Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000 (TERKINI: ADA TUDUNG BAWAL HARGA RM6000!).

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?

2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...

275 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 275 of 275   Newer›   Newest»
Anonymous said...

Org bodoh kuasa 8 je yg xpaham apa tu parody

nurul iman said...

Hahaha aku rasa komen2 lagi lawak dari article. Hahaha

Anonymous said...

Aku dah agak dah... naluri aku selalunya tepat. Aku pasti misteri kehilangan mh370 ada kaitan dengan permata yg korang katakan ini. Korang nmpk tak dimananya relevannya kes ni. Nampak tak???

Anonymous said...

ada jugak yg bongok tak baca abis entri ni sedangkan penulis dh cakap ia parody semata2...stupid never end so gone nih

Anonymous said...

jgn2 ada penumpang mh370 yg pakai tudung fareeda kot? tu yg alatan elektronik dan instrumentasi kapal terbang tu tak berfungsi akibat si pemakai cuba connect WiFi ikut kaedah anon semasa penerbangan. abih kena hack itu pesawat. cilake punye yahudi kuikuikuikuikuikuikui

laila said...

Tdung fareeda ada size xxl ok.... ttup bwah dada ok... ada bnyk sze.. sya bli xxl.. jgn la bli sze pndek... plihan di tngn kita...i love fareeda

kihkihkih said...

ade jugak yg emosi bace post ni. hahaha klaka la rakyat malaysia ni.

Anonymous said...

nantikan kemunculan Ultraman Fareeda di Malaysia. Tayangan serentak di Astro Prima dan Astro Maya HD. Setiap hari khamis jam 10-11 malam. Dibintangi oleh Mawarnah Mat Aris dan Fisioteraphy Omar. Selamat Menonton

Anonymous said...

rm1000..?rm100- rm15 =rm985 ringgit...ini akan ditanya esok apabila kita ditanya oleh Allah..kenapa membazir dan kejalan apakah kita gunakan rezeki kita..1000 ringgit jika ditolak utk difikirkan dan dibahagi sedikit rezeki kita kepada fakir..adakah ini lebih mendatangkan keredaan Nya..jangan terlalu taksub..pahala dan juga aurat yg kita jaga itulah keperibadian dan juga bekal kita utk menyelamatkan kita disana..maaf sy hanya memberi pandangan..

Anonymous said...

Buat lawak tapi hambar. plis la weh

TheRemiRecords said...

harap2 ada pasang lagu "bila izrael datang memanggil" dalam unsur vibratif tudung. chuehhh

Badrul said...

Apa susah, buat sekali iklan masuk dalam citer Melayu. Pasti up lagi rege tu. 3 lapis layer super saiya, k?

Anonymous said...

Apasal orang x faham maksud parody?

Anonymous said...

Haha yalah..bangang tahap gaban...

Halle Calypso said...

Geez, cant you tell that the writer was mocking tudung fareeda? Bace smpai abis ke idok. Huhuhuuu

Anonymous said...

Hahahaha...

loq said...

lets talk about sale n margin..

barang high quality di jual pada hargamurah . agak2 ramai x yg beli? bila ramai beli..xde untung ke?

konsep.die sama.dgn harga mahal. bila mahal x ramai la yg beli. tp still untung sebab tetap ade org beli. n all cost dpt d tampung dgn harga yg mahal tu. plus profit pon dpt..

siap nyanyi lagu nasyid tu xleh blah. kipas susah hidup mati ke?

kalo pemakainye prangai sakai. tetap sakai.

Anonymous said...

hahaha...mcm2..byk function gk tdung ni..

Anonymous said...

saya tak percaya lah. saya pakai takde plak kalis air? dan lagi satu. bagaimana hendak buat contract dengan maxis? sbb saya beli haritu tak guna contract pun. jika selepas ini saya dah buat contract, bagaimana kalau hendak aktifkan 3G / 4G tu? sbb kawasan rumah saya kawasan 4G.

Anonymous said...

Ada keje kosong X? Hahaha terbaik. ..

Anonymous said...

