Saturday, May 24, 2014

Inspirasi Baju Emma Maembong di Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Power betul designer dia ni. Aku nak design baju raya aku macam ni la nanti.



Kalian tak tengok ke rancangan anugerah ni? Ok dah dah aku nak sambung tengok #ABPBH2013 sambil memgumpat artis lain pula.

Tuesday, May 20, 2014

Resepi Rendang Daging Istimewa

Hai apa khabar puan-puan dan surirumah di luar sana? Sejak saya asyik menonton saluran 727 Food Network di Astro, skil masakan saya semakin hebat dari hari ke hari. Untuk menambah lagi ilmu di dada, saya sering melawat blog gadis-gadis untuk mempelajari tips-tips kulinari serta resepi-resepi baru untuk dicuba. Berdasarkan pemerhatian umum, gadis-gadis urban lebih banyak mengaplikasikan resepi barat dalam hidangan mereka. Bagi saya, anda belum cukup handal memasak kalau setakat tunjuk cara nak buat Smoked Salmon ataupun Spaghetti Aglio Olio Peperoncino. Buat penkek ataupun sandwich pun tak kira. Kehebatan memasak sebenar digambarkan melalui masakan Melayu asli sejak turun temurun.


Oleh itu, hari dengan riaknya saya ingin mengajar anda bagaimana anda boleh menikmati hidangan Rendang Daging Istimewa di mana resepi ini telah diturunkan oleh nenek moyang kita sejak zaman Neolitik lagi. Gadis-gadis sila tumpukan perhatian, kerana selepas ini suami anda (ataupun pakwe jika anda bersekedudukan) akan lebih sayang kat anda kerana mereka nak juga makan makanan Melayu sekali sekala. Gambar di atas ni adalah hasil air tangan saya. Nampak simple, tetapi rasanya lazat sehingga menjilat dinding. Ayuh sarungkan apron anda, dan mari teruskan memasak.

Ramuan (untuk 2 orang makan):

150g daging lembu yang telah dipotong kecil. Jika nak lebih istimewa, anda boleh gunakan daging babi kalau tak kisah halal haram.
100 ml Santan
2 biji Bawang merah dan bawang putih dipotong halus
Minyak kelapa sawit
Lengkuas
Kerisik
Asam jawa
Garam secukup rasa
Daun kunyit

Cara-cara memasak:

1) Gaulkan semua ramuan tadi ke dalam satu bekas, dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 2 minit.

2) Hidang dengan nasi.

Amacam kagum tak? Dengan Brahim's anda kini boleh berpura-pura handal masak masakan Melayu. Kahkahkah aku lapar tadi tapi malas nak keluar beli makanan. Korek-korek almari, ada pulak pek Rendang Daging Lembu Brahim's yang mama aku beli sebab dia pergi bercuti di Eropah tempoh hari. Serius mudah kau buka plastik dia, masuk dalam pinggan lepastu panaskan. Bila dah lapar memang lazat la rasa dia kan. Masa inilah anda boleh buat mak mertua kagum. Macam-macam lauk ada. Kalau tak mau rendang daging, ada banyak lagi hidangan lain seperti sambal ikan bilis, kari kambing kau nak nasi lemak pun ada. Terima kasih Brahim's! Doakan agar tak cirit-birit jela nanti.


Tapi nak jelaskanlah kat sini walaupun masak rendang pakai cheat code tapi at least nasi aku masak sendiri ok satu pot. Senang je masak nasi kau basuh beras, ukur paras beras dengan jari, lepastu gunakan ukuran yang sama untuk menambah air dari permukaan atas beras. YOU'RE WELCOME. Ok, jumpa lagi kita dalam sesi memasak bersama Abang Faizal di masa hadapan. Selamat mencuba!

Friday, May 16, 2014

Mengenali Jenis-Jenis Guru Sekolah (versi 2014)


Hai apa khabar semua? Hari ini merupakan Hari Guru. No saya tidak akan copy paste kisah guru popular Cikgu Suraya pada entri ini, kerana semua orang sudah tahu kisah Cikgu Suraya. Sebaliknya saya akan mengimbas kembali tentang jenis-jenis guru yang wujud semasa zaman persekolahan kita. Eh kejap ada ustaz yang cakap Hari Guru ni haram ke tak? Ada? Tiada? Ok boleh teruskan membaca.

