Thursday, March 6, 2014

Percutian di Grand Lexis Port Dickson

Hai apa khabar pembaca? Siapa yang datang hari-hari ke laman ini mengharapkan ada kemaskini terbaru namun berakhir dengan jeritan kata-kata kesat seperti BARBIEEEEEE apabila melihat tiada sebarang update? Ya saya pun salah seorang daripadanya. Sebenarnya, sempena ulangtahun perkahwinan yang kedua tempoh hari, kami bercadang untuk berkahwin sekali lagi (dengan orang yang sama) macam yang orang putih selalu buat tu. Tetapi memandangkan kos perkahwinan dewasa kini sangat tinggi dan baju kahwin pun dah tak muat, kami batalkan terus rancangan kami itu. Instead, kami membuat keputusan untuk pergi tidur di hotel yang berdekatan sahaja. Ok agak-agak macam dah panjang intro ni, mari kita teruskan membaca isi penting.

Dalam aspek memilih hotel ini, garis panduan yang telah aku tetapkan sebagai ketua keluarga adalah mempunyai kolam renang di dalam bilik macam dalam Instagram orang yang aku selalu tengok. Tapi aku tak tahu kat mana hotel tu so aku pun Bing la "kolam renang dalam bi...." belum sempat aku habis taip depa dah sajes hotel Grand Lexis, Port Dickson. Aku pun klik lah lepastu terus mengucap dua kalimah syahadah bila melihat harga bilik untuk satu malam. Dia ada beberapa jenis villa. Yang atas air, Duluxe Pool Villa paling murah RM588.30. Tapi tiada kosong untuk villa jenis tersebut so aku pun duduklah di Duluxe Suite. Deluxe Suite ni duduk atas tanah so kalau masa tidur tiba-tiba katil dan lantai runtuh kau takdelah jatuh lemas dalam laut. Cuma tak thrill la bangun pagi tak dikejutkan oleh deruan ombak sepoi-sepoi bahasa. Duluxe Suite punya pakej satu malam adalah RM632.70 berserta dengan set buffet untuk sarapan. Kalau kau bayar sorang-sorang memanglah nampak mahal tapi kalau kau bahagi 3 (sebab kami 3 orang) haa kat dah mampu tu. Since Aryana belum kerja so akulah bayar part dia.

Bangi ke Port Dickson dekat je, dalam 1 lebih dah sampai kalau kau naik kereta. Kalau kau naik roller blade lambat sikit la. Check in pukul 2 petang kot. Sampai-sampai lepas parking kau boleh naik buggy depa hantarkan ke bilik terus.


Masuk bilik benda pertama yang aku nak teroka sudah pastilah indoor swimming poolnya. Takdelah besar sangat kalau nak buat pool parti mungkin boleh masuk 10 orang kurus atau 3 orang gemuk. Dengan kedalaman 4 kaki, kalau kau berenang dua kali kayuh je dah sampai. Ada pintu keselamatan so tak perlu risau kau sleeptengtenging malam-malam jatuh kolam dan lemas.


Kemudahan-kemudahan lain, dua katil king size, Astro 19 saluran, tetapi tiada bath tub untuk berasmara. Eh.



Setelah habis bermandi-manda, sudah pastilah perut kelaparan. Kat dalam Grand Lexis ni ada beberapa restoran seperti Restoran Duyung; di mana pelayan mereka memakai kostum duyung dengan payu dara ditutup buah kelapa (obviously menipu), restoran Jepun dan bar Lanun jika mahu karaoke sambil pura-pura mabuk. Dalam pakej aku tidak disertakan buffet makan malam, kalau nak makan harga dia RM68 kot. Since kami tak lapar sangat, kami pun keluarla konon-konon nak cari seafood yang sedap. Tapi mostly kedai tengok suasana macam hambar saja, obviously sebab tak tahu nak cari tempat yang best. Last-last end up pergi Giant sebab semua kedai pun dah nak tutup kahkahkah. Tapi dah alang-alang duduk hotel kan, kita try lah masakan hotel ye tak. So kami makan dalam bilik saja order room service. Datillah order Nasi Goreng RM25, aku makan Pizza Istimewa Grand Lexis RM35. Secara jujurnya pizza aku takdelah sedap mana lagi best Pizza Pah tapi nasi dia oklah sebab ada letak sate.


Pukul 5 pagi. Aku terjaga dari tidur tiba-tiba rasa nak terberak. Dengan tenang aku menuju ke bilik air bertaraf 5 bintang beliau sambil frag frag frag janganlah bayangkan. Selesai saja urusan, aku pun bukalah paip. Sekali tak ada air. Ahh sudah. Masa ni air belum kena catu lagi lagipun kat Negeri Sembilan mana ada kena catuan air. Pilihan pertama aku adalah nak terjun ke kolam tapi nanti air keruh pula. Nak terjun laut, jauh sangat dari bilik aku. So nak taknak terpaksala guna tisu ewwwwww. Lepastu aku dengan marah pergi kompelin kat front desk. Yang bagusnya, 10 minit lepastu terus orang maintenance datang setelkan walaupun dia sedang berbaju tidoq. Dah pagi, mandi kolam sekali lagi! Mmmm dah lama tak kencing dalam kolam. Anak aku taktaulah dia kencing ke tak bila aku tanya dia jawab taa ta taa ta uuu je.


