Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000 (TERKINI: ADA TUDUNG BAWAL HARGA RM6000!).

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?




2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...



275 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 275   Newer›   Newest»
Apostolos Velios said...

mendalam pendedahan ni jai

Irfa said...

adoi.. dr mgantuk terus bulat mata akak nih

green apple said...

hahaha.. nice.
mahal camana pun tetap suka gak ariani.

ClarkyAfif said...

3 layer tu mohon lah kalis api sekali. kot tengah candle light dinner, terkena lilin ke apa ke. eh hai abang ijai, lama dah kita tak baca blog anda :3

Anonymous said...

Lawak2

Rafhani said...

Kalo akak pakai tudung ala fareeda (pinjam org punya)laki akak ckp akak tak lawa tapi bila akak belit pashmina harga RM10...laki akak ckp akak jelita sgt sgt:(
Jd...tak merasa lah akak nak pakai tudung Fareeda...hukhukhuk

Ijai boleh praktikkan taktik laki akak tu kat wife ijai...ni ekonomi namanya...pandai laki akak ikut nasihat fanpage mawar fareeda tuh

Aishah Aziz said...

suka saya menambah bahawa batu-batu di tudung fareeda tersebut juga boleh digunakan utk mengesan wifi yg berdekatan sekali dengan password.

Faizal Rosly said...

apostolos: so kau jangan fitnah mereka lagi!

irfa: belilah dua

green apple: ariani kalau letak dalam nasi, jadilah bariani (tiba-tiba buat jenaka)

clarky: hai clarky dah buka kedai clarks ke

Rafhani: huii bini saya pakai apa pun jelita (puji bini harap bini baca)

Aishah: haha yes lupa letak thanks

Anonymous said...

This post --> WIN!! Mmg terbaik la *thumbs up*

-JH-

Anonymous said...

leh x farreda move to bigger shop kt bangi nie??
thumb up la bro

Ernie Juliana said...

Setuju dgn saudara

Mohd Yusof said...

Boleh tak tudung ni jadi kalis api neraka sebab tudung2 ni tak menutupi dada.. kih kih kih

Anonymous said...

Hahhha.... Aplikasi yg plg bagus.. Harus pakai ni

Anonymous said...

Akhir nyer saya paham knpe tdg2 ni semua mahal... Oke nak singgah pajak gadai jap.....

norhayati suaib said...

lepas nie ada 4 layer lak untuk tambah keberkesanan tudung

Huda Engku said...

Mohon letak sistem hands free di batu tersebut supaya boleh jawab telefon waktu drive.

Anonymous said...

pandai la hang karang cerita nooo....ni spm konpom bm A++++....
hang ada share kaaaa?????

Ros Ibrahim said...

Oohhh.. patutlah mahal. Barulah faham. Kena ada bilik kebal kat rumah kalau nak simpan koleksi tudung mahal macam ni. Bahaya juga kalau jalan-jalan ada potensi tudung kena ragut. Tak selamat tu.

Wanis eVe said...

Setuju ngn rafhani..kalu kita pkai pashmina hubby lgi suka..katanya nmpak bdk2 skit..kalu pkai tudung berawning nmpak matured sgt..haha

Yani Ismail said...

lorrr...baru ku tau tudung fareeda & ariani diterima di pajak gadai. bagus lah mcm nih. aku banyak koleksi ariani. huhuhuhu....

Agil Noordin said...

Hahaha.. ini lawak!

Noor Suraya said...

Terperinci sunggoh pencerahan dia.hehehe

Nuriesya Nadia said...

Hahahahahaha thorbaeeekkk !!

Sicher said...

loooooooooooooooooooooooooool

Abu Bakar said...

hahhahah… boleh buat 5 layer plak lepas ni.. masuk skali kain kalis peluru..

Terapi Bekam Nur'Najwa said...

Mohon pasang alarm system... langkah keselamatan takut2 diragut. . Haha...

Chempaka Merah said...

kak Di mmg setia dgn ariani :)

Anonymous said...

Serius tersedak cok peneram dikala aku membaca penulisan sedara kali ni...tambahan...batu2 swaroski waima kawasaki sekalipun keberangklian tinggi bertindak sebagai cctv juga...
Wallahualam...

Mohd Azfar said...

bila baca penjelasan ni.., gua yang berjantina lelaki pun teringin sangat nak pakai tudung fareeda.. auw auw

fiza said...

kikiki..hari2 pegi balik keje tgk billboard tu..cantik sungguh model tu kan :D

ahkak gojes said...

Sy sokong sedara mohd yusof...
Yg ada jerawat jd xda jerawat...hakikatnya mmg berjerawat..

Anonymous said...

gahhaha....thumbs up!

Anonymous said...

X guna beli tudung mahal tp masih x menutup melebihi dada..

Anonymous said...

Camne cara nak detect wifi n password tu...?

Akak Tak Gojes said...

huhu...memang 'TAK MAMPU' nak jawab kat akhirat klu di soal tang kenapa tudung mahal tp aurat murah... lebih baik aurat mahal sekalipun pakai tudung murah..apapun mahal atau murah bkn isu..cuma biarlah apa yang kita hasilkan itu memberi manfaat kat org..kita pun dpt pahala..

Anonymous said...

actually tudung nie ibarat pakai helmet ironman . ade jarvis installed kat tudung nie . boleh tau anything . :P

Jabba said...

Jgn terkezut nanti tokey pajak pun pakai tudung jgk...sebab byk tudung yg tak dituntut.. mudah2an dpt hidayah tokey tu....

