Friday, October 24, 2014

Mengkaji Jenis-Jenis Group WhatsApp



Hai apa khabar semua? Di era teknologi maklumat ini, boleh dikatakan hampir semua orang memiliki telefon pintar. Hinggakan sepupu anda yang baru masuk darjah satu pun dah ada iPhone. Masa kau darjah satu kau ada apa? Kau ada telefon juga tapi guna untuk minum air. Anyway, apabila telah memiliki telefon pintar, satu applikasi yang wajib kita install adalah Whatsapp. Whatsapp menjadi medium utama untuk berkomunikasi sesama insan di mana jua kita berada kerana faktor kesenangan dan murah. Salah satu kegunaan Whatsapp adalah fungsi untuk membentuk kumpulan yang membolehkan kita berbual-bual dengan ramai orang secara serentak. Maka hari ini kita akan membincangkan tentang jenis-jenis group Whatsapp yang wujud. Ayuh teruskan membaca.

Group BFF

Group ini semua orang ada, melainkan anda dipulaukan rakan-rakan. Group ini terdiri daripada teman baik sejak kecil yang membesar bersama, bersekolah bersama, tengok porn bersama serta mendoakan kesejahteraan ahli setiap kali selepas solat. Group ini tiada konsep perbincangan yang tetap, semua benda pun boleh layan tak kiralah yang baik mahupun buruk. Buruk lebih kerap kot. Group ini juga sering dipersalahkan jika isteri ternampak gambar ataupun video mencurigakan yang disimpan di dalam telefon dengan alasan "Eh tu bukan saya punya tu budak-budak team Bangi yang hantar tu...."

Group Rakan Sekerja

Group ini diwujudkan atas semangat cintakan syarikat di mana rakan sekerja akan bercerita tentang hal-hal kerja dalam nada yang tegas. Mula-mula je macam tu tapi lepas beberapa ketika group tersebut dijadikan sebagai medium untuk mengumpat majikan.Segala caci maki, carutan dan disudahi dengan gambar bos yang dijadikan meme semuanya dilontarkan dalam keadaan marah.

Group Sanak Saudara

Sedang kita asyik berak sambil membaca laman blog gossip, tiba-tiba kita mendapat notification yang kita telah dimasukkan ke dalam group yang terdiri daripada ahli keluarga. Besar sekali group ini kerana sepupu, anak saudara kita yang masih kecil pun dah ada telefon pintar. Padahal bila balik kampung jumpa sepatah haram pun tak pernah berbual mesra. Hari-hari kita terpaksa melayan jenaka hambar yang kita dah tahu kerana semuanya diambil daripada Facebook dan Twitter. Nak quit group tak sampai hati kerana tak mahu situasi awkward bila Mak Ngah kau tanya "Eh Shuhud kenapa quit group ya? Benci kat Mak Ngah ke?"

Group Anti Kerajaan / Pro Kerajaan

Kadang-kadang kita tak tunjukkan pun hala tuju politik kita sokong mana. Merungut harga minyak naik sikit je, terus dimasukkan ke dalam group Anti Kerajaan. Pap pap pap pelbagai fakta dan teori tentang cincin, lembu, kapal selam, Altantuya, Kangkung semua keluar. Bagi yang dimasukkan ke dalam group Pro Kerajaan pula, mereka banyak didedahkan dengan jenaka punggung. Adalah sekali dua puji gaya kepimpinan Najib tapi akan berakhir dengan jenaka dubur juga.

Group Konspirasi Teori

Group ini pula sering membincangkan tentang misteri-misteri yang berlaku di dunia ini. Group ini adalah group yang serius dan mereka tidak suka jika teori mereka dipersoalkan kerana mereka telah membuat kajian yang mendalam melalui Google dan kadang-kadang dicopy dari group konspirasi teori yang lain (yang membuat kajian melalui Google juga). Antara perkara yang sering didebatkan adalah misteri kehilangan MH370, misteri artis barat mana yang Illuminati mahupun misteri kenapa banyak sangat orang jahat di kampung Tok Adi Tanah Kubur.

Group Pakai dan Buang

Group ini adalah group sementara yang direka orang seorang individu yang ingin membuat pengumuman tentang sesuatu, lalu dengan tenang menambah rakan-rakan secara bertalu-talu, lepastu bila dah habaq apa yang mereka mahu, mereka pergi meninggalkan group bagaikan angin bayu. Kalau korang perasan ayat-ayat sebelum ni semuanya rhyme siot. Anyway bila pencipta group dah quit, tinggalkan orang semua terpinga-pinga dengan hala tuju group tersebut.

Group Malas Taip So Guna Voice Messaging

KALAU MALAS TAIP CALL JE LAH TERUS

Group Drop Location

Group ini tak banyak bercakap, tetapi lebih banyak share location di setiap tempat yang dilawati oleh ahli group tersebut. Nampak seperti aneh tetapi ini sebenarnya aktiviti yang normal. Kadang-kadang nak nampak beriman, lalu depan masjid kita pun share lah location masjid. Nak nampak seram, kita share location di kawasan perkuburan. Nak nampak kaya, kita share location di kedai beg tangan Jurulatih.

