu Awak 200%. Tidak kurang juga perbincangan secara ilmiah di forum Cari, laman Facebook Rindu Awak 200% serta menekan butang 'Like' dan memberi komen menbina bagi setiap gambar Zill dan Armel yang letak caption seperti "Bagi LIKES paling maksimum untuk mereka" serta "Komen 'Saya minat sangat drama Rindu 200%' "

7) Sebagai fanatik siri Rindu Awak 200%, anda sudah pasti telah menghafal lagu-lagu yang dijadikan soundtrack untuk siri tersebut juga. Lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untuk Ku" dan lagu "Maafkan Aku" nyanyian Asfan memang anda dah hafal 200%, lebih lancar daripada doa qunut. Jika anda call gadis-gadis di pejabat secara rawak, 60% akan memainkan lagu-lagu tersebut sebagai nada sering. Kalau masa kenduri kahwin ataupun kenduri bersunat pun dah bercadang nak main lagu tu.


8) Akibat terlalu menghayati siri Rindu Awak 200% ni, gadis-gadis telah mula membentuk imej separa sedar di dalam minda yang lelaki di luar sana adalah sweet, kacak, badan berketak-ketak ada 6 pack dan bekerja sebagai pilot. Mereka telah set expectation yang itulah ciri-ciri yang mereka inginkan pada seorang lelaki. So kalau ada jejaka approach gadis-gadis dan mereka tak menepati ciri-ciri tersebut memang akan direject mentah-mentah. Mana wujud lelaki macam Zill Faezrul tu :(

9) Sudah menjadi satu trend untuk menamakan anak-anak berdasarkan nama watak dalam siri popular. Bila anak anda darjah satu nanti, bila cikgu sebut nama Zill Faezrul dan Armel Aysha, hampir separuh kelas akan angkat tangan. Ada jugalah sorang dua yang letak anak dia nama Raizil walaupun mereka berkulit gelap mengharapkan mereka berwajah orang putih ketika besar.

10) Anda berasa marah bila orang membuat entri parodi tentang Rindu Awak 200%. Eh? Siri ini akan tamat minggu ini, dan mengetahui kenyataan tersebut, anda menjadi runsing 200% dan rambut anda mula berkelemumur. Janganla risau nanti akan ada ganti siri tv baru yang diadaptasi dari novel yang lain.

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang yang ketagihan siri Rindu Awak 200%? Jika anda ada mengenali rakan-rakan mahupun sanak-saudara yang fanatik siri ini, kongsikan entri ini dengan mereka dan lihat apa reaksi mereka. Rindu Awak 200%!

Thursday, August 7, 2014

OMG I'M SO PUNNY





Ya itu saja kemaskininya untuk kali ini kerana benda yang buat orang #mudahterhibur harus dikongsi. Selamat Hari Raya yang ke-11 bagi mereka yang menyambutnya. Jangan lupa jemput saya datang ke open house.

Sunday, July 27, 2014

"Bila Nak Kahwin?"

Hai apa khabar semua? Adakah ketika membaca entri ini, anda masih tersekat di dalam kesesakan di lebuhraya dalam perjalanan pulang ke kampung halaman? Anda patut jadikan pengalaman tersekat di dalam jem ini sebagai persediaan di masa hadapan. Next year kalau nak balik Kelantan ke terus pakai terus baju raya so bila anda sampai pada pagi raya, boleh terus pergi beraya tanpa perlu bersiap lagi.

Anyway seperti biasa kalau balik ke kampung halaman, anda pasti akan berhadapan dengan soalan-soalan klise daripada Mak Ngah ataupun Pak Lang anda. Soalan-soalan ini adalah soalan yang sama setiap tahun, dan walaupun anda dapat menjawab soalan-soalan tersebut, anda akan dihidangkan dengan soalan lanjutan pula. Cycle ini tidak akan berhenti sehinggalah tiba giliran anda untuk menjadi tua dan annoying dan membalas dendam dengan bertanyakan soalan yang sama kepada generasi seterusnya. Kali ini, saya ingin mengupas soalan yang paling common, dan memberi tips bagaimana untuk counter soalan tersebut agar mereka diam tak tanya soalan itu lagi. Ayuh teruskan membaca.

1)

"Bila nak kahwin?"

"Susahla Mak Ngah, kat sini perkahwinan gay tak dibenarkan. Tak tahu dah nak ikhtiar macamana..."

2)

"Bila nak kahwin?"

"Bila Izrail datang memanggil jasad terbujur di pembaringan....tapi dalam situasi ni harap Izrail panggil makcik"

3)

"Bila nak kahwin?"

"Bila tiba hari raya semua insan bergembira. Tetapi bagiku hanya kesedihan yg menyelubungi hidup. SIAPAKAH YANG SUDI.."

4) (yang ni kena berpakat dengan Pak Ngah)

"Bila nak kahwin?"

"Entahla Mak Ngah..."

"Mmm sayang taknak tanya soalan tu kat abang ke?" (Pak Ngah menyampuk)

5)

"Bila nak kahwin?"

"Saya dah kahwin la Mak Ngah. Dasar orang tua nyanyuk..." (part ni kena berbisik)

Dah la wei mak mertua aku dah panggil tu suruh anyam ketupat palas Jazz. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca tak kiralah peminat fanatik dari dulu mahupun orang rawak yang tersentap dengan entri-entri parodi terutamanya peminat tudung Fareeda. Semoga anda semua bahagia beraya di samping keluarga tercinta. I lap uols. Weh malam raya dok baca blog pasaipa pi tolong mak kat dapoq woit. SELAMAT HARI RAYA WOIT!


Wednesday, July 16, 2014

#CDM25

Well since isu gadis Peugeot #CDM25 ni dah jadi viral, terpaksala aku turut serta buat jenaka.


