Tuesday, January 21, 2014

Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Yang Kedua!

Hai apa khabar semua? Kalian perasan tak, setiap kali pasangan suami isteri di Facebook menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke berapa belas entah, mesti mereka nak melambakkan news feed dengan gambar-gambar perkahwinan mereka. Di situ kita dapat lihat perbezaan gambar ketika baru berkahwin dengan gambar terkini. Jika dulu si suami tampak kurus segak bergaya six pack pun boleh nampak dari dalam baju, tapi kini susuk tubuh sudah menjadi seperti Yazirobel. Si isteri pun sama, dulu time kahwin pakai bengkung nampak slim, sekarang ni elok kau pakai tali pinggang kejuaraan WWE jelah sebagai aksesori untuk tubuh badan yang sudah menjadi seperti ahli gusti professional tu. So no, aku tak mahu spam gambar perkahwinan aku sempena ulangtahun perkahwinan aku hari ini di Facebook, instead aku akan letak di blog. Kah! Ayuh teruskan membaca.

OH EM JI SUDAH DUA TAHUN USIA PERKAHWINAN??

Bangi Bros!


Menunggu bas tuk ke jannah.

Ok gambar ni saya saja la nak belanja peminat gadis-gadis yang masih belum boleh move on. Saya izinkan kalian untuk right click dan save image as tapi jangan letak minyak dagu ya.

Ok ok ni gambar last. Kang letak banyak-banyak nanti time ulangtahun perkahwinan ketiga nak letak gambar apa pula. Unless kalau bini bagi kahwin duasdhsiudhosdh 087y08fafasdblkblk kljsbdlksjbds (kena hempuk pakai keyboard).

Selamat ulangtahun perkahwinan isteri. Together forever, we will always be. Pehh rhyme.

Wednesday, January 15, 2014

Pencuci Mulut Paling Mudah di Dunia

Hai apa khabar semua? Sejak kebelakangan ini, aku telah membentuk satu minat baru iaitu menonton rancangan masakan. Channel yang aku selalu tengok adalah 727 di Astro, Food Network Asia. Ok fine, mula-mula aku sekadar main-main tukar channel sebab terlalu bosan lepastu terberhenti dekat channel 727 kerana ternampak seorang makcik hangat sedang memasak. Nama dia Giada de Laurentiis, berwajah eksotik, dan mendedahkan sebahagian daripada payu dara beliau. Aku macam tak keruan sedikit bila dia pegang timun sambil pandang kamera dan cakap 'You like that?'. Mula-mula tengok gaya dia macam scene permulaan porno, tetapi apabila tengok dia masak Lemony Shrimp Scampi with Orzo and Arugula, terus naik nafsu makan aku. Sejak hari itu channel 727 menjadi channel kegemaran aku dengan rancangan-rancangan masakan yang dihoskan oleh chef selebriti seperti Guy, Bobby Flay dan Chef Zubir.

Oleh kerana selalu tengok rancangan masakan, sedikit demi sedikit terbit minat untuk memasak di dalam diri. Maka hari ini aku ingin menunjuk skil memasak aku kepada kalian sehingga kalian berasa kagum dan meninggalkan komen untuk aku membuat rancangan masakan sendiri. Aku tahu bukan semua orang yang sedang membaca entri ini berminat untuk memasak dan mungkin skil memasak kalian masih belum mumaiyiz, so aku nak ajar satu resipi pencuci mulut yang paling mudah, adik anda yang baru 2 tahun setengah pun boleh buat. Ayuh teruskan membaca.

Ramuan:


1 sudu teh Olive Oil
3 sudu teh Nutella
1 sudu kopi susu pekat manis
2 biji telur binatang. Saya gunakan telur ayam dan itik, tetapi anda bebas untuk menggunakan telur binatang lain, halal ataupun tidak.
Anggur tanpa biji yang dibeli di Mydin. Mesti beli kat Mydin kalau kat tempat lain tak jadi nanti.

Cara-cara memasak:

Ambil olive oil, Nutella, susu pekat manis, dan 2 biji telur tadi dan simpan mereka kembali di dalam almari. Kita tidak akan menggunakan mereka saya saja je menyusahkan anda untuk menyediakan bahan-bahan tersebut, di samping menjadi elemen komedi di dalam entri ini. Apa yang anda perlukan hanyalah anggur yang dibeli di Mydin tadi. Masukkan anggur tersebut ke dalam freezer sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok pagi setelah bangun solat Subuh, buka freezer dan anda boleh nikmati anggur tersebut yang kini telah menjadi 'sorbet'. Power bukan?