1) Guru Disiplin

Semua sekolah ada Guru Disiplin. Guru disiplin selalunya terdiri daripada Ustaz ataupun warden asrama. Guru disiplin mampu menimbulkan rasa gentar dan gemuruh di dalam diri apabila kita bertentang mata dengan mereka walaupun kita tidak bersalah kerana terdapat rotan yang tersisip macam pedang samurai. Guru disiplin juga merupakan guru yang paling dibenci oleh kebanyakan pelajar. Sekadar kereta dicalarkan dengan melukis organ reproduksi mungkin perkara biasa, tetapi di sekolah aku, ada pelajar pailang yang bertindak dengan lebih ekstrim selamba je terbalikkan van dia. Aku turut hangin dengan guru disiplin aku kerana dia merampas kaset Nirvana: From the Muddy Banks of the Whiskah aku walaupun aku dah sorok dalam stokin.

Guru disiplin juga gemar 'mengaibkan' pelajar yang mengalami masalah disiplin di khalayak ramai. Masa perhimpunan, mata mereka liar memerhatikan pelajar yang memakai songkok laju je dicabut songkok mereka sebelum memotong ekor dan memagut rambut pelajar sehingga tobek dengan sengaja. Kalau kantoi hisap rokok di tandas, pelajar tersebut akan dibawa dari kelas ke kelas untuk ditayangkan dengan rokok masih terlekat di bibir. Guru disiplin anda bagaimana pula?

2) Guru Letih

Semasa mengajar, guru-guru sebegini hanya menggunakan satu nada yang mendatar, muka tidak berekspresi dan berjalan bagaikan zombie versi Walking Dead. Kami mengesyaki guru ini mengalami masalah rumahtangga, ataupun rumahnya tiada tangga kena panjat tiang ataupun asyik berparkour tu yang letih tu. Keletihan di rumah dibawa ke sekolah mempengaruhi gaya pengajarannya. Kalau mereka mengajar subjek Bahasa Malaysia ataupun sejarah ahh pasti terlena kita dibuatnya.

Itu dulu, sekarang ni dah 2014 dah ada macam-macam supplement pemberi tenaga yang guru-guru lain jual seperti Shaklee Alfalfa, D'herbs pengetat rahim mahupun air Al-Khodafi yang telah dibacakan 30 juzuk, maka patutnya tiada lagi masalah keletihan. PM best price please.

3) Guru Predator Seksual


Guru predator seksual ni ada physical features yang ketara. Dengan perutnya yang boroi serta misainya yang nipis seperti Littlefinger, dia sering membuat gangguan seksual kepada pelajar terutamanya ketika subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Gangguan seksual di sini tidaklah bermaksud dia menjadi pervert secara terang-terangan dengan menyeluk payu dara gadis sunti ataupun membuat buttslap bagi memberi semangat kepada pelajar lelaki, tetapi melalui gaya komunikasinya. Contohnya, ketika mengajar murid-murid membuat tekan tubi, selamba sahaja dia membuat reference kepada gaya persetubuhan bersama isterinya. Pasti secara automatik kita akan terbayang wajahnya setiap kali menonton pornografi dan nak seluk tangan ke dalam seluar.

Zaman sekolah, kita mungkin masih naif dan tak tahu maksud 'sexual harassment', jadi mungkin banyak ungkapan berunsur seksual yang dilemparkan oleh guru jenis ini tetapi kita anggap komen tersebut harmless. Contohnya:

"Mmm seluar awak tempah kat Cantona 7 kan? "Bawah" berapa inci?"

"Mmm awak nampak comel dalam tudung ni. Mesti lagi comel kalau pakai tudung 3 layer ni mmm"

Ada jenis yang lebih daring dia asyik-asyik nak buat spot check mencari barang-barang terlarang dan acapkali menfokuskan cariannya di tempat-tempat tersorok seperti dalam bra dan kain.

4) Guru Subur

Kita semua ada guru yang mengandung tiap-tiap tahun. Mungkin ini hanya kebetulan, tapi di sekolah aku guru subur ni mesti mengajar subjek Kemahiran Hidup Ekonomi Rumahtangga. Masa sambutan Hari Guru, semua guru ada kecuali guru KH aku tu sebab dia tengah berpantang kat kampung.