Ala memangla kita marah dengan tindakan dia maki hamun dan ketuk kereta pakcik tu, tapi kalian janganla hina dan malukan Kiki teruk-teruk. Ini kerana satu hari nanti, dia akan muncul juga dalam salah satu episod Tanah Kubur yang berjudul "Balasan Mengetuk Kereta Orang Tua Dengan Steering Lock" untuk pengajaran semua.

Banyak benda yang kita boleh pelajari daripada hal ini. Contohnya, kalau kita rapuh Iman tak kisah pun ada malaikat yang mencatat amalan di kiri dan kanan, at least sebelum berbuat jahat pandang jugalah kiri kanan untuk memastikan tiada orang yang rakam. Besides, isu #CDM25 ni boleh dijadikan inspirasi untuk membuat iklan raya. Contohnya, pada satu hari, ada seorang Pakcik Tua yang secara tidak sengaja terlanggar kereta Peugeot seorang gadis. Gadis itu terus sentap lalu mengeluarkan steering lock beliau untuk mengetuk Pakcik Tua tersebut. Tiba-tiba kedengaran takbir raya di latar belakang dan mereka pun bersalam-salaman. Fuhh power betul iklan raya aku lagi power daripada iklan raya Petronas.

Friday, July 11, 2014

Kasih Isteri Membawa Ke Syurga

Fuhh tajuk dah macam novel cinta Melayu yang meletup dan bakal dijadikan siri televisyen pula. Hai apa khabar semua? Bagaimana dengan penyakit gastrik anda yang hanya muncul pada bulan puasa? Semoga cepat sembuh. Semalam lepas sahur, aku tengok Argentina vs Belanda kakaka padan muka #LouisVanGagal. Dah habis match aku pun berzikir sebelum solat subuh berjemaah di surau. Astaghfirullahalazim menipu kan berdosa so ayat sebelum ni kira batal.

Anyway semalam aku masuk kerja petang, tapi aku tak tidur balik lepas sahur sebab aku dah berazam untuk menjadi produktif dengan membantu isteri membuat kerja rumah. So di saat kedengaran bunyi kokokan ayam, aku sudah berada di luar rumah membersihkan kandang Megatron. Lepastu aku pergi buang sampah. Lepastu aku siram pokok pegaga yang bini aku tanam. Akhir sekali aku dengan tabah membasuh kain yang berlonggok di dalam bakul. Kedengaran seperti suami idaman kalian bukan? Yelah bukan senang nak cari suami kacak tapi rajin buat kerja rumah.

Namun begitu di sebalik kerajinan yang ditokok tambah itu, aku tak sangka akan berlaku satu tragedi yang bisa meremukkan hati. Walaupun segalanya berjalan lancar di waktu pagi, janganlah kita sangka yang semuanya akan menjadi indah di waktu tengahari. Sesudah mesin basuh memberikan isyarat yang dia dah habis spin, aku pun bukalah penutup mesin basuh untuk menyidai kain. Tiba-tiba darah aku berderau. Peluh sejuk mula membasahi dahi. Tangan aku terketar-ketar memasukkan tangan mencapai sesuatu.....


OH EM JI. KENAPA BAJU KURUNG BINI AKU JADI MACAM PRETZEL AUNTIE ANNE? PERSOALAN YANG LEBIH TEPAT ADALAH, KENAPA AKU PERGI MASUKKAN BAJU KURUNG SUTERA KE DALAM MESIN BASUH?? APA YANG AKU NAK BUAT NI? Dalam fikiran aku ada beberapa pilihan:

1) Gosok baju tersebut sehingga pulih.

2) Hapuskan bukti, which means kena tanam kain baju kurung tu sekali.

3) Cepat-cepat pergi beli baru, tapi tu baju tempah so kantoi la kalau aku tanya beli kain tu kat mana dan minta ukuran badan semua.

Kalau cerita aku ni dijadikan cerekarama, saat aku tengah cemasla Datillah akan pulang ke rumah kan. Memang itulah yang berlaku. Aku tiada pilihan lain melainkan berterus-terang di samping bagi hint nak salahkan isteri aku sebab tak pesan yang jangan basuh baju kurung tu guna mesin basuh. Surpisingly, isteri aku tak marah. Dia hanya tergelak mendengar penjelasan aku. Memang misteri ni selalunya dia dah amuk baling pinggan semua. Ok ok ezajerit. Berkali-kali juga aku minta maaf, tapi dia hanya gelak je. Begitulah kasih seorang isteri terhadap suami. Cinta isteri memang membawa ke syurga. Oh I lap you sayang.

Lepas beberapa ketika isteri aku kata, aku kena ganti baju tersebut dengan Jovian Mandagie. Patutlah tak marah.

Wednesday, July 9, 2014

Brazil vs Germany

Apakah persamaan antara Brazil dan Manchester United?


Ok ok satu lagi jenaka.


Jadi pasukan manakah yang anda ramalkan akan bertemu Jerman di Final? Siapakah yang akan menjadi juara? DI MANA JOE JAMBULLL? Ala orang tua je kenal Joe Jambul ni.