Anonymous said...

tudung tu ada apps dia kat android n iOS store. siap pancar GPS pagi n dapat streaming lagu nasyid. sebab tu la kena bayar royalties kat artist. permata kat tudung tu sial boleh pancar Bluetooth, infra red n bila dlm kecemasan boleh hangar distress signal direct ke pdrm. nampak je mcm tudung tp ada stealth technology utk sembunyi dr perogol bila bersendirian. so tolonglah kali tak mampu xyah la nk menyebok nk beli ini tudung

Anonymous said...

Ha...ha...ha....kalis air? Aku pakai basah lencun jgk ms hujan.

Anonymous said...

jgn lupa anon tudung ni boleh pancar laser n bila pemakai dlm keadaan sedih otomatik bukak youtube streaming klip2 LOLcats, unicorns dan triple rainbows

LanHatari said...

goddamnit! this post wins the internet for today lolololololol

Anonymous said...

haha... kan, kalau kalis api mahal tak complain kot :p

nurnadiah said...

Tmbahan skit..batu2 yg ada kat tudung2 fareeda tu actually mampu mrmbersihkan sisa2 kotoran (almaklum lah kependekkan tudung mungkin akan tercemar oleh lelehan sos2,percikkan kuah2..tanpa disedari). Batu2 akan active dgn serta merta dan mengeluarkan air dari celah2 kedutan disekeliling batu2 tersebut agar kebersihan tudung terjamin spnjg masa...

Anonymous said...

cara2 utk detect WiFi menggunakan tudung:

1. pastikan tudung serta permata kat tudung dlm keadaan kering(klu basah nanti kena electric shock plak)

2.pastikan router dlm mode "search new devices"

3.tekan permata sehingga is berkelip2 warna biru( pastikan tudung n router dlm radius 2m)

4.guna aksesori wireless kibod yg disediakan bersama dlm kotak tudung dan type "0000"(default password utk pairing tudung ngan router WiFi)

5.tunggu sehingga router mengeluarkan bunyi "win98bootup.avi"

6.tadaaa...congrats tudung n router anda telah berjaya dipairing. sila masukkan username n password baru anda

7.....?

8.PROFIT!!!

Anonymous said...

Lagi satu bila ko pakai tudung fareeda yg makcik gemok akan feeling seperti mawar..yg keding akan segojes mawar..
Lagi satu bila sarung fareeda ni feeling seperti kau la paling cun..smpi nak berselfie.
Jalan kat sopping komplex rasa gah sangat wei.. kunun feeling mawar..kuikuikui

Anonymous said...

Maafle nak tny...bukanke ariani skrg mahal psl model die ct bkn wardina?
D'haja pun mahal giler n lebih mahal dr fareeda, knp d'haja x termasuk dlm kategori tudung mahal ni?
Mohon pencerahan ✌ツ

NHS Honey said...

Aduss..
Keraih perut aku gelak.. :-D
Tudung aku yg paling mahai RM65 jer!

Pakai tudung utk jaga aurat sebaiknya..
Bukan utk glamorous..

Zul iskandar said...

Mak aiiiiii.......mmg terangkat tudung cenggini.....mcm2 ado...kalau aku dpt, kompom wat tudung saji ler jwbnyer.....hehe.

umar hamzah said...

ni tudung ke gadget....kalau mcm ni baik aku beli tudung dari beli iphone 5S...boleh buat downpayment kereta....kakakakaka

mooniebob said...

Lagi satu, brooch ditengah tudung tu fungsi mcm lampu ultraman. Kalau letih akan blinking.

Anonymous said...

mohon pasang remote tv kat batu tu..blh tukar2 channel...hahahaha

aqil 03/18/1990 said...

unifi yg murah tu pun x dasyat mcm tdung ni.
ops!!
yela kan.
murah

Anonymous said...

ni kerana tudung d'haja menggunakan teknologi chip silikon terkini yg mempunyai kelebaran 3nm yg ditutupi dgn lapisan kromium kemudian chip tersebut disaluti pula dgn 20nm emas menggunakan kaedah "electron beam evaporator". selain itu tudung d'haja adalah tudung pertama di dunia menggunakan teknologi 5-layer berbanding dgn tudung2 lain yg hanya ada 3-layer. ini bermaksud bahawa tudung d'haja merupakan tudung pertama yg menggunakan isyarat 4G LTE serta tudung pertama yg mempunyai 5GB ram, 15,000mAH kuasa bateri selain itu menggunakan chipset snapdragon 800 dgn CPU berkelajuan Quad-core 2.3 GHz Krait 400 yg terdapat dlm Samsung note 3. stylus, wireless kibod dan jam pintar juga disediakan sekali sebagai aksesori tudung. setakat itu je yg saya tahu. tanya2 harga lebih kurang dlm 4-5k ikut kontrak samada nak kontrak 2thn atau 3thn. tapi hati2 jgk nak beli kenalah menerusi ejen yg dah pasal byk klon2 made in china dipasaran so hati2 ye

Anonymous said...

Tudung mahal kena hujan x nmpk kulit? Penipu la.. sy pon ade gak tdg ariani tpi bila bsah nmpk sume..

Anonymous said...

"...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

Jika ingin tutup aurat kerana Allah, tak perlulah berlebih lebihan.

Anonymous said...

Gua suka ini..hahhaha

Hazinra Namir said...

Batu2 keronsang bukan calang2, sekali tukar kaler merah..tuan badan jadi ultraman...serious.. Jd ultraman. Belilah tudung mahal.. Kerana banyak faedahnya.

Anonymous said...

Lawak bodoh merapu jer.. so sacarstic!

Anonymous said...

kalau tau awl2 xpyh sy beli brodband n nset mhal2 pkai je fareda dh blh online trma kasih fareda anda mlengkapi hari2 ku lol.. mohon kecanggihan d serta kn dengan kmudahan acces banking senang nk byr bil skit lol..

Anonymous said...

Nak nangeesss weehh.. dinyanyikan nasyid?