Terbaik la citer ni... baca pn dh leh faham. .ianya berunsur sindiran.. dh nama pn parody. ..hehe..tp ade juga salah anggap.. kdg2 pelik manusia yg sbg pembeli ..kalau la kain kualiti tu dijadikan sebaik2 tudung yg menutup aurat..nmpknye keberkesanan utk menyebarkan dakwah msti diredhai.. ni..bile dh heboh tdg pendek..x cukup syariat..baru nk kenalkan yg versi labuh..tp pngeluaran tudung pendek tetap diteruskan jugak..ate mane keikhlasan nye utk menyebarkan dakwah dan menarik para wanita bertudung...sedangkan model still pakai yg pendek2 juga. .nmpk dada..baju pn mcm sempit..nk tunjuk kn pinggang ramping mcm lidi..errrr..

Anonymous said...

Bukan ke tudung ni macam tudung yg di pakai kat indon..mula mula tengok tudung gaya rambu ramba ni macm org pompuan kat indon..medan..bkt tinggi..lombok(macam !)...macam langsir dapur pun ada gak!!sori ler..pendapat saya jer...

Anonymous said...

Like juga.. :-)

Cikgu Norazimah said...

memang sangat2 jelas ..baru kini CN faham kenapa harga tdung fareeda mahal ;)

Anonymous said...

Astaghfirullahhalazim...kalo aku tgk tudung mak ko plus tetek mak kau yg layut tu aku rasa ghairah ko mesti x kesah kan sbb ko mmg jenis mcm tuh!

Anonymous said...

Kes Bangang la nih.org ak komen dia pon sama nk komen tp guna lutut.malu la ko

Anonymous said...

Janganlah takut akan pandangan manusia kepada kita tapi takutlah akan pandangan ALLAH swt terhadap kita.. Patuhlah pada syariat Islam dalam segala hal termasuk dalam bab menutup aurat seperti yang diketahui.. Kalau tidak arif, bertanyalah kepada yang arif semoga kita semua sentiasa mendapat hidayah dan keberkatanNya.. Wallahualam..

Anonymous said...

Hahahhahaha

Anonymous said...

lembab gak ko nie, kasut nk samakn ngn tudung.....

Anonymous said...

Kelakar weyyy.

Heidi Shafiq said...

Tudung eksklusif ni kalau buat lap body kereta terus berkilat bersinar-sinar.. silap2 kereta boleh jadi laju..

Anonymous said...

saya pun pemakai tudung bawal.. x der pun nampak batang leher..ok jer.. bawal pun ada yg mahal ada yg murah.. labuh lagi..nak buat fesyen cam na pun boleh ikut pada kreativiti si pemakai..bawal ke fareeda ke ariyani ka.. x kisah la... sapa mampu beli yg mahal beli la.. yg x mampu tu.. cukup la sekadar yang ada..x kan dah tau kita tu pendapatan x seberapa tp nak pakai yg riban2... agak2 la..guna akal yg diberi dalam melaksanakan apa2 perkara.. jgn main ikut sedap mulut nak komen ja.. ukur baju di badan sdr..

Anonymous said...

Nak kete bebal , pandai main internet
eh bebal dia btingkat2 laaa
.

Anonymous said...

betul2.. mmg stress. X faham knp ada org leh fikir artikel ni actual fact. Bkn ke semua fakta tu mengarut? Tgk pn da tau ni parody

Anonymous said...

bila keluar rumah pakai tudung cantik2, tapi dalam rumah depan ipar duai tayang aurat. Dayusnya suami yg tak tegur isteri camgitu. Takut bini ke????

Anonymous said...

setuju... (gelak guling guling)

Anonymous said...

adoiiiii gado psl tdg bawal plak..susah2 sgt pkai tdg saji je kak..bli hok plg beso..bkn stakat kple je dpt ttup,1body pn lh ttup..
#wt lek wt peace=)

faiz ahmad said...

sarcasm level tinggi ni...hahaha

Anonymous said...

Udah-udah le tu, komen yg mengarut dapat dosa kering juga.

Anonymous said...

apa-apa pun biarlah bentuk tudung yang direka mematuhi kehendak syariat.... labuh dan menutup aurat.

Honey said...

Salam Ijai,

Baca you punyak article sikit aje tapi geli hati dek komen reader you :) . Asyik aplikasi komputer and telefon aje you all tak nak tambah sebagai aplikasi untuk kereta ke?