Friday, July 4, 2014

Mengkaji Tabiat Manusia di Bazaar Ramadhan

Hai apa khabar semua? Bagaimana dengan puasa anda? Kalau anda ada port baik untuk curi-curi makan, kongsilah dengan saya di bahagian komen (ayat perangkap). Anyway, sudah 5 hari kita berpuasa, sudahkan anda menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan? Saya baru pergi sekali kelmarin. Rata-rata saya tengok semua sudah naik harga. Air tebu sampai 5 ringgit aku husnuzon jela kan dapat jug dia sekali. Sambil berjalan-jalan di bazaar Ramadhan, kita dapat melihat ragam orang sekeliling sekaligus dihafal dan diezajerit untuk dijadikan satu entri di blog ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Gaya berjalan boyband

Kadang-kadang orang terlupa yang mereka berada di bazaar Ramadhan dan bukan sesi pembikinan klip video Backstreet Boys, itu yang mereka jalan 5 orang sebaris secara melintang dan slow motion tu. Kalau main lagu 'I Want It That Way' ke 'Quit Playin' Games With My Heart' ke ditambah pula dengan efek angin meniup rambut sepoi-sepoi bahasa, huii memang bergaya lah. Kalau kita berjalan ke arah mereka, memang tak boleh tembus kerana ikatan persaudaraan mereka kuat. So kita kena mengelilingi mereka untuk ke arah yang bertentangan. Apapun kira nasib baik jugakla mereka buat gaya Backstreet Boys, kalau mereka berjalan gaya kumpulan Rabbani dulu-dulu sampai 20 orang sebaris haa kan lagi susah.


2) Majlis gathering dan reunion

Bazaar Ramadhan bukan saja menjadi tempat untuk membeli ayam golek, malahan dijadikan tempat untuk membuat gathering setelah lama tidak berjumpa. Semuanya memang tidak dirancang. Masa kau tengah beratur nak beli Roti Wak Jono(Roti John versi Jawa) tiba-tiba kau nampak wajah yang kau kenali, masih tak hensem seperti dahulu, semua pun hampir sama kecuali perut. Kau pun jerit la panggil nama dia. WOI KHAIRUL AFANDI! WOI SHUHUD! Lepastu buat salam gaya sep sep bang bang one two juz di tengah jalan sambil mengimbas kenangan lama di zaman persekolahan. Lepastu datang pulak ahli-ahli kumpulan yang secara kebetulan membeli-belah di bazaar yang sama lalu membentuk satu bulatan besar di tengah jalan, bergelak tawa tanpa sebarang duka. Sekarang ni musim tanah runtuh kang berlaku sinkhole habis tenggelam mereka dimakan bumi secara serentak.

3) Pemakaian tidak menepati piawaian

Syukur Alhamdulillah tak nampak lagi makcik yang pakai baju kelawar nampak ketiak dan perut berlipat berjalan-jalan di bazaar Ramadhan. Tak betul lah kalau nak kata bulan Ramadhan je kena pakai bersopan lepastu bulan lain kau boleh keluarkan sebelah payu sambil berjalan kan. Tidak! Haritu gambar Lisa Surihani dan Hanis Zalikha berbaju kurung ayu menjadi viral di laman sosial, diharapkan menjadi ikutan buat gadis-gadis agar sejuk mata kami para jejaka memandang. Astaghfirullahalazim sepatutnya kita bukan saja mesti puasa makan dan minum, mata kena jaga juga. Lower your gaze brother. Tapi biasalah remaja hipster sekarang pergi pasar pun nak dressing Wak Doyok. #ElehDiaYangPakaiKauYangPanas

4) Cinta IT, Sayang IT


Di zaman teknologi maklumat ini, memiliki telefon pintar adalah wajib, kerana dapat menghubungkan kita dengan rakan taulan dan saudara mara di serata dunia melalui laman web sosial. Itu yang masa kau tengah jalan kat kiri kanan menjinjing makanan tiba-tiba terpaksa buat brek mengejut sebab orang depan kau tiba-tiba berhenti. Oooo ada notification orang retweet tweet dia. Sambung jalan 5 langkah, kena brek lagi, kali ini sebab ada dapat Whatsapp daripada nenek dia suruh beli rokok Gudang Garam. Jalan lagi 5 langkah, wahh cantiknya suasana ni dengan komposisi cahayanya lagi, dia pun keluarkanlah monopod untuk berselfie di tengah-tengah kesesakan untuk dimuat naik ke Instagram. WHAT THE WHATTTT. Sekarang ni tunggu video orang yang bawa GoPro pergi bazaar Ramadhan je ni.

5) Ikut nafsu lesu

Walaupun shaiton telah diikat di bulan Ramadhan ini, kita masih memiliki nafsu serakah. Gadis-gadisla yang lebih menderita dalam hal ini kerana mereka ada 9 nafsu seperti nafsu makan, nafsu beg tangan, nafsu kasut tumit tinggi, nafsu kot bulu beruang, nafsu selfie, nafsu terhadap Channing Tatum dan 3 jenis nafsu lagi yang aku dah lupa. Bila kita berpuasa lepastu pergi bazaar Ramadhan, nafsu dia jadi lain macam. Semua benda nampak menarik termasuklah lurah makcik jual kuih Akok tu Astaghfirullahalazim. Konon-konon nak main cabaran 'belanja bawah 10 ringgit' di bazaar tetapi impian itu lenyap apabila ternampak peha seksi berkilat......ayam madu, bukan makcik jual kuih tadi lah. Tapi masalahnya bila balik rumah time azan, terus teguk air tebu segelas lepastu dah rasa kenyang nak arwah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut terawih tak pergi. So makanan tadi kena buangla sebab nak sedekah kat homeless ke apa sekarang dah tak boleh, nanti kena saman pulak.

Begitulah antara tabiat-tabiat manusia di bazaar Ramadhan. Jika anda ada perasan tabiat baik mahupun buruk yang lain, ayuh kongsikan bersama. Kalian selalu pergi bazaar kat mana? Best ke tak? Kat Bangi aku selalu pergi dekat area Wong Solo tu, dia ada jual murtabak singgit OH EM JI MURAHNYA. Tapi beratur panjangla. Ok dah 3-4 baris dah penutup aku ni cukup la kot.

Thursday, July 3, 2014

#RamadhanPickuplines 2




Percayalah, tiada gadis yang mampu menangkis pickupline di atas.

