Wednesday, August 27, 2014

Kompilasi Nasihat Membina di Gambar 'Rindu Awak 200%'


Hai apa khabar semua? Ok so apparently tweet 'Rindu Awak 200%' telah menjadi viral di alam maya dan banyak dikongsi di Whatsapp group. Hot FM pula pergi share screenshot tweet aku pasal 'Rindu Awak 200%' tu di laman rasmi Twitter dan Facebook mereka. Ketara sekali tweet tersebut berunsur jenaka, dan berdasarkan komen majoriti, ramai yang mengerti dan gelak ha ha ha. Namun begitu terdapat segelintir masyarakat kita yang tiada unsur humor di dalam diri dan mengambil serius tentang semua perkara. Di sini saya ingin membuat kompilasi komen-komen serius serta nasihat membina bagi membahagiakan rumahtangga. Ayuh teruskan membaca.



Yes. Nokia Lumia 1520 to be exact. Microsoft hingga ke syurga!


Begitulah antara komen-komen yang mencuit hati. Saya pasti ada banyak lagi tetapi letihla nak go through satu-satu. Komen anda bagaimana pula? Jika anda mengantuk dan inginkan hiburan, ada boleh pergi ke laman FB rasmi Hot FM dan baca komen-komen serius di gambar tersebut. Ok sekarang ni depa tengah bergaduh tentang siapa yang patut lipat kain dalam keluarga.

Monday, August 25, 2014

Tanda-Tanda Anda Ketagihan Rindu Awak 200%


Hai apa khabar pembaca? Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh TV3, drama yang paling popular pada masa kini adalah 'Rindu Awak 200%' yang ditayangkan di slot Akasia. Lebih daripada 6 juta penduduk Malaysia berhenti melakukan aktiviti lain dan bersatu padu untuk berada di hadapan televisyen pada pukul 7 petang untuk mengikuti drama tersebut. Ok statistik tersebut hanyalah sekadar exaggeration tetapi anda boleh lihat fenomena ataupun ketagihan ini dengan jelas terutamanya di alam fana dan alam sosial. Harus saya nyatakan di sini yang saya tidak pernah menonton satu episod penuh pun siri ini, tetapi oleh kerana siri ini memberi impak yang besar terhadap orang Melayu kita termasuklah ibu dan rakan-rakan terdekat, maka di sini saya ingin berkongsi tanda-tanda anda ketagihan siri Rindu Awak 200% ini. Ayuh teruskan membaca.

1) Produktiviti anda meningkat di tempat kerja. Ini kerana anda bertungkus lumus menyiapkan semua kerja ada agar anda dapat tiba di rumah tanpa sebarang emosi negatif yang dibawa dari pejabat agar tidak mengganggu sesi Rindu Awak 200% pada pukul 7. Kawan ajak lunch, anda tolak. Jejaka hangat ajak minum petang, anda reject. Kalau anda habis kerja pukul 6, pukul 5.45 lagi anda dah tunggu di hadapan pintu dengan tangan terketar-ketar nak tag out. Tepat pukul 6 anda terus memecut ke rumah memandu seperti Kimi Raikkonen kerana hati anda akan remuk jika terlepas lagu tema Rindu Awak 200%. Maka jika anda terlihat orang memandu bagaikan orang mabuk tapai di waktu petang, berilah laluan kerana mereka ingin menonton siri Rindu Awak 200%. Mungkin juga sebab nak terberak.

2) Anda kini menerapkan elemen 200% di dalam hidup anda. Segala apa yang anda buat, semua anda buat dengan usaha 200%. Contohnya kalau buat kerja, anda kini rajin, ataupun malas 200%. Kalau nak berak, anda berak 200% agar dubur anda lebih suci. Kalau nak boikot McD, anda boikot 200% itu yang siapa ada sticker McD di kereta pun anda hentak dengan apit G. Tapi pickupline 'Rindu Awak 200%' tu, kalian pernah guna ke? Aku saja-saja Whatsapp wife aku kat sebelah konon-konon sweet tapi dapat reply camni je. Well mungkin sebab isteri aku tak tengok cerita tu so dia tak boleh appreciate.


3) Siri Rindu Awak 200% ini merupakan adaptasi daripada sebuah novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Liyana Zahim. Sebagai seorang yang fanatik dan hipster, pastilah anda mengaku yang anda dah baca novel tu lama dah. So sambil menonton siri tersebut di televisyen, tanpa disuruh anda dengan tenang dan takbur menjelaskan tentang babak-babak yang sedang bermain. Spoiler? Well padan muka mereka siapa suruh tak baca novel dulu. Sambil itu anda turut membuat perbandingan tentang maklumat terperinci di novel dengan apa yang digambarkan di televisyen. Contohnya, kening Zill Faezrul di dalam novel tidak tebal dan bersambung macam Zill Faezrul di dalam televisyen.