5) Guru Ganti Yang Comel

Kita harus berterima kasih kepada guru subur di atas kerana tanpa jasa mereka, guru ganti yang comel tak akan membuat kemunculan. Guru ganti ini semuanya masih muda dan segar dari Institut Perguruan melengkapkan praktikal mereka. Guru-guru ini selalunya tidak diambil serius dan segala kerja sekolah pasti tidak akan dihantar terutamanya untuk subjek pendidikan seni.

Tapi kalau jenis yang comel macam Jessica Alba tu perghh terus handal kita membuat Teorem Pythagoras siap sukarela nak tunjuk jalan penyelesaian di papan hitam. Ada juga yang buat-buat bodoh mengharapkan sesi one on one bersama guru comel, especially dalam kelas pendidikan seni masa buat art guna kentang mengharapkan tangan guru yang jejarinya runcing itu memimpin ke jalan yang benar dan lurus.

6) Guru Bahasa Inggeris Yang Angkuh dan Bergaya

'Kasta' guru bahasa Inggeris ini selalunya tinggi sedikit berbanding guru lain. Mereka pasti tidak sebulu dengan Ustazah kerana perbezaan mazhab dan jenis muzik yang diminati. Ustazah minat kumpulan nasyid Far East guru BI minat Far East Movement. Gaya pemakaian mereka selalunya lebih banyak mendedahkan aurat ringan. Kalau pakai tudung pun pakai ala-ala kak Rosmah yang terkeluar jambul di hadapan. Warna rambut mesti keperang-perangan, kasut tumit tinggi 5 inci dari jauh dah dengar dia jalan keletak keletuk, lepastu bila bercakap habis keluar aksen Amerika beliau.

7) Guru Ip Man (Guru JDT bagi sesetengah kawasan)

Guru Ip Man ialah guru yang mudah meninju ataupun menampar anak muridnya tanpa banyak bicara menggunakan gaya Wing Chun. Berbeza dengan perwatakan Ip Man yang tenang, guru ini pula memang 'short fuse' murid tersalah langkah sikit sahaja terus ditamparnya. Kadang-kadang mereka akan membaling pemadam papan hitam untuk mengejutkan kita dari tidur.

Guru Ip Man juga dikenali sebagai guru JDT di sesetengah kawasan kerana jika anda cari pasal dengan mereka, mereka akan bawa anda ke lorong-lorong gelap sebelum meninju anda di perut. Takpun masa tengah ada perlawanan bola baling ataupun bola sepak peringkat sekolah, jika keputusan tidak berpihak kepada sekolah anda mereka tidak agak teragak-agak untuk menumbuk pengadil serta jurulatih pihak lawan.

Begitulah antara jenis-jenis guru yang terdapat di sekolah saya. Sekolah anda bagaimana? Adakah anda pun ada jenis-jenis guru seperti yang tertera di atas? Ayuh kongsikan bersama. Apapun saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua guru yang pernah mengajar saya kerana tanpa bimbingan, tunjuk ajar serta jasa mulia anda semua, saya pasti sudah hanyut merempit dan meragut beg tangan orang tua. Happy Teacher's Day!

Friday, May 9, 2014

Jenaka Orang Arab

Hai apa khabar semua? Fuhhh panas nampaknya entri Fareeda di bawah ini. Walaupun sudah ketara itu hanyalah entri parodi, masih ada juga individu dari kedua-kedua belah pihak (peminat Fareeda dan anti Fareeda) yang tiba-tiba secara serius membangkitkan hal siapa yang akan masuk neraka, istiqomah, menafikan dakwaan tudung tu kalis air serta siap mengadu kat laman Facebook Exclusively Fareeda lagi. Mungkin banyak sangat layer kat tudung sampai tak dapat membezakan mana yang benar dan mana yang tipu. Anyway, kita harus move on dari isu tersebut, dan hari ini kita akan membincangkan tentang seni Jenaka Arab.

Saya memang suka berjenaka terutamanya jenaka-jenaka yang hambar. Salah satu cabang jenaka adalah jenaka unik daripada Asia Tengah. Orang Arab akan duduk berkumpul bersama rakan-rakan hisap shisha dan meratah hummus, sebelum melontarkan lawak-lawak hambar mereka. Tahukah anda bagaimana hendak membuat jenaka Arab? Ayuh teruskan membaca.

1) Bagaimana orang Arab batuk?