So sepanjang bulan puasa ni kau nak update pickupline je ke Faizal? Mungkin. Daripada update benda-benda yang lagha....wait ayat di atas kira lagha la kan. Harap tak gunakan untuk memperdayakan gadis-gadis melakukan perkara yang berdosa. Shaiton sudah diikat jadi janganlah jadi seperti shaiton yang terlepas. Sedikit tazkirah di situ. Assalamualaikum.

Sunday, June 29, 2014

#RamadhanPickuplines



Teknik mengurat ini sesuai untuk diaplikasikan jika anda still belum boleh move on dan masih menyimpan perasaan terhadap bekas makwe.

Selamat berpuasa semua! Kongsikan #PickuplineRamadhan anda juga!

Thursday, June 26, 2014

Ejaan di Bulan Ramadhan

Hai apa khabar semua? Tengah tengok Piala Dunia ke? Padan muka kalian Italy dah terkeluar. Padan muka Chiellini juga kena gigit dengan Suarez. Tapi kita kasi can la kat Suarez menggigit, sebab minggu depan kan dah puasa. Kita tahu bulan puasa dah hampir tiba apabila makcik-makcik di pejabat asyik paksa kita rasa kuih raya buatan mereka. Tak apa, kau pagut je sample yang mereka beri sampai kenyang berulang kali tanpa membeli.

Anyway, bila tiba bulan Ramadhan, sesetengah daripada orang kita akan mula menyebut istilah-istilah unik menggunakan ejaan Melayu yang telah di 'Allughatul Arobiyah' kan. Di bulan lain eja macam biasa, cuma time bulan puasa je nak tergeliat lidah apabila menyebutnya ataupun mengejanya di laman sosial. Di sini saya akan mengajar anda cara mengeja istilah tersebut dengan betul agar anda boleh kekal menjadi kool dan tidak culture shock pula nanti. Ayuh teruskan membaca.

1)

Ejaan biasa: Buka puasa
Ejaan puasa: Ifthor

Apa akan jadi kalau Thor buka puasa? Jadilah IfThor hahaha kelakar betul jenaka aku ni.

2)

Ejaan biasa: Doa
Ejaan puasa: Du'a

Sat'u. Du'a. Tig'a. Empa't. Lim'a

3)

Ejaan biasa: Solat
Ejaan puasa: Salaah

Salaah siapa sering ditanya? Salaah mereka atau kau saja uwoo uwooo (lagu KRU, Salaah Siapa)

4)

Ejaan biasa: Terawih
Ejaan puasa: Taraweeeeeeeh

Bulan puasa kita akan melihat ramai gadis-gadis mengambil selfie sambil bertelekung di Instagram dengan caption "Done with taraweeeeeeeh :') "

5)

Ejaan biasa: Sahur
Ejaan puasa: Suhooooooooor

Ejaan suhooooooor itu sendiri masih boleh diterima akal, tetapi apabila kau membunyikannya di mulut rasa nak bagi gigitan Suarez pula. Bayangkan bila housemate kau kejut sahur, "Wei Shuhud, bangun suhoooooooooor" eiii geramnya aku.

6)

Ejaan biasa: Kurma
Ejaan puasa: Tamar

Penggunaan tamar di sini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya salah faham apabila adik kita pergi PARAM tanya kita nak buka puasa apa, lepastu kita jawab kurma. Kita maksudkan ayam masak kurma tu tapi adik kita pergi beli kurma Yusuf Taiyoob pula. Sebab itulah kena guna istilah Tamar masa bulan puasa.


7)

Ejaan biasa: Dunia
Ejaan puasa: Dunya

Oh DUNYA ini penuh kepalsuan Oh mungkinkah tiada keikhlasan..... (Janji Manismu - Aishah)

Begitulah antara ejaan Melayu yang diarabkan hanya pada bulan puasa. Ada lagi tak contoh lain yang anda sering nampak di laman sosial ketika bulan puasa? Boleh kongsikan di ruangan komen. Tapi tak kisahlah anda eja macamana pun, asalkan anda berpuasa penuh ye tak? Untuk semua pembaca gadis, dah habis ganti puasa ke? Mmm kalau ada jejaka ajak anda lunch tapi anda tak berminat sebab dia tak kacak, boleh guna alasan "ganti puasa" so takdela hati dia remuk sangat. Selamat berpuasa!

Saturday, May 24, 2014

Inspirasi Baju Emma Maembong di Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Power betul designer dia ni. Aku nak design baju raya aku macam ni la nanti.



Kalian tak tengok ke rancangan anugerah ni? Ok dah dah aku nak sambung tengok #ABPBH2013 sambil memgumpat artis lain pula.

Tuesday, May 20, 2014

Resepi Rendang Daging Istimewa

Hai apa khabar puan-puan dan surirumah di luar sana? Sejak saya asyik menonton saluran 727 Food Network di Astro, skil masakan saya semakin hebat dari hari ke hari. Untuk menambah lagi ilmu di dada, saya sering melawat blog gadis-gadis untuk mempelajari tips-tips kulinari serta resepi-resepi baru untuk dicuba. Berdasarkan pemerhatian umum, gadis-gadis urban lebih banyak mengaplikasikan resepi barat dalam hidangan mereka. Bagi saya, anda belum cukup handal memasak kalau setakat tunjuk cara nak buat Smoked Salmon ataupun Spaghetti Aglio Olio Peperoncino. Buat penkek ataupun sandwich pun tak kira. Kehebatan memasak sebenar digambarkan melalui masakan Melayu asli sejak turun temurun.


Oleh itu, hari dengan riaknya saya ingin mengajar anda bagaimana anda boleh menikmati hidangan Rendang Daging Istimewa di mana resepi ini telah diturunkan oleh nenek moyang kita sejak zaman Neolitik lagi. Gadis-gadis sila tumpukan perhatian, kerana selepas ini suami anda (ataupun pakwe jika anda bersekedudukan) akan lebih sayang kat anda kerana mereka nak juga makan makanan Melayu sekali sekala. Gambar di atas ni adalah hasil air tangan saya. Nampak simple, tetapi rasanya lazat sehingga menjilat dinding. Ayuh sarungkan apron anda, dan mari teruskan memasak.