Anda tak pelik ke kat kedai tudung a***** tu depa guna bahasa gujerat yang ada bermaksud mengutuk customers.

Contoh: munjerri.. (sumthing like mengada2 kau ni!!) Pesajaju (customer ni ada byk duit). Natte (x silap: cust ni takda duit) Hahaha.. beli tudung mahal2 dapat maki free dalam bahasa gujerat!!

Anonymous said...

Nama dah parody....haha

Anonymous said...

Terjemah satu2 mmglah...sbnrnya maknanya Nak berfesyen tu tengoklah kemampuan diri...huhu

MissDivers Divher said...

Hahahaha.

Anonymous said...

Kdg2 terlalu mahal..harga xsetimpal..dah la kat mlysia sume brg getting expensive..

Anonymous said...

hahahahahahaaha..lawak2..

Anonymous said...

satu lagi. bucu layer yang paling dalam tudung fareeda tu dilengkapi dgn sistem hologram ID, sangat berguna kalau rushing2 dkt imigresen, boleh libas tudung je xpayah flash passport atau queue panjang! "voila! akak tudung fareeda, sila beri laluan!"

Anonymous said...

sy suke beli fareeca sbb kalo sy jemu..sy leh jual balik wpun dh pakai byk2 kali dgn harga 200..ade value mcm pakai brg kemas..so..x de la bimbang kalo tgh2 sesak..sy letgo selai dua yg hot2..dpt la 300 koman2 dlm tgn..drpd bli tdg lain yg mahal..tp nak jual balik x de value..simpan dlm gobok.

Cakna said...

Kira murah la tu...macam2 adaaaa...bayar satu tudung, dpt segala benefit..wifi...mood detector, pelindung ujan..pelindung sinar uv...yg lenlain ada...potong jari kalau ada..tq untuk pencerahan..sedar diri sekarang. Beli tudung 30 hengget kat TAR street and maintain ayu je mmm

Jamilah Hussin said...

Hahaha...xleh handle gelakk

ALERT said...

tudung fareeda tu mcm pokke (sejenis binatang sprt sesumpah yg kembang di tengkuk)

Anonymous said...

Jgn memain, awkening fareeda ada uv protection..uolls xperlu tempek sunblock,biar nmpk tua bila pakai,agar kulit dilindungi..tak makan tua atau kedut uolls..setiap layer tu ada 3 haruman gucci,escada,dkny..sbb tu sebulan xbasuh pun tetap mangi..satu lg warna setiap layer mempengaruhi mood..kalau tengah marah automatik kaler semua jd terang dr asal..mood berahi automatik timbul biji2 love..hokehh

roddy za said...

Kihkihkih.. Guling2

Anonymous said...

Salam. Sy kurang setuju kalau anda kata first layer bg tudungyg berlayer2 tu kalis air. Sy adalah bekas peminat bg kedua2 tudung yg anda mention tu. Pernah jg berlari2 anak dlm hujan pakai tudung fareeda tu, basah ok..mana ada kalis air.. :)

Anonymous said...

Huahahaha! Sy bg dua jempol!

Anonymous said...

pulak dah canggih melampaui smartphone ni. bateri 15,000mAH tu klu bateri henpon weak boleh la sambung ke tudung ye takyah susah2 beli power bank. kontrak ni bawah sapa? celcom? maxis? digi? nak jugak trade in iPhone ku utk tudung ni hehehehehehe

Anonymous said...

Api neraka sbb tetek tersembul

Anonymous said...

hahahahahahahahahahahahaha siot aaaaaaa...ada instruction nk connect ke WiFi yg tak tahan weihhhh...adehhh pecah kapla pikiaq...PROFIT??? wakakakakakakaka

Anonymous said...

Aku tgh kompius sebenarnye ni..admin ni betul serious o perli2 ek..aku blur sesgt ni..mohon pencerahan sket geng..hu3

Anonymous said...

3 layer itu juga adalah untuk aspek keselamatan kerana tekstur bahan yang digunakan boleh menahan peluru dari menembusinya (kalis peluru). Bukan itu sahaja, ianya juga boleh dijadikan sebagai payung terjun kerana sifat bahan yang digunakan boleh mengembang sebesar padang bola sepak, pengguna-pengguna tak perlu berbelanja lebih kerana berbekalkan tudung tersebut, anda boleh menyelamatkan nyawa.

Anonymous said...

15,000mAH tu charging laptop pun boleh sgt2 anon...jgn2 jd starter bateri keta weak pon lepas...hahahahahahaha

Anonymous said...

Lerrr kann parodi jerr tulisan si jai ni.. Cik kak percaya ke? Hukhukhuk

Anonymous said...

parody la.. baca tulisan kecil di bahagian bawah sekali, ada dinyatakan ttg itu

Anonymous said...

cayaaa laaa hebat gilaaa...hahahahah...

azidahali said...

tq penulis blog...anda insan yg kreatif...sy pasti share nukilan awok ni...hehe so funny

kaka.k said...

Saya kurang setuju 95 persen. Mmgla x tudung 3 layer mungkin x npk rambut kalau basah. Akan tetapi muslimin muslimat tudung far**** tu...nampak tetek. Berbaloi mahal cemtu?

Anonymous said...

die melawak jelah weii.haha

Anonymous said...

tahniah kpd anon yg kasi instruction WiFi tu...u sir have made my day n won the internet for today

Anonymous said...

Lol

aiza farinaz said...

Dr entry smpi ke komen...letih ak gelak...lawak...hahahaha

Anonymous said...

Tak kisahla berapa hrga tudg yg penting tutup aurat...dan bentuk2 aurat...tapi ade jgak tudg labuh ..jenis lycra...semua bercap2 kalo pakai..walupun labuh...so kenela pandai pilih jenis tudg...bawal plak jarang kene iner..pari tak tau jenis kain ape...hahaha...btw farida ade saiz xl ...mmg labuh gile...tapi ramai org suke yg singkat...pilihan di tangan anda..syurga atau neraka...