Group Tazkirah

Group ini macam tabligh in real life lah, dia datang ketuk pintu bilik kau, jenis iman rapuh macam kita ni malas je nak dengar tapi gagahkan juga diri pakai seluar panjang dan buka pintu. So bila dah orang dah add kau dalam group tu, nak quit rasa berdosa pula so kau pun dengar jelah segala nasihat dan ilmu yang diturunkan. Bagi menunjukkan kau punya participation, kau replylah sekali sekali dengan emoticon jari tunjuk good tu ataupun syukran. Kalau group tazkirah perempuan selalunya akak tazkirah senior akan menegaskan tentang konsep bercinta selepas kahwin. Memanglah sebab dia single lagi kah kah kah.

Group Mute Tiap-Tiap Minggu

Come on kita semua ada group sebegini. Group yang kita lebih rela tak sertai tapi tak sanggup nak keluar kerana tak mahu mengguris hati ahli group lain. Group ini boleh terdiri daripada mana-mana group yang dibincangkan di atas. Oh aku pakai Windows Phone dan Whatsapp mereka hanya boleh mute seminggu. Untunglah mereka yang boleh mute 100 tahun hehe.

Begitulah antara jenis group-group Whatsapp yang wujud. Ada juga group-group Whatsapp yang lain seperti Group Berbual 2 Orang Tapi Taknak Whatsapp Orang Tu Terus, Group Berdosa Yang Share Video Mirip UAI mahupun Group Ingin Menyentuh Anjing yang saya tak dapat nak huraikan kerana bateri laptop nak habis (tipu). Ada group yang lain tak? Jika anda berada di dalam group-group di atas, ayuh bincangkan pengalaman anda.



18 comments:

zarifahmr said...

Kah kah kah. aku lah antara orang yang nak leave group tapi tak sampai hati. bye.

lily said...

Hahaha. Ini sangat tepat. Spot on! AKu memang minat siri "Mengkaji...." kau dalam blog ni. Banyak sangat asabiyah Whatsaapp ni sampai malas nak layan

jojo87 said...

Group dikalangan penggali kubur.. topik yg dibincangkan tentang rekaan dan jenama cangkul terkini, stail menggali yg trending n idola penggali yg pemes. Hahaha

Faizal Rosly said...

zarifahmr: janganlah leave fikirlah perasaan mereka

lily: spank you very much

jojo87: tok adilah yang paling femes

Irfa said...

ADOI.. BILA KO UPADTE JE AKU LAJU2 KLIK
SBB AKU TAHU MESTI ADA BENDA LAWAK

KALI NI YANG LAWAK HAMPIR TERSEMBUR AIR IALAH
-mahupun misteri kenapa banyak sangat orang jahat di kampung Tok Adi Tanah Kubur.

cacah said...

Group Bengkel/Meeting adoi bengkel sekali je... jumpa pun sekali tu je... tapi gigih nak share gak la benda berkaitan kerja hasil susulan dari bengkel/meeting tu.

Mohd Farhan Yahaya said...

Group jiran tetanga - komuniti taman / apartment / kondo. Byk cite psl isu keselamatan kawasan perumahan, bayaran cukai / bil berkaitan, gotong royong, jemput kenduri doa selamat, report kucing hilang, cara hias2 rumah ikut konsep2, dll. Layankan je la

Anonymous said...

Group main kutu aka saham kutu kutu.
Sekadar nak update duit kutu da transfer n congrats sape dpt kutu bulan tu.

Ade telegram now. More than 50 person in d group boleh dimuatkan. Sbb wasap x bleh ramai.
Contoh gruop jomkurus1malaysia.

Lebih kpd issue n stratergi nak diet n workout. Di bimbimg oleh coach yg cool n macho ;)

Alia

..:: WiRdA ::.. said...

aku ade group student tua dan group bff hahaha topik perbincangan mmg same la tuu..:P

Anonymous said...

akak tazkirah senior beri tazkirah bercinta selepas kahwin. nk cover dia yg xde boipren.kakakaka jht gile kau

-arep

Anonymous said...

salam

actually only msian je terhegeh hegeh dgn this sort of membership or gang. Lagi lagi ambil gambar muka dari nampak cantik terus nampak common asyik letak berselfie.

Whats app pulak memang macam tak cukup cukup.

Face book pulak sampai tak habis habis.. kutuk la org ya hud i .. tapi pakai fesbook macam lupa diri. padahal ni apps semua collecting semua detail korang. dia tau semua mana tinggal, bank account, pol itic condong ke arah mana. etc..

conclusion nya bak kata pujangga .. ibarat si kudung dapat cincin.

noornadira mahidan said...

haha..ini sangat best entry.. nak follow lahh!

noornadiramahidan.blogspot.com

eima said...

satu lagi group bisnes ... hahaha ni penting ni ....

Anonymous said...

group parents2 anak satu tadika/taska.common questions "ada x sape2 ttukar tutup botol susu?".ada x sape ilang towel color purple?".
~kawan smkj3 clas bestari yg ko mesti xsedo pun kewujudan aku sbb pemalu btol

Teacher Basariah said...

group jual beli barang jangan lupa..hihi..

rajin bro buat kajian (^_^)

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

sabree hussin said...

Betul2 nak leave group tak sampai hati... so ku relakan jiwa je la

IBU PUSPITA said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...