Ramuan (untuk 2 orang makan):

150g daging lembu yang telah dipotong kecil. Jika nak lebih istimewa, anda boleh gunakan daging babi kalau tak kisah halal haram.
100 ml Santan
2 biji Bawang merah dan bawang putih dipotong halus
Minyak kelapa sawit
Lengkuas
Kerisik
Asam jawa
Garam secukup rasa
Daun kunyit

Cara-cara memasak:

1) Gaulkan semua ramuan tadi ke dalam satu bekas, dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit.

2) Hidang dengan nasi.

Amacam kagum tak? Dengan Brahim's anda kini boleh berpura-pura handal masak masakan Melayu. Kahkahkah aku lapar tadi tapi malas nak keluar beli makanan. Korek-korek almari, ada pulak pek Rendang Daging Lembu Brahim's yang mama aku beli sebab dia pergi bercuti di Eropah tempoh hari. Serius mudah kau buka plastik dia, masuk dalam pinggan lepastu panaskan. Bila dah lapar memang lazat la rasa dia kan. Masa inilah anda boleh buat mak mertua kagum. Macam-macam lauk ada. Kalau tak mau rendang daging, ada banyak lagi hidangan lain seperti sambal ikan bilis, kari kambing kau nak nasi lemak pun ada. Terima kasih Brahim's! Doakan agar tak cirit-birit jela nanti.


Tapi nak jelaskanlah kat sini walaupun masak rendang pakai cheat code tapi at least nasi aku masak sendiri ok satu pot. Senang je masak nasi kau basuh beras, ukur paras beras dengan jari, lepastu gunakan ukuran yang sama untuk menambah air dari permukaan atas beras. YOU'RE WELCOME. Ok, jumpa lagi kita dalam sesi memasak bersama Abang Faizal di masa hadapan. Selamat mencuba!

Friday, May 16, 2014

Mengenali Jenis-Jenis Guru Sekolah (versi 2014)


Hai apa khabar semua? Hari ini merupakan Hari Guru. No saya tidak akan copy paste kisah guru popular Cikgu Suraya pada entri ini, kerana semua orang sudah tahu kisah Cikgu Suraya. Sebaliknya saya akan mengimbas kembali tentang jenis-jenis guru yang wujud semasa zaman persekolahan kita. Eh kejap ada ustaz yang cakap Hari Guru ni haram ke tak? Ada? Tiada? Ok boleh teruskan membaca.

1) Guru Disiplin

Semua sekolah ada Guru Disiplin. Guru disiplin selalunya terdiri daripada Ustaz ataupun warden asrama. Guru disiplin mampu menimbulkan rasa gentar dan gemuruh di dalam diri apabila kita bertentang mata dengan mereka walaupun kita tidak bersalah kerana terdapat rotan yang tersisip macam pedang samurai. Guru disiplin juga merupakan guru yang paling dibenci oleh kebanyakan pelajar. Sekadar kereta dicalarkan dengan melukis organ reproduksi mungkin perkara biasa, tetapi di sekolah aku, ada pelajar pailang yang bertindak dengan lebih ekstrim selamba je terbalikkan van dia. Aku turut hangin dengan guru disiplin aku kerana dia merampas kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku walaupun aku dah sorok dalam stokin.

Guru disiplin juga gemar 'mengaibkan' pelajar yang mengalami masalah disiplin di khalayak ramai. Masa perhimpunan, mata mereka liar memerhatikan pelajar yang memakai songkok laju je dicabut songkok mereka sebelum memotong ekor dan memagut rambut pelajar sehingga tobek dengan sengaja. Kalau kantoi hisap rokok di tandas, pelajar tersebut akan dibawa dari kelas ke kelas untuk ditayangkan dengan rokok masih terlekat di bibir. Guru disiplin anda bagaimana pula?

2) Guru Letih

Semasa mengajar, guru-guru sebegini hanya menggunakan satu nada yang mendatar, muka tidak berekspresi dan berjalan bagaikan zombie versi Walking Dead. Kami mengesyaki guru ini mengalami masalah rumahtangga, ataupun rumahnya tiada tangga kena panjat tiang ataupun asyik berparkour tu yang letih tu. Keletihan di rumah dibawa ke sekolah mempengaruhi gaya pengajarannya. Kalau mereka mengajar subjek Bahasa Malaysia ataupun sejarah ahh pasti terlena kita dibuatnya.

Itu dulu, sekarang ni dah 2014 dah ada macam-macam supplement pemberi tenaga yang guru-guru lain jual seperti Shaklee Alfalfa, D'herbs pengetat rahim mahupun air Al-Khodafi yang telah dibacakan 30 juzuk, maka patutnya tiada lagi masalah keletihan. PM best price please.

3) Guru Predator Seksual


Guru predator seksual ni ada physical features yang ketara. Dengan perutnya yang boroi serta misainya yang nipis seperti Littlefinger, dia sering membuat gangguan seksual kepada pelajar terutamanya ketika subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gangguan seksual di sini tidaklah bermaksud dia menjadi pervert secara terang-terangan dengan menyeluk payu dara gadis sunti ataupun membuat buttslap bagi memberi semangat kepada pelajar lelaki, tetapi melalui gaya komunikasinya. Contohnya, ketika mengajar murid-murid membuat tekan tubi, selamba sahaja dia membuat reference kepada gaya persetubuhan bersama isterinya. Pasti secara automatik kita akan terbayang wajahnya setiap kali menonton pornografi dan nak seluk tangan ke dalam seluar.

