Friday, May 16, 2014

Mengenali Jenis-Jenis Guru Sekolah (versi 2014)


Hai apa khabar semua? Hari ini merupakan Hari Guru. No saya tidak akan copy paste kisah guru popular Cikgu Suraya pada entri ini, kerana semua orang sudah tahu kisah Cikgu Suraya. Sebaliknya saya akan mengimbas kembali tentang jenis-jenis guru yang wujud semasa zaman persekolahan kita. Eh kejap ada ustaz yang cakap Hari Guru ni haram ke tak? Ada? Tiada? Ok boleh teruskan membaca.

1) Guru Disiplin

Semua sekolah ada Guru Disiplin. Guru disiplin selalunya terdiri daripada Ustaz ataupun warden asrama. Guru disiplin mampu menimbulkan rasa gentar dan gemuruh di dalam diri apabila kita bertentang mata dengan mereka walaupun kita tidak bersalah kerana terdapat rotan yang tersisip macam pedang samurai. Guru disiplin juga merupakan guru yang paling dibenci oleh kebanyakan pelajar. Sekadar kereta dicalarkan dengan melukis organ reproduksi mungkin perkara biasa, tetapi di sekolah aku, ada pelajar pailang yang bertindak dengan lebih ekstrim selamba je terbalikkan van dia. Aku turut hangin dengan guru disiplin aku kerana dia merampas kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku walaupun aku dah sorok dalam stokin.

Guru disiplin juga gemar 'mengaibkan' pelajar yang mengalami masalah disiplin di khalayak ramai. Masa perhimpunan, mata mereka liar memerhatikan pelajar yang memakai songkok laju je dicabut songkok mereka sebelum memotong ekor dan memagut rambut pelajar sehingga tobek dengan sengaja. Kalau kantoi hisap rokok di tandas, pelajar tersebut akan dibawa dari kelas ke kelas untuk ditayangkan dengan rokok masih terlekat di bibir. Guru disiplin anda bagaimana pula?

2) Guru Letih

Semasa mengajar, guru-guru sebegini hanya menggunakan satu nada yang mendatar, muka tidak berekspresi dan berjalan bagaikan zombie versi Walking Dead. Kami mengesyaki guru ini mengalami masalah rumahtangga, ataupun rumahnya tiada tangga kena panjat tiang ataupun asyik berparkour tu yang letih tu. Keletihan di rumah dibawa ke sekolah mempengaruhi gaya pengajarannya. Kalau mereka mengajar subjek Bahasa Malaysia ataupun sejarah ahh pasti terlena kita dibuatnya.

Itu dulu, sekarang ni dah 2014 dah ada macam-macam supplement pemberi tenaga yang guru-guru lain jual seperti Shaklee Alfalfa, D'herbs pengetat rahim mahupun air Al-Khodafi yang telah dibacakan 30 juzuk, maka patutnya tiada lagi masalah keletihan. PM best price please.

3) Guru Predator Seksual


Guru predator seksual ni ada physical features yang ketara. Dengan perutnya yang boroi serta misainya yang nipis seperti Littlefinger, dia sering membuat gangguan seksual kepada pelajar terutamanya ketika subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gangguan seksual di sini tidaklah bermaksud dia menjadi pervert secara terang-terangan dengan menyeluk payu dara gadis sunti ataupun membuat buttslap bagi memberi semangat kepada pelajar lelaki, tetapi melalui gaya komunikasinya. Contohnya, ketika mengajar murid-murid membuat tekan tubi, selamba sahaja dia membuat reference kepada gaya persetubuhan bersama isterinya. Pasti secara automatik kita akan terbayang wajahnya setiap kali menonton pornografi dan nak seluk tangan ke dalam seluar.

Zaman sekolah, kita mungkin masih naif dan tak tahu maksud 'sexual harassment', jadi mungkin banyak ungkapan berunsur seksual yang dilemparkan oleh guru jenis ini tetapi kita anggap komen tersebut harmless. Contohnya:

"Mmm seluar awak tempah kat Cantona 7 kan? "Bawah" berapa inci?"

"Mmm awak nampak comel dalam tudung ni. Mesti lagi comel kalau pakai tudung 3 layer ni mmm"

Ada jenis yang lebih daring dia asyik-asyik nak buat spot check mencari barang-barang terlarang dan acapkali menfokuskan cariannya di tempat-tempat tersorok seperti dalam bra dan kain.

4) Guru Subur

Kita semua ada guru yang mengandung tiap-tiap tahun. Mungkin ini hanya kebetulan, tapi di sekolah aku guru subur ni mesti mengajar subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumahtangga. Masa sambutan Hari Guru, semua guru ada kecuali guru KH aku tu sebab dia tengah berpantang kat kampung.

