Friday, July 4, 2014

Mengkaji Tabiat Manusia di Bazaar Ramadhan

Hai apa khabar semua? Bagaimana dengan puasa anda? Kalau anda ada port baik untuk curi-curi makan, kongsilah dengan saya di bahagian komen (ayat perangkap). Anyway, sudah 5 hari kita berpuasa, sudahkan anda menjejakkan kaki ke bazaar Ramadhan? Saya baru pergi sekali kelmarin. Rata-rata saya tengok semua sudah naik harga. Air tebu sampai 5 ringgit aku husnuzon jela kan dapat jug dia sekali. Sambil berjalan-jalan di bazaar Ramadhan, kita dapat melihat ragam orang sekeliling sekaligus dihafal dan diezajerit untuk dijadikan satu entri di blog ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Gaya berjalan boyband

Kadang-kadang orang terlupa yang mereka berada di bazaar Ramadhan dan bukan sesi pembikinan klip video Backstreet Boys, itu yang mereka jalan 5 orang sebaris secara melintang dan slow motion tu. Kalau main lagu 'I Want It That Way' ke 'Quit Playin' Games With My Heart' ke ditambah pula dengan efek angin meniup rambut sepoi-sepoi bahasa, huii memang bergaya lah. Kalau kita berjalan ke arah mereka, memang tak boleh tembus kerana ikatan persaudaraan mereka kuat. So kita kena mengelilingi mereka untuk ke arah yang bertentangan. Apapun kira nasib baik jugakla mereka buat gaya Backstreet Boys, kalau mereka berjalan gaya kumpulan Rabbani dulu-dulu sampai 20 orang sebaris haa kan lagi susah.


2) Majlis gathering dan reunion

Bazaar Ramadhan bukan saja menjadi tempat untuk membeli ayam golek, malahan dijadikan tempat untuk membuat gathering setelah lama tidak berjumpa. Semuanya memang tidak dirancang. Masa kau tengah beratur nak beli Roti Wak Jono(Roti John versi Jawa) tiba-tiba kau nampak wajah yang kau kenali, masih tak hensem seperti dahulu, semua pun hampir sama kecuali perut. Kau pun jerit la panggil nama dia. WOI KHAIRUL AFANDI! WOI SHUHUD! Lepastu buat salam gaya sep sep bang bang one two juz di tengah jalan sambil mengimbas kenangan lama di zaman persekolahan. Lepastu datang pulak ahli-ahli kumpulan yang secara kebetulan membeli-belah di bazaar yang sama lalu membentuk satu bulatan besar di tengah jalan, bergelak tawa tanpa sebarang duka. Sekarang ni musim tanah runtuh kang berlaku sinkhole habis tenggelam mereka dimakan bumi secara serentak.

3) Pemakaian tidak menepati piawaian

Syukur Alhamdulillah tak nampak lagi makcik yang pakai baju kelawar nampak ketiak dan perut berlipat berjalan-jalan di bazaar Ramadhan. Tak betul lah kalau nak kata bulan Ramadhan je kena pakai bersopan lepastu bulan lain kau boleh keluarkan sebelah payu sambil berjalan kan. Tidak! Haritu gambar Lisa Surihani dan Hanis Zalikha berbaju kurung ayu menjadi viral di laman sosial, diharapkan menjadi ikutan buat gadis-gadis agar sejuk mata kami para jejaka memandang. Astaghfirullahalazim sepatutnya kita bukan saja mesti puasa makan dan minum, mata kena jaga juga. Lower your gaze brother. Tapi biasalah remaja hipster sekarang pergi pasar pun nak dressing Wak Doyok. #ElehDiaYangPakaiKauYangPanas

4) Cinta IT, Sayang IT


Di zaman teknologi maklumat ini, memiliki telefon pintar adalah wajib, kerana dapat menghubungkan kita dengan rakan taulan dan saudara mara di serata dunia melalui laman web sosial. Itu yang masa kau tengah jalan kat kiri kanan menjinjing makanan tiba-tiba terpaksa buat brek mengejut sebab orang depan kau tiba-tiba berhenti. Oooo ada notification orang retweet tweet dia. Sambung jalan 5 langkah, kena brek lagi, kali ini sebab ada dapat Whatsapp daripada nenek dia suruh beli rokok Gudang Garam. Jalan lagi 5 langkah, wahh cantiknya suasana ni dengan komposisi cahayanya lagi, dia pun keluarkanlah monopod untuk berselfie di tengah-tengah kesesakan untuk dimuat naik ke Instagram. WHAT THE WHATTTT. Sekarang ni tunggu video orang yang bawa GoPro pergi bazaar Ramadhan je ni.

5) Ikut nafsu lesu

Walaupun shaiton telah diikat di bulan Ramadhan ini, kita masih memiliki nafsu serakah. Gadis-gadisla yang lebih menderita dalam hal ini kerana mereka ada 9 nafsu seperti nafsu makan, nafsu beg tangan, nafsu kasut tumit tinggi, nafsu kot bulu beruang, nafsu selfie, nafsu terhadap Channing Tatum dan 3 jenis nafsu lagi yang aku dah lupa. Bila kita berpuasa lepastu pergi bazaar Ramadhan, nafsu dia jadi lain macam. Semua benda nampak menarik termasuklah lurah makcik jual kuih Akok tu Astaghfirullahalazim. Konon-konon nak main cabaran 'belanja bawah 10 ringgit' di bazaar tetapi impian itu lenyap apabila ternampak peha seksi berkilat......ayam madu, bukan makcik jual kuih tadi lah. Tapi masalahnya bila balik rumah time azan, terus teguk air tebu segelas lepastu dah rasa kenyang nak arwah. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut terawih tak pergi. So makanan tadi kena buangla sebab nak sedekah kat homeless ke apa sekarang dah tak boleh, nanti kena saman pulak.

Begitulah antara tabiat-tabiat manusia di bazaar Ramadhan. Jika anda ada perasan tabiat baik mahupun buruk yang lain, ayuh kongsikan bersama. Kalian selalu pergi bazaar kat mana? Best ke tak? Kat Bangi aku selalu pergi dekat area Wong Solo tu, dia ada jual murtabak singgit OH EM JI MURAHNYA. Tapi beratur panjangla. Ok dah 3-4 baris dah penutup aku ni cukup la kot.



6 comments:

Sal Bee Yah said...

yang golongan cinta IT, sayang IT tu memang ramai.
p/s: pernah ada niat nak selfie bila terjumpa artis mana ntah di param tapi takut dikecam hebat jadi lupakan je.

nie eim said...

satu lagi kalau ko perasan, kalau manusia padat sangat kat bazar, manusia akan jalan macam zombi. senget kiri nak jenguk gerai kiri, senget kanan juga untuk tujuan yang sama. sambil tangan menjinjit juadah yang banyak plastiknya.

:)

Anonymous said...

Style la blog ni...baca best je

Irfa said...

adoi, sakit mata menahan air mata yang nak tumpah nih
sengal lah ko ijoi
tulis lagi tau, u make my day

Rafhani said...

Lawak betullah..:)

Kausar Amin said...

ok terhibur sgt entri ni haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...