4) Apabila menonton siri Rindu Awak 200% ini, anda tidak dapat menahan emosi. Segala perasaan suka duka mesti diluahkan terutamanya ketika membuat komentari secara langsung di media sosial seperti Twitter dan Facebook. Jika anda nampak status-status seperti "OMGGGGGGGGGGG SWEETNYA DIAAAAA", "TOLONGLAH ZILL PELUK AKU DARI BELAKANGG OHHHHH" ataupun "BODOH LA BETINA NI PELUK LAKI ORANGG", ketahuilah yang mereka sedang menonton Rindu Awak 200%. Yang tak tengok siri tersebut pun taknak ketinggalan tweet untuk menunjukkan mereka lebih mulia seperti "ASTAGHFIRULLAH DRAMA SEBEGINI MERUPAKAN DAKYAH YAHUDI BUAT KITA LALAI TAK SEMBAHYANG MAGHRIB". Alah rileksla kita kena sangka baik mereka sebenarnya solat Maghrib masa iklan kau apa tahu.

5) Masih lagi dengan bab media sosial, sebagai seorang yang fanatik, anda akan turut menukar nama anda menjadi watak-watak dalam siri tersebut. Yang rasa diri tu kacak dan sweet, akan mengubahsuai nama untuk menjadi Zill Faezrul. Yang gadis pula, semua dah tukar gambar profile jelita Armel Aisya. Cuba tengok dalam friends / followers list anda, ada berapa ramai Zill dan Armel?


6) Selesai siri tersebut, mana boleh move on lagi. Kita kena buat post mortem tentang setiap episod di dalam group Whatsapp Rindu Awak 200%. Tidak kurang juga perbincangan secara ilmiah di forum Cari, laman Facebook Rindu Awak 200% serta menekan butang 'Like' dan memberi komen menbina bagi setiap gambar Zill dan Armel yang letak caption seperti "Bagi LIKES paling maksimum untuk mereka" serta "Komen 'Saya minat sangat drama Rindu 200%' "

7) Sebagai fanatik siri Rindu Awak 200%, anda sudah pasti telah menghafal lagu-lagu yang dijadikan soundtrack untuk siri tersebut juga. Lagu dendangan Dato Siti Nurhaliza "Jaga Dia Untuk Ku" dan lagu "Maafkan Aku" nyanyian Asfan memang anda dah hafal 200%, lebih lancar daripada doa qunut. Jika anda call gadis-gadis di pejabat secara rawak, 60% akan memainkan lagu-lagu tersebut sebagai nada sering. Kalau masa kenduri kahwin ataupun kenduri bersunat pun dah bercadang nak main lagu tu.


8) Akibat terlalu menghayati siri Rindu Awak 200% ni, gadis-gadis telah mula membentuk imej separa sedar di dalam minda yang lelaki di luar sana adalah sweet, kacak, badan berketak-ketak ada 6 pack dan bekerja sebagai pilot. Mereka telah set expectation yang itulah ciri-ciri yang mereka inginkan pada seorang lelaki. So kalau ada jejaka approach gadis-gadis dan mereka tak menepati ciri-ciri tersebut memang akan direject mentah-mentah. Mana wujud lelaki macam Zill Faezrul tu :(

9) Sudah menjadi satu trend untuk menamakan anak-anak berdasarkan nama watak dalam siri popular. Bila anak anda darjah satu nanti, bila cikgu sebut nama Zill Faezrul dan Armel Aysha, hampir separuh kelas akan angkat tangan. Ada jugalah sorang dua yang letak anak dia nama Raizil walaupun mereka berkulit gelap mengharapkan mereka berwajah orang putih ketika besar.

10) Anda berasa marah bila orang membuat entri parodi tentang Rindu Awak 200%. Eh? Siri ini akan tamat minggu ini, dan mengetahui kenyataan tersebut, anda menjadi runsing 200% dan rambut anda mula berkelemumur. Janganla risau nanti akan ada ganti siri tv baru yang diadaptasi dari novel yang lain.

Berdasarkan sindrom-sindrom di atas, adakah anda merupakan salah seorang yang ketagihan siri Rindu Awak 200%? Jika anda ada mengenali rakan-rakan mahupun sanak-saudara yang fanatik siri ini, kongsikan entri ini dengan mereka dan lihat apa reaksi mereka. Rindu Awak 200%!

Thursday, August 7, 2014

OMG I'M SO PUNNY





Ya itu saja kemaskininya untuk kali ini kerana benda yang buat orang #mudahterhibur harus dikongsi. Selamat Hari Raya yang ke-11 bagi mereka yang menyambutnya. Jangan lupa jemput saya datang ke open house.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...