5) Guru Ganti Yang Comel

Kita harus berterima kasih kepada guru subur di atas kerana tanpa jasa mereka, guru ganti yang comel tak akan membuat kemunculan. Guru ganti ini semuanya masih muda dan segar dari Institut Perguruan melengkapkan praktikal mereka. Guru-guru ini selalunya tidak diambil serius dan segala kerja sekolah pasti tidak akan dihantar terutamanya untuk subjek pendidikan seni.

Tapi kalau jenis yang comel macam Jessica Alba tu perghh terus handal kita membuat Teorem Pythagoras siap sukarela nak tunjuk jalan penyelesaian di papan hitam. Ada juga yang buat-buat bodoh mengharapkan sesi one on one bersama guru comel, especially dalam kelas pendidikan seni masa buat art guna kentang mengharapkan tangan guru yang jejarinya runcing itu memimpin ke jalan yang benar dan lurus.

6) Guru Bahasa Inggeris Yang Angkuh dan Bergaya

'Kasta' guru bahasa Inggeris ini selalunya tinggi sedikit berbanding guru lain. Mereka pasti tidak sebulu dengan Ustazah kerana perbezaan mazhab dan jenis muzik yang diminati. Ustazah minat kumpulan nasyid Far East guru BI minat Far East Movement. Gaya pemakaian mereka selalunya lebih banyak mendedahkan aurat ringan. Kalau pakai tudung pun pakai ala-ala kak Rosmah yang terkeluar jambul di hadapan. Warna rambut mesti keperang-perangan, kasut tumit tinggi 5 inci dari jauh dah dengar dia jalan keletak keletuk, lepastu bila bercakap habis keluar aksen Amerika beliau.

7) Guru Ip Man (Guru JDT bagi sesetengah kawasan)

Guru Ip Man ialah guru yang mudah meninju ataupun menampar anak muridnya tanpa banyak bicara menggunakan gaya Wing Chun. Berbeza dengan perwatakan Ip Man yang tenang, guru ini pula memang 'short fuse' murid tersalah langkah sikit sahaja terus ditamparnya. Kadang-kadang mereka akan membaling pemadam papan hitam untuk mengejutkan kita dari tidur.

Guru Ip Man juga dikenali sebagai guru JDT di sesetengah kawasan kerana jika anda cari pasal dengan mereka, mereka akan bawa anda ke lorong-lorong gelap sebelum meninju anda di perut. Takpun masa tengah ada perlawanan bola baling ataupun bola sepak peringkat sekolah, jika keputusan tidak berpihak kepada sekolah anda mereka tidak agak teragak-agak untuk menumbuk pengadil serta jurulatih pihak lawan.

Begitulah antara jenis-jenis guru yang terdapat di sekolah saya. Sekolah anda bagaimana? Adakah anda pun ada jenis-jenis guru seperti yang tertera di atas? Ayuh kongsikan bersama. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya kerana tanpa bimbingan, tunjuk ajar serta jasa mulia anda semua, saya pasti sudah hanyut merempit dan meragut beg tangan orang tua. Happy Teacher's Day!



8 comments:

Anonymous said...

cikgu fizik aku pantang tengok buku latihan murid tak tulis nama penuh.
contoh nama aku Alia bt Mohd.

so dgn lantang dia akan panggil aku 'alia Abdullah'

sape2 x tulis nama with Binti/bte dia akan Abdullah kan je semua.

Selamat hari guru Cikgu!!

Anonymous said...

Jalan 3 FTW!!

Khamsi Abdullah said...

lejen la cikgu hang :) post blog ni antara yang aku baca sampai ayat akhir..

nazzrien said...

Hmm can sedih pulak bila ckg bi dperkatakan cmni. Alhmdlh sbg ckg bi dan ckg bi skola sy. Jaoh panggang dari api spt yg dkatakan diatas.

Khamsi Abdullah said...

Die cakap cikgu sekolah die dulu tu.. tak semua.

Azean Azman said...

Dulu kat sekolah ada sorang guru dorang gelar hantu bangkit.
Sebab dia akan 'bangkit' sambil tunjuk jari telunjuk ke atas berkali kali mengarahkan budak bermasalah bangkit dari tempat duduknya..
Jadi budak2 yang tak buat kerja sekolah, yang bercerita bergosip dengan kawan sebelah ketika cikgu ini tengah mengajar..akan 'dibangkitkan' ( denda berdiri' sehinggalah habis waktu mengajar..

Anonymous said...

nazzrien, chill la. entry ringan2 utk gelak je. why so serious meh?

Anonymous said...

Knp cikgu JDT...ini tdk adil....
Well aku de experience dgn cikgu letih n subur yg mne mrk akn msuk kelas, membaca ape yg ade dlm buku teks smbil pgg perut...bila mengajar letih tp dkt bilik guru mrk ceria...spt ceria popstar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...