ق ق ق

2) Bagaimana orang Arab ketawa?

ﺡ ﺡ ﺡ

3) Bagaimana kalau Santa Claus orang Arab?

خ خ خ

4) Apa kita kata bila Nampak gadis Arab hangat di depan mata?

و و و

5) Orang Arab mabuk di mana?



6) Di mana orang Arab suka membeli-belah?

Jalan

7) Di mana orang Arab bersenam?



8) Kalau pergi mamak orang Arab ambil kuah apa?

د

9) Kalau Dhalsim Street Fighter ni orang Arab, dia tukar nama jadi apa?

د ﺵ

10) Apa akan jadi jika lagu 'Roar' Katy Perry jika dialihbahasa kepada bahasa Arab?

Jadilah

11) What would Gordon Ramsay say if he receives an undercooked lamb in an Arabic restaurant?



12) Kasut apa yang gemar dipakai oleh orang Arab?

ﺏ ﺕ

13) Artis Korea Rain kalau masuk Islam, dia tukar nama jadi..?



14) Kalian pernah tengok tak cerita Zorro tapi versi Arab?

ﻅ ﺭ

Bagaimana orang Arab mencarut? Well saya tinggalkan jenaka itu untuk anda huraikan. Or not. Apapun, selamat berjenaka! By the way ini adalah 'pun' hambar saya bukan jenaka orang Arab sebenar jadi saya tidak akan bertanggungjawab jika anda membuat jenaka Arab ini di depan classmate anda dari Yemen kerana kebarangkalian untuk anda dikabsah adalah tinggi. Jika anda ada jenaka Arab yang punny, ayuh kongsikan bersama. Syukran, la tahzan, la isla bonita.



Tuesday, May 6, 2014

EKSKLUSIF: Penjelasan Tentang Harga Tudung Yang Mahal

Hai apa khabar semua? Isu yang berkaitan dengan tudung merupakan isu yang kerap dikupas di media sosial. Salah satu isu yang popular adalah isu tudung berjenama popular seperti Fareeda dan Ariani, khususnya tentang harga tudung mereka yang lebih mahal daripada seluar jin Levi's. Baru-baru ini laman web sosial seperti Facebook meletup akibat kenyataan admin akaun fanpage Mawar Fareeda "jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..." berikutan tindakan rampasan tudung Fareeda tiruan. Kemudian di Twitter pula tersebar gambar harga tudung Ariani yang mencecah RM1000 (TERKINI: ADA TUDUNG BAWAL HARGA RM6000!).

Sebagai penduduk Bangi, saya turut merasa tempias isu ini kerana kedua-dua kedai Fareeda dan Ariani terletak di Bangi. Oleh itu, saya ingin memberi justifikasi tentang mengapa harga tudung Fareeda dan Ariani mahal nak arwah sekaligus menepis segala tohmahan yang dilemparkan oleh masyarakat umum. Ayuh teruskan membaca.

1) Tudung yang eksklusif, tak bolehla sekadar digayakan di atas kepala patung. Untuk tujuan promosi, mereka mesti mengambil selebriti untuk menjadi duta tudung mereka. Seperti Ariani contohnya, ingat murah ke nak hire Wardina sebagai duta mereka? Lainlah kalau mereka mengambil Rosnah Mat Aris ataupun Azwan Ali menjadi duta. Itu sebab harga mereka jauh lebih mahal daripada tudung biasa di Jalan TAR. Bagi tudung Fareeda pula, pengiklanan mereka memang power dan efektif kerana berjaya membuat orang terkejut di waktu malam apabila melihat billboard di bawah. Waktu siang pula, kawasan billboard tersebut sentiasa sesak maka pemandu tiada pilihan dan terpaksa merenung billboard tersebut, dan mata model yang anggun itu akan memukau mereka untuk membeli tudung itu. Anda ingat billboard di lokasi tersebut murah?




