Monday, December 29, 2014

OH EM JI, SUDAH DUA TAHUN??

Hai apa khabar pembaca? Tahukah anda semalam hari apa? Bagi yang menjawab hari Ahad, anda memang seorang genius yang sukar dicari. Tetapi bagaimana pula jika anda baca entri ini pada hari Selasa mesti ada jawab hari Isnin bukan? Jadi untuk mengelak sebarang kekeliruan, biar saja yang jawab sendiri. Semalam adalah hari Ahad, 28/12/2014. Dua tahun yang lalu, pada pukul 2.05 pagi di Hospital Annur Bangi, telah lahirlah seorang gadis yang telah mengubah kehidupan saya. Menggunakan ayat klise 'pejam celik pejam celik tup tup' dah dua tahun dah umur anak saya Aryana. OH EM JI DAH DUA TAHUN DAH CEPATNYAAA. Eh eh tengok tu masih ada lagi tu pembaca yang meroyan sebab tak dapat menerima hakikat yang saya sudah berkahwin, keterunaan saya telah diragut serta kini memiliki seorang anak gadis. Bersabarlah, saat indah kan menjelma untuk anda juga. Ayuh teruskan membaca.

Selalunya apabila hari jadi anak yang masih kecil, ibu bapa akan beriya-iya membuat parti liar kerana itu merupakan teknik yang paling jimat untuk mendapatkan pelbagai hadiah untuk anak. Akan tetapi tahun ini kami tidak menggunakan teknik tersebut, tahun depan mungkin. So tahun ni beli hadiah menggunakan wang sendiri hi hi hi. Ketika dinihari Subuh, kami berazam untuk pergi ke IOI City Mall bagi mengelakkan kesesakan manusia. Walaupun kau datang pukul 11 pagi, orang dah pun ramai, cuma kali ini banyak jugalah kedai yang dah buka. Lepas beli hadiah, kami terus pulang kerana ada aktiviti istimewa yang sudah diatur untuk Aryana.

Hobi Aryana adalah melukis maka kami belikanlah satu drawing board. Untuk mengasah lagi bakatnya, kami mengimport seorang kartunis daripada syarikat Les' Copaque iaitu syarikat yang menghasilkan animasi Upin dan Upin. Kartunis ini bernama Rendi. Dia agak hensem dan memiliki suara lunak yang bisa membuatkan tulang rusuk gadis dan sesetengah jejaka bergetar. Jika ada yang berminat untuk mengenali Rendi dengan lebih lanjut ataupun ingin mengupah beliau melukis di hari jadi anak anda ataupun melukis tubuh anda seperti cerita Titanic, anda boleh tulis di ruangan komen.


Anyway walaupun Aryana ketika ini hanya pandai baca ABC tak mustahil satu hari nanti kalau Aryana dah besar pergi Google nama sendiri lepastu jumpa blog ini, maka ayah ingin ucapkan selamat hari lahir yang ke-2, semoga membesar menjadi gadis yang kool dan beriman. Aryana kena share kalau makan biskut beruang tak bolehla makan sorang-sorang. Ayah dan ibu sayang Aryana!


Monday, December 15, 2014

Terima Kasih Bomba!

Aku terjaga dari tidur. Peluh dingin membasahi dahi. Entah kenapa aku rasa tidak tenang. Kedengaran laungan azan Subuh berkumandang di udara. Hati aku terus menjadi sebak secara tiba-tiba. Mungkin sebab dah lama tak solat Subuh tepat pada waktunya dan bukan Subuh gajah. Hakikatnya kesedihan tersebut sebenarnya datang dari peristiwa malam tadi apabila pasukan kegemaran Liverpool dibenam oleh pasukan syaitonnirojim Manchester United. Terguris hati aku melihat notification di telefon pintar di mana rakan-rakan menghantar mesej yang melukakan perasaan di Whatsapp, Twitter, Facebook dan Friendster pun ada walaupun aku dah lupa password. Aku redha, hidup perlu diteruskan. Ku sangkakan panas berpanjangan, rupa gerimis rupanya gerimis mengundang ang ang ang tottemo daisuki Doraemon. Lagu Zamani Slam tu adalah metafora kepada kisah buruk tidak terhenti di situ kerana satu lagi peristiwa hitam menyusul. Ayuh teruskan membaca.

