Tuesday, September 9, 2014

The Fault in Our Mamaks

Hi apa khabar semua? Bagi yang mengharapkan tajuk di atas ada kaitan dengan siri romantis mengalir air mata dan mazi 'The Fault in Our Stars', anda bakal hampa. Sebaliknya, hari ini kita akan bercerita tentang mamak ataupun mapley. Adakah anda selalu pergi makan di mamak ataupun lepak tengok bola sehingga azan Subuh memanggil? Dulu zaman saya muda-muda selalulah lepak dengan rakan-rakan sampai pagi tapi sekarang dah tua ni pukul 9.30 malam pun dah mengantuk nak lepak apanya. Apapun setelah beberapa belas tahun kita berkecimpung dalam arena permamakan, kita kini dapat mengenali karekteristik ataupun tabiat kurang senang yang dilakukan oleh mamak. Kali ini kita akan mengupas tentang tabiat-tabiat tersebut. Ayuh teruskan membaca.

1) Ambil order tapi taknak tulis

Bagi pelayan mamak yang rasa diri mereka sudah perpengalaman dan memiliki kuasa minda Professor X, mereka rasa mereka tidak perlu menulis apa yang kita pesan. Ok kalau seorang dua orang yang makan, mungkin dia boleh ingat, tetapi kalau 10 orang?

"Teh tarik satu!"
"Saya pun!"
"Saya nak teh tapi tarik 3 kali je"
"Ok saya nak mee. Tapi meelo ais la"

Boleh ke ingat kalau tak tulis? Dia pun cakap ok terhadap semua. Lepas ambil order 5 minit dia datang balik kat meja, dia tanya balik kita mahu apa. What the what? Kita sendiri pun tak ingat apa yang kita order ok. Itu kalau jenis tanya balik ini yang terus datang dengan order entah apa-apa lagilah sentap. Order roti sardin dia pergi bagi gambar Zain Saidin. Apa ini.

2) Password wifi tak pernah betul

Dalam era teknologi maklumat ini, kemudahan Wifi adalah sesuatu yang penting. Pergilah mana-mana mamak pun, mesti ada Wifi punyalah. Untuk memudahkan pengguna, mereka menampal password Wifi di dinding dengan font Comic Sans, MAMAKGHAIRAH@123 (contoh). Lepastu kita pun masukkanlah password tersebut. Namun begitu, kebarangkalian password tersebut boleh dipakai adalah 20% saja. Lepastu bila kita tanya pelayan, password yang mereka beri memang lain betul apa yang tertera di dinding. Kalau masih tak dapat, mereka akan kata "ooo ini sudah rosak" macam kita ni buta IT. Tapi aku rasa kegagalan untuk meletak password ini sebenarnya sudah dirancang oleh mamak kerana mereka ingin kita berinteraksi sesama manusia, bukannya lepak bersama tetapi sekadar tengok telefon pintar.

3) Kurang manis? Nope.


"Anney bagi saya teh tarik satu"
"Ok saya pun teh tarik, TAPI KURANG MANIS OK, KURANG MANIS! NAMPAK TAK SAYA DAH CAPS LOCK DAN TANDA SERU NI UNTUK MENUNJUKKAN KESERIUSAN SAYA"

Begitulah situasi bila kita order dua benda yang sama dengan kandungan gula yang berbeza. Bila air dah sampai, dia main letak je air tersebut di atas meja. Bila kita tanya mana satu yang kurang manis, dia akan buat-buat tengok pada tukang buat air lepastu tukang buat air buat isyarat tangan universal "dey take it and go" Russell Peters. Lepastu kita boleh nampak mulut dia terkumat-kamit bisik "Pak Ali tendang bola masuk gol" untuk membuat keputusan mana satu air yang kurang manis. Kita pun bukan tahu mana satu unless kita rasa air kawan kita sekali.

4) Layanan buruk terhadap air kosong

Kebanyakan mamak tidak mengenakan sebarang cas terhadap air kosong. Namun begitu layanan yang diberi terhadap pemesan air kosong adalah buruk sekali. Kalau order air kosong, mungkin lepas 20 minit baru dapat. Itu pun dah 3 kali order. Kalau minta air suam, dia bagi kau air panas yang berasap-asap lagi.

5) Peluh dan bulu

Peluh dan bulu adalah sesuatu yang memang sinonim dengan mamak, malahan identiti sesuatu mamak itu ditentukan dengan berapa banyak percikan peluh mahupun bulu-bulu berlingkaran yang kita boleh jumpa di dalam mee goreng kita. Cuba kau tengok masa dia tengah goreng mee tu, takkan tak nampak percikan peluh masuk dalam kuali? Oh ini bukan kompelin, sebab kalau takde peluh, memang takde seasoning langsung la mee goreng kita so kita patut bersyukur.

