Wednesday, March 12, 2014

Pernah tak....?

1) Pernah tak kalian nampak tahi lalat besar di muka orang lepastu rasa nak garu tahi lalat tu

2) Pernah tak kau bangun dari sujud lepastu kepala termasuk dalam kain pelikat orang depan lepastu lemas

3) Pernah tak kau sembahyang kat surau ofis lepastu ada orang tepuk bahu kau lepastu kau tampar balik orang tu in self defense

4) Pernah tak dah tahiyat akhir kau nak terkentut kau cuba tahan tapi terlepas sikit tapi kau teruskan solat laju-laju konon-konon sempat beri salam

5) Pernah tak mama kau kejut subuh tapi kau terlalu mengantuk lalu kau buat-buat buka paip pastu basahkan sejadah kat tempat sujud konon-konon dah solat

Ada lagi ayuh teruskan membaca.

6) Pernah tak kau parking kereta lepastu bukak pintu lepastu pintu terkena kereta sebelah dan tuan punya kereta tu masih ada dalam kereta

7) Pernah tak kau pergi stesen minyak pastu bayar di kaunter kemudian dengan tenang masuk kereta start enjin & drive begitu saja tanpa isi minyak

8) Pernah tak masa tengok wayang orang sebelah kau dengan tenang sedut air coke kau sebelum letak balik ke tempat asal macam tiada apa-apa yg berlaku

9) Pernah tak kau pergi cucuk duit kat ATM lepastu kat depan kau ada makcik paranoid asyik toleh belakang ingat kau nak tengok nombor pin dia

10) Pernah tak kau beratur cucuk duit lepastu nampak orang depan baki dia tak mencukupi lepastu kau tergelak kecil lepastu dia toleh tengok kau

11) Pernah tak kau tanam lauk bawah nasik lepastu time nak bayar makcik cashier tu mengesyaki sesuatu dan ambil sudu korek lauk kau

12) Pernah tak kau dah lambat pergi kerja pastu main capai je gulungan stokin nak pakai dalam kereta pastu baru kau sedar itu gulungan spender


Ok sampai di sini saja, jumpa lagi dalam segmen 'Pernah tak' yang akan datang. Assalamualaikum.



7 comments:

Ann said...

hahahha...jwpnnye utk semua ni geleng kepala smbil baca..lalalal~

Irfa said...

sambil baca sambil angguk sesekali geleng. tp part tanam lauk bawah nasi pernah berlaku dpn mata aku, dlm hati berkata 'benda makan tu, jd darah daging, tak takut ke?' huhu

AkuBukanLelaki said...

penah..........beberapa aje.

CikBunga. said...

sila buat tutorial cmne kau gulung spender jadi macam tu. hahahaha!

Anonymous said...

bhahaha... sampai keluar gelak jantan i baca part spender gulung tu...

Anonymous said...

Kohkohkoh. Aku reti gulung spender centu. Bibik aku ajar dulu. Senang jimat space hwahaha.

Azalia said...

Ha...ha... ko mmg lawak....part gulung sepender... aku x bleh bla....

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...