Jangan main-main Jamie Oliver yang ajar aku resipi ni. Tak payah susah-susah bazir duit beli sorbet kat Petronas bila kau boleh buat sendiri di rumah. Masa kau gigit anggur tu, mula-mula rasa keras dan sejuk, tetapi apabila gigi kapak dah menerjah isi anggur, kelembutan dan kemanisan anggur mula mengambil alih. Dessert ini sesuai untuk dimakan selepas makan nasi campur. Since sekarang ni kangkung tengah trending, boleh juga kau ganti anggur dengan kangkung untuk buat sorbet yang sihat.

Ok sekian sahaja rancangan masakan bersama Ijaicool jumpa lagi dalam episod yang akan datang. By the way kalian layan tak channel 727 tu? Aku suka tengok Diner, Drive Ins and Dives sebab dia tunjuk comfort food orang Amerika yang bisa menaikkan paras kolestrol tetapi nampak lazat nak arwah. Ahh bertakung dah ayaq liuq ni melihat kelazatannya.

Thursday, January 2, 2014

Mengenali Jenis-Jenis Selfie

Hai apa khabar semua? Bagaimanakah sambutan tahun baru anda? Jika anda berzina, harap-harap anda mengamalkan zina selamat iaitu zina menggunakan kondom so selamat dari penyakit kelamin tetapi tidak selamat daripada seksaan di akhirat jika tidak bertaubat. Anyway, dalam era laman sosial ini, satu perkataan telah membuat kemunculan sekaligus mempengaruhi gaya hidup kita di alam maya dan di alam nyata.

'Selfie'. Saya pasti anda tahu maksud perkataan ini malahan anda juga mungkin melakukannya setiap hari tanpa mengira masa dan lokasi. Selfie adalah perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun kamera di telefon pintar. Pada tahun 2013, terma selfie telah menjadi begitu popular sehinggakan kamus English Oxford telah mengiktiraf perkataan tersebut sebagai 'Word of the year'. Jika anda memiliki akaun laman sosial seperti Facebook mahupun Instagram, pasti akan ada terselit sekeping dua gambar orang yang sedang selfie di timeline anda. Hari ini, kita akan mengkaji jenis-jenis selfie yang wujud. Ayuh teruskan membaca.

1) Selfie standard

Selfie standard adalah teknik selfie yang paling asas, serta yang paling kerap dilakukan oleh penggemar selfie. Teknik ini hanya memerlukan sebuah kamera tak kiralah kamera sendiri ataupun yang dicuri, dipegang menggunakan tangan, sebelum menjarakkan kamera daripada wajah dalam sudut-sudut tertentu dan diakhiri dengan pelbagai gaya wajah. Secara umumnya, gadis-gadislah yang paling banyak menggunakan teknik ini. Tahukah anda, bagi setiap sekeping selfie yang dimuatnaik oleh gadis-gadis, ada 20 keping lagi selfie yang sama yang direject kerana nampak gemuk?


Selfie standard ini boleh dibahagikan kepada dua kategori; iaitu kategori solo dan berkumpulan. Selfie seorang diri tidak melibatkan orang lain di dalam gambar. Selfie berkumpulan ataupun nama teknikalnya 'group selfies' melibatkan lebih daripada dua orang termasuk si pemegang kamera. Selfie seorang diri tetapi lepas tengok gambar ada pontianak muncul pun boleh dikira group selfies juga. Tapi kasihan juga jika anda gempal dan ambil selfie berkumpulan, bila muat naik ke Instagram nanti wajah anda dicrop separuh. Lokasi selfie berkumpulan yang paling popular sudah pastilah di hadapan cermin di dalam tandas gadis.

2) Selfie dalam tangisan

Selfie dalam tangisan adalah gambar sendiri yang diambil ketika dalam keadaan sedih sehingga berjujuran air mata. Kita mungkin akan bertanya, "Hey, kalau nak nangis, nangis jelah apasal nak ambil gambar pulak?" Seelok-eloknya, kita elakkanlah diri daripada bertanya soalan tersebut kepada mereka kerana itu akan membuat mereka berasa lebih sedih sekaligus mengambil lebih banyak selfie dalam tangisan.