6) Mamak Cupcake

Mamak Cupcake jika kita tafsirkan secara literal, mungkin kita boleh kata ini cupcake versi mamak yang diadun macam point nombor 5 tadila, peluh dan bulu. Akan tetapi Mamak Cupcake yang dimaksudkan di sini adalah filem Melayu terbaru di panggung wayang. Dengar khabar dah nak dapat juta-juta dah kutipan. Mmmm no komenlah nanti kalau kritik Grand Brilliance sentap, lepastu tiba-tiba pulak Ahamd Idham muncul kata kalau tiada ilmu perfileman jangan komen pasal filem. KAU SEMUA NI TIN KOSONG YANG MENYALAK BAGAIMANA NAK MAJU! (Ahmad Idham kata bukan saya). Saja je aku letak point Mamak Cupcake ni nak bagi macam entri nampak panjang walaupun tiada kaitan sangat.

Begitulah antara suasana di mamak. Memanglah saya banyak ezajerit tetapi adakah perkara-perkara di atas akan membuat anda berhenti pergi mamak? Sudah pasti tidak. Rakan-rakan aku kata hisap rokok di mamak lebih best daripada hisap rokok di The Chicken Rice shop. Boleh tengok bola, boleh makan tandoori sindoori cosdoori, dan yang paling best adalah dapat melepak dengan BFF kau berjam-jam bergelak tawa tanpa dihalau! So korang selalu lepak mamak mana? Dulu kami lepak Ameerali seksyen 15 Bangi, sekarang dah move on ke Haji Tapah Bistro di seksyen 7. Jika anda ada point lain yang menarik, ayuh kongsikan bersama. Oh by the way kalau pergi mamak bawah ni di Penang hati-hati order roti telur dapat roti canai dengan telur sebiji kahkahkah.




14 comments:

cacah said...

masa bulan puasa berbuka di mamak... tak mau tulis order, sampai masa berbuka, dia datang sekali lagi tanya order!!! waaaa...

wani ezryl * said...

mamak area rumah kitorang, kalau pesan jus mangga, if supervisor dia xde, manjang je cakap mesin (blender jus) rosak. kalau supervisor ada elok je ok mesin kau tu kan haha. ingatkan memang betula la rosak. tp dah 2-3 kali datang kejap mesin rosak kejap tak, bergantung kepada ketidakhadiran supervisor tersebut. sabor je la.

eima said...

suhaibah .. nk try singgah ari tu time blk kg tp tak jd kami singgah kat sebelah jeruk pak ali BM tu ...

manade lagi mamak tak cas ais kosong wei .... 30 kupang hang tau dak ....

Faizal Rosly said...

cacah: TARIK BULU TANGAN DIA!

wani: mungkin tak cukup latihan

eima: 30 kupang patut beri layanan istimewa!

Anonymous said...

err...raser nyer, orang tk sebut 30 kupang, orang sebut 3 kupang je....

Ainniah Zulkefli said...

hihihihi semua sangat betol!
wahahaha :D

The Sharkox said...

Aku nak kongsi sikit pengalaman menjadi pelayan di mamak kat tempat aku lepas SPM dulu..

1st day report duty, ada apek cina datang mai mintak order air hanled platt...

What?? Hanled Platt? Apa itu apek?

Itu air la.. yang ada siratui punya...

Siratui??? What the siratui??

Last2 dia pi peti ais dia ambik sendiri air dia.. "100 PLUS".

Anonymous said...

1st time komen kt blog.

Klaka giler... Hanled platt.. ? Siratuiii..? Hahahahaha... U made my day

Kahkahkah

Anonymous said...

sound so racists

Alin Faiz said...

Kenapaaaa daaah lama tak update blogggg? Hihi.

Anonymous said...

Paling menyirap mamak tak pasang game bola yang kau nak tengok. Mamak area rumah aku nak kena pergi kaunter cakap dengan supervisor baru nak tukar channel. Nak suruh pekerja bawahan dia x berani nak tukar sendiri..hahaha..ada satu mamak aku pergi tu ada yang x subscribe channel sukan.Dafuq!?

NeemoNeemo™ said...

Saya selalu sakit hati kalau pekerja tak faham bahasa melayu, english pun tak reti. Mintak apa2 dia diamm je. pastu lagi 10 minit pekerja lain datang tanya nak apa?

Anonymous said...

nak bayo murah murah tapi nak mcm mcm wifi la ,, bolala .. beli air 1.50 duduk mcm umah sendiri .. complain mcm mcm .. nak yg berckp bahasa la apa la .. org malaysia nak ke kerja kedai mamak ?? tak da kan so ambik la yg kat negara lain of course tak tahu bahasa .. nak yg hebat sgt pi la hotel lima bintang ...

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...