Anonymous said...

Pihak amerika bersetuju membeli tudung ariani dan fareeeda di sebabkan teknologi anti kereta kebal.dan kalis peluru pada tudung tersebut..sesuai utk obama dan askar2 mereka ketika berperang..ekonomi malaysia di jangka melonjak naik dan gst di batalkan..anwar ibrahim tak jadi di penjarakan..tahniah ariani dan fareeda..hahahaha

Anonymous said...

Lurus btl Cik kak ni.hihi

Anonymous said...

jgnkan remote tv, engineer2 serta tukang2 jahit dorg tgh sibuk merekacipta tudung yg mempuyai touchscreen IPS 15inci tp takleh keluar sbg produk dulu pasal to key tudung tgh lawan kes kat court dgn apple dan Samsung kerana dedua cakap teknologi touchscreen tu di bawah patent dorg. klu tak dh ada dipasaran skrg ni. cilake punya yahudi takleh tgk bangsa lain maju menerajui teknologi tudung ni...puiiiikkkk

Anonymous said...

TLDR stopped when it started to not make sense....this article is so densed, writer is so gullible

Anonymous said...

3 layer je ? asal xtahan nuklear terus , nescaye jepun pun sanggup beli.

skarang ni mudah je pompuan nak sorok kesundalan diorang (tak termasuk la bg yg benar2 sudah bertaubat - nobody perfect kan?) , pakai je tudung - org terus respek , kalah ustazah yg dah habis blajar kat arab saner

Anonymous said...

Woww....canggih rupe nyer yer...

Anonymous said...

this is the WORST explanation i have ever read regarding a product that tak mendatangkan manfaat kepada pemakai melainkan jadi cantik. cantik je tapi bentuk tetek nampak, dagu tak bertutup walhal dagu itu adalah aurat

kalau dah jahil tu, jahil jugak

Anonymous said...

anon xtau ke ada konspirasi yahudi di amerika yg cuba nk curik teknologi stealth tudung ni? tu sebab la amerika kasi hilang tu mh370 pasal yg dok kata manggis 10tan sbnrnya adalah 100,000 helai tudung yg dorg plan nak kasi army dorg pakai. babi punya puak Freemason dan Illuminati nasib baik tudung tu ada ciri2 anti theft and self destruct tp sayangnya tudung tu self destruct di udara yg menyebabkan misteri mh370 sampai skang ni msh tak dpt dirungkai

Anonymous said...

its a parody

learn2read faggot

Anonymous said...

kan ker ada tulisan kecik kat entry tu yg cakap tulisan ni adalah parodi semata-mata. ada jugak insan yg xpandai membaca sampei habis
*facepalm*

Mohd Fauzi Bin Seman said...

letak batu yang lebih besar supaya boleh baling peragut....

Anonymous said...

NONSENSE.....tudung fareeda 10 tahun simpan bila pakai msti dah outdated...baik beli tudung bawal...evergreen lahhh

Anonymous said...

Entry ni menarik. Komen2 pun kreatif. Memang hilang stress.

Anonymous said...

tudung ni kalau pakai dgn jubah, bju kurung or baju longgar x akan nmpak tetek
tapi pakai tudung bawal or labuh..tapi pakai baju sendat..nmpak bentuk pinggang, punggung n lengan...tetap haram juga

Anonymous said...

hehehe...canggih sangat smpi dpt kesan wifi + password skali..mmg kecanggihan tudung fareeeda tiada tandingannya. :)

Azu Anor said...

Kalau kalis api, abang2 bomba boleh guna sekali tuh... lagi tinggiii resale value taw..hihihi...

Anonymous said...

Pasni maknyah pasti up to date..elok2 rambut dorang bkn aurat dikatakan aurat semata mata nk bli tudung fareeda..market value katanya..nyah kata dada dorang bkn aurat..senteng tudung xpe janji tersembul teserlah menyerupai wanita..erkkk..

Anonymous said...

Hahahaaha.... kejang perut den golak...
syarat pakai tdg mcm ustz, ustzh slalu ckp... kene melepasi dada... pakaian pula yg tdk nmpk susuk tubuh dan warna kulit...
kalo pakai tdg hot ni yg size tutup dada (ada ke? X pnh belek pun) dgn baju yg ikut syarat.. sy rs ok je...tp kene ingt.. warna2 yg terang sampai menarik perhstian juga ada hukum dia kalo x xsalah... begitu juga dgn tdg bawal ke apa ke... janji patuh syrt dan pakai dgn pakaian ikut syrt... ok je...

Garbanzopeas said...

bukan batu biasa tu batu caves tuuu

Anonymous said...

Malang sekali tudung ni x dpr meningkatkan IQ pemakai...artikel parodi pun mau emo mengkomen. Mohon upgrade capasiti RAM etc utk para peminatnya.

Anonymous said...

oh man!

Anonymous said...

kalis api neraka tak??

Shopping Heaven Dot Net said...

First time jejak blog ni (maaf abg jai!) sbb nk tau sgt kenapa, melalui link yg viral diFB. Berbaloi rupanya. Now boleh lah suruh cik abg belikan selai. Selama ni x pernah teringin pun. Hewhewhew... Teruskan mencari manfaat tudung ni. Makcik sebelah rumah saya yang gila tudung F ni kata pakai tudung ni rasa sejukkk je. ;) ;)

p/s mula2 baca confuse juga. Sampai tgh terus x tahan gelak. Terbaikkk

Anonymous said...