Zaman sekolah, kita mungkin masih naif dan tak tahu maksud 'sexual harassment', jadi mungkin banyak ungkapan berunsur seksual yang dilemparkan oleh guru jenis ini tetapi kita anggap komen tersebut harmless. Contohnya:

"Mmm seluar awak tempah kat Cantona 7 kan? "Bawah" berapa inci?"

"Mmm awak nampak comel dalam tudung ni. Mesti lagi comel kalau pakai tudung 3 layer ni mmm"

Ada jenis yang lebih daring dia asyik-asyik nak buat spot check mencari barang-barang terlarang dan acapkali menfokuskan cariannya di tempat-tempat tersorok seperti dalam bra dan kain.

4) Guru Subur

Kita semua ada guru yang mengandung tiap-tiap tahun. Mungkin ini hanya kebetulan, tapi di sekolah aku guru subur ni mesti mengajar subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumahtangga. Masa sambutan Hari Guru, semua guru ada kecuali guru KH aku tu sebab dia tengah berpantang kat kampung.

5) Guru Ganti Yang Comel

Kita harus berterima kasih kepada guru subur di atas kerana tanpa jasa mereka, guru ganti yang comel tak akan membuat kemunculan. Guru ganti ini semuanya masih muda dan segar dari Institut Perguruan melengkapkan praktikal mereka. Guru-guru ini selalunya tidak diambil serius dan segala kerja sekolah pasti tidak akan dihantar terutamanya untuk subjek pendidikan seni.

Tapi kalau jenis yang comel macam Jessica Alba tu perghh terus handal kita membuat Teorem Pythagoras siap sukarela nak tunjuk jalan penyelesaian di papan hitam. Ada juga yang buat-buat bodoh mengharapkan sesi one on one bersama guru comel, especially dalam kelas pendidikan seni masa buat art guna kentang mengharapkan tangan guru yang jejarinya runcing itu memimpin ke jalan yang benar dan lurus.

6) Guru Bahasa Inggeris Yang Angkuh dan Bergaya

'Kasta' guru bahasa Inggeris ini selalunya tinggi sedikit berbanding guru lain. Mereka pasti tidak sebulu dengan Ustazah kerana perbezaan mazhab dan jenis muzik yang diminati. Ustazah minat kumpulan nasyid Far East guru BI minat Far East Movement. Gaya pemakaian mereka selalunya lebih banyak mendedahkan aurat ringan. Kalau pakai tudung pun pakai ala-ala kak Rosmah yang terkeluar jambul di hadapan. Warna rambut mesti keperang-perangan, kasut tumit tinggi 5 inci dari jauh dah dengar dia jalan keletak keletuk, lepastu bila bercakap habis keluar aksen Amerika beliau.

7) Guru Ip Man (Guru JDT bagi sesetengah kawasan)

Guru Ip Man ialah guru yang mudah meninju ataupun menampar anak muridnya tanpa banyak bicara menggunakan gaya Wing Chun. Berbeza dengan perwatakan Ip Man yang tenang, guru ini pula memang 'short fuse' murid tersalah langkah sikit sahaja terus ditamparnya. Kadang-kadang mereka akan membaling pemadam papan hitam untuk mengejutkan kita dari tidur.

Guru Ip Man juga dikenali sebagai guru JDT di sesetengah kawasan kerana jika anda cari pasal dengan mereka, mereka akan bawa anda ke lorong-lorong gelap sebelum meninju anda di perut. Takpun masa tengah ada perlawanan bola baling ataupun bola sepak peringkat sekolah, jika keputusan tidak berpihak kepada sekolah anda mereka tidak agak teragak-agak untuk menumbuk pengadil serta jurulatih pihak lawan.

Begitulah antara jenis-jenis guru yang terdapat di sekolah saya. Sekolah anda bagaimana? Adakah anda pun ada jenis-jenis guru seperti yang tertera di atas? Ayuh kongsikan bersama. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya kerana tanpa bimbingan, tunjuk ajar serta jasa mulia anda semua, saya pasti sudah hanyut merempit dan meragut beg tangan orang tua. Happy Teacher's Day!

Friday, May 9, 2014

Jenaka Orang Arab

Hai apa khabar semua? Fuhhh panas nampaknya entri Fareeda di bawah ini. Walaupun sudah ketara itu hanyalah entri parodi, masih ada juga individu dari kedua-kedua belah pihak (peminat Fareeda dan anti Fareeda) yang tiba-tiba secara serius membangkitkan hal siapa yang akan masuk neraka, istiqomah, menafikan dakwaan tudung tu kalis air serta siap mengadu kat laman Facebook Exclusively Fareeda lagi. Mungkin banyak sangat layer kat tudung sampai tak dapat membezakan mana yang benar dan mana yang tipu. Anyway, kita harus move on dari isu tersebut, dan hari ini kita akan membincangkan tentang seni Jenaka Arab.

Saya memang suka berjenaka terutamanya jenaka-jenaka yang hambar. Salah satu cabang jenaka adalah jenaka unik daripada Asia Tengah. Orang Arab akan duduk berkumpul bersama rakan-rakan hisap shisha dan meratah hummus, sebelum melontarkan lawak-lawak hambar mereka. Tahukah anda bagaimana hendak membuat jenaka Arab? Ayuh teruskan membaca.

1) Bagaimana orang Arab batuk?

ق ق ق

2) Bagaimana orang Arab ketawa?

ﺡ ﺡ ﺡ

3) Bagaimana kalau Santa Claus orang Arab?

خ خ خ

4) Apa kita kata bila Nampak gadis Arab hangat di depan mata?

و و و

5) Orang Arab mabuk di mana?



6) Di mana orang Arab suka membeli-belah?

Jalan

7) Di mana orang Arab bersenam?