Brooch di tudung Fareeda tu boleh di jadikan starter kereta, perhaps? So tengah bersiap nak pegi keje tu boleh panaskan enjin kereta dulu dengan press permata-permata di brooch tu. :)

In my opinion.. my humble opinion, sekiranya nak menjaga aurat betul-betul, kena lah tutup aurat dengan cara yang betul. Sememangnya diaorg menawarkan size yang berlain tetapi walaupun tudung Fareeda itu bersaiz besar masih tidak mampu untuk menutup di bahagian tepi badan. Which akan nampak bentuk buah dada di bahagian tepi dan juga mudah terselak di tiup angin sebab kainnya ringan. Seeloknya tudung mestilah di tutup keseluruhan bahagian atas macam selalu kita lihat ustazah yang pakai tu. Tapi apa yang I tengok nowadays, ramai muslimat menjadikan tudung sebagai fashion semata-mata. Contohnya, I ada ternampak satu photo of my friend yang dia upload dalam laman sosial. Dalam gambar tu dia bergambar dengan rakannya yang memakai purdah. Di mata orang lain ianya hebat! Tapi I terkedu sekejap sebab dia menjadikan purdah itu hanya sebagai fashion. Wallahualam.

Kenapa? Kerana :

1. Jubah yang di pakainya itu mengikut bentuk badan walaupun tidak ketat tapi masih menampakkan bentuk badannya.

2. Lengan jubah yang senteng iaitu atas dari pergelangan tangan dan dia tidak memakai sarung tangan inner untuk menutup pergelangan tangannya.

3. Purdah yang di pakai hanya menutup muka hingga ke dada dan bahagian belakang tetapi tidak di keseluruhan bahagian atas badannya. Bagaimana jika angin meniup purdah tersebut?

Ada juga yang pakai tudung tapi pakai legging/jegging? T-shit berlengan pendek? Boleh pakai t-shit tapi biarlah t-shirt yang berlengan panjang. Kadang-kadang I pulak yang segan bila nampak muslimat yang berpakaian sebegitu.

I juga masih belajar dalam menjaga adab pemakaian muslimat. Mudah-mudahan kita sebagai muslimat menjaga ianya dengan sebaik mungkin.

Alamak, terkomen panjang sangat. Maaf ye Ijai :)

Anonymous said...

Eh dah boleh join ultraman le camtu.. Kalau agak2 ajal nak sampai, permata tu kelip2 kot.. LOL

Anonymous said...

Islam itu mementingkan kesederhanaan, jadi berpada2 lah walau pun dalam memilih pakaian untuk menutup aurat... jangan guna perkataan 'untuk kepuasan diri' untuk menutup bibit2 riak @ memenuhi nafsu yg mungkin timbul...banyak lagi tanggungjawab yg perlu kita laksanakan walaupun kita mampu beli tudung mahal2, umpamanya ada tak jiran kita yg dlm kesusahan yg perlukan pertolongan kita, walhal kita dgn senang hati bermewah2 dgn harta kita... sekadar ingatan untuk diri sendiri & saudara seagama...

Anonymous said...

sib baik x pakai batu nisan

Anonymous said...

Jenama tudung lain jgn la amik duta, nanti naik harga..

Hasliza Muhamad said...

terbaek la.....penat nak baca asyik sengeh sorang2..x menahan betul....nasib baek aku pakai tudung sepuluh inggit...labuh tutup dada..n x jarang..kweiiiiiii

Anonymous said...

Yang 3 layer tu utk keselamatan. Klu tudung kena ragut masih ada 2 layer lagi utk cover rambut...

Anonymous said...

Hahaha... x bleh blah... Lawak lawak lawak... maharaja lawak bleh pinjam idea korg ler

Anonymous said...

Mcm bohong je pndedahan ni...kot ye nk bckup fareeda n ariani pn jgn la mlampau sgt.ade ke pjk gadai nk terima tdg fareeda n ariani sbg bhn gadaian???n bank plk,setahu sy mmg xde yg nk ambik tdg sbg bhn gadaian jgk.yg psl tdg tu ade agent anti virus n sort..sy yg dedahkn semua ni?mawar ke?owner ariani ke?aduhai manusia....jgn d tokok tmbh benda yg x wujud dik non oii..

anonimus said...

aku rasa tudung mahal ni boleh kurangkan maksiat. nanti nak ringan2 mesti awek die takut tudung rosak. jadi tak jadi beromen. ahaa betul tak?