Tudung ni juga perlu diletakkan earphone. Ini dapat memudahkan pemakainya menjawab panggilan dengan bercakap sorang2 sambil berjalan. disamping itu tudung ini juga perlu dilengkapi dgn sistem solar utk memberi kuasa elektrik pada gadget2 yg terdapat pada tudung ini. Tak perlu bergantung dengan power bank lagi. Plate solar tu boleh diletakkan di bahagian atas tudung.

Anonymous said...

xlogik je batu tuh berubah based on period, ovulasi sume bagai.. takkan kat rumah pakai tudung nak check ovulasi?kalau perogol nampak nih memang dye boleh target la yg xperiod. kan da mengundang bahaya kepada si pemakai.bukan senang nak taw pn period sume unless hormon perempuan tuh ley diserap oleh batu2 itu..wow.. harap boleh beri penjelasan lebih kukuh.

raayeop said...

gelak baca tudung ada 3g dan camera360..

Anonymous said...

Adoiiii...peminat tegar fareeda ghupenye bang jai ni ye..hak3...gud job!..

betty global said...

Adoii lawak lah..haha nasib lah kita xsuka tudung mahal membazir..lgpun suami xsuka ,kalo pakai pashmina dia kata bru lah cun remaja sikit.kalo x mcm makcik makcik..then xsangka plak lah boleh plak tudung dipajak gadai..nk bt loan kereta kikiki..ada ke syarikat jual kereta timer kalo sy bg deposit tudung..pajak haishh mahal nya sampai leh dipajak..maka lps ni jgn peragut amik emas tau..amik tudung ...tudung berharga siuuutttt..

Anonymous said...

Boleh tahan jugak
kabo dah situ parody semata :)

Anonymous said...

Parody parody parody :))

Anonymous said...

Comment anda dapat satu like dari saya
Mujur button like takda sini eheh

Anonymous said...

Pembeli tudung fareeda mmg lurus mcm ni ek? Dh dua org komen mcm nie..hahahaha

Anonymous said...

Kannn....dr zmn mak2 kita pkai tudung bawal smpai skrg..beli tudung bawal sehelai rm5 ade 10 warna..bru rm50..

Syahmi Zaludin said...

Deep! =)

Kapten Amerika said...

Sebagai seorang pegawai atasan berpangkat Kapten Amerika di Arrahnu Pajak Gadai Islam cawangan yang betul-betul depan kedai tu, di sini saya ingin jelaskan syarat-syarat bagi melayakkan anda merahnukan tudung anda di mana-mana cawangan Arrahnu yang terlibat.

- Warganegara Malaysia.
Anda perlu membawa keratan kertas pembalut burger hot Fizo sebagai bukti bahawa anda adalah seorang warganegara yang sejati.

- Anda mestilah berumur 18 tahun ke bawah.
Jika anda sudah berusia lebih daripada 18 tahun,tentu anda sudah matang dan dapat membezakan baik buruk pembelian tudung tersebut. Bagaimanapun,kami memberi peluang untuk sesiapa yang insaf. Caranya ialah anda boleh suruh adik atau anak-anak anda atau anak jiran anda merahnukan tudung itu untuk anda. Jika tidak ada, anda terpaksalah mengambil anak angkat dari afrika.

- Tudung itu mestilah yang ORIGINAL sahaja!
Awas! Anda boleh didakwa di mahkamah bersama owner syarikat tudung terbabit jika anda didapati cuba menggadaikan tudung tiruan kepada kami. Kami akan menguji tudung tersebut dengan densimeter bagi memastikan ketulenannya berapa karat. Tudung yang benar-benar tulen mestilah tidak kurang daripada 22 karat. Setelah itu, kami akan keringkan tudung itu dengan pengering rambut dan jika tudung itu tidak mengeluarkan bunyi bip-bip-horey,itu maknanya tudung tiruan.

2. Kadar pinjaman maksimum adalah 500% daripada nilai semasa tudung tersebut. Sebagai contoh, jika tudung itu dinilaikan pada harga RM300, maka anda layak mendapat pinjaman sehingga RM1500. Ini kerana kami yakin bahawa nilai tudung tersebut akan meningkat bertingkek-tingkek. Statistik menunjukkan peningkatan nilai tudung eksklusif sepanjang tahun 2013 adalah sebanyak 15.9 kali ganda. Wow!!!

3. Kadar upah simpan bagi setiap helai tudung eksklusif adalah 18 kali ganda daripada nilai pinjaman.
Jika anda meminjam RM1500, bermakna upah simpan tudung anda selama 6 bulan ialah RM27000. Ini kerana kami menyimpan setiap helai tudung eksklusif di tempat yang paling selamat dan berteknologi nano-nuclear iaitu di sebuah bilik kebal rahsia yang terletak sedalam 150km di bawah tanah. Perjalanan ke bilik kebal ini memakan masa selama hampir dua jam dengan menaiki lif ekspres berprestasi tinggi. Bagaimanapun, jika lif rosak atau blackout (itu kerap berlaku),maka staff kami terpaksa menggunakan tangga dan memakan masa berminggu-minggu untuk sampai ke bilik kebal tersebut. Setakat ini sudah 12 orang staff kami turun dan tak timbul-timbul sampai ke hari ini.

Anonymous said...

Hari2 aku lalu bangi..setiap kali lalu dpn fareeda..aku geleng kepala..dlm hati berkata..bodohnya p beratur pnjg2 bg duit ribu riban kt mawar dgn fizo..cari duit setengah mati jd kuli org pastu bila dpt gaji senang2 je bg duit mcm tu kt diorg..jd hamba fareeda..sedangkan fizo dgn mawar sedap dpt duit hasil riba g honeymoon satu dunia..aku x dengki pon..bkn aku x mampu tp membazir kot..melayu oh melayu...bila nk maju klu fikiran sempit mcm nie...

