Tuesday, January 21, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua!

Hai apa khabar semua? Kalian perasan tak, setiap kali pasangan suami isteri di Facebook menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke berapa belas entah, mesti mereka nak melambakkan news feed dengan gambar-gambar perkahwinan mereka. Di situ kita dapat lihat perbezaan gambar ketika baru berkahwin dengan gambar terkini. Jika dulu si suami tampak kurus segak bergaya six pack pun boleh nampak dari dalam baju, tapi kini susuk tubuh sudah menjadi seperti Yazirobel. Si isteri pun sama, dulu time kahwin pakai bengkung nampak slim, sekarang ni elok kau pakai tali pinggang kejuaraan WWE jelah sebagai aksesori untuk tubuh badan yang sudah menjadi seperti ahli gusti professional tu. So no, aku tak mahu spam gambar perkahwinan aku sempena ulangtahun perkahwinan aku hari ini di Facebook, instead aku akan letak di blog. Kah! Ayuh teruskan membaca.

OH EM JI SUDAH DUA TAHUN USIA PERKAHWINAN??

Bangi Bros!


Menunggu bas tuk ke jannah.

Ok gambar ni saya saja la nak belanja peminat gadis-gadis yang masih belum boleh move on. Saya izinkan kalian untuk right click dan save image as tapi jangan letak minyak dagu ya.

Ok ok ni gambar last. Kang letak banyak-banyak nanti time ulangtahun perkahwinan ketiga nak letak gambar apa pula. Unless kalau bini bagi kahwin duasdhsiudhosdh 087y08fafasdblkblk kljsbdlksjbds (kena hempuk pakai keyboard).

Selamat ulangtahun perkahwinan isteri. Together forever, we will always be. Pehh rhyme.



4 comments:

Irfa said...

slmt ulang tahun perkahwinan yang ke 2 tahun # baru 2 tahun, masih dlm mood bulan madu lagi
smoga bahagia till jannah ye

jana said...

Happy 2nd anniversary Ijai and Datillah,masih teringat makan kenduri yang sedap tu,semoga bahagia till jannah:)

Apostolos Velios said...

gambar no 4 tu posing atas jalan memang tak boleh blah

Faizal Rosly said...

thanks uols

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...