BUFFET UNTUK BREAKFAST MASUK DALAM PAKEJ WOIT, Dengan penuh semangat kami pergi ke restoran Duyung tu. Tak ambil gambar sebab asyik melantak. Semua jenis makanan ada nasi lemak, nasi goreng, kuey tiow, roti naan, mee kari, mee orang Jepun selalu makan tu, pelbagai jenis pastri dan roti dan malas lagilah aku nak taip. Kami dipaksa checkout pukul 12 tengahari, so kami menggunakan peluang itu untuk berjalan-jalan di sekitar hotel. Banyak kemudahan rekreasi di sini seperti Children Playground, Giant Snake & Ladder, Pool Scuba Diving, Fishing and Crabbing Activities, KMX & Normal Bicycle Rental, Archery Range, Outdoor Games, Infatable Activities Games, Karaoke Room, Segway Obstacle Course pehh nampak macam gempak tapi aku copy paste saja dari laman web rasmi. Arya kecik lagi tak boleh main semua tu so kami jalan-jalan di sekitar hotel saja.




Selfie sekeluarga!


Kesimpulannya, adakah berbaloi percutian ini dengan harga yang dibayar? Well sekali-sekala belanja anak bini jalan-jalan di tempat yang best instead of pergi Alamanda je setiap hujung minggu apa salahnya. Kediaman superb, makan pun boleh tahan, suasana tenang. Walaupun insiden tiada air pukul 5 pagi dan bilik terkunci sebelum check out agak menjengkelkan, tapi servis dia pantas dan staff dia friendly. Nora bagi tiga bintanggggg. Kalian pernah datang bercuti di sini? Kongsikan pengalaman anda juga. Untuk maklumat lanjut kalian boleh melawat laman web rasmi mereka http://www.grandlexispd.com/ Okbye.



20 comments:

Apostolos Velios said...

kenapa tak photo shoot kat kolam tu macam dalam majalah mangga tu ??

Faizal Rosly said...

dah jadi bapa ni, aku cuba untuk berperangai matang sedikit

just azura! said...

baru pergi two weeks ago! bilik sama macam ni. memang seronok buat parti liar wanita kat sini. tempat tertutup, aurat terjaga. siap bawak tempat bbq ayam udang perap bakaq kat tepi pool. nice.

Harris H said...

Spelling mistake sikit;paragraf 6;
Since kami tak lapat(r) sangat, kami pun keluarla konon-konon nak cari seafood yang sedap

Selalu saya sekeluarga gi Avillion,ambil bilik dekat kiddie pool,pantai hotel tip top

arLene said...

bilik sama dgn kitorang checkin few months back.float aryana pun sama dgn ariana punya :) walaupun takde insiden tiada air, tapi berlaku insiden tiada honeymoon bila mertua decide nak ikut sama setelah tgk brochur ada 2 katil king.sobs.

Muhammad Taufiq said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru-baru ni saya ada buat blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Faizal Rosly said...

just azura: parti liar wanita takkan tak berlaku perkara yang membawa penyesalan

Harris: fixed thanks. next time nak try lah Avillion

arlene: mak mertua dah tidur, menyelinap dalam kolam lah hik hik hik

taufiq: hye

Irfa said...

byk part buat aku gelak
tp x sempat nak listkan
hihi

Anonymous said...

Lawak la anda

Adila Hassan said...

Cantik handbag kau dlm gambar terakhir. muat tak nak taruk botol susu bersekali warmer? beli kat zalora ke? i loike!

jo said...

kelakar la.. GL this weekend here i come!

Anonymous said...

ada karaoke yang selamat x dekat hotel ni.nak karok kat hotelnya mhl sgt hahah

Diari-Galeri-Diri said...

Frag frag frag anda itu masih tetap ku bayangkan bagaimana dan macamana ia terjadi...hahaharunnn

Rabia Sensei said...

hahaha. lawak giler! thanks for the review. nak booking tapi full. ;p

Shay said...

ler..blog ko rupenye...hahah

zarida zakaria said...

Bestnyer..bila la boleh sampai..mesti seronok bawak anak2 mandi dalam private swimming pool nie:)

mamiween said...

My experience in 2012.. Lama dah..
http://mamiween.blogspot.my/2012/06/grand-lexis-port-dickson.html

TH said...
This comment has been removed by the author.
TH said...
This comment has been removed by the author.
TH said...

Hi,
Nampak bestnya cuti ke Lexis PD.
Kalau next time nak dapat special member rate, boleh try book melalui website ni - discount rates at Lexis PD

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...