#mohon terasa kpd peminat tudung eksklusif nie

Anonymous said...

paling kesian bila tengok org melayu kite tido kat koridor semata2 nak beli tudung tu...baik la jai bukak 1 hotel bajet kat sebelah butik fareeda tu...da mcm pelarian da tgk diorg2 tu sume...

xley tahan lak bace penerangan tntg tudung 3 layer ni...pecah hati gelak...hahaha...first layer tu eloknye satelite, ianya boleh mengesan full channel astro...layer kedua bley jadi decorder, nt connect kat layer ketiga...batu tgh tu jadi remote...

tudung fareeda ada value lepas 10 tahun, jadi kain lap...haha...kaye lagi kedai MUAZ kat kl tu...harge tudung x semenggah...cikai2 pn RM1.80...baik beli situ...banyak choice...ley wat tudung 7 layer...haha

Anonymous said...

Alahai bodoh nya lah puak2 yg gilakan tudung2 bodoh tu..termasuk penjelelasan bodoh...wei pundek anak haram jadah...nak tutup aurat ja pun...nak backup mcm pokimak pe hal....dasar betina sundal...nk berhias lah sangat...muka mcm tin sardin...hang ingat pakai mahai2 jdi cantik ka...betina x sedar diri ptuihhhj

Mutazalyana said...

Hikhikhik..

siti said...

tudung dia ada bnyk saiz... terpulang lah pada customer nak beli saiz apa... ada perempuan berbadan kecik kalau pki saiz M dah labuh menutup dada, ada yang kena pakai L

kalau nk kata tudung, org yg beli pashmina bidang besar tapi kalau melilit sampai 5 pusingan pun x menutup dada jugak. tudung tu jd tak labuh bukan sebab penjualnya, tp pembelinya

kak ja said...

elok jugak kalau ada smoke detector skali.. almaklumlah api ni, kecik2 masih boleh dibuat kawan

Anonymous said...

Kalau kalis api neraka,aku hari2 tido depan kedai fareeda.sggup wooo...

Anonymous said...

Pandai penulis blog ni buat lawak. Ideanye bernas n betul2 buat saya ketawa.. Usaha lagi utk menulis hasil2 sebegini yg bleh hilangkan stress.

Anonymous said...

alahai kau ni bangun pagi2 dok merapu mencarut xtentu pasal ni knape?pagi2 dh buat dosa..baik la gi amik wudhu siap2 solat subuh jemaah kt masjid..

Anonymous said...

Ni parody la..ROFL

Anonymous said...

Omg siti. Alasan ape u bg ni. Mmg la mcm2 saiz, tapi makcik2 gemuk suka jugak pilih yg pendek. Kenapa ye? Mmg bergantung pada pemakai, habis tu yg reka tudung tu kenapa? Mmg tau nak untung tapi xtau nak ikut syariat. Seriously. Yg beli pn agak bodoh sbb dahla mahal, kecik and dapat dosa. Yg buat tudung tu lagilaaaa berganda2 dosa. Benda mcm ni two way. Takde rekaan mcmni, xde org pakai punya. Now dont be silly. Nk salahkan tudung pashmina pulakk.. Kihkihkih

Ruziawati Yusof said...

Hihihi... makan dalam you! Brilliant idea! Keep it up!

Anonymous said...

kuikuikui...lma x tengok ultraman...

Anonymous said...

kat indon pon ade jual ini fareeda
rm16 saja, rupiah x tau la

Anonymous said...

ini lah namanya pukul anak sindir menantu... [lawak pagi.. buat sy tersenyum tergelak sendiri.. trima kasih admin.. harap ramai org sedar tmasuk adik ipar sy kikikiki ;) ]

Anonymous said...

Disarankan agar penulis di atas wat besor2 skit perkataan parodi tuh..orang tak perasan kot letak seciput kat bawah tuh..huhuh

mashazra said...

Lawak ahhhh!!

Anonymous said...

Serius ak mengekek gelak baca post n komen2 kat sini.. hahahaha

Anonymous said...

Terbaiklah :-) lepas ni ni ramai le org beli kreta n rumah..hahaha

Anonymous said...

penerangan yang paling bodoh dan mengarut oleh bloger

Cik Ros said...

Adoi teori makan dalam tuu haha. Saya pernah dengar org panggil tudung fareeda = tudung otromen, ada ker persamaan?

Farhana Mokhtar said...
This comment has been removed by the author.
stargone zam said...

As salam blogger....ada saham dlm tudung fareeda @ ariani ka???? Syariat tetap syariat....tiada tolak ansur....jangan menghalalkan sesuatu yg anda kurang pasti....jangan memperbodohkn diri anda dgn ulasan dan kupasan yang tdk masuk akal....3g@4g???? Taubatlah saudara...jangan jadi macai....cukuplah kata2 sombong dan bongkak keluar dari pengeluar tudung...jangan saudara turut sama mengeluarkn kata2 yang jauh dari sifat2 mukminin.....wallahhualam

Anonymous said...

"Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut."

Apsal ada justifikasi mcm ni? Mana asas nya? Asas agama islam mana yg tuan pakai utk membenarkan kenyataan 'meresap vibe positif kpd tudung' sekaligus pemakai tudung tu akan jadi positif dan berkelakuan baik?

Anonymous said...

penipu btul...

Anonymous said...

pandangan ikhlas saya,jika kita boleh berhabis duit beratus2 beribu2 untuk membeli kasut yang dipakai di kaki, kenapa hendak berkira untuk membeli tudung yang dipakai dikepala. dan tudung yang dijual oleh fareeda juga mempunya saiz. kenapa hendak disalahkan tudungnya yang singkat jika kuasa membeli itu ditangan pembeli.pilhan telah disediakan. senang cakap tepuk dada tanya selera. sekurangnya dia mencari rezeki dengan kudratnya. harga yang mahal juga adalah untuk dia membayar gaji pereka tudung berkenaan. dan kenapa perlu orang menciplak hasil secara percuma. just my 2cents.