Aku dan isteri bangun awal seperti biasa, siapkan Arya untuk ke taska. Tiba-tiba aku terdengar satu jeritan manja di luar rumah lalu aku berlari-lari anak sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab. Rupa-rupanya kunci gate patah dan tersekat di dalam mangga, sekaligus menyebabkan kami sekeluarga terperangkap tak boleh keluar. Perkara kecil je ni kan? Berbekalkan ilmu Kemahiran Hidup aku yang dapat A semasa PMR, aku pun mengambil lah minyak masak untuk dilumurkan kepada kunci mangga mengharapkan kunci yang tersekat itu terkeluar. Minyak masak gagal, guna WD40 dan KY Jelly pun masih tak boleh juga. Langkah seterusnya adalah mengambil tukul besi untuk mematahkan kunci mangga tapi kalau senang-senang boleh pecahkan begitu saja buat apa orang jual kunci mangga untuk keselamatan ye tak.

Beberapa puluh minit berlalu. Badan dah berpeluh. Stress mula menguasai diri. Kami mula menuding jari menyalahkan pihak lain. Walaupun tiada kaitan, mama memarahi aku kerana tidak bersenam dan berperut buncit. Arya pula menangis kerana tidak suka melihat keluarganya bertengkar. Aku menghirup nafas dalam-dalam dan menyanyi lagu ini. "If there's something strange, in your neighborhood. Who you gonna call? HARON DIN!" Ok Haron Din mungkin tak dapat bantu dalam hal ini so kita call orang kedua yang penting, BOMBA!

"What the what takkan tak call Bomba sebab terkunci dalam rumah!," tegas wife aku. Betul juga, tapi ini pun kira kecemasan siapa lagi yang boleh bantu kau awal pagi ni? Aku selalu tengok dalam TV bomba ada gunting gergasi untuk kerat besi so mereka pasti boleh membantu. Dengan rasa ragu wife aku call bomba untuk mengadu masalah. Fuhh kalau kau pakai HP sendiri mereka terus tahu identiti kau, memang tak boleh nak buat panggilan hangit. Mereka ada series of questions dan arahan yang anda perlu penuhi sebelum mereka sambungkan anda kepada bomba seperti:

1) "Berapa orang yang terperangkap dalam rumah?"
2) "Ada orang tercedera?"
3) "Jauhkan diri dari tempat kejadian!"

Setelah memberi maklumat yang diperlukan, kami duduk di ruang tamu menanti sambil mengharapkan agar bomba tidak datang dengan trak besar warna merah tu kerana tak mahu menjadi bahan umpatan jiran. Lepas 10 minit, bomba dah sampai. Pantas! Of course apa yang diharapkan tidak selalunya kita dapat....


Setelah menjelaskan situasi kepada abang-abang bomba tersebut, mereka mengeluarkan gunting besar yang orang selalu guna untuk potong besi ataupun sunat penis gergasi yang macam kau selalu tengok dalam CSI tu. KETAP! Sekali gunting je rantai besi yang dimangga tu terputus.


Wau siapa sangka hari ini berlaku peristiwa sebegini. Kesempatan ini saya gunakan untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada abang-abang bomba yang sanggup datang awal pagi menyelesaikan KECEMASAN kami ini. Ada juga terfikir "nak ke mereka layan kes remeh macam ni?". Of course mereka menjalankan tugas dengan pantas, penuh dedikasi tanpa sebarang komplen. Tak tahulah time balik tu mereka gelakkan kami ke apa tapi it doesn't matter lah kan? Mereka datang bila kami memerlukan tanpa meminta sebarang balasan. Aku pulak of course jadi jakun mestilah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan hero-hero gagah ini.


Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada abang bomba. Jika kalian ada masalah kecemasan selain daripada masalah kewangan diburu Ah Long, jangan ragu-ragu untuk meminta bantuan daripada mereka. Terkunci dalam bilik air, penis tersekat di lubang isi minyak kereta mahupun anak kucing tersangkut atas bumbung, semua mereka boleh selesaikan. #RESPECT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...