2) Banyak produk 'Islamik' kini yang kononnya telah dibacakan dengan 30 juzuk seperti air ajaib Al-Khodafi dan Madu Ruqyah dara yang sebenarnya hanyalah tindakan untuk mempergunakan agama di dalam produk mereka. Tetapi bagi produk yang eksklusif seperti tudung 3 layer, mereka tidak akan menipu pengguna dengan mendakwa tudung mereka telah dibacakan dengan 30 juzuk, sebaliknya dalam proses mencipta tudung, mereka memasang lagu-lagu nasyid yang berunsur kemanusiaan agar vibe positif lagu tersebut dapat meresap ke dalam tudung. Contohnya, lagu popular In Team Kasih Kekasih dipasang semasa tudung dijahit agar mesej positif lagu tersebut "sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan" dapat meresap ke dalam tudung sekaligus mempengaruhi pemakainya agar tidak ringan-ringan dengan pakwe di dalam kereta. Penggunaan lagu ini membabitkan royalti yang harus dibayar kepada artis, sekaligus mempengaruhi harga tudung tersebut.

3) Kita boleh lihat perbezaan material yang digunakan pada tudung murah dengan tudung yang eksklusif. Tudung murah kalau hujan, habis lencun siap nampak rambut lagi. Tudung eksklusif pula menggunakan sistem '3 layer', di mana setiap lapisan memberi 3 tahap perlindungan terhadap pemakai. Lapisan pertama merupakan lapisan yang diperbuat daripada material yang kalis air, jadi tiada masalah tudung basah jika mahu berlari-lari anak di dalam hujan. Lapisan kedua pula merupakan lapisan antivirus, sebab kalau dah main hujan selalunya akan demam maka dengan adanya perlindungan tambahan, ternyata si pemakai akan menjadi lebih sihat. Lapisan terakhir pula adalah lapisan anti hapak untuk mengelakkan bau kurang senang jadi tudung boleh dipakai berkali-kali tanpa perlu dibasuh.

4) Tudung yang mahal, mesti ada resale value yang tinggi. Tudung eksklusif sebegini kini sudah diterima oleh tauke pajak gadai dan mereka sanggup memberikan harga yang tinggi untuk tudung tersebut. So tak apa kalau nak merasa beli tudung mahal sebab kalau dah tak ada duit nak beli nasi boleh pajak gadai je. Tudung bawal boleh pajak gadai ke? Bank-bank tertentu juga menerima tudung eksklusif sebagai bayaran downpayment untuk membeli kereta. Tetapi atas dasar itula pemakai harus berhati-hati kes meragut tudung eksklusif kini semakin berleluasa.

5) Sebenarnya tudung eksklusif ni mahal kerana teknologi yang hadir bersama tudung tersebut, tetapi ramai yang tak tahu kecanggihannya. Anda ingat batu berwarna di tudung 3 layer tu hanyalah hiasan semata-mata? Batu tersebut sebenarnya berfungsi sebagai pemancar emosi si pemakai. Jika gadis-gadis sedang period, batu itu akan bertukar menjadi warna merah pekat, so kalau merah tu memang orang tak kacau la kan. Kalau sedang berovulasi, batu tersebut akan bertukar menjadi warna merah jambu. Ini amat berguna buat suami isteri yang ingin merancang keluarga. Kalau dia jadi warna pelangi, itu tandanya batu anda sudah rosak harap tudung anda masih dalam warranty.

Kita dapat lihat juga dalam model-model tudung yang lebih advanced, tudung mereka dilengkapi dengan applikasi Camera360 so bila nak selfie dalam tudung tersebut, mereka sentiasa akan nampak 'glowing' dan bebas jerawat. Ada lagi, jika anda beli tudung ini secara kontrak bersama Maxis, tudung juga dilengkapi dengan koneksi 3G (4G jika kawasan anda maju) agar anda boleh upload selfie anda ke Instagram pada bila-bila masa!

Berdasarkan penjelasan di atas, saya berharap agar masyarakat sekurang-kurangnya dapat menghentikan segala kata nista serta memahami mengapa tudung-tudung eksklusif tersebut dikatakan mahal. Apa yang anda bayar sangat berbaloi dengan apa yang anda dapat. Adakah anda pengguna tudung ekslusif ataupun tudung bawal / pari / jenahak? Luahkan perasaan anda di sini. Mungkin ada feature tudung yang saya tak tahu, harap anda boleh kongsikan di ruangan komen. Anda bebas menggunakan hujah "eleh tudung mahal-mahal bukan menjamin ke syurga pun" tetapi jika anda masih kompelin tentang harga tudung eksklusif, maka terpaksalah saya quote fanpage Mawar Fareeda sekali lagi "...jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

ini adalah entri parodi, pihak Fareeda dan Ariani tidak membayar saya. Well maybe they should...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...