Anonymous said...

Parody memang sepatutnya bodoh dan mengarut dan berunsurkan sarkastik power yg tak patut

Anonymous said...

rilek la sedara stargone, anda memang agak gone sbb artikel ni adalah sindiran. wallahualam lah kalau saudara masih tak paham apa itu sarcasm atau parody. mohon teruskan menuntut sehingga ke negara china kui kui kui

apaituTABARUJ said...

Betapa jahilnya pembeli dan peminat serta penyokong tudung TABARUJ ini....
nak dosa pun kena beli sekarang,
lepas tu sanggup bayar dosa mahal2...haishhh JAHIL nya....
mufti malaysia? DIAM....

Anonymous said...

ni lagi sorang. org dah kata parody..parody..p.a.r.o.d.y..paham..ahh stress aku!

Anonymous said...

Jgn lupa.. awning keras dia bertindak menahan panas silau terik matahari spy dahi x berkerut... juga berguna di musim hujan, x perlu risau makeup tanggal terkena hujan sbb awning tu dh bertindak sbg peneduh muka.. :-p

Anonymous said...

setuju sangat2, tpi tudung fareeda byk yang atas dr dada.. tapi tudung bawal lebih terjamin....

Farhana Mokhtar said...

Huhu..parody yg terrbaik..mmg suke bace artikel ni smstinya kne bace komen2 skali..you have made my day sir..anyway,NI ARTIKEL PARODI, so,baca n let go shj ok..no heart feeling..peace..

Anonymous said...

penah pakai tudung awning .. orang kata mak nampak tua.. beli shawl 5 hengget.. 2 helai lilit kepala dan lilit tengkuk serta dada.. orang kata mak nie anak dara... mak dah 4 series tuuu...

Anonymous said...

Pilihan juga ada di tangan penjual utk jual produk yg menutup aurat cik non oiii..kuasa penjual sepatutnya yakinkan customer utk tutup aurah dgn sempurna..simple je..tp bnda2 yg ikut syariat ni mmg x glemer pn zaman skang..donia..donia

Anonymous said...

Statement mcm kanak2 ribena wat karangan..xleh blah...agak2 ar klu nk tipu pn wakakaka..gelak guling2..pi blaja wat ayt yg lg power ye..kikiki

Anonymous said...

hahahah lawak betul! org atas ni tak faham sarcasm. Poyo sungguh.

sumpitt Sauber said...

Ekekekekekekkekekee

iemashahani said...

Pernah anda tny diri sndri x, diri sndri tu ckup smpurna ke?? Aurat anda msih trjga ke?? Pergaulan anda antra laki pmpan trjga ke?? Solat anda trjga ke?? Kalo rse blum, ubah dlu dri sndri....mmg sy akui tdung fareeda mahal n sy pngguna tdung fareeda n dlm msa yg sama gne tdung bwal....ikut hati kita....kalo kita ni mmg suka nak tyang, kita akn tyang...kalo kita ske trtutup, trtutup la gak....tdung yg mcm ala2 fareeda pun sy pnah try....tp sy perhati, tdung fareeda n ariani ni kain nye x nipis....tdung bwal mmg nmpak tutup dada tp still nmpak tngkuk....penah x korang tau hrga tdung ustazah2 yg popular kt tv?? Sama je hrga dgn fareeda....jd bnda ni sama je....fareeda lbih kpd kepuasan pemakaian yg x perlu nk pin byk2...tdung pun trletak....

Anonymous said...

Benda ni dua2 pihak sebenarnya. Kalau la penjual tu dah tegur pembeli untuk pakai yg lagi labuh ok la. Tapi yg x tegur tu lain masalahnya. X boleh nak salahkan penjual je. Pembeli pun terbabit sama. Penjual mgkn membuat pelbagai saiz utk kesenangan pembeli, tapi x control saiz yg dipilih pembeli, dan pembeli pun, kena tahu hukum juga. Jadi dua2 pihak main peranan sebenarnya.
Senang citer, buat je labuh, dan pembeli pun, pilihlah yg menutup sebaik2nya

Anonymous said...

alang-alang elok disertakan dengan lapisan anti hentakan dan peluru. bukan apa, untuk kemudahan pengguna yang menunggang & membonceng motor. tak payah lagi susah-susah pakai helmet bagai. malah memudahkan pemakai yng berhasrat untuk mengikuti pasukan bantuan kemanusiaan utk mengagihkan bekalan di wilayah-wilayah bergolak.

lol. seriuos kelakar!

Anonymous said...

aku pkai kangroo bwal 5hinggit ja ...... comel bebenor dh laki aku puji ..... aku xsgup bli tudung mhai2 .... sbb aku bsengkang mata cri duit tp dlam msa sjam nk abis duit smta tudung 2.... anyway .... aku memg suka parody nie .... so dh bca entry kna lajak bca komen gak .... hehee ...makin muda dibuatnya sbb gelak xabis2 almaklum la exercise mlut .... awet muda la ktakan

Raihanah Ahmad said...

thanks for the parody. It cheers the day. LOL :D

Anonymous said...

Ek eleh, kain beli cheap sale kat Kamdar potong 4 segi jadi tudung dah. Kalau lawa tu pakai apa pun namak lawa

Anonymous said...

mahal2 nie kompem masok syurga ker?
3layer or 100layer ker, leh tahan dari api neraka ker?
Tudung smua pendek2 sbab nk tayang tetek mantap jek tu~ Pastu kena kacau @ ngurat salahkan lelaki pervert~ wadafak lar perangai

Anonymous said...

kalau nak letak harga mahal2,tudung tu biar la labuh sikit smpi tutup bawah dada dan belakang.in case kalau angin kuat boleh cover sikit bahagian yg terdedah tu.. 3 layer ke berapa layer skalipun xkisah la.. yg penting aurat tu kene jaga..bukan jual nak mahal je kos itu la ini la.. hadoiiiiii.. jual tu jgn la nk kira untung sgt.. kalau jual murah insyaAllah org lg ramai nk beli.. xpayah nk letak kat bilboard pun org cari..apatah lg tudung yg menepati syariat.. maaf la kalau terguris hati.. selamat menyambut ramadhan yg bakal tiba.. ampun maaf..

ieka zza said...

