Laman web sosial seperti Twitter dan Facebook bagaikan meletup, rata-ratanya mempertikaikan keputusan penaja untuk memaparkan iklan secara bertubi-tubi kepada penonton. Kalau nak buat analogi, TV3 ni umpama membuat sesi 'tweet berbayar' di Twitter lah, orang dah bayar banyak, kau jalankanlah tugas mempromosikan produk walaupun diri sendiri tak percaya keberkesanan produk tanpa mempedulikan maklum balas negatif daripada audiens. So sepanjang malam kau terpaksa dengar Qu Puteh, Qu Puteh sampai terbawa-bawa ke mimpi basah. Tunggu, tahukah anda ada banyak lagi produk kecantikan dan kesihatan yang bertemakan 'Qu'? Ayuh teruskan membaca.
Qu Hitam
Jika ada Qu Puteh, pastilah ada Qu Hitam. Mentaliti yang mengatakan jika anda putih, anda cantik adalah salah. Ramai saja gadis-gadis mahupun jejaka di luar sana yang inginkan kehitaman pada pasangan. Qu Hitam adalah arang asli yang dihasilkan daripada kayu balak yang sumbernya adalah daripada pembalakan yang sah. Hanya perlu sapukan di bahagian mana yang berkenan, kehitaman itu akan menjadi milik anda. Harus dinyatakan di sini jika disapukan Qu Hitam di penis, hanya warnanya saja akan berubah, saiz akan tetap kekal Asia.
Qu Rap
Qu Rap adalah sejenis krim kecantikan kulit yang bertujuan untuk menghilangkan kurap di seluruh badan. Krim Qu Rap ini boleh disapukan di bahagian badan yang tercemar setiap kali selepas mandi, bergantung kepada berapa kali anda mandi sehari. Qu Rap menjadikan setiap inci tubuh anda sentiasa kelihatan awet muda, berseri dan bersinar bak mutiara. Mampu menghilangkan kurap dalam masa 7 hari sahaja! Tapi berhati-hati jika anda ada alergi, antara kesan sampingan yang mungkin anda alami adalah kecenderungan untuk menyanyi Rap secara tiba-tiba. Qu tanya apa khabar? Qu tanya apa khabar?
Qu Haider
Qu Haider merupakan singkatan kepada "Aku haid derrrr", iaitu ungkapan yang acapkali diungkapkan oleh gadis ketika mengalami PMS. Qu Haider adalah sejenis pil yang fungsinya seperti ponstan, iaitu pil tahan sakit yang diambil oleh wanita ketika mengalami masalah senggugut, cuma bezanya di sini Qu Haider tidak mengandungi bahan-bahan toksik yang membahayakan tiub fallopio. Selain itu, ejaannya yang seakan-akan 'Que Haidar' adalah untuk menarik minat pengguna yang tengah Google pelakon Que Haidar tetapi typo jadi Qu Haider lalu sampai ke laman web jualan dan lantas terus membuat pembelian akibat kelekaan.
Qu Quriqulum
Qu Quriqulum pula adalah sejenis minuman tenaga yang sasarannya adalah budak sekolah menengah. Biasalah dah besar bajet rebel ni malas sikit nak menyertai aktiviti kokurikulum. Mereka bagi alasan nanti penat, bagaimana nak belajar untuk PT3? Dengan adanya minuman Qu Quriqulum ini, mereka akan menjadi lebih bertenaga, tangkas dan ghairah untuk tidak ponteng kegiatan kokurikulum. Dah balik rumah pun masih nak buat kawad hos (kalau dia masuk Kadet Bomba) sebelum sambung menelaah pelajaran. Qu Quriqulum datang dengan pelbagai perisa buah-buahan seperti Langsat, Nangka dan Semangka.
Qu Mon
Tidak mahu kalah dengan teknik membaca dan mengira yang advanced daripada Jepun iaitu Kumon, Qu Mon dicipta untuk memberi saingan kepada Kumon dengan membantu minda kanak-kanak berkembang dengan menghubungkan sel-sel otak mereka. Cuma di sini mereka tidak mencipta teknik pembelajaran yang baru, sebaliknya Qu Mon adalah sejenis kismis minda yang telah didengarkan nasyid-nasyid berunsurkan kemanusiaan sejagat agar pemakannya dapat menyerap vibe positif daripada kismis tersebut.
Qu Semangat
Kadang-kadang sifat melatah ni boleh membuat kita aib. Contohnya kau sedang khusyuk mendengar khatib membaca khutbah Jumaat lepastu tiba-tiba ada lipas jalan depan kau. Terus melompat kau sambil menjerit KUS SEMANGAT! sambil meninju makmum sebelah akibat terkejut. Pil Qu Semangat ini berfungsi untuk merendahkan kadar keterkejutan anda sekaligus membuat anda menjadi lebih tenang, dan cool. Adalah amat digalakkan sekali untuk mengambil pil ini sebelum menonton filem Villa Nabila ataupun Misteri Rumah Tua.
Qu Kids
Untuk menarik minat anak muda, satu pendekatan yang unik harus diaplikasikan. Lagu Cool Kids dendangan Echosmith merupakan salah satu lagu terkini yang menjadi siulan remaja. Menggunakan melodi yang catchy dan diubah sikit-sikit chord nya, lagu Qu Kids sering berkumandang di radio berbahasa Malaysia di waktu kemuncak jalan tengah jem semua, sekaligus menghilangkan segala tekanan yang dialami. Mari kita singalong "I wish that I could be like the Qu kids, 'Cause all the Qu kids, they seem to fit in...."
Begitulah antara produk-produk 'Qu' yang lain di pasaran. Jika anda ada pengalaman menggunakan produk di atas ataupun produk 'Qu' yang lain, jangan lupa untuk tinggalkan testismonial di ruangan komen. Usahlah hanya tahu mengeji produk kecantikan 'Qu' disebabkan cara marketing yang agresif, sebaliknya kaji kesan positif yang pasti anda membuat anda lebih cantik dan anggun. Thank Qu. Btw Mojo semalam power bukan.
ini adalah entri parodi saya tidak dibayar oleh Datuk Vida untuk menulis entri ini