8) Kalau pergi mamak orang Arab ambil kuah apa?

د

9) Kalau Dhalsim Street Fighter ni orang Arab, dia tukar nama jadi apa?

د ﺵ

10) Apa akan jadi jika lagu 'Roar' Katy Perry jika dialihbahasa kepada bahasa Arab?

Jadilah

11) What would Gordon Ramsay say if he receives an undercooked lamb in an Arabic restaurant?



12) Kasut apa yang gemar dipakai oleh orang Arab?

ﺏ ﺕ

13) Artis Korea Rain kalau masuk Islam, dia tukar nama jadi..?



14) Kalian pernah tengok tak cerita Zorro tapi versi Arab?

ﻅ ﺭ

Bagaimana orang Arab mencarut? Well saya tinggalkan jenaka itu untuk anda huraikan. Or not. Apapun, selamat berjenaka! By the way ini adalah 'pun' hambar saya bukan jenaka orang Arab sebenar jadi saya tidak akan bertanggungjawab jika anda membuat jenaka Arab ini di depan classmate anda dari Yemen kerana kebarangkalian untuk anda dikabsah adalah tinggi. Jika anda ada jenaka Arab yang punny, ayuh kongsikan bersama. Syukran, la tahzan, la isla bonita.



Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000 (TERKINI: ADA TUDUNG BAWAL HARGA RM6000!).

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?




2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...

Wednesday, April 2, 2014

How I Met Your Mother is Over, What's Next?

Hai apa khabar pembaca? Adakah anda meminati siri televisyen hit How I Met Your Mother? Jika ya, pasti anda sudah menonton episod terakhir dalam siri tersebut semalam. Elok juga dah tamat dah sampai 9 season kesianla anak Ted duduk atas sofa tu lama-lama nanti sakit belakang. Tanpa memberi sebarang spoiler, adakah anda berpuas hati dengan pengakhiran siri tersebut? Bagi aku, aku ok saja dengan ending bittersweet sebegitu, tapi ramai orang yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka. So dengan berakhirnya siri tersebut, ke manakah hala tuju kita selepas ini? Ke surau yang berdekatan? Lepas balik surau mesti nak berehat bukan. Sebagai peminat siri televisyen Amareka, saya ada beberapa cadangan siri TV baru yang masih lagi berada dalam musim pertama untuk anda cuba tengok. Cerita-cerita yang saya bakal sebutkan ini bukanlah satu kategori (komedi) dengan HIMYM, tapi sekurang-kurangnya dapat memberi gambaran awal kepada anda agar anda tidak menumbuk perut adik anda setelah memuat turun satu siri terbaru lepastu anda mencarut sebab tak best. Ayuh teruskan membaca.

Marvel's Agents of S.H.I.E.L.D

Jika anda meminati dunia Marvel, maka ini adalah siri yang anda perlu tengok. Siri ini berkisar tentang Agent Insurans Phil Coulson yang sepertimana kita tahu telah pulang ke rahmatullah di dalam filem Avengers setelah ditoron oleh Loki. Tetapi dalam siri ini dia sebenarnya masih hidup jeng jeng jeng. Agent Coulson mengetuai pasukan beliau yang terdiri daripada mamat badang Grant Ward, pilot dingin Melinda May (Ming-Na Wen!), penggodam hangat Skye, dan saintis Fitz and Simmons. Siri ini banyak tie in dengan filem-filem superhero Marvel dan acapkali kita boleh mendengar ataupun melihat reference terhadap Iron Man, Thor mahupun Kapten Amareka. Robin HIMYM lepas tamat siri pun ada membuat cameo. Kesimpulannya, jika anda minat filem Marvel, maka anda akan suka siri ini.


Almost Human

Tajuk di atas jika diterjemah secara literal bermaksud sipi sipi nak menyerupai manusia. Di masa depan yang berada dalam era modernisasi, bila kadar peratusan jenayah sudah tak dapat dikawal, pihak polis telah mengeluarkan satu polisi baru iaitu setiap polis kena ada geng Android......sebab Blackberry dah lapuk. Nampak tak saya selitkan jenaka mengeji Blackberry di situ. Tapi hero kita John Kennex lakonan Karl Urban (LOTR, Star Trek) tak suka dengan Android yang terlalu skema, lalu dia dipasangkan dengan Android versi kulit hitam yang ada 'jiwa' dan penis. Bagi aku, cerita ini menarik bukan kerana setting futuristiknya, tetapi chemistry dan interaksi lucu antara John dengan android Dorian Musang King.

Intelligence

Sebagai peminat siri televisyen yang paling hebat di alam semesta Lost, aku dapat rasakan ada air mazi yang mengalir apabila melihat iklan tentang siri terbaru yang memaparkan Sawyer (Josh Holloway) dalam siri sains fiksyen terbaru Intelligence. Gabriel Vaughn nampak macam askar Amareka tipikal yang gagah dan berani, tetapi apa yang membuat dia istimewa adalah dia memiliki cip computer yang ditanam di dalam kepala. Banyak benda dia boleh buat hanya dengan jelingan mata yang manja. Sekadar nak korek gambar dalam telefon pintar kau lepastu hack Twitter / Facebook / Instagram dan post gambar tak senonoh tengah doggie selfie di tandas PETRONAS memang tak ada masalah lah.


Resurrection

Siri ini mengisahkan tentang orang yang dah mati lepastu hidup kembali. Bukan sorang saja tetapi beramai-ramai pulak tu. Baru 4 episod siri ni, so aku tak boleh nak beri konklusi best ke tak. So far, banyak persoalan yang ditimbulkan dalam siri ini seperti mengapa mereka hidup kembali, bagaimana mereka hidup kembali, siapa sebenarnya mereka yang hidup kembali dan seperti Mati Hidup Kembali lagu Butterfingers.

