Tuesday, May 20, 2014

Resepi Rendang Daging Istimewa

Hai apa khabar puan-puan dan surirumah di luar sana? Sejak saya asyik menonton saluran 727 Food Network di Astro, skil masakan saya semakin hebat dari hari ke hari. Untuk menambah lagi ilmu di dada, saya sering melawat blog gadis-gadis untuk mempelajari tips-tips kulinari serta resepi-resepi baru untuk dicuba. Berdasarkan pemerhatian umum, gadis-gadis urban lebih banyak mengaplikasikan resepi barat dalam hidangan mereka. Bagi saya, anda belum cukup handal memasak kalau setakat tunjuk cara nak buat Smoked Salmon ataupun Spaghetti Aglio Olio Peperoncino. Buat penkek ataupun sandwich pun tak kira. Kehebatan memasak sebenar digambarkan melalui masakan Melayu asli sejak turun temurun.


Oleh itu, hari dengan riaknya saya ingin mengajar anda bagaimana anda boleh menikmati hidangan Rendang Daging Istimewa di mana resepi ini telah diturunkan oleh nenek moyang kita sejak zaman Neolitik lagi. Gadis-gadis sila tumpukan perhatian, kerana selepas ini suami anda (ataupun pakwe jika anda bersekedudukan) akan lebih sayang kat anda kerana mereka nak juga makan makanan Melayu sekali sekala. Gambar di atas ni adalah hasil air tangan saya. Nampak simple, tetapi rasanya lazat sehingga menjilat dinding. Ayuh sarungkan apron anda, dan mari teruskan memasak.

Ramuan (untuk 2 orang makan):

150g daging lembu yang telah dipotong kecil. Jika nak lebih istimewa, anda boleh gunakan daging babi kalau tak kisah halal haram.
100 ml Santan
2 biji Bawang merah dan bawang putih dipotong halus
Minyak kelapa sawit
Lengkuas
Kerisik
Asam jawa
Garam secukup rasa
Daun kunyit

Cara-cara memasak:

1) Gaulkan semua ramuan tadi ke dalam satu bekas, dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit.

2) Hidang dengan nasi.

Amacam kagum tak? Dengan Brahim's anda kini boleh berpura-pura handal masak masakan Melayu. Kahkahkah aku lapar tadi tapi malas nak keluar beli makanan. Korek-korek almari, ada pulak pek Rendang Daging Lembu Brahim's yang mama aku beli sebab dia pergi bercuti di Eropah tempoh hari. Serius mudah kau buka plastik dia, masuk dalam pinggan lepastu panaskan. Bila dah lapar memang lazat la rasa dia kan. Masa inilah anda boleh buat mak mertua kagum. Macam-macam lauk ada. Kalau tak mau rendang daging, ada banyak lagi hidangan lain seperti sambal ikan bilis, kari kambing kau nak nasi lemak pun ada. Terima kasih Brahim's! Doakan agar tak cirit-birit jela nanti.


Tapi nak jelaskanlah kat sini walaupun masak rendang pakai cheat code tapi at least nasi aku masak sendiri ok satu pot. Senang je masak nasi kau basuh beras, ukur paras beras dengan jari, lepastu gunakan ukuran yang sama untuk menambah air dari permukaan atas beras. YOU'RE WELCOME. Ok, jumpa lagi kita dalam sesi memasak bersama Abang Faizal di masa hadapan. Selamat mencuba!



5 comments:

Anonymous said...

Tengok tajuk je aku boleh agak 'ok kelentong apa pulak kali ni'. Semoga tak diarrhea. Hoho

Anonymous said...

good one... the way you mentioned the lines...gadis urban..

also the description ...dgn riaknya...
good one

hahahahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

Apostolos Velios said...

fuck !! hahahaa aku awal2 lagi percaya ijai masak, rupa2nya brahim

kausar comel said...

okayyyyyy...i hampir tertipuuuuuu. hahaha. tapi memang my mom cakap seseorang tu tidak dikira pandai memasak hinggalah dia pandai masak masakan melayu especially kuih2 melayu...sekian

Anonymous said...

Amboiii... pinggan Portmeirion tuuu...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...