Monday, November 24, 2014

Mengapa Anda Harus Tangguhkan Hasrat untuk ke IOI City Mall



Hai apa khabar semua? Jika anda duduk di lembah Klang, khususnya di kawasan Bangi / Seri Kembangan / Putrajaya, anda mungkin akan ternampak sebuah kompleks membeli-belah yang baru dibina di sebelah Hotel Marriott Putrajaya. Kompleks ini nampak besar nak arwah tetapi rasanya untuk gadis-gadis berjalan selama 3 jam dan akhirnya tidak membeli apa-apa memang tidak menjadi masalah. Aku bekerja di Cyberjaya so hari-hari lalu kat highway sebelah tu dari masa dia mula-mula letak batu bata yang pertama, sehinggalah saat mereka menampal huruf 'L' untuk melengkapkan logo IOI City Mall. So tak hairanlah apabila mereka mengumumkan kompleks tersebut akan dibuka pada 20 November tempoh hari, aku dapat kecapi kemuncak syahwat sehingga mewajibkan mandi. Tapi hari Khamis kerja, so aku pun merancanglah untuk pergi ziarah pada hari Sabtu minggu yang sama. Dahla dekat dengan rumah 15 minit je dah sampai kalau naik kereta. Kalau naik roller blade mungkin lambat sikit. So best ke tak mall tersebut? Jika anda masih belum lagi menjejakkan kaki mahupun tangan (jika anda breakdance) ke sini, anda boleh baca isi-isi penting mengapa anda tidak perlu tergesa-gesa untuk berbuat sedemikian.

1) Orang terlalu ramai

Standard lah shopping mall besar dan gah ramai orang datang. Macam Midvalley lah kalau dia buka 24 jam kau akan nampak orang solat berjemaah di surau pada waktu Subuh lagi sebab orang ramai. Tetapi 'terlalu ramai' yang dimaksudkan di sini adalah sampai tahap sesak macam di pasar malam, asyik berlaga bahu dan perlu berhenti banyak kali sebelum sampai ke destinasi. Itu pun kalau kau tahu destinasi kau ke mana since baru first time datang kan. Semua ini terjadi kerana semua orang terlalu excited untuk melawat mall ini termasuklah saya sekeluarga. Bukan saja saya sekeluarga, Khairul Afandi sekeluarga dan Shuhud sekeluarga pun datang pada hari yang sama punyalah jakun orang Bangi ni. Mungkin semua orang memiliki sifat kehipsteran yang tinggi rasa cool datang awal nak ambil gambar untuk dimuat naik ke Instagram. Kesan paling ketara adalah apabila kau pergi ke tingkat bawah sekali di tempat makan. Punyalah ramai orang sampaikan kedai yang boleh jumpa di mana-mana seperti KFC pun kau kena tunggu at least 45 minit untuk dapat tempat duduk. Tony Romas dah buka tapi kau kena duduk di antara dua sujud di kat atas lantai kalau nak makan tulang rusuk. Maybe next weekend dah kurang kot orang dah tak eksaited sangat.

2) Kedai banyak belum buka

Selain nak nampak cool datang awal agar dapat berlagak dengan rakan sekerja, tujuan aku datang ke mall itu instead of mall yang lebih tenang seperti Alamanda adalah untuk membeli seluar baru. Berdasarkan kajian yang dijalankan, ada butik Levi's di situ dahla tengah buat year end sale. Since aku beli seluar setahun sekali tak macam gadis beli seluar / skirt tiap-tiap minggu tapi tak pakai, aku memang teruja la tambahan pula gaji baru masuk. Namun begitu impian aku remuk bagai kaca terhempas ke batu apabila nampak kedai tersebut masih lagi dalam proses renovasi. Banyak lagi sebenarnya outlet gah yang wife aku suka belum buka lagi (or maybe aku tak jumpa) seperti Mothercare, Stride Rite, GSC, District 21, bla bla bla. Tempat makan dengar cerita ada Dubur-Dubur, NY Steak Shack, Magnumfield, Magnum 4D Café,bla bla bla semua belum buka lagi.

3) Kemudahan terbatas

Di zaman teknologi maklumat ini, perkara pertama yang kau ada sedari bila masuk ke mall ini adalah tiada koneksi 3G mahupun 4G. Kalau nasib baik dapatlah E sikit. Itu pun kau kena hulur telefon bimbit ke luar tingkap. Kalau tiada pelan data, bagaimana mahu Insta makanan tengahari kita! Lepastu pada sesetengah tempat, kau akan tiba-tiba rasa panas kerana tiada aircond. Oh tandas di mana nak terberak ni. Tandas di depan mata, cuma tutup saja so kau kena pinjam pampers anak dan berak. Di tempat parking pun pening juga bila nak balik kerana tak tahu bagaimana nak keluar akibat kekurangan panduan yang bersistematik.

Begitulah antara sebab-sebab mengapa anda boleh tangguhkan niat untuk ke IOI City Mall. Oh jangan salah faham luahan hati ini hanyalah bersifat sementara kerana saya yakin menjelang tahun baru Cina 2015, segalanya akan menjadi sempurna. By then, kedai semua dah buka, kemudahan asas semua lengkap dan berfungsi serta husband's chair pun banyak tersedia. Orang kerajaan pun dah move on taknak ponteng kerja di Alamanda. Saya cuma tak mahu anda mengalami pengalaman buruk dalam lawatan pertama anda. Mengambil bait lagu In Team yang paling popular, "Bersabarlah sayang, saat indah kan menjelma juaaaaa....". Anyway, ada yang dah pergi? Kongsikan pengalaman anda juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...