Apa yang perlu kita buat adalah memahami mereka, dan mengkaji pokok pangkal mengapa mereka bersedih at the first place. Adakah mereka baru lepas ditinggalkan kekasih? Adakah kerana mereka tersepak bucu katil? Adakah kerana kencing mereka tidak lawas? Ataupun sekadar baru lepas menguap sehingga keluar air mata? Melalui selfie, kita boleh lihat keikhlasan tangisan mereka itu dengan mata kemerah-merahan, air mata berliangan dan kadang-kadang hingus hijau buat kemunculan. Mungkin dengan 'Like' yang anda beri berserta kata-kata semangat di bahagian komen seperti 'Bersabarlah saat indah kan menjelma jua' dapat memberi semangat dan kekuatan kepada mereka.

3) Selfie tidur

Selfie semasa tidur ini adalah satu teknik selfie yang advanced, dan sukar untuk dikuasai. Iyelah tengah tidur kan macam mana boleh ambil gambar pula? Hebat gila tangan boleh tepat-tepat ambil gambar muka kalau aku try teknik ni ada kemungkinan terambil gambar seluk tangan dalam kain pelikat. Itu pun kalau kain pelikat masih belum terlucut. Dahla masa tengah tidur tu masih mekap tebal, rambut tersisir rapi serta tiada sebarang air liur basi yang meleleh. Power, power.


4) Selfie facepalm

Selfie facepalm ni bukan mengambil selfie sambil membuat gaya tepuk tangan ke muka, tetapi gaya facepalm itu dilakukan oleh orang yang melihat selfie mereka. Selfie sebegini selalunya dilakukan pada tempat yang langsung tidak sesuai mahupun situasi yang orang biasa tak tergamak nak selfie. Contohnya selfie bersama ahli keluarga yang baru meninggal, selfie pegang kepala kucing yang dipenggal, mahupun selfie masa tengah berak.

5) Selfie minta penampar


Selfie minta penampar ini adalah sebarang selfie yang dimuatnaik oleh seorang jantan sejati yang memiliki dua biji buah kerandut. Gadis-gadis nak upload gambar sendiri setiap hari memang orang tak boleh nak kompelin sangat lebih-lebih lagi yang memiliki paras rupa kerana itu memang naluri mereka. Namun begitu apabila seorang jantan cuba membuat aksi gaya muncung platipus dan gaya renungan menggoda kumpulan M-Pop (K-Pop versi Malaysia) sambil terkeluar bulu hidung, maka terus menggigil-gigil tangan ni nak bagi penampar. Ok memang tak dinafikan ada je sesetengah jejaka yang mengambil selfie hari-hari, cuma yang menjadi isunya adalah keinginan mereka untuk memuat naik gambar tersebut di laman sosial.


6) Selfie dengan caption-caption kegemaran ramai

Berikut adalah contoh caption tipikal yang mengiringi sesuatu selfie itu:

"Ummm dah gemuk :( "

Caption ini selalu digunakan oleh gadis yang ternyata comel dan kurus, tetapi mengaku gemuk kerana mengharapkan orang meletakkan komen "Eh mana ada gemuk" atau "Eh you kurus lah". Sepatutnya untuk impak yang lebih mendalam, anda patut letak gambar anda yang paling gemuk lepastu letak caption "Yeayy dah kurus" barulah akan memberi inspirasi kepada orang lain serta mendapat lebih banyak like. Next time, jika anda nampak caption "Ummm dah gemuk :( " pada gambar kurus ni, harap anda boleh tinggalkan komen "Emm I setuju" dan tag penjual susu Alpha Lipid SD II. Mana tah geng Alpha Lipid ni dah tak ada promosi pun semua orang dah kurus ke.

"Done shalat"

Eja shalat instead of solat kerana ingin menampilkan sifat allughatul arobiyah di dalam diri. Caption ini selalu digunakan oleh gadis sejurus sahaja lepas salam yang kedua. Terus ambil phone snap snap masih lengkap bertelekung. Selalunya time Maghrib jela sebab time Subuh orang tak ramai cek Instagram kurang 'Like' pula nanti. Selfie dan caption sebegini semakin meningkat di bulan Ramadhan.

Begitulah antara jenis-jenis selfie yang sering kita temui (ataupun lakukan) di laman sosial. Apa yang ditulis di atas hanyalah pemerhatian yang diezajerit semata-mata, bukannya saya pergi merujuk kepada album Me / Myself / Just Me / Me Again / Still Me / Me Forever / di Facebook anda. Jika anda tahu teknik selfie yang lain, harap boleh kongsikan bersama. Jika anda sendiri yang suka selfie, adakah ada kebenaran tentang apa yang ditulis di atas? Apapun, selamat berselfie semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...