Believe

Siri ni pun baru 4 episod juga. Mengisahkan tentang seorang bukan yang ada kuasa sihir lepastu ada satu side nak lindungi, satu lagi side nak eksploitasi. Ada bekas makwe Harry Potter dalam cerita ni. Other than that, agak membosankan dan aku mungkin tiada nafsu nak sambung tengok.

Brooklyn Nine-Nine

Brooklyn Nine-Nine adalah sebuah siri komedi terbaru tentang kehidupan sepasukan polis di Brooklyn. Andy Samberg memegang watak utama dalam siri ini. Jika anda gemar menonton Saturday Night Live, anda pasti mengenali Andy Samberg. Watak beliau dalam siri ni memang banyak refleks watak lakonan di SNL dan kehidupan sebenar dengan membuat jenaka inappropriate serta tidak matang. Sejak The Office berakhir, inilah satu-satunya diri komedi yang aku suka because it is genuinely funny, atau maybe aku je yang memang mudah terhibur. Terry Crews mamat White Chick gerak-gerak tetek pun ada. Kalau masih tak terpengaruh, cerita ini memenangi Golden Globe untuk 'Best Television Series' kategori komedi dan Andy Samberg sendiri menang Best Actor. Andy juga merupakan ahli kumpulan rap komedi The Lonely Island dan kalau anda tengok filem Lego The Movie baru-baru ni, lagu Everything Is Awesome part rap tu depa lah yang nyanyi.




True Detective


Bak kata pepatah Inggeris, I'm maybe the last but not the least. Ok nampak macam rhyme tapi itu sebenarnya lirik lagu KRU. Ok dengar kenyataan ni baik-baik, True Detective is ONE OF THE BEST TV SERIES EVER! Dude, it Matthew MEKONAHEYYYYYYY dan Woddy Harrelson di dalam siri televisyen, apa lagi yang kau mahu? Serius power nak arwah lakonan mereka. Jalan cerita pun kompleks tetapi sikit demi sedikit misteri terungkai dan bila masuk part dia intense, fuhhh berderau darah. Siri ini mengisahkan tentang 2 orang detektif yang memburu pembunuh bersiri yang kejam. Siri ni ada dua timeline, masa mereka muda-muda memburu pembunuh tersebut, dan 17 tahun selepas mereka menyelesaikan kes tersebut. Siri ni ada 8 episod je yang memaparkan mereka berdua, sebab next season depa buat cerita baru dengan pelakon baru pula katanya. JADI ANDA TUNGGU APA LAGI? MUAT TURUN SEKARANG!


Begitulah antara ulasan siri televisyen terbaru yang masih berada di dalam musim pertama untuk anda tonton. Sempat sangat kalau nak catch up. Adakah anda tengok siri-siri di atas? Kongsikan dengan saya siri televisyen terbaru kegemaran anda.

Wednesday, March 19, 2014

Kompilasi #JenakaArtis

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda, salah satu hashtag kegemaran saya di Twitter adalah #JenakaArtis. Sebagai seorang yang mudah terhibur, saya sering buat tweet yang hambar nak arwah dan kemudiannya saya sendiri yang gelak. Sebenarnya membuat kompilasi tweet daripada Twitter hanyalah taktik orang mengemaskini blog bila dah tak ada idea untuk menulis entri berkualiti. Alamak terberitahu rahsia pula. Tak apa, mari kita bergelak tawa.

1) Apa akan jadi kalau Zila Bakarin makan tak henti-henti? Jadilah Godzila Bakarin #JenakaArtis

2) Apa akan jadi kalau Sasi The Don masuk Islam? Jadilah Ustaz Don #JenakaArtis

3) Apa akan jadi kalau Fizz Fairuz mengecapi kemuncak syahwat? Jadilah Jizz Fairuz #JenakaArtis

4) Apa akan jadi kalau orang asyik tanya soalan kat Marion Caunter? Jadilah Marion Caunter Pertanyaan #JenakaArtis

Anda sudah dapat konsepnya di sini cara untuk membuat #JenakaArtis? Ayuh teruskan membaca.



Ok ini pula #JenakaArtis yang dilakukan oleh orang lain yang ternyata lucu nak arwah.


Kahkahkah kelakarnya. Untuk membuat hidup anda terus ceria, layari Twitter dan carilah hashtag #JenakaArtis. Jika anda tak ada akaun Twitter, sila register sekarang dan jauhilah rakan-rakan MLM di Facebook tu. Jumpa lagi dalam siri kompilasi yang akan datang.

Monday, March 17, 2014

Himpunan Jenaka Manchester United vs Liverpool

Hai apa khabar semua? Hidup di dunia ini kenalah saling ingat-mengingati. Atas sebab itulah saya nak ingatkan rakan-rakan dan pembaca yang terdiri daripada peminat Manchester United yang kejadian dibelasah 3-0 di tempat sendiri malam tadi benar-benar berlaku dan bukan sekadar mimpi ngeri. Bak kata Tun Dr. Mahathir Melayu ni mudah lupa, maka untuk membuat kelian sentiasa ingat saya ingin membuat kompilasi tentang jenaka-jenaka berkenaan Manchester United menentang Liverpool di laman sosial malam tadi. Ayuh teruskan membaca.


Memang bahagia menonton perlawanan semalam. Banyak juga mention daripada peminat Manchester United yang berbaur defensive dan sentap setelah aku mengepos tweet-tweet di bawah.


@Khairilanuar


@_siggplus



Dan seterusnya gambar-gambar lucu baru dan lama yang dah selalu sangat guna untuk menganjing Manchester United.




Ok fine kita letakla satu jenaka untuk Liverpool agar timbul sedikit senyuman di wajah peminat Manchester United.


Jika anda ada status, tweet-tweet mahupun jenaka Manchester United yang lucu ayuh kongsikan bersama!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...