Sunday, July 26, 2015

Parti Liar Aidilfitri 2015

Hai apa khabar semua? Setelah sebulan berpuasa menahan daripada lapar dan dahaga serta melakukan perkara berdosa yang mewajibkan mandi di siang hari, maka tibalah hari untuk kita bergembira bersama rakan-rakan dan keluarga. Sempena hari yang gembira ini, saya telah menganjurkan satu parti liar yang bebas dari alkohol dan zina tetapi masih lagi mengekalkan elemen gadis hangat dan jejaka kacak serta makanan yang sama macam tahun-tahun lepas tapi still sedap sebab kita hanya makan setahun sekali. Seperti biasa, konsep entri sebegini adalah kita akan memaparkan gambar tetamu disusuli dengan caption yang berunsurkan fitnah ringan. Ayuh teruskan membaca.


Kalian ingat tak kumpulan nasheed In Team yang mengajak kita agar tak ringan-ringan sebelum kahwin? Kami kembali membuat reunion bagi mengubat rindu para peminat. Yang kiri itu Rendi. Setelah In Team 'dibubarkan' buat sementara, Rendi hilang arah dan tak tahu nak buat apa dengan hidupnya. Dia mula membela rambut panjang dan mendengar muzik blekmetel. Aku sempatla hantar nasihat kehidupan melalui SMS dan Rendi mula berubah dan kini telah berhenti merokok dan sudah ada teman wanita. Yang tengah tu kau tahulah sebab dia juara Makmum Muda musim pertama. Yang kanan sekali ini Eman. Eman adalah seorang fotografer yang hebat dan kalian boleh hire beliau untuk ambil gambar prewedding asalkan tiada adegan seluk tangan ke dalam baju.


Ini pula adalah rakan sekerja dan bekas rakan sekerja. Walaupun kami berlainan bangsa dan tuhan yang disembah, hubungan kekeluargaan kami adalah rapat sekali. Sedikit iklan di sini, siapa yang berminat terhadap gadis Melayu itu nama dia Wani, dia masih single tapi pandai berdikari dan bergaji besar. Yang lelaki tu nama dia Mark dia suami kepada Linda so janganlah kalian ganggu kebahagiaan mereka. Last buat not least, Lavanya Nagaraja ni rombe allega iruuke, nandri. Sori Nurul Najmi tiada dalam gambar sebab datang lambat.


Ini merupakan rakan Uniten aku Saiful Izwan bin Ibrahim serta isteri beliau Umaira Husin. Beliau merupakan tetamu regular dalam siri parti ini dan jika kalian bandingkan gambar tahun ini dengan gambar-gambar tahun lepas, kalian boleh lihat kadar pembesaran tubuh beliau. Nauzubillah bayangkan kebesaran beliau di dalam gambar parti liar 2 tahun akan datang.


Ini pula adalah pensyarah aku di Uniten Noor Fardela dan suami beliau Hezli. Gila ke apa nak ajak pensyarah datang open house nanti dia suruh submit assignment lama kau macamana. Nasib baik dia bagi aku A dalam final project tak tahulah sebab aku mamang pelajar berbakat ataupun sebab paras rupa.


Dari kiri, Shikin. Beliau merupakan satu-satunya rider Pos Malaysia wanita. Kini beliau bekerja sebagai kelasi kapal tapi duduk dalam ofis di Putrajaya. Suami dia Din tukang ambil gambar tu sebab dia tak pakai baju melayu so tak boleh masuk dalam gambar anyway. Yang berbaju Melayu hitam tu nama dia Danial. Hensem bukan? Tapi dia dah kahwin isteri kat sebelah tu. Since isteri dia first time datang parti liar so aku simpan dulu gurauan kasar untuk Danial di sesi tahun depan. Ok seterusnya, Hamidah ataupun nama saintifiknya Mid dengan teman lelaki beliau Shafiq. Nasib baik pakai baju Melayu lengkap so kau dikecualikan juga daripada sesi umpatan.


Alhamdulillah, Ahmad Izwan Mustapakamal, rakan aku di Kolej Matrikulasi Melaka dulu disyaki merupakan seorang homoseksual, kini telahpun bertaubat dan memiliki seorang isteri dan 3 orang anak. YNWA bro.


Gabriel merupakan seorang jejaka leng chai yang gagah, beliau sering menyertai marathon 42 km tapi akan berhenti berlari pada jarak 30km tetapi masih berjalan untuk menghabiskan perlumbaan. Nizam pula ada membuka bisnes menjual makanan bayi kalian belilah daripada dia jika tiada masa untuk masak tetapi masih mahukan makanan berkhasiat untuk anak-anak. Search IG, Baby Eats By Justlixa (bukan iklan berbayar).


Ini pun rakan-rakan Uniten. Paan macam dah bawa gadis lain. Hanis pula tak beritahu gadis dia datang berfoya-foya di rumah. Gadis Abu pula kini sudah berbadan dua next year datang bertiga!


Setelah lama tidak membuat kemunculan, rakan gadis Bangi Amirah Alia dan Adliza kembali berparti liar di rumah aku. So aku ajak awal-awal ni untuk ke parti liar tahun hadapan agar kalian boleh merancang perjalanan dan membeli tiket kapal terbang in advance.


"OMG ITU IJAICOOL.BLOGSPOT.COM!" begitulah reaksi Nurul Iza The Pink Stilettos setiap kali bertemu aku. Sila bawa Ayra dan Raina bermain di rumah bersama Aryana dengan lebih kerap kerana Ayra memang pandai role play menjadi doktor dan pesakit dan Raina pandai membuat cupcake.


Tengku Eleanor Ezura dan Nabil dan Zara. Sebagai pengunjung tetap parti liar, kalian boleh lihat evolusi mereka masa belum kahwin, masa Zara dalam perut dan masa Zara sudah pandai mengangguk.


Team Bangi ni memang biadab. Orang dah bagi aturcara majlis start pukul 2pm habis pukul 7pm, tapi mereka selamba datang pukul 9. Nasib baik BFF maka adalah simpan sedikit roti jala padu dan sate.


Syafiq Mezan. Single, triseksual (dia menerima perempuan, lelaki mahupun pondan, tiada diskriminasi), kaya dan bekerja di HR. Siapa nak kerja boleh hantar resume kat dia.

Begitulah antara tetamu yang hadir pada parti liar Aidilfitri kali ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk berjumpa walaupun sekadar setahun sekali. Bagi mereka yang hadir tetapi tiada dalam gambar, maaflah mungkin gambar dalam kamera kalian sendiri so silalah upload dan kemaskini blog nanti aku bagi password. Bagi mereka yang tidak hadir, macam biasa putus kawan sehingga Hari Raya Haji dan nama anda akan disenaraihitamkan. Saya ingin gunakan kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada para pembaca tegar jika penulisan saya mengguris hati anda tapi anda pun tahu saya hanya berjenaka.



1 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...