Stuju!!!kalau pakai yg berawning ni nmpk.matured..tp pakai yg simple & byase nmpk lebih muda..walau ape pn pakai yg murah ttp cntik!!

Qider said...

this is very good, very good indeed..

you really make my day ar, nasib tak terguling je aku gelak ni oiiiii

Anonymous said...

Ciri2 terbaik tudung yang semua wanita muslimah perlu beli adalah kalis "azab neraka" =)

Anonymous said...

mula2 baca punya la serius sbb nk tau gak sbb apa mahal. tp dh smp tgh2 aku gelak sorg2. Gila lawak tp ada gak yg amik serius dgn tulisan ni. hadoi la. hahaha

Ajie Genji said...

Tudung ni support bluetooth x? kalau boleh, nak beli la sbb senang boleh connect ngn hp. ahhahhahaaa

Nazir Nordin said...

Tdung tu siap ad power bank ak dgr.

Anonymous said...

Kalau tudung labuh tutup dada sekalipun tapi baju seluar ketat, baju lengan suku apalah gunanya...api neraka tetap membakarmu..

Anonymous said...

betul tu kak! kita sama. yg best laki kita kata macam minah kemsss (faham2 sendiri lah) ;p

Anonymous said...

Jagalah pakaianmu juga bukan sekadar tudung labuh menutupi dada..bawal rm5 sedar x kainnya jarang sehinggakan nampak bayang leher kita??sama2 la kita menjaga aurat dgn sempurna..

hamba Allah said...

Haha klaka la anon 10.20am..siti bukan salahkan pashmina tp org yg lilit pashmina smpai atas dada la..pokok pangkal diri sendiri..adoiyaii

hamba Allah said...

Oh salah anon 7.06am..

Anonymous said...

kalau buat poket dalam tudung tu bagus jugak...boleh letak duit, iphone, gincu, nescafe 3in1 ataupun letak kipas siling.
tak yah bawak handbag dan takde kena ragut.. :P

Anonymous said...

Pasal tudung pun Fareeda nak claim hak pattern... bertudung tu kan satu tuntutan syariat...satu ibadah.. lain la kalo barangan lain... dia patut rasa besyukur dpt menjalankan ibadah menjual barangan untuk menutup aurat bukan demi mengaut keuntungan dalam menjalankan ibadah.. dia xperlu risau pasal kerugian atau pesaingan yg meniru tudung dia kalo dia istiqomah ikhlas berniaga barangan tuntutan syariat.. Allah tetap memberi ganjaran... tp kalo meletakkan keuntungan pada kedudukan yg utama, dunia je la yg dia dpt... kalo pasal barangan tuntutan syariat ni xpayahla nak claim2..

Unknown said...

Kn bawal byk gred..jgnlah terus memberi komen umum. Cuma pengguna sejati bawal tau gred kain bawal yg terbaik.
Klu kain bawal tu dr jenis gred nipis...kita guna inner pjg utk penuhi tuntutan menutup aurat.
Kena celikkan minda.

Anonymous said...

Anon yg reply cara nak detect wifi pakai tudung tu dinsihatkan untuk patenkan kaedah anda, dibimbangi ditiru oleh fareeda pula.. terima kasih.. :-P

Anonymous said...

Sebenarnya husband 2 puji wife lebih cantik pakai pashmina sbb kalau dia puji cntik pakai fareeda mmg dia msuk mulut boye la, xmasal bini mtk bli 8 helai fareeda nti.kihkih ;-)

Anonymous said...

setuju Unknown..

Anonymous said...

This is hilarious! Detect wifi pakai tudung, dah tak yah laa beli handphone canggih2 lps nih. Beli fareeda je byk2 lepas nih. And sure tak kena virus sbb dah ada lapisan antivirus. LOL!

Anonymous said...

Ni kalau si fizo baca ni..... mau wat preskonferen. Sbb org dok kutuk perniagaan bini dia. Nanti tudung tu x laku...apa yg dia nak mkn? Berlakon pun x dah sejak jd org kaya ni

Anonymous said...

mati2 aku hampir percaya..rupanya sarcasm ..hahaha

Anonymous said...

Mkn beger je la.. silap2 beger pun dia buat paten.... hihi

aida aidanisme said...

hahaha..... u made my day!

Anonymous said...

u really2 make my day!!

Anonymous said...

Suka tgk aweks2 pakai tdg fareeda..stim sgt2 sebab blh tgk bentuk tetek..ermm..tudung, bentuk tetek..kombinasi yg terbaik..i like

Anonymous said...

yes bawal banyak grade.

Anonymous said...

TudungFareeda pun ada saiznya jgk...shinggAKAN bole d jd kan kain sebahyang lagi...emmm so x yah lah memberi komen umum...

Anonymous said...

Ayoyoyo... Dh xmampu wt cara xmampu...

Anonymous said...

tudung pulak yg kena ragut...hehehehe!

Anonymous said...

Komen scr umum sbb scr umumnya ramai yg mmakai bawal gred murah dan.x sedar kejarangan kainnya..klu.sedar utk pakai inner neck bagus la..harap celikkan hati.semasa membaca komen.:)

«Oldest ‹Older   1 – 200 of 275   Newer› Newest»

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...