Anonymous said...

Hahahaha nangess......

Risz said...

menutup aurat ni tuntutan Syarak dalam agama Islam.. tudung boleh dikatakn alat utk menutup aurat bahagian atas wanita (rambut.. leher.. dade)
kalo pakai guni sekali pon bungkus ats kepala jika menepati syarak.. Alhamdulillah.. lepas dr azab neraka.. beli tudung mahal2 nk buat ape.. bknkah membazir.. org membazir tu kn sahabat nye syaitan.. perempuan yahudi juga pakai tudung.. perempuan gereja kristian juga pakai tudung.. perempuan Islam pon pakai tudung.. ape yg membezakan nye..?? reka bentuk tundung.. care pemakaian.. tujuan pemakaian(niat).. dan yg penting.. Islam mengajarkn care pemakaian tudung yg menepati tuntuntan syariat.. ada batas2 dan landasanyer.. tepuk dade tanye iman.. sekian.. maaf jika ade khilaf dr sy.. (hamba Allah)

aminah ismail said...

Yaa saya juga peminat tudung ariani..tudung solat berlapik dagu dan menutup dada sesuai dgn tuntutan islam ...fabrik nya pun selesa dan meresap peluh ...seharian di pakai tak la rasa rimas.

liyanajais said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Ni lawak laa..

Anonymous said...

Aduhai...

Anonymous said...

Tak tahan bila ada yg percaya..lurus sungguh..hahaha lawak2

Anonymous said...

Wakakakaka..lawak2..terbaikkk

Anonymous said...

Betul2..emo sungguh..hahaha

Anonymous said...

Damned....people nowadays lack of sense of humor..

Rosmah Hamid said...

Komen2 Anon ni, semua cakap jagalah pemakaian kamu. Percakapan/penulisan tak payah jaga ker? Blog ni tulis macam ni menggunakan fakta yang betul ker atau sindiran semata-semata? Ini dah boleh jadi fitnah. Bayangkan, dah berapa ribu manusia baca fitnah ni?

Anonymous said...

Ikut suka la nak buat tudung lagu mana pn, cantik mana pun, mahal mana pun....Sapa mampu pi beli.....kalau saya, xmampu....letak la tag line apa pun, tapi toksah dok habaq tudung ala Islamik kalau tudung xtutup dada.....itu ja komen dari saya......

Anonymous said...

hahahaha...siyes lawak!! Lurus bendul betul la...kakakaka..

Anonymous said...

Tudung freedadadada

Cik Kiah said...

Hahaha..memang! Sense of humour ke laut.

Anonymous said...

lurus bendul sungguh budak nih

Anonymous said...

hahahaha..ko punye entri ni mmg terbaik..makan dalam sangat2 ni..lol..bagos bro

clarky said...

hahahahahaha tazangka ramai pulak reply komen aku. mak sukewww

Anonymous said...

Boleh tak tambah 1 button ungu kat tudung tu untuk edisi akan dtg.. tekan je button tu terus bertukar jadi telekung dan siap sejadah serta tasbih sekali.. senang ai nak solat dimana2 nanti

lisa said...

good info..

Anonymous said...

Hehe.... lawaklah.. mule2 baca mcm serious jea faktanya rupanya sarcasm.... hehehe.... yang bagi comment pon lawak.... tudung dah mcm lappy.. tapi lagi dahsyat... Hehehe....
btw yang ikut kemampuan tu betullah, tapi masalahnya yang tak manpu tu.... hehe.... biarlah duit dorang bukan duit aku....
Aku ikut style mak aku, orang kaya takkan tunjuk kekayaan.... biar nampak pakai bawal rm5 duit dlm bank ratus ribu... apa ada kesah....hehe

Anonymous said...

Saya pon suka..yang 2 layer x la jarang.. size standard pon x pendek.. i loikeeee

IBU SUNARTI DI KALIMANTAN said...

Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

(((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...