Tuesday, September 9, 2014

The Fault in Our Mamaks

Hi apa khabar semua? Bagi yang mengharapkan tajuk di atas ada kaitan dengan siri romantis mengalir air mata dan mazi 'The Fault in Our Stars', anda bakal hampa. Sebaliknya, hari ini kita akan bercerita tentang mamak ataupun mapley. Adakah anda selalu pergi makan di mamak ataupun lepak tengok bola sehingga azan Subuh memanggil? Dulu zaman saya muda-muda selalulah lepak dengan rakan-rakan sampai pagi tapi sekarang dah tua ni pukul 9.30 malam pun dah mengantuk nak lepak apanya. Apapun setelah beberapa belas tahun kita berkecimpung dalam arena permamakan, kita kini dapat mengenali karekteristik ataupun tabiat kurang senang yang dilakukan oleh mamak. Kali ini kita akan mengupas tentang tabiat-tabiat tersebut. Ayuh teruskan membaca.

1) Ambil order tapi taknak tulis

Bagi pelayan mamak yang rasa diri mereka sudah perpengalaman dan memiliki kuasa minda Professor X, mereka rasa mereka tidak perlu menulis apa yang kita pesan. Ok kalau seorang dua orang yang makan, mungkin dia boleh ingat, tetapi kalau 10 orang?

"Teh tarik satu!"
"Saya pun!"
"Saya nak teh tapi tarik 3 kali je"
"Ok saya nak mee. Tapi meelo ais la"

Boleh ke ingat kalau tak tulis? Dia pun cakap ok terhadap semua. Lepas ambil order 5 minit dia datang balik kat meja, dia tanya balik kita mahu apa. What the what? Kita sendiri pun tak ingat apa yang kita order ok. Itu kalau jenis tanya balik ini yang terus datang dengan order entah apa-apa lagilah sentap. Order roti sardin dia pergi bagi gambar Zain Saidin. Apa ini.

2) Password wifi tak pernah betul

Dalam era teknologi maklumat ini, kemudahan Wifi adalah sesuatu yang penting. Pergilah mana-mana mamak pun, mesti ada Wifi punyalah. Untuk memudahkan pengguna, mereka menampal password Wifi di dinding dengan font Comic Sans, MAMAKGHAIRAH@123 (contoh). Lepastu kita pun masukkanlah password tersebut. Namun begitu, kebarangkalian password tersebut boleh dipakai adalah 20% saja. Lepastu bila kita tanya pelayan, password yang mereka beri memang lain betul apa yang tertera di dinding. Kalau masih tak dapat, mereka akan kata "ooo ini sudah rosak" macam kita ni buta IT. Tapi aku rasa kegagalan untuk meletak password ini sebenarnya sudah dirancang oleh mamak kerana mereka ingin kita berinteraksi sesama manusia, bukannya lepak bersama tetapi sekadar tengok telefon pintar.

3) Kurang manis? Nope.


"Anney bagi saya teh tarik satu"
"Ok saya pun teh tarik, TAPI KURANG MANIS OK, KURANG MANIS! NAMPAK TAK SAYA DAH CAPS LOCK DAN TANDA SERU NI UNTUK MENUNJUKKAN KESERIUSAN SAYA"

Begitulah situasi bila kita order dua benda yang sama dengan kandungan gula yang berbeza. Bila air dah sampai, dia main letak je air tersebut di atas meja. Bila kita tanya mana satu yang kurang manis, dia akan buat-buat tengok pada tukang buat air lepastu tukang buat air buat isyarat tangan universal "dey take it and go" Russell Peters. Lepastu kita boleh nampak mulut dia terkumat-kamit bisik "Pak Ali tendang bola masuk gol" untuk membuat keputusan mana satu air yang kurang manis. Kita pun bukan tahu mana satu unless kita rasa air kawan kita sekali.

4) Layanan buruk terhadap air kosong

Kebanyakan mamak tidak mengenakan sebarang cas terhadap air kosong. Namun begitu layanan yang diberi terhadap pemesan air kosong adalah buruk sekali. Kalau order air kosong, mungkin lepas 20 minit baru dapat. Itu pun dah 3 kali order. Kalau minta air suam, dia bagi kau air panas yang berasap-asap lagi.

5) Peluh dan bulu

Peluh dan bulu adalah sesuatu yang memang sinonim dengan mamak, malahan identiti sesuatu mamak itu ditentukan dengan berapa banyak percikan peluh mahupun bulu-bulu berlingkaran yang kita boleh jumpa di dalam mee goreng kita. Cuba kau tengok masa dia tengah goreng mee tu, takkan tak nampak percikan peluh masuk dalam kuali? Oh ini bukan kompelin, sebab kalau takde peluh, memang takde seasoning langsung la mee goreng kita so kita patut bersyukur.

6) Mamak Cupcake

Mamak Cupcake jika kita tafsirkan secara literal, mungkin kita boleh kata ini cupcake versi mamak yang diadun macam point nombor 5 tadila, peluh dan bulu. Akan tetapi Mamak Cupcake yang dimaksudkan di sini adalah filem Melayu terbaru di panggung wayang. Dengar khabar dah nak dapat juta-juta dah kutipan. Mmmm no komenlah nanti kalau kritik Grand Brilliance sentap, lepastu tiba-tiba pulak Ahamd Idham muncul kata kalau tiada ilmu perfileman jangan komen pasal filem. KAU SEMUA NI TIN KOSONG YANG MENYALAK BAGAIMANA NAK MAJU! (Ahmad Idham kata bukan saya). Saja je aku letak point Mamak Cupcake ni nak bagi macam entri nampak panjang walaupun tiada kaitan sangat.

Begitulah antara suasana di mamak. Memanglah saya banyak ezajerit tetapi adakah perkara-perkara di atas akan membuat anda berhenti pergi mamak? Sudah pasti tidak. Rakan-rakan aku kata hisap rokok di mamak lebih best daripada hisap rokok di The Chicken Rice shop. Boleh tengok bola, boleh makan tandoori sindoori cosdoori, dan yang paling best adalah dapat melepak dengan BFF kau berjam-jam bergelak tawa tanpa dihalau! So korang selalu lepak mamak mana? Dulu kami lepak Ameerali seksyen 15 Bangi, sekarang dah move on ke Haji Tapah Bistro di seksyen 7. Jika anda ada point lain yang menarik, ayuh kongsikan bersama. Oh by the way kalau pergi mamak bawah ni di Penang hati-hati order roti telur dapat roti canai dengan telur sebiji kahkahkah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...